Hos Model Tumor Singeneik Jh Kritikal Kini Tersedia pada Latar Belakang B6
RENSSELAER, N.Y., 19 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju utama dalam menyediakan penyelesaian model haiwan untuk penemuan ubat, mengumumkan pengembangan portfolio imuno-onkologi miliknya.
Imuno-onkologi merupakan keutamaan penyelidikan utama kerana imuno-onkologi menggunakan sistem imun badan sendiri untuk merawat beberapa jenis kanser dengan berkesan. Model haiwan tumor singeneik memainkan peranan yang kritikal kerana model ini menggunakan mencit biak baka dalam standard yang mempunyai sistem imun yang kompeten, yang diperlukan untuk menilai terapi pemodulasian imun. Model ini dicantumkan dengan tumor mencit yang diterbitkan daripada latar belakang strain yang sama; keserupaan genetik ini antara tumor dan hos menghalang hos daripada menolak tumor.
Satu pertimbangan dalam menggunakan model singeneik adalah bahawa beberapa calon ubat boleh menyebabkan respons imun negatif yang tidak dilihat dalam manusia. Mencit standard boleh membentuk antibodi antiubat (ADA) yang boleh meneutralkan terapeutik atau malah menyebabkan anafilaksis. Ini boleh mencegah penyelidik daripada menentukan keberkesanan terapeutik dalam kajian praklinikal.
Mencit Jh Taconic, yang kekurangan sel B tetapi mengekalkan jenis sel imun yang lain, seperti sel T yang penting untuk penilaian imunoterapi, digunakan secara meluas untuk mengatasi masalah ini. Oleh kerana mencit Jh tidak boleh menghasilkan ADA, tiada kesan peneutralan atau farmakokinetik pada risiko terapeutik atau anafilaksis. Mencit Jh Taconic sebelum ini hanya tersedia pada latar belakang BALB/c jadi ia hanya terpakai kepada sebahagian daripada kajian tumor singeneik. Mencit Jh baharu pada latar belakang C57BL/6 mengembangkan kemudahan untuk merangkumi kebanyakan kajian.
“Taconic komited untuk menjana kedua-dua model mencit imuno-onkologi penting dan memudahkan akses kepada mencit tersebut untuk penemuan ubat,” kongsi Dr Michael Seiler, naib presiden model komersial di Taconic. "Mencit Jh tersedia secara global untuk kedua-dua para penyelidik bukan untung dan berasaskan keuntungan, termasuklah organisasi penyelidikan kontrak.”
Kohort kedua-dua versi C57BL/6 dan BALB/c mencit Jh tersedia untuk penghantaran serta-merta.
Model Jh hanyalah satu aspek daripada portfolio imuno-onkologi Taconic, yang merangkumi mencit pemanusiaan yang dibina pada keimunokurangan CIEA NOG mouse® dengan penyelesaian penjanaan model tersuai dan pengurusan koloni.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mencit Jh, sila hubungi Taconic di 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.
Perihal Taconic Biosciences, Inc.
Taconic Biosciences ialah peneraju utama berlesen penuh dalam model dan perkhidmatan mencit yang direka bentuk secara genetik. Ditubuhkan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik agar pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, menetapkan prasyarat, menguji dan mengagihkan model penyelidikan yang bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus tereka bentuk secara genetik, mikrobiom, model mencit imuno-onkologi dan perkhidmatan rekaan dan pembiakan model bersepadu, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan perhubungan pengedar di Asia dan mempunyai keupayaan penghantaran global untuk menyediakan model haiwan di mana-mana sahaja di dunia.
Orang Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
518-478-6095
kelly.grover@taconic.com
Sumber: Taconic Biosciences
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14186
No comments:
Post a Comment