Sunday, April 28, 2024

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA



Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan kecekapan dan kelestarian sambil memaksimumkan penjimatan kos


BOSTON, 29 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, penyedia global penyelesaian rawatan air dan air sisa, pada hari ini mengumumkan pelancaran Bahan Kimia CURE. Kesinambungan daripada rekod prestasi inovasi dan pemerdagangan Gradiant, Bahan Kimia CURE akan menetapkan penanda aras baharu dalam kelestarian alam sekitar dan kecekapan operasi untuk industri penting dunia.

Barisan produk Bahan Kimia CURE termasuk lebih 300 formulasi proprietari untuk perencat hakisan dan skala, bahan kimia proses, biosid, antiskala & pembersih serta agen penggumpal & agen pengelompok. Produk ini direka bentuk untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses rawatan air sambil meminimumkan jejak alam sekitar.

"Pelancaran Bahan Kimia CURE melambangkan kejayaan penting untuk Gradiant memandangkan kami melebarkan portfolio kami dengan memperkenalkan bahan kimia khusus yang melengkapkan keupayaan penyelesaian air kami secara keseluruhannya," kata Prakash Govindan, Ketua Pegawai Operasi Gradiant. "Kini, kami merupakan satu-satunya portfolio industri air yang lengkap di seluruh lokasi yang menyediakan reka bentuk tersesuai dengan permintaan pengguna, kelengkapan proprietari, perkhidmatan O&M dan bahan kimia khusus yang ditempatkan secara strategik untuk menyampaikan kepakaran keseluruhan sistem yang dilengkapi dengan SmartOps AI untuk operasi yang tepat dan pintar.”

CURE dibangunkan melalui penyelidikan terkini digabungkan dengan maklum balas operasi tersesuai untuk memenuhi keperluan industri yang mencabar terdiri daripada semikonduktor kepada tenaga boleh baharu, perlombongan kepada tenaga, dan makanan & minuman kepada farmaseutikal. "Kami teruja untuk membawa penyelesaian kimia ini ke pasaran global, yang bukan sahaja berprestasi lebih baik berbanding bahan kimia sedia ada tetapi juga mematuhi standard keselamatan dan kelestarian tertinggi, kesemuanya pada nilai yang menarik kepada pelanggan kami," kata Vipan Kalia, Ketua Bahan Kimia di Gradiant.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara Bahan Kimia CURE boleh memberikan manfaat kepada operasi anda, sila kunjungi gradiant.com/solutions/cure-chemicals.

Maklumat Tentang Gradiant

Gradiant ialah penyedia global penyelesaian rawatan air dan air sisa. Bersama rangkaian lengkap yang pelbagai dan proprietari yang menyeluruh, dibantu oleh individu berpengaruh dalam industri air, syarikat menjalankan operasi misi kritikal pelanggan dalam industri penting dunia, termasuk semikonduktor, farmaseutikal, makanan & minuman, litium dan mineral kritikal, serta tenaga boleh baharu. Penyelesaian berinovatif Gradiant mengurangkan penggunaan air dan air sisa yang dikeluarkan, mendapatkan semula sumber berharga dan memperbaharui air sisa kepada air terawat. Syarikat yang beribu pejabat di Boston ini diasaskan di MIT dan mempunyai lebih daripada 1000 pekerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut gradiant.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber,satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Hubungan Korporat

Felix Wang
Gradiant
Ketua Pemasaran Global
fwang@gradiant.com

Sumber: Gradiant

Friday, April 26, 2024

MIDOCEAN ENERGY EIG MELENGKAPKAN PENGAMBILALIHAN 20 PERATUS PEGANGAN DALAM PERU LNG

WASHINGTON, 25 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MidOcean Energy (“MidOcean” atau “Syarikat”), syarikat gas asli cecair (LNG) yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, pada hari ini mengumumkan penyempurnaan perjanjian yang diumumkan sebelum ini untuk mengambil alih 20 peratus kepentingan SK earthon (“SK”) dalam Peru LNG (“PLNG”), pemilik dan pengendali kemudahan eksport LNG pertama di Amerika Selatan.

Aset PLNG terdiri daripada loji pencecairan gas asli dengan kapasiti pemprosesan 4.45 mmtpa, talian paip sepanjang 408km dengan kapasiti 1,290 mmcf/d yang dimiliki sepenuhnya, dua tangki storan bersaiz 130,000 m3, terminal marin sepanjang 1.4 km dan kemudahan pemuatan trak dengan kapasiti sehingga 19.2 mmcf/d yang dimiliki sepenuhnya. PLNG, dikendalikan oleh Hunt Oil Company, ialah satu daripada dua kemudahan pengeluaran LNG di Amerika Latin, yang terletak di Pampa Melchorita, 170km di selatan Lima.

De la Rey Venter, Ketua Pegawai Eksekutif MidOcean Energy, berkata, “Penyempurnaan pelaburan ini merupakan pencapaian penting dalam usaha kami untuk mencipta portfolio aset LNG global, pelbagai dan berdaya tahan. Sebagai satu-satunya kemudahan eksport LNG di Amerika Selatan, PLNG ditempatkan secara unik di pasaran global. PLNG juga memainkan peranan penting dalam membekalkan gas dan LNG kepada pelanggan di Peru. Kami berharap terjalin perkongsian yang kukuh dengan usahasama PLNG dan usaha kami ke arah mengekalkan impak positif PLNG selama beberapa tahun yang akan datang.”

Penyempurnaan transaksi ini berikutan pengumuman MidOcean baru-baru ini mengenai pelaburan strategik oleh Mitsubishi Corporation dan penyempurnaan pengambilalihan kepentingan Tokyo Gas Co. Ltd. dalam portfolio projek LNG bersepadu Australia.

Morgan Stanley bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada MidOcean dalam transaksi tersebut. Latham & Watkins bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada MidOcean dalam transaksi tersebut.

Maklumat Tentang EIG

EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $22.9 bilion di bawah pengurusan pada 31 Disember 2023. EIG mempunyai kemahiran dalam pelaburan swasta bagi sektor tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga pada peringkat global. Sepanjang tempoh beroperasi selama 41 tahun ini, EIG telah memberikan komitmen lebih daripada $47.1 bilion kepada sektor tenaga melalui lebih 405 projek atau syarikat di 42 negara di enam benua. Pelanggan EIG banyak terdiri daripada pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, endowmen, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington D.C. mempunyai pejabat lain di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul.

Maklumat Tentang MidOcean Energy

MidOcean Energy, syarikat LNG yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, berusaha membina portfolio LNG global yang terpelbagai, berdaya tahan, berdaya saing dari segi kos dan karbon. Ini mencerminkan kepercayaan EIG terhadap LNG sebagai pemboleh kritikal peralihan tenaga dan kepentingan LNG yang semakin berkembang sebagai sumber tenaga strategik geopolitik. MidOcean Energy diketuai oleh De la Rey Venter, veteran industri berpengalaman selama 26 tahun yang telah memegang pelbagai peranan eksekutif kanan, termasuk Ketua Global LNG untuk Shell Plc.

Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web EIG di www.eigpartners.com atau laman web MidOcean Energy di www.midoceanenergy.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18095

Thursday, April 25, 2024

EMGA MEMPEROLEH PEMBIAYAAN AS$ 15J UNTUK BANCO IMPROSA DI COSTA RICA

LONDON, 24 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA), yang bekerjasama dengan Banco Improsa, mengumumkan bahawa ia telah memperoleh barisan kredit sebanyak AS$15 juta daripada Japan International Cooperation Agency (JICA).

