Saturday, August 26, 2023

FORUM ASIA DIGITAL 2023: PENERAJU ICT DI ASIA PASIFIK BERSAMA-SAMA MENGISYTIHARKAN KERJASAMA TEKNOLOGI DIGITAL

 

Wakil MSIT, ADI, SDEC, MODA, CISA, ASOCIO, OSTP dan DEPA bersama-sama melancarkan “Forum Asia Digital”. (Foto: Business Wire)

TAIPEI, Taiwan, 24 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemulihan ekonomi pascapandemik rantau Asia Pasifik, dikuasakan oleh teknologi digital, telah menarik perhatian global. Persatuan Industri Perkhidmatan Maklumat R.O.C. (CISA), berjaya menganjurkan "Forum Asia Digital" di Taiwan. Acara tersebut menghimpunkan pegawai dasar digital, peneraju industri perkhidmatan maklumat dan perisian, serta pakar akademik yang terkemuka dari 10 negara Asia Pasifik di Taiwan. Tambahan pula, duta dan pegawai pejabat dari negara bukan Asia Pasifik turut menghadiri acara itu, menunjukkan kekuatan ekonomi digital Asia.

Peneraju ICT dari 10 Negara Mencipta Masa Depan Asia Digital

Taiwan dan enam negara lain di rantau Asia Pasifik telah menandatangani "Deklarasi Bersama Asia Digital" bertujuan memupuk kerjasama industri teknologi digital. Tambahan pula, ASOCIO turut menandatangani "Transformasi Mampan" bersama GeSI, dengan harapan untuk menggunakan teknologi digital bagi mewujudkan masa depan mampan.

CISA menandatangani beberapa perjanjian kerjasama, termasuk "Kerjasama Strategi Teknologi Digital Taiwan-Jepun" bersama NTT Data Taiwan Co., Ltd., manakala "Kerjasama Keselamatan Siber" pula bersama Persatuan Keselamatan Rangkaian Jepun (JNSA). CISA juga bekerjasama dengan agensi pensijilan teknologi digital Singapura (iTrain Asia Pte. Ltd.) dan CrossBond International Brand Consultant untuk mengembangkan bakat digital di Asia Tenggara dan memadankan peluang perniagaan untuk kedua-dua belah pihak. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17382

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...