Monday, August 14, 2023

U. S. STEEL MENGUMUMKAN PROSES ALTERNATIF STRATEGIK

  • Syarikat Komited untuk Memaksimumkan Nilai Pemegang Saham Selepas Menerima Pelbagai Cadangan yang Tidak Diminta
  • Cadangan yang Diterima Sehingga Kini Merupakan Pengesahihan Strategi dan Rekod Pelaksanaan yang Berjaya oleh U. S. Steel 
PITTSBURGH, 14 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- United States Steel Corporation (NYSE: X) (“U. S. Steel”) pada hari ini mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah syarikat tersebut telah membuat keputusan untuk memulakan proses kajian semula secara rasmi, dengan bantuan penasihat kewangan dan undang-undang luar, bagi tujuan menilai alternatif strategik untuk Syarikat. Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan komited untuk bertindak demi kepentingan terbaik Syarikat, para pemegang saham dan pemegang kepentingan syarikat tersebut. U. S. Steel telah berjaya membuat kemajuan besar untuk mengubah Syarikat menjadi pembuat keluli Best for All® yang berteraskan pelanggan dan berdaya saing di dunia kerana syarikat terus berjaya menerajui pasaran strategik, mengalih keluk kos ke bawah dan keluk bakat ke atas.

“Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan U. S. Steel komited untuk memaksimumkan nilai para pemegang saham kami dan bagi tujuan itu, kami telah memulakan kajian semula secara menyeluruh dan terperinci terhadap alternatif strategik,” kata David B. Burritt, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli Lembaga Pengarah U. S. Steel. “Keputusan ini dibuat, berikutan Syarikat menerima pelbagai cadangan yang tidak diminta, terdiri daripada pemerolehan aset pengeluaran tertentu kepada pertimbangan untuk seluruh Syarikat. Lembaga Pengarah sedang mengambil pendekatan dengan berhati-hati semasa mempertimbangkan cadangan ini, termasuk mendapatkan lebih banyak maklumat untuk menilai cadangan awal dan tertakluk kepada usaha wajar dan kajian semula yang sedang dijalankan.”

Burritt menyambung lagi, “U. S. Steel telah melalui perjalanan strategik dalam melaksanakan transformasi menarik, membina keupayaan pembuatan keluli dan kemasan EAF terbaik seumpamanya, sambil mengurangkan jejak karbon kami. Kunci kira-kira kami lebih kukuh berbanding sebelum ini, serta kami menyampaikan aliran tunai yang berdaya tahan sambil mengutamakan pulangan langsung kepada para pemegang saham. Minat yang ditunjukkan oleh cadangan yang tidak diminta, serta diterima setakat ini merupakan pengesahihan strategi dan rekod pelaksanaan yang berjaya oleh U. S. Steel. Walaupun Lembaga Pengarah menjalankan kajian semula terhadap cadangan yang diterima sebelum ini dan cadangan lain yang dijangka diterima, seluruh pasukan kami terus fokus kepada pelaksanaan yang selamat dan bertanggungjawab merentasi semua operasi kami dan memajukan strategi Best for All® kami, sambil terus memenuhi keperluan semua pihak berkepentingan.”

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...