Ketua Perbankan Pelaburan EMGA dan Pengarah Urusan EMGA, Sajeev Chakkalakal berkata: "Walaupun persekitaran makroekonomi global mencabar, kami berbesar hati untuk sekali lagi membantu melicinkan visi berterusan Banco Improsa untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Costa Rica dan melengkapkan penyelesaian pembiayaan ini."

Mengulas tentang transaksi tersebut, Felix Alpizar Lobo, Pengurus Besar Banco Improsa, berkata: "Pembiayaan ini menegaskan lagi komitmen kami untuk memperkuat bidang SME di Costa Rica. Banco Improsa berbangga dapat sama-sama berkongsi objektif JICA dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial dalam negara-negara membangun."

Pengarah Urusan EMGA Jeremy Dobson menambah: "Pengurusan yang utuh serta kedudukan kewangan yang sihat Banco Improsa adalah faktor utama yang membolehkan pasukan Perbankan Pelaburan EMGA memperoleh pembiayaan ini Di samping itu, kemudahan JICA ini juga akan memperkuat lagi keupayaan Banco Improsa untuk mengembangkan senarai pinjaman teras SME-nya."

JICA

Japan International Cooperation Agency ialah sebuah agensi kerajaan yang menyediakan kebanyakan Bantuan Pembangunan Rasmi untuk kerajaan Jepun. Ia ialah badan berkanun untuk membantu pertumbuhan ekonomi dan sosial dalam negara membangun dan menggalakkan kerjasama antarabangsa.

EMERGING MARKETS GLOBAL ADVISORY LLP (EMGA)

EMGA, yang berpangkalan di London dan New York, membantu institusi kewangan dan syarikat mencari hutang atau modal ekuiti baharu. Pasukan berbilang negara EMGA menggabungkan pengalaman beberapa dekad yang diperlukan untuk menyelesaikan transaksi bagi pihak klien dalam pasaran dunia yang pesat membangun dan ekonomi sempadan, termasuk Costa Rica yang kekal sebagai pasaran utama. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pembentukan modal dan khidmat nasihat strategik menerusi kitaran ekonomi yang pelbagai, EMGA terus mengembangkan capaian secara geografi dan penawaran perkhidmatannya, mengukuhkan kedudukannya dalam parasan sebagai antara bank pelaburan khusus yang memfokuskan kepada pasaran baharu muncul terkemuka dalam industri.

BANCO IMPROSA

Banco Improsa ialah bank komersial yang mempunyai pengalaman lebih daripada 37 tahun, yang model perniagaan hubungan dan tumpuan kepada peluang pemasarannya mengkhususkan kepada, antaranya, menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME). Banco Improsa adalah salah satu daripada bank swasta pertama di Costa Rica yang menawarkan perkhidmatan bukan kewangan kepada pelanggannya dan mempunyai sejarah yang lama dalam penyediaan khidmat nasihat dan sokongan kepada SME. Faktor kejayaan utama Banco Improsa adalah komitmennya terhadap perkhidmatan yang tangkas dan fleksibel yang berpiawai tinggi, yang mana, bersama-sama dengan tawaran penyelesaian kewangan tersuai, telah membolehkannya mencapai kedudukan yang kukuh dalam bidang-bidang ini.

Banco Improsa ialah subsidiari Grupo Financiero Improsa (GFI). 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18093

CONCENTRIX + WEBHELP DIJENAMAKAN SEBAGAI CONCENTRIX

 Penjenamaan semula identiti syarikat mengukuhkan kedudukannya sebagai organisasi teknologi dan perkhidmatan global, memperkasakan jenama masa depan


NEWARK, California, 24 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Concentrix Corporation (NASDAQ: CNXC), peneraju teknologi dan perkhidmatan global yang telah beroperasi di bawah nama dagangan Concentrix + Webhelp, hari ini mengumumkan peralihannya kepada nama Concentrix dan evolusi berterusan jenamanya.

Coretan Media yang mengiringi pengumuman ini tersedia dengan mengklik pada pautan ini.

Nama Concentrix adalah berdasarkan konsep bulatan sepusat, mencerminkan fokus syarikat untuk memastikan warga kerja dan pelanggannya sentiasa berada di tengah-tengah, konsep yang masih relevan sehingga kini seperti ketika nama itu ditubuhkan. Identiti visual yang direka bentuk baharu itu mewakili penyelesaian teknologi dan transformatif yang Concentrix sampaikan untuk memperkasakan jenama masa depan.

Penjenamaan semula ini mengukuhkan komitmen berterusan syarikat untuk menghimpunkan portfolio keupayaan yang komprehensif dan tiada taranya. Dengan meluasnya penyelesaian AI generatif, keupayaan digital dan perkhidmatan bernilai tinggi, syarikat ini percaya mereka tidak pernah berada dalam kedudukan yang lebih baik lagi untuk menyampaikan penyelesaian bersepadu sepenuhnya, hujung ke hujung merentas seluruh perusahaan, pada kelajuan dan skala.
“Dengan penjenamaan semula ini, kami mengukuhkan kedudukan kami sebagai syarikat teknologi dan perkhidmatan terkemuka yang berpaksikan manusia, dikuasakan teknologi dan didorong oleh kecerdasan,” kata Chris Caldwell, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Concentrix. “Sama ada mereka bentuk pengalaman jenama yang mengubah persepsi, membina dan menskalakan teknologi AI yang selamat, atau menjalankan operasi digital, kami menghimpunkan penyelesaian bersepadu sepenuhnya yang menyelesaikan cabaran perniagaan paling sukar untuk pelanggan kami.”  

Hari ini, 2,000+ pelanggan Concentrix mendapat manfaat daripada jejak yang mantap, seimbang, disokong oleh ketekalan global, kepakaran pasaran tempatan dan portfolio keupayaan bertaraf dunia yang diselaraskan untuk mereka bentuk, membina dan menjalankan penyelesaian termaju yang disampaikan oleh syarikat ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Concentrix, sila lawati concentrix.com.

Tentang kami: Alami kuasa Concentrix
Concentrix Corporation (NASDAQ: CNXC) ialah peneraju teknologi dan perkhidmatan global yang memperkasakan jenama terbaik dunia, hari ini dan pada masa hadapan. Kami berpaksikan manusia, dikuasakan teknologi, didorong oleh kecerdasan Setiap hari kami mereka bentuk, membina dan menjalankan penyelesaian disepadukan sepenuhnya hujung ke hujung pada kelajuan dan skala merentas seluruh perusahaan dan membantu lebih 2,000 pelanggan menyelesaikan cabaran perniagaan mereka yang paling sukar. Sama ada mereka bentuk pengalaman jenama yang mengubah persepsi, membina dan menskalakan teknologi AI yang selamat, atau menjalankan operasi digital yang memberikan ketekalan global dengan sentuhan tempatan, kami ada sediakannya. Di tengah-tengah semua aktiviti kami terletak komitmen untuk mengubah cara syarikat berhubung, berinteraksi dan berkembang. Kami di sini bertujuan untuk mentakrifkan semula maksud kejayaan, memberikan hasil yang tidak dapat dibayangkan merentas setiap menegak utama dalam 70+ pasaran. Boleh dikatakan di mana-mana saja. Layari concentrix.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Pernyataan Pelabuhan Selamat
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A bagi Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta bagi Akta Bursa Sekuriti 1934. Pernyataan prospektif termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan mengenai keupayaan dan kedudukan syarikat untuk menyampaikan hasil perniagaan dan menyelesaikan cabaran untuk pelanggannya, dan pernyataan yang merangkumi perkataan seperti percaya, jangkakan, mungkin, akan, sediakan, boleh dan patut serta ungkapan lain yang serupa. Pernyataan prospektif ini sememangnya tidak pasti dan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang cukup banyak yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian termasuk, antara lainnya, risiko-risiko yang berkaitan dengan keupayaan syarikat untuk berjaya melaksanakan strateginya, keadaan kompetitif dalam industri syarikat, dan faktor lain yang terkandung dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir 30 November 2023 yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan pemfailan SEC yang berikutnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan prospektif yang hanya terpakai pada tarikh kemas kini itu dilakukan.

