Friday, April 30, 2021

TACONIC BIOSCIENCES MELANCARKAN MODEL MENCIT COVID-19 YANG BAHARU

Memperluas Kit Alat Penyelidikan COVID-19 dengan Mencit hACE2 AC22 yang baharu

RENSSELAER, N.Y., 30 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian model haiwan untuk penemuan ubat, mengumumkan pelancaran model mencit COVID-19 yang baharu. Mencit transgenik ACE2 (hACE2) manusia ini mengembangkan kit alat penyelidikan COVID-19 Taconic.

Pada Oktober 2020, Taconic melancarkan model hACE2 pertamanya. Mencit AC70 mengalami tindak balas yang membawa maut terhadap jangkitan oleh SARS-CoV-2 virus yang menyebabkan COVID-19. Sebaliknya, mencit AC22 yang baharu adalah tahan kemautan, membolehkan penyelidikan terapeutik, vaksin, dan gejala pasca-jangkitan.

TACONIC BIOSCIENCES MELANCARKAN MODEL MENCIT COVID-19 YANG BAHARU

Thursday, April 29, 2021

LEDDARTECH MEMPERKENALKAN PENDERIA LIDAR KILAT BERKEADAAN PEPEJAL LEDDAR SIGHT UNTUK PERSEKITARAN YANG MENCABAR

 QUEBEC CITY, 28 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderia AD, melancarkan Leddar™ Sight, penderia LiDAR berkeadaan pepejal 2D yang teguh dan mesra kos. LiDAR dirumahkan dalam bekas kalis cuaca. LiDAR ini menggunakan pencahayaan kilat untuk menyampaikan pengesanan yang berterusan dan tepat serta julat objek dan halangan dalam keseluruhan medan pandangan, tanpa sebarang bahagian yang bergerak. Leddar Sight telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan mobiliti yang ketat, ITS, dan pembangun sistem industri untuk penderiaan LiDAR yang boleh diharap, tahan lama dalam persekitaran yang paling mencabar.


Keteguhan yang Tiada Tandingannya untuk Persekitaran yang Paling Mencabar

Berdasarkan kebolehharapan lapangan yang telah terbukti dalam modul keluarga LiDAR kilat 2D M16 Leddar, Leddar Sight memanfaatkan reka bentuk berkeadaan pepejal 100% untuk keteguhan terunggul. Diuji untuk kejutan dan getaran untuk memenuhi keperluan aplikasi komersial dan industri yang paling mencabar, Leddar Sight menampilkan bekas kalis cuaca (dikadar IP67/IP69) yang mengalang daripada dimasuki habuk, rendaman dan aliran air bertekanan.

Laluan Dipercepat kepada Pengerahan Komersial

LiDAR kilat 2D Leddar Sight menyediakan keupayaan pengesanan dan ukuran yang tepat untuk aplikasi di dalam bangunan seperti automasi industri dan pelbagai aplikasi di luar bangunan seperti navigasi berautonomi, pengesanan halangan, pengelakan pelanggaran, pengendalian tepat, penguatkuasaan kelajuan, dan tol automatik. Disebabkan bekas yang kukuhnya, penyambung M12, dan pilihan FoV yang pelbagai, penderia boleh disepadukan secara pantas ke dalam prototaip dan digunakan untuk mengumpulkan data medan untuk pembangunan perisian dan tersedia dalam jumlah yang banyak hari ini kepada pelanggan, penyepadu sistem dan penjual semula untuk pengerahan komersial.

Leddar Sight ialah penyelesaian LiDAR ideal untuk kenderaan ulang-alik, roboteksi, ADV, trak komersial, bas, kenderaan industri, robotik mudah alih dan sistem pengangkutan pintar.

