Wednesday, October 18, 2023

TOSHIBA MELANCARKAN GEGANTI FOTO KECIL, SESUAI UNTUK SUIS ISYARAT BERFREKUENSI TINGGI DALAM PENGUJI SEMIKONDUKTOR

 

Toshiba: TLP3475W, geganti foto dalam bungkusan WSON4 yang kecil dan nipis. (Grafik: Business Wire)


- Mengurangkan Kehilangan Sisipan dan Meningkatkan Ciri-ciri Penghantaran Isyarat Berfrekuensi Tinggi - 
 
KAWASAKI, Jepun, 18 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan "TLP3475W," geganti foto dalam bungkusan WSON4 yang kecil dan nipis. Ia mengurangkan kehilangan sisipan dan menahan pelemahan kuasa dalam isyarat yang berfrekuensi tinggi [1] serta sesuai untuk pin elektronik bagi penguji semikonduktor yang menggunakan jumlah geganti yang banyak dan memerlukan isyarat yang berkelajuan tinggi. Penghantaran pukal bermula hari ini.

Reka bentuk bungkusan Toshiba yang dioptimumkan mengurangkan kapasitans parasit dan kearuhan pada geganti foto yang baharu. Hal ini mengurangkan kehilangan sisipan dan meningkatkan ciri penghantaran isyarat yang berfrekuensi tinggi kepada 20GHz (tipikal) [2], kira-kira 1.5 kali ganda lebih rendah [2] daripada produk semasa Toshiba, TLP3475S.

TLP3475W menggunakan bungkusan WSON4 yang kecil dan nipis dengan ketebalan hanya setebal 0.8mm (tipikal), menjadikan ia sebagai geganti foto [3] terkecil dalam industri untuk merealisasikan ciri penghantaran isyarat berfrekuensi tinggi yang dipertingkatkan. Ketinggian bungkusan ini adalah 40% lebih rendah daripada bungkusan S-VSON4T ultra kecil Toshiba, membolehkan lebih banyak produk dipasang pada papan litar yang sama serta menyumbang kepada kecekapan pengukuran yang lebih baik.

Toshiba akan terus mengembangkan barisan produknya untuk menyokong penguji semikonduktor yang memberikan kelajuan yang lebih tinggi dan fungsi yang lebih baik. 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...