Hak cipta 2024 Concentrix Corporation
Hak cipta terpelihara. Logo Concentrix, Webhelp, Concentrix + Webhelp, Concentrix dan Webhelp serta semua nama dan slogan syarikat, produk dan perkhidmatan Concentrix yang lain merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Concentrix Corporation dan anak syarikatnya. Concentrix dan logo Concentrix Reg. A.S. Pat. & Tm. Off. dan bidang kuasa bukan A.S. yang berkenaan. Nama dan tanda lain adalah hak milik pemilik masing-masing.

Maklumat Hubungan Pelabur:
Sara Buda
Perhubungan Pelabur
Concentrix Corporation
investor.relations@concentrix.com

Maklumat Hubungan Media:
Debbie Gonzalez
Pemasaran & Komunikasi
Concentrix Corporation
media@concentrix.com

SUMBER: Concentrix Corporation

--BERNAMA

Wednesday, April 24, 2024

HEMOHIM, MAKANAN FUNGSIAN UNTUK MENINGKATKAN SISTEM IMUN, MENCETUSKAN SENSASI GLOBAL

 

Kilang Kolmar BNH Sejong (Foto: Kolmar BNH)

SEOUL, Korea Selatan, 23 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hemohim berjaya mendapat kepopularan luar biasa di pasaran global sebagai satu daripada makanan fungsian terkemuka di Korea.

Hemohim dibangunkan melalui kerjasama selama lapan tahun antara Kolmar BNH (KOSDAQ: 200130) dan Institut Penyelidikan Tenaga Atom Korea, dengan pelaburan sebanyak KRW 5 bilion. Makanan ini diekstrak daripada bahan mentah angelica gigas, cnidium officinale dan paeonia japonica, yang telah digunakan secara tradisional dalam perubatan herba. Kolmar BNH melakukan ujian ke atas manusia untuk mengesahkan keselamatan dan keberkesanan ramuan utama ini, ‘Ekstrak Kompleks HemoHIM Angelica gigas dan sebagainya.’ dan diiktiraf oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-Ubatan Kerajaan Korea Selatan pada tahun 2006 untuk ciri-ciri meningkatkan imun.

Diedarkan oleh Atomy, pelanggan Kolmar BNH, Hemohim telah berjaya menjual lebih daripada KRW 2 trilion produk dalam masa 17 tahun sahaja sejak dilancarkan, menjadikannya makanan fungsian kesihatan yang diluluskan secara individu terlaris di negara ini. Dengan permintaan yang kukuh daripada banyak negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan Thailand, Hemohim telah meluaskan kehadiran global ke lebih 20 negara.

Berikutan proses kajian semula yang ketat, Hemohim menerima kelulusan daripada Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-Ubatan Kerajaan Korea Selatan sebagai produk tambahan kesihatan yang diluluskan secara individu pertama negara, direka bentuk untuk meningkatkan fungsi imun.

Sebagai produk eksport kedua tertinggi selepas ginseng merah di Korea, Hemohim ialah ramuan makanan fungsian kesihatan terkemuka yang diluluskan secara individu. Kolmar BNH, didorong oleh kejayaan Hemohim, telah dianugerahkan 'Menara Eksport 200 Juta Dolar (200 Million Dollar Export Tower)' semasa majlis 'Hari Perdagangan' 2021 yang dianjurkan oleh Persatuan Perdagangan Antarabangsa Korea.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18087

Tuesday, April 23, 2024

METAHOMES MENJADI TUMPUAN UTAMA DENGAN MENGUMUMKAN PENYENARAIAN HARTA PERCUMA DI PASARAN HARTANAH DALAM TALIAN SYARIKAT ITU

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 22 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah muncul sebagai isyarat inovasi, kemakmuran dan peluang, menarik perhatian jutaan orang ramai dari seluruh dunia. Terkenal dengan tarikan bertaraf dunia, gaya hidup bertenaga, manfaat ekonomi yang teguh dan inisiatif kerajaan yang progresif, UAE berdiri sebagai contoh kemodenan dan pertumbuhan cemerlang di Timur Tengah dan tempat lain.

Satu daripada penunjuk utama sektor pelancongan UAE sedang berkembang maju ialah bilangan pengunjung yang datang pada setiap tahun. Dari bulan Januari-Februari 2024 sahaja, negara ini menjadi tuan rumah kepada lebih 3.67 juta pengunjung menurut Jabatan Pelancongan Kerajaan Dubai, bukti daya tarikan negara tersebut yang bertahan sebagai hab pelancongan global.

Dalam keadaan kemakmuran dan janji pada masa ini, MetaHomes, satu daripada platform hartanah global dalam talian yang terkemuka, memudahkan penyelesaian hartanah secara menyeluruh, termasuk membeli, menjual, menyewa dan rumah percutian. Platform ini memanfaatkan teknologi canggih, termasuk penyelesaian Kecerdasan Buatan (AI), Realiti maya (VR) dan Internet benda (IoT), untuk mentakrifkan semula standard industri dan menawarkan pengalaman hartanah yang lancar.

MetaHomes membuat pengumuman penting untuk tidak mengenakan yuran atau kewajipan kontrak kepada pelanggan, memberikan mereka kebebasan menyiarkan hartanah di platform secara PERCUMA. Pengumuman penyenaraian percuma menekankan komitmen MetaHomes untuk mendemokrasikan akses ke pasaran hartanah, memastikan medan permainan yang sama rata untuk individu dan juga perniagaan.

Inisiatif masa terhad rintisan ini menghapuskan kos pendahuluan, memberikan pemilik hartanah peluang yang sama rata untuk mempamerkan hartanah masing-masing kepada khalayak yang luas dan pelbagai. Platform ini membuka pintu kepada pemilik harta dari semua latar belakang, menawarkan peluang untuk memaparkan pelbagai jenis penginapan, termasuk inap desa, hotel, rumah percutian dan sewaan pangsapuri, tanpa menanggung apa-apa perbelanjaan penyenaraian atau pengikatan kontrak.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif, Jerry Wu, menyatakan keyakinan tentang peranan syarikat dalam membentuk masa depan hartanah di UAE dan tempat lain. Memberikan tumpuan kepada inovasi, kerjasama dan kepuasan pelanggan, MetaHomes berusaha mencipta pengalaman hartanah yang lancar dan bermanfaat untuk semua pihak berkepentingan. Dengan visi yang merentasi sempadan dan perbatasan, MetaHomes berhasrat menjadi pemangkin untuk perubahan positif dalam industri hartanah, membuka era baharu kebolehcapaian teknologi dan peluang untuk semua.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18084

Sunday, April 21, 2024

FORMLABS MELANCARKAN FORM 4, PENCETAK 3D TERPANTAS DAN PALING DIPERCAYAI UNTUK PROTOTAIP HINGGA PENGELUARAN

 

Pencetak resin 3D baharu oleh Formlabs - Form 4 Ecosystem. Menghasilkan bahagian dengan kelajuan yang sangat pantas, ketepatan yang luar biasa, dan ketepatan yang tiada tandingan. (Foto: Business Wire) 


Dengan penghasilan kebanyakan bahagian dalam masa kurang dari dua jam, Form 4 adalah alat yang kuat dan berpatutan bagi profesional untuk menghidupkan idea mereka.

