Thursday, January 28, 2021

FWD TAKAFUL LANCAR FWD INCOME FIRST


Pelan takaful keluarga baharu yang menambahkan simpanan anda melalui bayaran tunai dijamin bersama dengan manfaat perlindungan 

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) hari ini mengumumkan pelancaran FWD Income First, pelan takaful keluarga terbaru yang menggabungkan simpanan dan perlindungan dalam satu pelan. FWD Income First menawarkan manfaat Bayaran Tunai Dijamin (BTD) untuk membantu pelanggan memenuhi matlamat kewangan mereka. Pelan ini turut menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kematian ataupun Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) akibat kejadian yang tidak diingini. 
 
Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful berkata, “Dalam keadaan kewangan yang tidak menentu hari ini, amatlah penting untuk memastikan kita menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk masa hadapan kita. Visi kami adalah untuk mengubah pandangan orang ramai tentang takaful. Oleh itu, kami telah mencipta pelan takaful yang lebih menyeluruh yang bukan sahaja dapat memberikan perlindungan malah dapat juga meningkatkan kewangan untuk mewujudkan keselamatan kewangan jangka masa panjang. FWD Income First menyediakan bayaran tunai dijamin setiap tahun, yang membolehkan pelanggan memenuhi matlamat kewangan mereka pada tahap yang berbeza dalam kehidupan mereka.”
 
FWD Income First menawarkan pembayaran tunai bermula dari awal tahun kedua sijil dan fleksibiliti untuk pelanggan memilih tempoh pambayaran sumbangan sama ada 5, 10 atau 20 tahun dan tempoh perlindungan sama ada 20 atau 30 tahun mengikut kesesuaian keperluan pelan kewangan dan gaya hidup mereka.
 
Wan Mohd Fadhlan Wan Azmi, Ketua Pegawai Agensi FWD Takaful, menambah, “Kami berusaha untuk memberikan nilai terbaik kepada pelanggan kami melalui pendekatan pelanggan kami yang unik, dengan menyediakan penyelesaian Takaful yang bermanfaat untuk menyokong aspirasi kewangan mereka. FWD Income First memperkasakan pelanggan untuk menerima pembayaran serta manfaat kematangan dijamin. Kami menggalakkan semua rakyat Malaysia yang berminat untuk meningkatkan simpanan mereka dan mendapatkan perlindungan pada masa yang sama untuk menghubungi ejen-ejen kami yang berdedikasi tentang bagaimana pelan baharu kami dapat diterapkan dalam strategi perancangan kewangan mereka.”
 
Lain-lain manfaat dan maklumat pelan ini termasuk:
• Bayaran BTD sehingga 60% daripada sumbangan tahunan bermula dari tahun kedua sijil. Pelanggan boleh memilih sama ada mendepositkan BTD ke dalam akaun mereka atau membiarkannya terkumpul dalam Akaun Simpanan Peserta (ASP);
• Manfaat kematangan dijamin sehingga 820% daripada sumbangan tahunan atau nilai ASP, yang mana lebih tinggi setelah sijil matang;
• Sehingga 110% daripada jumlah yang dilindungi atau nilai ASP, yang mana lebih tinggi, sekiranya berlaku kematian ataupun HUPK atas sebab semula jadi;
• Sehingga 220% daripada jumlah yang dilindungi atau nilai ASP, yang mana lebih tinggi, sekiranya berlaku kematian atau HUPK akibat kemalangan;
• Manfaat kematian tambahan sebanyak RM10,000 sebagai khairat kematian untuk membantu meringankan beban keluarga.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FWD Income First dan manfaatnya, layari fwd.com.my/en/income atau hubungi mana-mana ejen FWD Takaful yang berdaftar. Sebagai alternatif, hubungi 1300 13 7988 atau emel contact.my@fwd.com untuk maklumat lanjut.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=14196

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...