Wednesday, January 13, 2021

AZBIL MELANCARKAN PERISIAN SISTEM AMARAN AWAL DI PERINGKAT GLOBAL




-- Fungsi Ramalan Meningkatkan Pemantauan Tapak Pengeluaran--


TOKYO, 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Azbil Corporation (TOKYO: 6845) telah mengumumkan pelancaran di peringkat global bagi versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina untuk Sistem Amaran Awal mereka bagi Data Siri Masa (selepas ini, “Sistem Amaran Awal”) di pasaran termasuk Asia Tenggara, China dan Korea.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210112006172/en/

Sistem Amaran Awal itu, yang dilancarkan di Jepun pada tahun 2013, adalah sebuah pakej perisian yang sentiasa memantau perubahan di dalam arah aliran data siri masa untuk pembolehubah proses penting seperti suhu, tekanan, kadar aliran, dan tahap cecair untuk memberi peringatan kepada pengendali berhubung kemungkinan penyimpangan dari nilai-nilai kawalan di peringkat awal. Dibandingkan dengan pemantauan amaran oleh sebuah sistem kawalan teragih (DCS), penggera ramalan Sistem Amaran Awal itu mempunyai kelebihan bagi pengenalan awal, sebelum nilai-nilai kawalan dicapai atau peranti keselamatan mula beroperasi.

Dalam satu keadaan kecemasan apabila ada sesuatu yang tidak kena dengan peralatan dan banyak penggera DCS diaktifkan, penggera yang gagal berfungsi atau kesilapan manusia lain mungkin berlaku, yang membawa kepada kemalangan. Sistem Amaran Awal itu, bagaimanapun, tidak bergantung kepada DCS dan melengkapkan penggera biasa dengan yang boleh membuat ramalan. Sebagai contoh, menunjukkan arah aliran pada satu paparan besar secara berasingan dari monitor DCS dapat menggalakkan satu tindak balas awal dan sesuai oleh pengendali. Dengan cara ini, sistem itu berfungsi bersama dengan sistem pemantauan dan kawalan yang sedia ada seperti DCS untuk menyediakan keberkesanan yang lebih besar.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14175

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...