MUMBAI, India, 19 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Formlabs, sebuah peneraju dalam pencetakan 3D pada hari ini mengumumkan pelancaran pencetak Form 4 dan Form 4B, nenetapkan satu standard baharu dalam pencetakan 3D resin profesional dengan mesin cetak baharu Formlabs yang eksklusif, Low Force Display™ (LFD). Kelajuan mencetak Form 4 yang sehingga 5 kali lebih cepat meningkatkan produktiviti bagi para profesional, membolehkan mereka mengambil risiko dalam reka bentuk dan mempercepat masa ke pasaran.

"Form 4 merupakan kemajuan yang penting bagi landskap pencetakan 3D keseluruhannya," kata Max Lobovsky, Ketua Pegawai Eksekutif dan salah seorang pengasas Formlabs. "Kami telah memanfaatkan kekuatan dan pandangan yang diperoleh dari lebih daripada 130,000 pencetak yang berada di pasaran dan lebih daripada 300 juta bahagian yang dicetak untuk menghasilkan Form 4, sebuah pencetak SLA yang terbaik kami sepanjang masa. Kebolehpercayaan dan tahap kelajuan yang baharu akan mengubah cara pelanggan kami membangunkan produk baharu."

Ciri Istimewa Form 4

·  Kelajuan mencetak yang sangat pantas: Mencapai kebanyakan pencetakan dalam masa kurang dari 2 jam dengan teknologi stereolitografi bertapis (mSLA), sehingga lima kali lebih cepat daripada Form 3+.
·  Mesin cetak LFD™: Menampilkan lampu belakang berkuasa ultra-tinggi, tekstur pelepasan eksklusif, Unit Pemprosesan Ringan 4 (LPU 4), dan tangki resin dwilapisan.
·  Kebolehpercayaan yang tiada tandingan: Kadar kejayaan mencetak yang menjadi standard industri, dipastikan oleh tetapan yang disahkan, pemanasan yang tepat, pengesan daya dan pengesanan serpihan.
·  Kualiti cetakan yang menakjubkan: Piksel 50 mikron, cahaya terkumpul dengan baik, penghalusan piksel yang canggih, dan sokongan sentuhan halus.
·  Operasi yang intuitif: Kemudahan pembelajaran dengan pengendalian resin automatik, pertukaran bahan yang segera dan platform binaan pelepasan cepat.
·  Kos yang lebih rendah sebanyak 40% bagi setiap bahagian: Penjimatan yang dipertingkatkan dengan tangki resin yang tahan lama, harga resin yang lebih rendah, jumlah cetakan yang lebih besar dan pengeluaran yang lebih tinggi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18079

Thursday, April 18, 2024

ARAB SAUDI MENGETENGAHKAN INISIATIF PELABURAN DALAM PELANCONGAN DI FORUM PELABURAN HOSPITALITI ANTARABANGSA ​




Table

Encik Mahmoud Abdullhadi, Timbalan Menteri Pengupayaan Destinasi. (Foto: AETOSWire)


RIYADH, Arab Saudi, 18 April (Bernama-BUSINESS WIRE) --​ Kementerian Pelancongan Arab Saudi sedang mendapat perhatian utama di Forum Pelaburan Hospitaliti Antarabangsa (IHIF), memberikan peluang unik kepada pelabur global untuk menerokai landskap pelancongan yang berkembang pesat di Kerajaan tersebut. Dengan tumpuan kepada Program Pengupayaan Pelaburan Pelancongan (TIEP) yang baru diumumkan, Arab Saudi sedang memacu dengan agresif ke arah matlamat Visi 2030 untuk menjadi destinasi pelancongan global utama bagi pelabur dan pelancong. ​

Penyampaian strategik ini diketengahkan pada masa yang sama apabila sektor pelancongan Arab Saudi meraikan satu pencapaian luar biasa dengan 100 juta pengunjung pada tahun 2023, tujuh tahun lebih awal daripada jadual, menandakan satu langkah penting ke arah kepelbagaian ekonomi dan menekankan sumbangan yang semakin berkembang sektor ini kepada KDNK negara. Program Pembangunan Pelaburan Hospitaliti (HIE), salah satu inisiatif TIEP, bertujuan untuk memanfaatkan momentum ini, merancang satu penyuntikan pelaburan ke dalam sektor hospitaliti sehingga SAR 42 bilion di destinasi-destinasi utama, yang dijangka sendiri akan mencipta 120,000 pekerjaan baharu menjelang tahun 2030.​

Para hadirin IHIF dapat melihat dengan dekat rancangan Arab Saudi untuk memperluas kapasiti penginapan secara dramatik. Kerajaan ini menyasarkan peningkatan bilik hotel kepada lebih daripada 500,000 dan bercita-cita untuk menyambut 150 juta pelawat setiap tahun menjelang 2030. HIE berada di teras cita-cita ini, direka khas untuk memperkasa sektor hospitaliti dengan memperkenalkan gelombang bekalan baharu di tempat-tempat pelancongan yang dijadikan sasaran, yang secara signifikan memperkaya penawaran pelancongan yang pelbagai di dalam Kerajaan.​

Inisiatif ini disokong oleh rangkaian pengupayaan strategik, termasuk akses kepada tanah milik kerajaan dengan syarat yang menguntungkan, proses pembangunan projek yang dipermudahkan, dan penyesuaian peraturan yang bertujuan untuk mengurangkan halangan ke pasaran dan kos operasi. Pendekatan menyeluruh ini dijangka merangsang transformasi sosio-ekonomi yang signifikan di dalam Kerajaan, dengan jangkaan pelaburan sektor swasta mencapai SAR 42.3 bilion dan peningkatan KDNK tahunan yang dijangka sebanyak SAR 16.4 bilion menjelang tahun 2030.​

Penyertaan aktif Arab Saudi dalam IHIF bertujuan untuk memperkenalkan Kerajaan sebagai medan pelaburan yang menarik bagi pelabur antarabangsa, dengan menekankan peluang yang menguntungkan dalam sektor pelancongan dan hospitaliti. Pentas global ini menyediakan platform yang sempurna bagi Kementerian Pelancongan untuk membina perkongsian yang berkekalan dan menonjolkan komitmen Kerajaan untuk meningkatkan standard industri pelancongan, merangsang pertumbuhan mampan dan menawarkan sokongan yang kukuh kepada pelabur.​

Melalui usaha ini, Kementerian Pelancongan Arab Saudi tidak hanya mempersembahkan peluang pelaburan; kementerian ini menjemput dunia untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan yang berani menuju kepada menetapkan semula norma pelancongan global. Pelabur digalakkan untuk merangkul peluang yang tiada tandingan ini untuk bekerjasama dengan Kerajaan, kerana peluang ini membuka jalan bagi era baharu kecemerlangan pelancongan yang sejajar dengan objektif transformasi Visi 2030.​​

Sumber: AETOSWire

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53937233/en

Butiran hubungan

Najla Alkhalifa
Media dan Komunikasi
Najla@mt.gov.sa
 
Sumber: Kementerian Pelancongan Arab Saudi

Wednesday, April 17, 2024

PROJEK SIMPANAN TENAGA HIDRO PERTAMA ESTONIA ZERO TERRAIN BEKERJASAMA DENGAN KERAJAAN ESTONIA DAN MENERIMA GERAN SEBANYAK €1.9 JUTA

TALLINN, Estonia, 17 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kementerian Iklim Estonia tandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat tenaga Zero Terrain untuk bantu Estonia capai matlamat 100% tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2030. Dengan kerjasama ini, Zero Terrain bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk merangka penyelesaian bagi membolehkan projek penyimpanan tenaga hidro pam (PHS) di Estonia direalisasikan, termasuk sokongan mendapatkan modal dan menangani cabaran pasaran.


