· Penyelidikan Getty Images mendedahkan visual paling popular untuk Australasia, Jepun, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan terus bergantung sepenuhnya kepada stereotaip, imejan tidak sahih yang mewakili pelbagai komuniti.
· Walaupun budaya dan demografi Asia-Pasifik meluas, terdapat kepelbagaian yang terhad dalam imejan. Jurang perwakilan antara lainnya terdiri daripada perbezaan dalam menggambarkan kekhususan budaya hingga gambaran terhad tentang kehidupan bekerja Asia.
· Getty Images hari ini melancarkan laporan “Inclusive Visual Storytelling for Asian Communities” untuk menyokong jenama dan perniagaan di APAC sambil berusaha untuk menjadi lebih terangkum dalam pilihan visual.
· Getty Images hari ini melancarkan laporan “Inclusive Visual Storytelling for Asian Communities” untuk menyokong jenama dan perniagaan di APAC sambil berusaha untuk menjadi lebih terangkum dalam pilihan visual.
SINGAPURA, 27 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Getty Images, sebuah pencipta kandungan visual global dan pasaran sehenti yang terkemuka hari ini melancarkan laporan “Inclusive Visual Storytelling for Asian Communities” untuk membantu jenama mengembangkan dan memperdalamkan lagi naratif Asia. Panduan ini adalah hasil daripada inisiatif penyelidikan global berterusan Getty Images, mendedahkan bahawa perwakilan visual pengiklanan komuniti Asia di Asia-Pasifik (APAC) kekal stereotaip.
Dikuasakan oleh cerapan daripada penyelidikan VisualGPS Getty Images, garis panduan tersebut memaklumkan bahawa kurang 10% daripada visual paling popular untuk Australasia, Jepun, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan mewakili orang Asia dan pengalaman hidup mereka dengan tepat. Sebaliknya, kebanyakan imejan yang digunakan lebih cenderung ke arah mengekalkan stereotaip biasa: menggambarkan orang Asia sebagai muda, langsing, memiliki ton kulit yang lebih cerah dan kebanyakannya digambarkan dalam konteks berkaitan kerja. Tambahan pula, visual popular kekal serupa dalam mesej asas, penggayaan dan emosinya: selalunya terlalu gembira dan dengan sedikit atau tiada kaitan dengan setiap budaya.
Menurut garis panduan ini, 4 daripada 5 pengguna di seluruh APAC bersetuju bahawa sekadar meningkatkan perwakilan individu daripada pelbagai etnik, latar belakang dan penampilan dalam pengiklanan dan media adalah tidak memadai, serta menyatakan bahawa syarikat perlu menjadi lebih baik lagi dalam menangkap gaya hidup sebenar orang ramai dan budaya. Mengejutkan, 3 daripada 5 juga dikatakan berasa mereka telah didiskriminasi berdasarkan saiz tubuh, pilihan gaya hidup, bangsa, etnik, identiti jantina, ketidakupayaan dan seksualiti. Penemuan ini menekankan pentingnya industri media dan pengiklanan untuk bukan sahaja mengiktiraf kepelbagaian dan multidimensi yang rumit yang wujud dalam budaya Asia, tetapi juga untuk menyelaraskan jangkaan pengguna dalam menyampaikan gambaran yang tulen dan bermakna tentang identiti Asia.
No comments:
Post a Comment