Pengarah Kanan APAC untuk Pengedaran Dilantik
MELBOURNE, Australia, 22 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cradlepoint, peneraju global dalam penyelesaian edge rangkaian wayarles 4G dan 5G yang disampaikan oleh awan, hari ini mengumumkan kerjasama pengedaran dengan Tech Data di Asia Tenggara. Kerjasama pengedaran ini akan membolehkan Cradlepoint mempercepat operasi di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand terlebih dahulu, dengan perancangan untuk berkembang ke pasaran lain di rantau ini dalam jangka masa lebih panjang. Chris Joseph daripada Cradlepoint juga dilantik sebagai Pengarah Kanan, Pengedaran, Asia Pasifik, yang bertanggungjawab untuk mengurus rakan kongsi pengedaran di rantau tersebut.
“Menurut firma data dan analisis, Global Data, Asia Pasifik akan menjadi rantau utama secara global dalam penggunaan teknologi 5G, dengan 1.14 bilion pelanggan, yang membentuk 65% daripada jumlah langganan 5G global menjelang 2024*. Kami menyedari permintaan untuk ketersambungan rangkaian wayarles semakin berkembang di seluruh rantau Asia Tenggara dan banyak perniagaan sedang berusaha untuk memanfaatkan penyelesaian dan aplikasi untuk didayakan oleh rangkaian 5G yang akan datang,” kata Gavin Wilson, Pengarah Urusan APAC, Cradlepoint. “Kerjasama antara Cradlepoint dengan Tech Data di rantau ini memberikan peluang terbaik kepada rakan kongsi saluran untuk memanfaatkan permintaan yang semakin berkembang ini untuk penyelesaian WAN wayarles, dengan Cradlepoint yang menjadi peneraju dalam pasaran penyelesaian edge rangkaian wayarles berasaskan awan dan skala dan capaian Tech Data di rantau tersebut.”
“Pelantikan kanan Chris Joseph, yang akan bertanggungjawab dalam mengembangkan dan mengurus pengedar kita di rantau itu, berserta pengetahuan dan pengalaman Tech Data dalam perangkaian utama, IoT, mobiliti dan kesambungan selular, meletakkan Cradlepoint APAC pada kedudukan baik untuk memenuhi matlamat kita untuk mengembangkan perniagaan berasaskan saluran yang menumpukan pada segmen Perusahaan,” tambah Gavin.
“Kami gembira kerana terpilih sebagai Rakan Kongsi Pengedaran untuk Cradlepoint. Kerjasama ini akan membantu untuk mengoptimumkan penyelesaian edge rangkaian wayarles berasaskan awan Cradlepoint di seluruh rantau Asia Tenggara,” kata Sundaresan K, Naib Presiden APAC Teknologi Generasi Seterusnya & Pengurus Besar India, Tech Data.
Chris Joseph telah bersama Cradlepoint selama empat tahun, berkhidmat sebagai Pengarah Akaun Strategik dan Pengarah Saluran. Sebelum Cradlepoint, beliau merupakan Pengurus Jualan Rantau di MobileIron. Beliau juga pernah berkhidmat untuk NetComm Wireless dan Optus dan hampir 10 tahun di Nortel. Berpangkalan di Melbourne, Australia, Chris akan melapor kepada Lisa Wight, Naib Presiden, Pengedaran Global dan Program Rakan Kongsi.
Tech Data bekerja dengan Penjual Semula Rangkaian Kebangsaan, Penjual Nilai Tambah, Pembekal Perkhidmatan Terurus, Pembekal Perkhidmatan Kebangsaan, Penyepadu dan Pembawa Sistem sebagai Pembekal Perkhidmatan Terurus di rantau Asia Pasifik.
* Asia-Pacific will lead 5G technology adoption by 2024, Global Data, 13 Januari 2020
Perihal Cradlepoint
Cradlepoint ialah peneraju global dalam penyelesaian edge rangkaian wayarles 4G dan 5G yang disampaikan oleh awan. Platform NetCloud™ oleh Cradlepoint dan penghala selular menyampaikan edge WAN Wayarles yang menyeluruh, selamat dan berasaskan perisian untuk menghubungkan orang ramai, tempat dan pelbagai perkara di mana-mana sahaja. Lebih 25,000 syarikat perniagaan dan agensi kerajaan di seluruh dunia, termasuk pelbagai organisasi Global 2000 dan agensi sektor awam terkemuka, bergantung pada Cradlepoint untuk memastikan tapak yang kritikal untuk misi, titik perdagangan, angkatan lapangan, kenderaan dan peranti IoT sentiasa terhubung. Cradlepoint diasaskan pada tahun 2006, diperoleh oleh Ericsson pada tahun 2020 dan beroperasi hari ini sebagai subsidiari kendiri dalam teknologi Kawasan Perniagaan dan Perniagaan Baharu untuk Ericsson. Ibu pejabat pusat Cradlepoint terletak di Boise, Idaho, dengan pusat pembangunan di Silicon Valley dan India dan pejabat antarabangsa di UK dan Australia. www.cradlepoint.com
Perihal Tech Data
Tech Data menyambungkan dunia dengan kuasa teknologi. Portfolio hujung ke hujung syarikat bagi produk, perkhidmatan dan penyelesaian, kemahiran dan kepakaran yang amat khusus serta kepakaran dalam teknologi generasi akan datang membolehkan rakan kongsi saluran memasarkan produk dan penyelesaian yang diperlukan oleh dunia untuk berhubung, berkembang dan maju. Tech Data berada pada kedudukan ke-90 dalam senarai Fortune 500® dan telah dinamakan sebagai salah satu Syarikat Paling Dikagumi di Dunia oleh Fortune selama 11 tahun berturut-turut.
Pertanyaan Media Cradlepoint
Highwire PR
Travis Barend
585.880.2045
cradlepoint@highwirepr.com
Sumber: Cradlepoint
--BERNAMA

No comments:
Post a Comment