Ciri Utama LiDAR Berkeadaan Pepejal 2D Leddar Sight
  • 100% berkeadaan pepejal
  • MTBF 400,000 jam, hingga 26X lebih lama daripada LiDAR mekanikal
  • Memenuhi standard kejutan dan getaran yang ketat
  • Dikadar IP67/IP69, bekas tahan impak
  • Standard EMC yang tinggi
  • Julat suhu operasi yang luas
“Tawaran baharu dalam portfolio LiDAR kilat 2D ini menangani keperluan kritikal yang dinyatakan oleh pelanggan kami untuk penderia LiDAR boleh diharap dan mampu milik yang boleh beroperasi dalam keadaan yang mencabar apabila kejutan, getaran, air dan kemasukan habuk, serta julat suhu pengendalian luas merupakan kebimbangan utama,” kata Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran Global, Komunikasi, dan Pengurusan Produk daripada LeddarTech. “Tidak seperti LiDAR mekanikal, Leddar Sight menggunakan reka bentuk kilat berkeadaan pepejal yang terbukti yang menyampaikan MTBF inheren lebih lama, dan bekasnya yang kukuh menjadikannya sedia untuk lapangan pengendalian 24/7 dalam persekitaran komersial dan industri yang paling mencabar.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14500​

Tuesday, April 27, 2021

TARIKH AKHIR MENGEMUKAKAN BORANG NYATA CUKAI BAGI PEMBAYAR CUKAI YANG TIDAK MENJALANKAN PERNIAGAAN

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2020 bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan ialah seperti berikut: 


Sila klik di sini: 
http://mrem.bernama.com/mrembm/nteprimages/LHDNM14492.jpg 

Sebagai panduan berkenaan pengemukaan Borang Nyata Cukai ini, pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2021 (Pindaan 1/2021) yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan berikut:

i.    Bahasa Melayu:  
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_Pin.1_1.pdf

ii.   Bahasa Inggeris:
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_Pin.1_2.pdf  
 
Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar borang dan kenaikan lewat bayar cukai. Pembayar cukai juga dinasihatkan untuk mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai (jika ada).
 
Pembayar cukai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai perkara ini boleh menghubungi LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/

  
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14492

JOBDIVA MENJADIKAN PENGAMBILAN PEKERJA LEBIH CEKAP DENGAN BERSEPADU DENGAN JOBS ON FACEBOOK

 NEW YORK, 28 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- JobDiva dengan bangga mengumumkan penyepaduan dengan Jobs on Facebook—penyepaduan yang pertama seumpamanya.


Jobs on Facebook memudahkan majikan dan perekurt untuk menyiarkan pekerjaan, mengurus permohonan dan berkomunikasi dengan calon yang lebih mudah. Dengan menyegerakkan jawatan kerja, penyepaduan JobDiva dengan Jobs on Facebook memperkasa perniagaan untuk mencapai calon di tempat mereka meluangkan jumlah masa yang ketara.

“Di JobDiva, kami berfokus pada mengurangkan pengangguran pada tempoh masa yang penuh dengan ketidakpastian ini, serta memadankan tenaga kerja dengan peluang yang mereka kehendaki melalui pemaksimuman keupayaan klien kami—dan melakukannya dengan pantas, demi kepentingan orang ramai,” kata Gus Samra, Ketua Pegawai Hasil JobDiva. “Penyepaduan JobDiva dengan Jobs on Facebook ialah contoh utama komitmen kami terhadap kejayaan bakat dan klien dan kami amat teruja dengan penyepaduan ini.”

Perihal JobDiva:JobDiva, ATS global utama, disampaikan kepada klien melalui awan. JobDiva berkedudukan sebagai ATS peringkat tinggi, mentakrifkan laluan inovasi dalam teknologi pengambilan kakitangan.

