Tuesday, August 29, 2023

TOSHIBA MEMBANGUNKAN MODUL MOSFET DWISILIKON KARBIDA (SIC) 2200V PERTAMA INDUSTRI YANG MENYUMBANGKAN KEPADA KECEKAPAN TINGGI DAN PENGECILAN SAIZ KELENGKAPAN INDUSTRI



Table


Toshiba: MG250YD2YMS3, modul MOSFET dwi silikon karbida(SiC) 2200V pertama dalam industri. (Grafik: Business Wire)


KAWASAKI, Jepun, 30 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah membangunkan “MG250YD2YMS3,” modul MOSFET dwi silikon karbida (SiC) 2200V pertama[1] dalam industri untuk kelengkapan industri. Modul baharu tersebut mempunyai pengkadaran arus elektrik saliran (DC) 250A dan menggunakan cip MOSFET SiC generasi ketiga syarikat itu. Modul tersebut sesuai untuk aplikasi yang menggunakan DC1500V, seperti sistem kuasa fotovoltaik dan sistem storan tenaga. Jumlah penghantaran bermula pada hari ini.

Aplikasi industri seperti yang dinyatakan di atas kebiasaannya menggunakan DC1000V atau kuasa yang lebih rendah, serta peranti kuasa aplikasi tersebut kebanyakannya ialah produk 1200V atau 1700V. Walau bagaimanapun, Toshiba menjangkakan penggunaan DC1500V secara meluas dalam beberapa tahun yang akan datang, telah melancarkan produk 2200V pertama dalam industri.

MG250YD2YMS3 menawarkan kehilangan pengaliran arus rendah dengan dalam voltan punca saliran yang rendah (deria) 0.7V (tipikal)[2]. Produk tersebut juga menawarkan kehilangan pensuisan menghidupkan dan mematikan yang lebih rendah masing-masing ialah 14mJ (tipikal)[3] dan 11mJ (tipikal)[3], pengurangan kira-kira 90%[4] berbanding silikon (Si) IGBT biasa. Ciri ini menyumbangkan kepada kecekapan kelengkapan yang lebih tinggi. Menyedari kehilangan pensuisan yang rendah juga membolehkan litar tiga peringkat konvensional digantikan dengan litar dua peringkat dengan kiraan modul yang lebih rendah, menyumbangkan kepada pengecilan kelengkapan.

Toshiba akan terus memenuhi keperluan pasaran untuk kecekapan tinggi dan pengecilan saiz kelengkapan industri.

Catatan:
[1] Antara modul MOSFET Dwisilikon Karbida (SiC). Tinjauan Toshiba, setakat bulan Ogos 2023.
[2] Syarat ujian: ID=250A, VGS=+20V, Tch=25°C
[3] Syarat ujian: VDD=1100V, ID=250A, Tch=150°C
[4] Perbandingan kehilangan pensuisan Toshiba untuk modul Si 2300V dan MG250YD2YMS3, modul semua  MOSFET SiC baharu, setakat bulan Ogos 2023 (nilai prestasi untuk modul Si 2300V ialah anggaran Toshiba berdasarkan kertas kerja yang diterbitkan dalam atau sebelum bulan Mac 2023.)

Aplikasi
Kelengkapan Industri
- Sistem penjanaan kuasa tenaga boleh baharu (sistem kuasa fotovoltaik dan sebagainya)
- Sistem storan tenaga
- Kelengkapan kawalan motor untuk kelengkapan industri
- Penukar DC-DC frekuensi tinggi dan sebagainya

Ciri Produk

· Dalam voltan punca saliran yang rendah (deria):
VDS(on)sense=0.7V (tipikal) (ID=250A, VGS=+20V, Tch=25°C)

· Kehilangan pensuisan menghidupkan yang rendah:
Eon=14mJ (tipikal) (VDD=1100V, ID=250A, Tch=150°C)

· Kehilangan pensuisan mematikan yang rendah:
Eoff=11mJ (tipikal) (VDD=1100V, ID=250A, Tch=150°C)

· Kearuhan sesat yang rendah:
LsPN=12nH (tipikal)


Table

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu.
MG250YD2YMS3

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang Peranti Kuasa SiC Toshiba.
Peranti Kuasa SiC

* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagangan syarikat masing-masing.
* Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis diberikan terdahulu.

Maklumat Tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan storan termaju, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan semikonduktor diskret, sistem LSI dan produk HDD yang luar biasa.
Tenaga kerja syarikat seramai 21,500 di seluruh dunia berkongsi keazaman untuk memaksimumkan nilai produk dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan nilai bersama dan pasaran baharu. Bersama jualan tahunan yang menghampiri 800 bilion yen (AS$6.1 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membina dan menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk orang ramai di mana-mana sahaja.
Ketahui lebih lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53545285/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Kuasa
Tel: +81-44-548-2216
Hubungi Kami

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...