Selain itu, Zero Terrain menerima geran bernilai €1.98J daripada program penyelidikan gunaan negeri untuk menyokong pembangunan projek Zero Terrain di Estonia dan eksport teknologi.

Loji simpanan tenaga jangka panjang bawah tanah Zero Terrain Paldiski 500MW merupakan kemajuan ketara teknologi PHS konvensional, menjadikannya boleh dibina di mana-mana, bahkan di tanah rata.

Zero Terrain Paldiski melambangkan pencapaian penting dalam sistem tenaga negara. Loji Penyimpanan Tenaga Hidro Pam Paldiski ialah Projek Kepentingan Bersama EU (projek PCI). Projek ini ialah satu-satunya projek storan tenaga hidro pam hijau di wilayah Baltik Utara dan juga akan menjadi kemudahan terbesar di negara ini.

“Menandatangani MoU tersebut adalah satu maju yang penting dalam perjalanan Zero Terrain ke arah masa depan tenaga yang bersih dan selamat. Kami percaya tidak mungkin ada sistem tenaga yang dipacu tenaga boleh diperbaharui tanpa penyimpanan tenaga berskala besar dan jangka panjang. Kerjasama ini menandakan kerjasama dan komitmen untuk memacu perubahan positif dalam landskap tenaga boleh diperbaharui Estonia,“ kata Peep Siitam, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Zero Terrain.

Projek simpanan tenaga jangka panjang pertama Estonia, Zero Terrain Paldiski, memperoleh permit bangunan utama pada bulan Disember 2022. Pembinaan loji simpanan hidro pam pertama di negara ini akan bermula pada tahun 2025. Semasa kitaran operasi nominal selama 12 jam, Zero Terrain Paldiski menjana kuasa 6GWj ke grid, yang agak melebihi purata penggunaan harian semua isi rumah Estonia.

Selain itu Zero Terrain juga menerima geran sebanyak €1.98J daripada program penyelidikan gunaan negeri. Menurut Siitam, geran itu akan digunakan untuk membangunkan reka bentuk modular Zero Terrain, memulakan aktiviti pembangunan di negara lain, dan melibatkan pelabur baharu di Zero Terrain Paldiski, Estonia.

“Zero Terrain sedang membangunkan teknologi simpanan tenaga berskala besar, membolehkan Estonia dan negara lain beralih kepada tenaga boleh diperbaharui dengan lebih meluas dengan kemajuan ketara teknologi PHS konvensional,” kata Arbo Reinopakar tenaga Agensi Perniagaan dan Inovasi Estonia.

"Keperluan global untuk kapasiti penyimpanan tenaga jangka panjang (LDES) memang tidak dapat dinafikan. LDES 85–120 TWh-jam diperlukan di seluruh dunia menjelang tahun 2040 (McKinsey, 2021), jadi minat terhadap teknologi dan projek kami adalah tinggi, terutamanya di kawasan yang PHS tradisional tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan geografi," kata Siitam.

Zero Terrain dimiliki bersama oleh syarikat tenaga Estonia, AS Alexela, syarikat tenaga boleh diperbaharui Baltik-Poland Sunly AS, Vool OÜ, Combiwood Grupp OÜ, Warmeston OÜ, dan Ronnivara OÜ.

Untuk pertanyaan media dan maklumat lanjut, sila hubungi: Hedwig.Meidra@zeroterrain.com

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2cbd052e-529e-4878-b248-52bed8e1134f

SUMBER: Miltton New Nordics OÜ

--BERNAMA

LANTRONIX MENGUMUMKAN PENJEJAK PENGIRAAN TEPI FOX4 DAN BOLERO 43 BAHARU, MEMPERLUAS KELUARGA GET LALUAN TELEMATIK PEMENANG ANUGERAH




Penyelesaian Lantronix baharu menyasarkan pasaran telematik pertumbuhan tinggi yang dianggarkan mencecah $3.7 Bilion menjelang tahun 2027


IRVINE, Calif., 17 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lantronix Inc. (NASDAQ: LTRX), sebuah pembekal global bagi penyelesaian IoT pengiraan dan ketersambungan, hari ini melancarkan get laluan telematik penjejak Pengiraan tepi FOX4 dan Bolero 43 baharu miliknya. Direka bentuk untuk pengurusan aset dan flit, kedua-dua produk dikonfigurasikan terlebih dahulu dengan platform perisian tepi IoT Lantronix, Percepxion™, yang menyediakan pembekalan dan pengurusan peranti IoT yang selamat dan menyeluruh. Dua produk baharu itu dipamerkan di reruai Lantronix di Embedded World 2024 (Dewan 3, reruai 356) yang berlangsung pada 9–11 April 2024, di Nuremberg, Jerman dan ISC West 2024 (reruai 7117) yang berlangsung pada 10–12 April 2024 di Las Vegas.

Ursula Hess, Ketua Pegawai Eksekutif Quantum Aviation, pelanggan produk telematik Lantronix, berkata, “Dengan menggunakan Get Laluan Telematik Siri FOX Lantronix, kami dapat menyuap data masa nyata yang boleh dipercayai kepada penyelesaian perisian berasaskan awan kami, ia memberikan pelanggan penerbangan kami akses kepada maklumat kritikal untuk kebolehlihatan dan tindakan masa nyata serta analisis jangka panjang.”

Menurut Berg Insight, penghantaran global bagi peranti telematik selepas pasaran akan berkembang pada CAGR sebanyak 10.5 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang untuk mencapai 77.6 juta unit pada tahun 2027 untuk jumlah nilai pasaran yang dianggarkan akan mencecah $3.7 bilion menjelang tahun 2027. Perkakasan dan perisian inovatif Lantronix menyasarkan pasaran ini dengan berkesan, menyokong trend pertumbuhan ini.

"Peranti telematik baharu kami menyediakan pakej lengkap yang menggabungkan ketersambungan dan pengurusan peranti awan dengan perkakasan pemenang anugerah," kata Jacques Issa, VP Pemasaran Lantronix. “Lantronix komited terhadap inovasi dengan memperkenalkan produk perkakasan dan perisian bersepadu dengan kemudahan penggunaan dalam menyesuaikan, menyertai dan pembekalan dari jauh adalah yang paling penting.”

