Thursday, January 21, 2021

JEMINCARE MEMULAKAN UJIAN KLINIKAL FASA I BAGI ANTIBODI PENEUTRALAN ANTI-SARS-COV-2 JMB2002

 NANCHANG, China, 20 Jan., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Pada 15 Januari, Kumpulan Jemincare, sebuah syarikat farmaseutikal China, mengumumkan bahawa ia telah memulakan ujian klinikal fasa I bagi antibodi peneutralan anti-SARS-CoV-2 (JMB2002).

Kajian praklinikal bagi JMB2002 yang termasuk farmakologi dan ketoksikan telah dijalankan secara sistematik. Metabolisme, keselamatan dan keberkesanan ubat itu dilakukan dengan baik. Dalam kajian awal, ia didapati bahawa JMB2002 dapat meneutralkan dengan berkesan jangkitan virus hidup bagi sel Vero E6. Apa lagi, JMB2002 menunjukkan aktiviti pengikat dan penyekat yang kuat terhadap lonjakan glikoprotein bagi virus mutan.

Walaupun sebahagian besar daripada antibodi peneutralan SARS-CoV-2 di dalam ujian klinikal dihasilkan daripada kumpulan sel, produk untuk ujian klinikal JMB2002 itu telah dihasilkan daripada titisan sel stabil hasil tinggi, yang memastikan ketekalan dan kestabilan bagi sampel klinikal. JMB2002 diperolehi daripada koleksi antibodi sel B manusia naif bagi penderma yang sihat. Dengan platform faj-ke-yis yang kuat, penyelidik dengan pantas menentukan calon-calon yang ideal dari lebih 10 bilion molekul antibodi dalam masa 19 hari.

Sebagai satu daripada kumpulan farmaseutikal berskala besar dan dimodenkan di China, Kumpulan Jemincare, yang membuat pencapaian penemuan dalam 2 tahun terakhir, telah memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi ubat-ubatan baharu selama beberapa tahun dengan saluran R&D untuk merawat penyakit dalam barah, sistem saraf pusat, sistem pernafasan, sistem kardiovaskular dan serebrovaskular. Pada tahun 2018, Jemincare telah menubuhkan Institut Penyelidikan mereka di Bandar raya Sains Shanghai Zhangjiang dan telah merekrut lebih 400 saintis R&D di lima pusat penyelidikan untuk pengembangan ubat-ubatan inovatif termasuk biologik, molekul kecil baharu, sistem penyampaian ubat baharu, ubat generik dan ubat Cina tradisional.  
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari  
http://www.jemincare.com/ ,
https://mp.weixin.qq.com/s/ctxPE6bA2CIvfknZoRwwKg


Sumber: Jemincare 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14188

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...