Thursday, October 5, 2023

PENERAJU INDUSTRI HIJAU GLOBAL BERSATU DI EKSPO EKO ASIA 2023

 

Peneraju Industri Hijau Global Bersatu di Ekspo Eko Asia 2023 (Foto: Business Wire)


HONG KONG 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekspo Eko Asia 2023, dianjurkan bersama Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong dan Messe Frankfurt (HK) Ltd dan anjuran bersama oleh Biro Alam Sekitar dan Ekologi Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, akan dilancarkan dari 26 – 29 Oktober di AsiaWorld-Expo, Hong Kong, dengan perkhidmatan padanan dalam talian “Click2Match” tersedia dari 19 Oktober hingga 6 November.

Di bawah tema “Melaksanakan Perubahan ke arah Keneutralan Karbon (Taking the Leap towards Carbon Neutrality)”, ekspo itu bertujuan menghimpunkan tokoh terkemuka dari Tanah Besar China dan industri alam sekitar global untuk mempromosikan konsep seperti pengurangan karbon, ekonomi kitaran dan tenaga baharu. Ini dilaksanakan dengan matlamat utama untuk mengubah Hong Kong menjadi hab antarabangsa bagi teknologi hijau dan kewangan. Selain kumpulan peserta pameran yang kembali menyertai dari Kanada dan Jepun, beberapa kumpulan baharu dari Tanah Besar China masing-masing akan membuat penampilan sulung.

Ekspo Eko Asia telah berjaya meraih sokongan padu daripada Kawasan Teluk Besar (Greater Bay Area), dengan penyertaan astaka Wilayah Pentadbiran Khas Macau (Macao SAR) dan Zhongshan yang baharu, serta astaka hidrogen yang terdiri daripada syarikat dari Hong Kong. Oleh yang demikian, dengan penyertaan semula astaka Guangzhou dan Shenzhen dalam ekspo tersebut, akan membantu mengembalikan peranan Hong Kong dalam merangsang kerjasama antara syarikat dalam megalopolis yang berkembang pesat ini. Astaka baharu yang lain dari Tanah Besar China termasuk dari wilayah Jiangsu dan Hunan, serta bandar Shanghai, dengan syarikat terkemuka yang utama dalam tenaga boleh baharu, hidrogen, kewangan hijau dan banyak lagi. Ekspo tahun ini juga menarik minat syarikat terkemuka yang utama dalam industri hijau dari seluruh dunia, dengan penyertaan yang sudah disahkan dari 11 negara dan rantau.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17523

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...