Penjejak Pengiraan Tepi FOX4

Peningkatan terkini dalam siri FOX Lantronix, Penjejak Pengiraan Tepi FOX4 menawarkan penyepaduan yang lancar bagi teknologi selular dan GNSS, kini diperkaya dengan ketersambungan BLE dan Wi-Fi® di samping ciri keselamatan termaju. FOX4 direka bentuk menjadi serba boleh dan reka bentuknya adalah optimum untuk pelbagai aplikasi, daripada kompleks perindustrian hingga landskap bandar. FOX 4 juga menawarkan keupayaan untuk menyokong kedua-dua antena dalaman dan luaran.

Dengan sokongan teguh untuk penskripan PFAL, LUA, MQTT, Azure dan REST API, Penjejak Siri FOX4 memastikan bahawa produk pengguna boleh berkomunikasi dengan lancar dengan hampir mana-mana platform telematik, mengurangkan masa pembangunan dan mempercepatkan laluan ke pasaran.

Penjejak Pengiraan Tepi Bolero 43

Penjejak Pengiraan Tepi Bolero 43 cemerlang dalam pengurusan aset dan flit serta aplikasi IoT Industri, seperti pembuatan dan automasi. Terbitan daripada siri FOX4, Bolero 43 disepadukan ke dalam ekosistem yang sama dan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang sama. Direka bentuk untuk persekitaran yang sukar, Bolero 43 menampilkan penarafan IP68 dan reka bentuk lasak untuk ketahanan. Ia kini tersedia di seluruh dunia.

Kedua-dua Penjejak Pengiraan Tepi FOX4 dan Bolero 43 menampilkan keupayaan penyesuaian yang dipermudahkan oleh alat Meja Kerja intuitif, ini membolehkan penyesuaian mudah daripada pengoptimuman prestasi kepada penyepaduan fungsi unik.

Masa Hidup Tanpa Gangguan Dengan Kad SIM Perkhidmatan Ketersambungan Lantronix

Get Laluan Telematik Siri FOX4 and Bolero 43 datang siap dipasang dengan Kad SIM Perkhidmatan Ketersambungan Lantronix yang memperkasakan pengguna dengan pelbagai pilihan pembawa, membolehkan mereka memilih pembekal rangkaian yang paling sesuai, termasuk peneraju industri seperti Verizon, AT&T dan T-Mobile di Amerika Utara serta berbilang pembawa di rantau Eropah dan Asia Pasifik.

Perkhidmatan Percepxion untuk Pengurusan Kitaran Hayat Peranti IoT Lantronix

Dihantar sebagai perkhidmatan, platform perisian tepi IoT Percepxion menyediakan pengurusan peranti yang menyeluruh melalui papan pemuka kaca anak tetingkap tunggal yang intuitif. Percepxion dengan cekap menskalakan penggunaan tepi IoT, termasuk get laluan telematik daripada pemasangan serantau hingga global. Perkhidmatan ini bakal memposisikan Lantronix untuk menyasarkan pertumbuhan Hasil Berulang Tahunan (ARR) pada tahun akan datang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Percepxion dan menyemak tawaran percubaan percuma 60 hari disini.

Perihal Lantronix

Lantronix Inc. ialah pembekal global bagi penyelesaian IoT pengiraan dan kesalingsambungan yang menyasarkan industri pertumbuhan tinggi termasuk Bandar Pintar, Automotif dan Perusahaan. Produk dan perkhidmatan Lantronix memperkasakan syarikat untuk mencapai kejayaan dalam pasaran IoT yang semakin berkembang dengan menyampaikan penyelesaian yang boleh disesuaikan yang menangani setiap lapisan Tindanan IoT. Penyelesaian pinggir termaju Lantronix termasuk infrastruktur Pencawang Pintar, sistem Infotainment dan Pengawasan Video, ditambah dengan Pengurusan Luar Jalur (OOB) termaju untuk Pengkomputeran Awan dan Pinggir.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Laman Web Lantronix.

Pernyataan “Safe Harbor” di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995: Sebarang pernyataan yang dinyatakan dalam siaran berita ini yang tidak sepenuhnya bersifat sejarah dan fakta, termasuk tanpa pernyataan had yang berkaitan dengan penyelesaian, teknologi dan produk kami serta FOX4, Bolero 43 dan Percepxion dan jangkaan mengenai pengurusan kami serta pertumbuhan dan keberuntungan masa depan kami. Pernyataan prospektif ini adalah berdasarkan jangkaan semasa kami dan tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian besar yang mungkin menyebabkan hasil sebenar, perniagaan masa hadapan, keadaan kewangan atau prestasi kami berbeza secara material daripada hasil sejarah kami atau sebarang pernyataan prospektif yang dinyatakan atau tersirat yang terkandung dalam siaran akhbar ini. Potensi risiko dan ketidakpastian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor seperti kesan negatif atau keadaan ekonomi serantau dan seluruh dunia yang semakin teruk atau ketidakstabilan pasaran ke atas perniagaan kami, termasuk kesan ke atas keputusan pembelian oleh pelanggan kami; keupayaan kami untuk mengurangkan sebarang gangguan dalam rantaian bekalan, pembekal dan vendor kami yang disebabkan oleh wabak COVID-19 atau wabak lain, peperangan dan ketegangan baru-baru ini di Eropah, Asia dan Timur Tengah, atau faktor lain; tindak balas masa depan terhadap dan kesan krisis kesihatan awam; risiko keselamatan siber; perubahan dalam undang-undang, peraturan dan tarif kerajaan A.S. dan asing yang berkenaan;; keupayaan kami untuk berjaya melaksanakan strategi pengambilalihan kami atau menyepadukan syarikat yang diambil alih; kesukaran dan kos untuk melindungi paten dan hak proprietari lain; tahap keberhutangan kami, keupayaan kami untuk membayar keberhutangan dan sekatan dalam perjanjian hutang kami; dan sebarang faktor tambahan yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir 30 Jun 2023 yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) pada 12 Sep 2023, termasuk dalam bahagian bertajuk “Faktor Risiko” dalam Item 1A pada Bahagian I laporan tersebut, dalam Laporan Suku Tahunan kami pada Borang 10-Q bagi suku fiskal berakhir 31 Dis 2023 yang difailkan dengan SEC pada 8 Feb 2024, termasuk dalam bahagian bertajuk "Faktor Risiko" dalam Item 1A pada Bahagian II laporan tersebut; serta dalam pemfailan awam kami dengan SEC yang lain. Faktor risiko tambahan boleh dikenal pasti dari semasa ke semasa dalam pemfailan masa hadapan kami. Pernyataan prospektif yang disertakan dalam siaran akhbar ini hanya berkuat kuasa pada tarikh penerbitan dan kami tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini pernyataan prospektif ini untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan yang berlaku seterusnya.

© 2024 Lantronix, Inc. Hak cipta terpelihara. Lantronix adalah tanda dagangan berdaftar. Tanda dagangan dan nama dagangan lain adalah milik pemilik masing-masing.

Maklumat Hubungan Media Lantronix:        
Gail Kathryn Miller
Pengurus Pemasaran &
Komunikasi Korporat
media@lantronix.com
949-212-0960

Maklumat Hubungan Penganalisis dan Pelabur Lantronix:        
Jeremy Whitaker
Ketua Pegawai Kewangan
investors@lantronix.com
949-450-7241 

SUMBER : Lantronix, Inc.

EMGA MEMPEROLEH AS$ 50J KEWANGAN HUTANG UNTUK MFO KMF KAZAKHSTAN

LONDON, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA) umumkan telah memperoleh AS$ 50J kemudahan hutang senior fasiliti daripada JICA, Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun.

