Monday, July 12, 2021
PASARAN KANDUNGAN ANTARABANGSA SPP 2021 AKAN DIADAKAN SECARA DALAM TALIAN DARI 12 HINGGA 30 JULAI
- Pasaran kandungan B2B terbesar di Korea diadakan dari 12 hingga 30 Julai
- Ia memperkenalkan ‘SPP connect’, satu platform pemadanan perniagaan baharu yang menyediakan fungsi cadangan AI dan penyelesaian persidangan video
SEOUL, Korea Selatan, 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Agensi Perniagaan Seoul (SBA, Ketua Pegawai Eksekutif Jang Young-seung), sebuah organisasi yang menyokong PKS yang meningkatkan daya saing bagi industri kandungan kebudayaan Seoul, mengumumkan bahawa ia mengadakan pasaran kandungan antarabangsa ‘SPP 2021’ secara dalam talian dari 12 hingga 30 Julai.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210708005402/en/
‘SPP (Pelan Penggalakan Seoul)’, satu pasaran yang mengkhususkan diri dalam animasi, karakter, kartun animasi atau webtoon, dan kandungan permainan, adalah merupakan pasaran terbesar di Korea di mana pelbagai perniagaan yang berkaitan dengan kandungan, seperti membeli hak cipta, penerbitan bersama, dan tarikan pelaburan, dilakukan. Tahun lalu, 619 syarikat, termasuk syarikat global seperti Disney dan Tencent, telah turut serta dan 4,092 kes pemadanan perniagaan dibuat, pencapaian terbesar dalam sejarah walaupun ia diadakan secara dalam talian disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Kejayaan ‘SPP’ ini adalah pencapaian luar biasa bagi platform dalam talian itu. Dengan memperkenalkan satu sistem dalam talian secara terdahulu pada tahun 2017, SPP telah menyediakan peluang pemadanan perniagaan berkualiti tinggi kepada syarikat kandungan domestik dengan fungsi penjadualan termaju mereka yang membolehkan pengaturan pertemuan terlebih dahulu dan fungsi penayangan dalam talian yang membolehkan untuk melihat kandungan video terlebih dahulu.
SPP connect, yang baharu diwujudkan tahun ini, telah meningkatkan kemudahan pengguna dengan melaksanakan fungsi utama yang diperlukan bagi perniagaan tanpa sentuh seperti penyelesaian cadangan berasaskan AI dan penyelesaian persidangan video selain untuk memajukan penjadualan dan penayangan dalam talian.
Dalam SPP 2021, di mana SPP connect akan diperkenalkan buat pertama kalinya, pelbagai program B2B seperti pemadanan perniagaan dalam talian, penyampaian idea perniagaan, pameran, dan acara promosi akan berlangsung.
Asia Animation Alliance akan memperkukuhkan jaringan perniagaan kandungan di antara negara-negara Asia melalui pameran animasi baharu dari Korea, China, Jepun, India, dan negara-negara ASEAN dan sesi taklimat untuk berkongsi trend pasaran animasi di setiap negara. Dalam sesi taklimat pasaran itu, di mana pelbagai negara Asia, termasuk Korea, China, Jepun, India, Thailand, Myanmar, Vietnam, Indonesia, dan Filipina mengambil bahagian, anda boleh menyemak status dan visi terkini bagi industri animasi di pelbagai negara Asia.
Di samping itu, dalam Global Ignite, satu acara promosi yang diterajui korporat, sesi bermanfaat disediakan untuk penerbitan, pemasaran, teknologi, dan pelaburan dalam bidang kandungan termasuk animasi. Sesi itu termasuk studio animasi golongan muda Korea, yang sedang berkembang pesat; sesi taklimat oleh studio yang mengkhususkan diri di dalam animasi; dan satu sesi untuk memperkenalkan dasar animasi dan status dana di Kanada.
“SPP connect yang baharu diwujudkan itu akan menjadi satu platform dalam talian yang dapat memainkan satu peranan penting di dalam mengeksport kandungan domestik di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang berpanjangan,” kata Park Bo-kyung, ketua bagi Pusat Animasi Seoul SBA. “Dalam SPP 2021, kami merancang untuk menyediakan sokongan kepada syarikat domestik bagi mewujudkan pencapaian perniagaan yang besar dengan mempromosikan projek mereka kepada pembeli terkemuka di luar negara.”
Maklumat lanjut mengenai SPP 2021, yang diadakan dari 12 hingga 30 Julai, boleh diperolehi di laman web SPP connect (www.spp.kr).
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210708005402/en/
Hubungi
Agensi Perniagaan Seoul (SBA)
Yujin Park
+82-2-3455-8365
yjpark@sba.seoul.kr
Sumber: Agensi Perniagaan Seoul
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment