Thursday, July 8, 2021

ENTRAVISION COMMUNICATIONS CORPORATION MENGUMUMKAN PENUTUPAN BAGI PENGAMBILALIHAN MEDIADONUTS

 Syarikat memperluaskan platform digital ke Asia Tenggara selain ke Amerika Syarikat, Amerika Latin, dan Eropah


SANTA MONICA, Calif., 7 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Entravision Communications Corporation (NYSE: EVC) (“Entravision” atau “Syarikat itu”) hari ini mengumumkan penutupan bagi pengambilalihan yang telah diumumkan sebelum ini ke atas MediaDonuts, sebuah syarikat prestasi pemasaran digital dan penjenamaan terkemuka dengan mempunyai operasi merentasi tujuh buah negara di rantau Asia Pasifik.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210706005763/en/

Ditubuhkan pada tahun 2010 dan beribu pejabat di Singapura, MediaDonuts menawarkan keupayaan pengiklanan digital yang meluas dengan gabungan bersama firma media dan teknologi global dan tempatan. Syarikat itu mengekalkan perkongsian strategik dengan beberapa daripada syarikat teknologi dan platform sosial terkemuka di dunia termasuk Twitter, TikTok, Spotify, Criteo dan pakatan komersial unik yang lain. Pakar penyelesaian digital MediaDonuts melayani sebuah pangkalan pelanggan yang mempunyai lebih 500 jenama teknologi dan pengguna di Thailand, Malaysia, Indonesia, India, Vietnam, Singapura dan Kemboja.

“Ini adalah satu hari yang cukup baik buat Entravision, dan kami sangat gembira untuk mengalu-alukan secara rasmi MediaDonuts ke dalam keluarga Entravision,” kata Walter Ulloa, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Entravision. “MediaDonuts adalah pemerolehan digital strategik penting kami yang kedua dalam masa kurang dari satu tahun, berikutan pemerolehan kami yang sangat berjaya bagi satu kepentingan majoriti di dalam Cisneros Interactive. Pengambilalihan hari ini ke atas MediaDonuts meneruskan strategi transformasi digital dan global jangka panjang kami yang termasuk Amerika Syarikat, Amerika Latin, Eropah dan Asia Tenggara.”

“Pengambilalihan MediaDonuts oleh kami adalah sejajar dengan matlamat kami untuk menjadi satu daripada penyedia perkhidmatan teknologi pemasaran digital terkemuka di dunia,” kata Juan Saldívar, Ketua Pegawai Digital, Strategi dan Kebertanggungjawapan Entravision. “Kami sudah mula bekerjasama dengan pasukan MediaDonuts pada projek yang menarik dan berinovatif dan terus memperluaskan kehadiran global kami. Saya yakin bahawa kepakaran industri MediaDonuts di rantau Asia Tenggara akan menjadi satu sumbangan penting kepada strategi pertumbuhan dan portfolio global Entravision bagi penawaran digital.”

Entravision telah memperluaskan jangkauan global mereka dengan ketara sepanjang 12 bulan yang lalu. Dengan kemasukan Syarikat itu ke Asia Tenggara, Entravision kini melayan pelanggan digital merentasi 33 buah negara. Asia Tenggara mempunyai satu daripada populasi yang paling pesat berkembang di seluruh dunia termasuk 700 juta orang, 400 juta daripadanya dihubungkan secara digital.

Pasukan sofistikated MediaDonuts bagi inovator jualan dan media berjumlah lebih 80 orang pekerja yang bersama-sama menyokong pelanggan mereka di dalam pembelian, teknologi dan wawasan programatik dan perancangan media. MediaDonuts juga mengekalkan satu cabang representasi media yang menyokong sebahagian daripada nama terbesar di dalam media dan teknologi melalui organisasi jualan mereka yang meluas merentasi Asia Tenggara. Semua pekerja MediaDonuts kekal bersama syarikat itu, dan Pieter-Jan de Kroon akan terus berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di pejabat MediaDonuts di Singapura.

Untuk maklumat lanjut mengenai penutupan urus niaga itu, sila semak semula pemfailan terkini Syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa pada Borang 8-K.

Maklumat mengenai Entravision Communications Corporation

Entravision adalah sebuah syarikat media, pemasaran dan teknologi global yang dipelbagaikan yang melayani pelanggan di seluruh Amerika Syarikat dan di 32 buah negara merentasi Amerika Latin, Eropah, dan Asia. Entravision mempunyai 54 stesen televisyen dan merupakan kumpulan gabungan terbesar bagi rangkaian televisyen Univision dan UniMás, dan 48 stesen radio berbahasa Sepanyol yang menampilkan bakat-bakat yang telah memenangi anugerah dan diiktiraf di peringkat nasional. Portfolio digital dinamik kami termasuk Entravision Digital, yang melayani PKS di pasaran Latino di Amerika Syarikat yang berketumpatan tinggi dan menyediakan penyelesaian programatik mudah alih termaju dan platform sisi permintaan yang membolehkan pengiklan untuk melaksanakan kempen prestasi dengan menggunakan algoritma pembidaan pembelajaran mesin, bersama dengan Cisneros Interactive, sebuah pemimpin di dalam penyelesaian pengiklanan digital di pasaran Amerika Latin dan Hispanik Amerika Syarikat yang mewakili platform teknologi utama, dan MediaDonuts, sebuah pemimpin di dalam penyelesaian digital programatik di Asia Tenggara. Saham bagi Saham Biasa Kelas A Entravision didagangkan di Bursa Saham New York di bawah simbol tiker: EVC. Ketahui lebih lanjut mengenai semua penawaran media, pemasaran dan teknologi kami di entravision.com  atau berhubung dengan kami di LinkedIn dan Facebook.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran media ini mengandungi kenyataan tertentu yang berpandangan ke hadapan, termasuk tanpa had jangkaan dan hasrat Syarikat itu berhubung dengan pemfailan Borang 10-K mereka. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini, yang disertakan menurut dengan peruntukan safe habor bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, mungkin melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan dan prestasi sebenar Syarikat itu dalam tempoh masa hadapan menjadi berbeza secara material daripada keputusan atau prestasi di masa hadapan yang dicadangkan oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu di dalam siaran media ini. Walaupun Syarikat itu percaya jangkaan yang digambarkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu adalah didasarkan kepada andaian yang munasabah, ia tidak dapat memberi jaminan bahawa keputusan sebenar tidak akan berbeza secara material daripada jangkaan ini, dan Syarikat itu tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang dibuat oleh Syarikat itu. Dari semasa ke semasa, risiko, ketidakpastian dan faktor lain ini dibincangkan di dalam pemfailan Syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.


No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...