Pengerusi Lembaga KMF, Shalkar Zhusupov: “Ini kali pertama KMF memasuki perkongsian dengan JICA, yang matlamat dan misinya hampir dengan kami. Kami berterima kasih kepada EMGA dan JICA ke atas kepercayaan dan sokong mereka. Dana daripada JICA akan digunakan untuk mengimplementasikan projek bagi menyokong perusahaan mikro dan kecil, termasuk usahawan luar bandar yang akan mencipta peluang baharu dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi mereka.”

Ketua Pelaburan Perbankan dan Pengarah Pengurusan EMGA, Sajeev Chakkalakal mengulas, “Kami amat berbesar hati untuk mengaturkan kemudahan hutang yang merupakan mercu tanda baharu untuk klien lama kami KMF. Saya berasa amat seronok dapat bekerja dengan mereka lagi ketika mereka terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai MFI terbesar dalam negara, dan memperkukuh lagi kedudukan kewangan mereka walaupun berada dalam tempoh yang tidak menentu.”

Pengarah Pengurusan EMGA Jeremy Dobson terus berkata, “Pembiayaan baharu ini akan membantu KMF memenuhi misi yang mereka nyatakan; untuk terus membantu usahawan di seluruh Kazakhstan, dan membangunkan perniagaan mereka dengan memfokus kepada perniagaan yang dimiliki wanita dan kawasan pedalaman.”

MFO KMF ialah salah satu peneraju dalam sektor kewangan mikro di Asia Tengah. Syarikat ini bertujuan mewujudkan hubungan perkongsian jangka panjang dengan klien berdasarkan kepercayaan, pemahaman dan hormat bersama. MFO “KMF” mengagihkan pinjaman klien individu dan kumpulan untuk aktiviti berikut: pinjaman perniagaan, perdagangan, pertanian tanaman dan penternakan lembu, pengeluaran dan perkhidmatan serta pengguna.

JICA: Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun ialah sebuah agensi kerajaan yang menyampaikan Bantuan Pembangunan Rasmi untuk kerajaan Jepun secara pukal. Ia ialah badan berkanun untuk membantu pertumbuhan ekonomi dan sosial dalam negara membangun, dan menggalakkan kerjasama antarabangsa.

Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA), yang berpangkalan di London dan New York membantu institusi kewangan dan korporat mencari hutang atau modal ekuiti baharu. Pasukan berbilang negara EMGA menggabungkan pengalaman beberapa dekad yang diperlukan untuk menyelesaikan transaksi bagi pihak klien mereka dalam kebanyakan negara sedang pesat membangun dan ekonomi sempadan, termasuk Kazakhstan yang masih merupakan pasaran utama. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pembentukan modal dan khidmat nasihat strategik menerusi kitaran ekonomi yang pelbagai, EMGA terus mengembangkan capaian secara geografi dan penawaran perkhidmatannya, mengukuhkan kedudukannya dalam parasan sebagai antara bank pelaburan khusus yang memfokuskan pasaran baharu muncul terkemuka dalam industri.

Maklumat hubungan
info@emergingmarketsglobaladvisory.com 

SUMBER: Emerging Markets Global Advisory

--BERNAMA

Tuesday, April 16, 2024

MONEYHERO GROUP MENGANJURKAN FESTIVAL KEWANGAN PERIBADI TERBESAR SINGAPURA UNTUK TAHUN KETUJUH BERTURUT-TURUT

Acara tahunan ikonik itu yang diadakan pada 6hb April dan dihasilkan oleh Seedly, platform peneraju pasaran Syarikat di Singapura, menarik lebih daripada 5,000 pengunjung.

Penceramah pilihan termasuk: Dr Tan See Leng, Menteri Tenaga Manusia Singapura dan Menteri Kedua bagi Perdagangan dan Industri; Encik Nelson Neo, Ketua Penasihat Perancangan Kewangan & Ketua POSB, DBS Bank; dan hampir 70 nama terkenal lain dari seluruh landskap kewangan, insurans dan kerajaan Singapura

MoneyHero bekerjasama dengan lebih daripada 35 institusi perbankan dan penyedia insurans utama di Singapura untuk Festival 2024—termasuk CIMB Bank, Citibank, DBS Bank, Manulife, POSB Bank dan Singlife

SINGAPURA, 15 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- MoneyHero Limited (NASDAQ: MNY) (“MoneyHero” atau “Syarikat”), platform pengagregatan dan perbandingan insurans kewangan peribadi dan digital terkemuka pasaran di Asia Tenggara Raya hari ini mengumumkan kejayaan melengkapkan Festival Kewangan Peribadi Seedly (“PFF” atau “Festival”).

Diadakan minggu lalu pada 6 April di Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands, PFF 2024 sekali lagi menempa kejayaan yang memberangsangkan, menunjukkan pertumbuhan berterusan dan pengaruh acara terbesar seumpamanya di Singapura. Festival tahunan yang mengadakan acara pertamanya pada tahun 2018, dihasilkan oleh Seedly, platform peneraju pasaran MoneyHero yang membina komuniti kewangan peribadi terbesar di Singapura. Hebatnya, PFF 2024 mengumpulkan lebih daripada 5,000 hadirin, dengan 70 pemimpin perniagaan, kewangan dan kerajaan berucap, serta 35 lebih organisasi kewangan dan insurans berprestij yang menjadi penaja. 

Monday, April 15, 2024

KUMPULAN PERTAMA CHINA BAGI BULU ITIK DAN BULU KAPAS YANG DIBERSIHKAN YANG DIIMPORT, BARANGAN PERINTIS UNTUK PEMBAHARUAN PENYELIAAN PELEPASAN KASTAM, BERJAYA MELEPASI KASTAM DI GUANGXI

 


GUIGANG, China, 12 Apr. 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

"Barangan itu telah dihantar dari luar negara ke Guigang dan melepasi kastam dalam masa lapan hari sahaja. Model baharu ini adalah 17 hari lebih cepat daripada pelepasan kastam tradisional yang melalui Hong Kong, sekali gus mengurangkan masa dan kos ekonomi!" kata Yang Chaodong, Pengurus Besar bagi Jialu Feather Products Co., Ltd. di Guigang. Pada 28 Mac, satu penghantaran kira-kira 18.5 tan bagi bulu itik putih yang telah dibersihkan yang diimport oleh syarikat itu melalui Pelabuhan Qinzhou telah lulus pemeriksaan kastam dengan lancar selepas penyeliaan bersama oleh Kastam Pelabuhan Qinzhou dan Kastam Guigang, menandakan kejayaan pelaksanaan bagi pembaharuan perintis Pentadbiran Am Kastam bagi penyeliaan pelepasan kastam bagi bulu itik dan bulu kapas yang dibersihkan yang diimport di Guigang di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi.
 
Tao Jianquan, Setiausaha bagi Jawatankuasa Daerah Gangnan bagi Bandar raya Guigang, telah memperkenalkan bahawa industri bulu kapas itu adalah sebuah industri tradisional yang menguntungkan di Daerah Gangnan di Guigang. Pada masa ini terdapat 170 perusahaan pemprosesan bulu dan bulu kapas, yang memproses kira-kira 90,000 tan bulu dan bulu kapas setiap tahun, yang menyumbang kira-kira 28% daripada jumlah keseluruhan pemprosesan bulu dan bulu kapas China dan 18% daripada jumlah keseluruhan dunia. 
 
