NEW YORK, 21 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Riskified Ltd. (“Riskified”), sebuah platform pengurusan penipuan yang membolehkan eDagang tanpa geseran, hari ini mengumumkan pelancaran bagi tawaran awam permulaan mereka bagi 17,500,000 saham biasa Kelas A. Tawaran itu terdiri daripada 17,300,000 saham biasa Kelas A yang ditawarkan oleh Riskified dan 200,000 saham biasa Kelas A yang akan dijual oleh satu daripada pemegang saham Riskified yang sedia ada. Riskified tidak akan menerima sebarang hasil daripada penjualan saham itu oleh pemegang saham yang menjualnya. Penaja jamin akan mempunyai pilihan 30 hari untuk membeli tambahan 2,625,000 saham biasa Kelas A daripada Riskified pada harga tawaran awam permulaan itu, dengan ditolak diskaun pengunderaitan dan komisen. Harga tawaran awam permulaan itu pada masa ini adalah dijangkakan antara $18.00 dan $20.00 bagi setiap saham. Riskified berhasrat untuk menyenaraikan saham biasa Kelas A mereka di Bursa Saham New York di bawah simbol tiker “RSKD”.
Goldman Sachs & Co. LLC, J.P. Morgan Securities LLC dan Credit Suisse Securities (USA) LLC bertindak sebagai pengurus penaja jamin utama bagi tawaran yang dicadangkan itu. Barclays Capital Inc., KeyBanc Capital Markets Inc., Piper Sandler & Co., Truist Securities, Inc. dan William Blair & Company, L.L.C. adalah pengurus penaja jamin bersama bagi tawaran yang dicadangkan itu. Loop Capital Markets LLC, Samuel A. Ramirez & Company, Inc., Siebert Williams Shank & Co., LLC dan Stern Brothers & Co. bertindak sebagai pengurus bersama bagi tawaran yang dicadangkan itu.
RISKIFIED LTD. MENGUMUMKAN PELANCARAN BAGI TAWARAN AWAM PERMULAAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penguin Solutions Memperluas Portfolio Memori SMART Modular DDR5 SODIMM dengan DDR5-6400 ECC CSODIMM 64GB Baharu untuk HPC Generasi Seterusnya
Modul memori SMART Modular DDR5 SODIMM baharu daripada Penguin Solutions menawarkan prestasi tahan lasak dan sokongan suhu luas untuk aplika...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
(Dari kiri ke kanan): Naib Presiden Eksekutif Unit Bisnes Mikroelektronik & Ahli Lembaga Pengarah, Ingolf Schroeder, dan Naib Presiden K...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment