QUEBEC CITY, 5 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderiaan AD, berasa sukacita untuk mengumumkan penyertaan di CES 2021.LeddarTech mengukuhkan kepercayaannya pada kuasa ekosistem melalui kerjasama dengan beberapa rakan kongsi dan organisasi semasa acara itu.Pastikan anda berhubung dengan LeddarTech di CES 2021 dari 11-14 Januari 2021untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai penyelesaian penderia kami.
Berhubung dengan LeddarTech Di Lokasi Maya Ini di CES:
- Kerajaan
Kanada untukPerkhidmatan Pesuruhjaya
Perdagangan(TCS) Kanada: Ini menandakan satu
lagi peristiwa di CES apabila LeddarTech berbangga untuk menyertai Program Suai
Padan Perniagaan kepada Perniagaan TCS.TCS membantu syarikat menjual produk dan
perkhidmatan mereka di luar Kanada dengan menghubungkan mereka dengan program
pendanaan dan sokongan, peluang antarabangsa dan rangkaian pesuruhjaya
perdagangan di lebih daripada 160 bandar di seluruh dunia.LeddarTech akan
tersedia semasa acara untuk bertemu dengan syarikat lain melalui Program Suai
Padan dalam talian.
Mesyuarat ini boleh dijadualkan secara terus dengan TCS.Untuk maklumat lanjut, lawati halaman acara CES 2021 rasmi TCS. - Investissement
Québec: LeddarTech akan menyertai
Investissement Québec sebagai perwakilan dalam misi maya mereka ke CES pada
tahun 2021.Misi Investissement Québec adalah untuk memainkan peranan yang aktif
dalam pembangunan ekonomi Québec dengan mendorong inovasi perniagaan,
keusahawanan dan pemerolehan perniagaan serta pertumbuhan dalam pelaburan dan
eksport.Misi CES adalah sebahagian daripada proses untuk menyokong usaha yang
dibuat oleh syarikat Québec untuk mengakses dan mengembangkan pasaran Amerika
dalam sektor inovatif.Misi juga bertujuan untuk menawarkan syarikat Québec
peluang untuk bertemu dengan pembeli yang hadir secara maya di
CES.
Tapak maya akan tersedia pada 11 Januari di bawah Exhibitor Directory.
Selain itu, LeddarTech akan bekerjasama dengan rakan kerjasama tambahan semasa acara maya.Lawati LeddarTech.com selepas 11 Januari untuk maklumat lanjut.
“Ketahanan individu yang menghadapi kesusahan untuk berharapan dan melihat masa depan walaupun disaat kesusahan masa kini mentakrifkan kita yang bekerja dalam industri teknologi,” kata Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran Global, Komunikasi dan Pengurusan Produk di LeddarTech.“Visi, ketahanan dan sikap optimis merupakan sifat yang memacu kami untuk terus berinovasi di LeddarTech.Nilai ini juga yang kita hargai dan berterima kasih dengan rakan kerjasama dan pelanggan kita.Kami berbangga untuk bekerjasama dengan Perkhidmatan Persuruhjaya Perdagangan Kanada dan Investissement Québec di CES 2021 dan teruja untuk bertemu, mendengar dan berkongsi penyelesaian dan visi kami berkenaan ADAS dan teknologi AD dengan wakil dari syarikat dari seluruh dunia,” simpulkan Mr. Aitken.
Akses Kit Akhbar CES 2021 LeddarTech.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14154
No comments:
Post a Comment