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Guigang telah merebut peluang daripada pembinaan Koridor Darat-Laut Barat, melaksanakan satu pelan tindakan tiga tahun untuk transformasi dan menaik taraf perindustrian, dalam usaha untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaan dan menggalakkan peningkatan bagi industri bulu kapas. Hasilnya, satu rantaian industri yang lengkap daripada pengisihan dan pemprosesan bulu utama kepada pemprosesan bulu dan bulu kapas yang telah dibersihkan dan pemprosesan produk bulu kapas telah terbentuk. Pada 2023, jumlah nilai keluaran bagi industri bulu kapas di Daerah Gangnan di Guigang telah mencecah 4.7 bilion yuan, menurut Jabatan Publisiti bagi Daerah Gangnan. Bagaimanapun, kira-kira 40% daripada bahan mentah itu perlu diimport dari luar negara, dengan permintaan import tahunan sebanyak 30,000 hingga 50,000 tan.
 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18051

Sunday, April 14, 2024

CURIUM RANCANG KEMBANGKAN KAPASITI LUTETIUM-177 DENGAN KETARA DAN JEJAK PET DENGAN PERSETUJUAN UNTUK MEMPEROLEH ECZACIBAşI-MONROL

 Cadangan pengambilalihan Eczacıbaşı-Monrol akan:

  • Membina perkongsian sedia ada dalam Lu-177 mewujudkan pengeluar isotop terkemuka
  • Tambah 12 tapak PET pada rangkaian sedia ada Curium di geografi yang belum terdapat lokasi Curium
  • Tambah keupayaan pembuatan SPECT dan infrastruktur logistik yang luas kepada Curium
  • Manfaatkan pesakit dengan keandalan yang diperkukuh untuk penyelesaian diagnostik dan terapeutik
PARIS, 12 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Curium, pemimpin dunia dalam perubatan nuklear, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian dengan Eczacıbaşı Holding dan Bozlu Group untuk pengambilalihan Eczacıbaşı-Monrol Nuclear Product Co. (Monrol), pakar khusus dalam perubatan nuklear. Pengambilalihan itu dijangka menyatukan jejak geografi yang saling melengkapi, keupayaan lutetium-177 (Lu-177), dan infrastruktur perubatan nuklear PET & SPECT, serta memudahkan pembangunan saluran paip radionuklid dan radiofarmaseutikal canggih untuk tujuan diagnostik dan terapeutik.

Lebih penting lagi, pemerolehan itu akan menambah kapasiti pengeluaran yang ketara Lu-177 kepada Curium bagi memenuhi permintaan untuk Lu-177 yang semakin meningkat di seluruh dunia untuk manfaat lebih daripada 100,000 pesakit kritikal di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang. Ia akan mengembangkan jejak PET Curium di 34 tapak di Eropah Barat dan Asia dengan penambahan 12 tapak milik dan rakan kongsi di rantau Eropah Timur dan MENA. Selain itu, infrastruktur pembuatan dan logistik Eczacıbaşı-Monrol di Istanbul, Turki, akan menambah skala yang ketara kepada keupayaan pengeluaran dan pengedaran bersepadu secara menegak Curium.

En. Chaitanya Tatineni, Ketua Pegawai Eksekutif Pasaran Antarabangsa Curium mengulas: “Kami amat berbesar hati kerana telah mencapai persetujuan untuk pengambilalihan Eczacıbaşı-Monrol – mengukuhkan lagi perkongsian mantap kami yang sedia ada dan komitmen kedua-dua syarikat untuk mengubah kehidupan pesakit di seluruh dunia. Rangkaian PET pelengkap Eczacıbaşı-Monrol, kapasiti Lu-177, infrastruktur pembuatan dan logistik yang luas dan lokasi sebagai hab pengedaran global menawarkan faedah yang ketara untuk pesakit yang memerlukan penyelesaian diagnostik dan terapeutik yang mengubah hidup sebaik sahaja transaksi selesai.”

En. Aydin Kucuk Pengurus Besar Eczacıbaşı-Monrol menambah: “Mengukuhkan lagi perkongsian dua tahun Lu-177 kami yang sedia ada, pengumuman hari ini adalah evolusi semula jadi kerjasama antara dua syarikat kami. Kami teruja dengan faedah penyepaduan dengan jejak global, portfolio produk dan inovasi Curium dalam teranostik untuk berjuta-juta pesakit yang kami berikan khidmat.”

En. Emin Fadıllıoğlu, Ketua Pegawai Eksekutif Eczacıbaşı Healthcare Group menambah: “Saya amat berbangga dengan pencapaian pasukan Eczacıbaşı-Monrol dalam membangunkan platform teknologi baharu, mengembangkan rangkaian PET, membangunkan keupayaan SPECT dan melayani pesakit. Perkongsian Curium dan Eczacıbaşı-Monrol akan mengukuhkan cita-cita masa depan mereka.”

Penyelesaian urus niaga ini bergantung pada memenuhi syarat penutupan biasa, termasuk kelulusan kawal selia. Eczacıbaşı Holding dan Curium komited sepenuhnya untuk menavigasi proses ini dengan cekap dan berharap untuk memuktamadkan urus niaga ini dalam masa terdekat. Pihak-pihak terlibat menjangkakan dapat menutup urus niaga ini sebaik sahaja kelulusan kawal selia biasa diperoleh.

Mengenai Curium
Curium ialah peneraju dunia dalam perubatan nuklear. Kami membangunkan, mengeluarkan dan mengedarkan produk radiofarmaseutikal bertaraf dunia untuk membantu pesakit di seluruh dunia. Warisan kami yang terbukti digabungkan dengan pendekatan perintis adalah ciri khas untuk menyampaikan inovasi, kecemerlangan dan perkhidmatan yang tiada tandingan.
Dengan kemudahan pembuatan di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat, Curium menyampaikan penyelesaian SPECT, PET dan radiofarmaseutikal terapeutik untuk penyakit yang mengancam nyawa kepada lebih 14 juta pesakit setiap tahun. Nama ‘Curium’ memberikan penghormatan kepada legasi penyelidik bahan radioaktif perintis Marie dan Pierre Curie, iaitu kurium unsur radioaktif dinamakan sempena nama mereka dan menekankan tumpuan kami pada perubatan nuklear. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.curiumpharma.com   

Untuk maklumat lanjut:
Ben Valdimarsson
Reputation Inc
Mob: +44 (0)788 9805930
E-mel: bavldimarsson@reputation-inc.com

Ross Bethell
Naib Presiden, Head of Global Communications
E-mel: communications@curiumpharma.com

Mengenai Eczacıbaşı-Monrol
Beribu pejabat di Istanbul, Monrol ialah sebuah syarikat perubatan nuklear yang menerajui inovasi untuk pembangunan dan pembuatan radioisotop dan radiofarmaseutikal gred GMP, Monrol mengedarkan portfolio produk radiofarmaseutikal bertaraf dunianya di pasaran global. Sebagai CMO dan juga CDMO, Monrol menyediakan sokongan pembangunan awal kepada pelanggan dan menawarkan perkhidmatan bersepadu sepenuhnya untuk syarikat maya yang lincah, bersih yang membawakan konsep produk baharu ke dalam ujian klinikal, menunjukkan bukti konsep dan dilaksanakan ke kajian pertama dalam manusia. Monrol komited untuk mengubah dan meningkatkan perjalanan pesakit dalam rawatan kanser melalui portfolio produk radiofarmaseutikal yang diedarkannya ke lebih 70 negara di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.monrol.com.

SUMBER: Curium US LLC

--BERNAMA

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...