Friday, July 16, 2021

PEMECUT KEUSAHAWANAN WANITA SERTAI FORUM KESAMAAN GENERASI BAGI PANEL PEROLEHAN RESPONSIF GENDER & KOMITED KEPADA GABUNGAN TINDAKAN

 

Pemecut Keusahawanan Wanita menjadi tuan rumah bagi satu panel bertajuk “Membangunkan satu Strategi Transformatif bagi Perolehan Responsif Gender,” yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai halangan yang kompleks dan saling bersambung yang tidak seimbang terhadap keusahawanan wanita dan menggalakkan strategi perolehan responsif gender. (Grafik: WEA)

DALLAS, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA), sebuah pemacu utama bagi peningkatan penyertaan ekonomi wanita, telah menyertai Forum Kesamaan Generasi di Paris (30 Jun-2 Julai) melalui Program “Pemacu bagi Perubahan”. 26 tahun selepas Perisytiharan Beijing, Forum Kesamaan Generasi itu, yang diadakan oleh Wanita PBB dan dihoskan bersama oleh kerajaan Mexico dan Perancis, adalah “detik paling kritikal di dalam sebuah generasi untuk melabur di dalam kesamaan gender dan mempercepatkan momentum bagi keselamatan, kepimpinan dan peluang ekonomi1 wanita. Seramai 50,000 orang terlibat di dalam Forum itu yang mengumpulkan 1,000 pembuat komitmen, mencatatkan pelaburan sebanyak $40 bilion bagi kesamaan gender dalam menyokong satu rancangan 5 tahun untuk bertindak bagi kesamaan merentasi 7 bidang tindakan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210712005178/en/ 

Pada 2 Julai, Pemecut itu menjadi tuan rumah kepada satu panel berjudul “Membangunkan satu Strategi Transformatif bagi Perolehan Responsif Gender,” yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai halangan yang kompleks dan saling bersambung yang tidak seimbang terhadap keusahawanan wanita dan menggalakkan strategi perolehan responsif gender. Di peringkat global, 1 dalam 3 perniagaan dimiliki oleh wanita2, namun wanita hanya memperolehi 1% daripada perolehan perbelanjaan oleh kerajaan dan perbadanan besar3. Penceramah berkongsi pandangan dan nasihat yang konkrit yang dibuktikan oleh perjalanan mereka sendiri tentang cara bagaimana untuk melaksanakan strategi perolehan inklusif.

Dilancarkan pada tahun 2019, Pemecut Keusahawanan Wanita adalah satu inisiatif pelbagai rakan yang direka untuk memberi inspirasi, mendidik, dan memperkasakan usahawan wanita di seluruh pelusuk dunia. Misi Pemecut itu adalah untuk menghapuskan halangan bagi usahawan wanita melalui empat Laluan bagi Pemerkasaan: Pendidikan, Pembiayaan, Sokongan, dan Penyertaan. Tanpa halangan kelayakan untuk turut serta, inisiatif global, yang dimulakan oleh Mary Kay Inc., adalah satu kerjasama strategik yang dibangunkan setelah berunding dengan lima agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14772

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...