Sunday, January 10, 2021

VF CORPORATION MENGUMUMKAN PELAN TRANSFORMASI WILAYAH BAGI MEMBOLEHKAN PERTUMBUHAN JANGKA PANJANG DI ASIA

DENVER & SHANGHAI, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- VF Corporation (NYSE: VFC), sebuah pemimpin dunia di dalam pakaian, kasut dan aksesori gaya hidup berjenama, hari ini mengumumkan satu pelan transformasi bagi operasi mereka di Asia Pasifik yang memberi tumpuan kepada pengembangan reka bentuk dan tapak kehadiran organisasi di rantau itu, dan membangunkan  kemampuan baharu bagi mempercepatkan pertumbuhan untuk jenama mereka.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi mereka, VF akan memindahkan pusat bagi operasi jenama mereka dari Hong Kong ke Shanghai di mana syarikat itu pada masa ini menggajikan kira-kira 900 rakan pejabat dan runcit. Hab Pembekalan Produk Asia bagi VF, yang berfungsi sebagai pangkalan bagi operasi untuk rantaian bekalan global mereka di rantau itu, akan juga berpindah dari Hong Kong dan ditempatkan semula ke Singapura. Satu pusat perkhidmatan bersama tambahan bagi wilayah itu akan diwujudkan di Kuala Lumpur, Malaysia. VF akan mengaktifkan satu pelan peralihan berperingkat untuk membimbing penempatan semula ini sepanjang 12 hingga 18 bulan akan datang dengan pemindahan pertama dijangkakan pada April 2021.

VF CORPORATION MENGUMUMKAN PELAN TRANSFORMASI WILAYAH BAGI MEMBOLEHKAN PERTUMBUHAN JANGKA PANJANG DI ASIA

No comments:

Post a Comment

Hampir Setengah Juta Pengguna Manfaatkan Infrastruktur Dagangan AI Bitget, Laporan Messari Menekankan

  VICTORIA, Seychelles, 4 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Bitget , Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, menekankan penemuan utama da...