Maklumat Hubungan:
Bella Chen
Ketua Pemasaran, JobDiva
Bella.chen@jobdiva.com
+1 212-384-6566

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/65890c74-c25d-4a3c-a1a1-b11802201711/ms


SUMBER : JobDiva

DYADIC INTERNATIONAL MENGADAKAN SEMBANG SANTAI TENTANG "POTENSI TEKNOLOGI PROTEIN C1 DYADIC YANG TRANSFORMATIF DALAM MEMBANTU UNTUK MENANGANI CABARAN KESIHATAN GLOBAL"

Sembang Santai Diadakan pada Selasa, 4hb Mei @ 10 pagi Waktu Timur

JUPITER, Fla., 27 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dyadic International, Inc. ("Dyadic", "kami", atau "Syarikat") (NASDAQ:DYAI), sebuah syarikat bioteknologi global yang menumpukan pada pembangunan dan pelaksanaan platform pengeluaran protein sel C1 proprietari untuk mengoptimumkan pembangunan vaksin, terapeutik dan produk berasaskan protein lain, hari ini telah mengumumkan bahawa pihaknya akan mengadakan sembang santai pada Selasa, 4 Mei 2021 pada pukul 10:00 pagi Waktu Timur. Sembang santai itu akan menumpukan pada potensi teknologi protein C1 Dyadic yang transformatif dalam membantu untuk menangani cabaran kesihatan global.

Perbincangan yang akan dikendalikan oleh moderator itu akan menampilkan Pemimpin Pendapat (KOL) yang berikut:
  • Alain Townsend, Ph.D. – Weatherall Institute - Universiti Oxford
  • Albert Osterhaus, P.V.M, Ph.D. – Pusat Perubatan Erasmus
  • Cecil Nick – Parexel (Sokongan Klinikal & Kawal selia)
  • Joris Vandeputte – International Alliance for Biological Standardization
Perbincangan itu akan merangkumi:
  • Pertimbangan kawal selia dan manfaat platform C1
  • Kajian kes yang menjelaskan tentang pengeluaran antigen bernilai tinggi yang berjaya untuk kedua-dua Virus Schmallenburg dan Virus Demam Rift Valley berkaitan prestasi dalam platform pengeluaran lain
  • Usaha yang dijalankan oleh Dyadic untuk menghadapi varian SARS-CoV-2 yang memuncul termasuk usaha pembangunan Dyadic dalam memajukan calon vaksin domain pengikatan reseptor (RBD) untuk SARS-CoV-2 – DYAI-100 serta kejuruteraan titisan sel C1 untuk mengeskpres varian yang dikenali dan memuncul
  • Potensi platform C1 untuk membangunkan dan mengeluarkan COVID-19 pelbagai valen dan vaksin subunit lain termasuk vaksin pan-koronavirus yang boleh melindungi daripada kebanyakan atau semua varian
  • Membuat kejuruteraan gliko sel C1 untuk menghasilkan mAbs dan antibodi lain
Perbualan itu akan menampilkan Dr. David Bramhill sebagai moderator, seorang veteran dalam industri bioteknologi dengan pengalaman yang luas menggunakan pelbagai teknologi pengeluaran protein termasuk E. coli, Saccharomyces cerevisiae, Pichia pastoris, Tetrahymena, sel stabil Serangga SF9 (bukan bakulovirus), CHO dan HEK293.

Anda diundang untuk menyertai perbincangan penting ini. Anda akan mengetahui sebab Dyadic dan semakin ramai pemimpin pendapat dan pakar bidang percaya bahawa platform pengeluaran protein C1 oleh Dyadic memberikan penyelesaian pengeluaran yang kukuh untuk pengeluaran komersial skala fleksibel yang berkesan kos untuk terapeutik dan vaksin.

Anda boleh mendaftar untuk sembang santai ini di sini.

Alain Townsend, Ph.D. ialah seorang ahli imunologi di Weatherall Institute of Molecular Medicine, University of Oxford, yang telah menjalankan kajian tentang COVID-19 sepanjang tahun lepas.

Kebanyakan kajian Dr. Townsend adalah berkaitan dengan penyampaian antigen Influenza dengan molekul kelas I bagi kompleks Kehistoserasian Major. Sebelum ini, beliau telah mengenal pasti sasaran utama bagi sel T sebagai nukleoprotein terpelihara dan komponen protein matriks bagi virus tersebut dan telah menunjukkan bahawa sistem penyampaian antigen sitosolik yang menghasilkan peptida yang diterbitkan daripada protein ini ke dalam ER yang menjadi tempat pengikatannya kepada molekul MHC kelas I. Dengan pandemik yang berlaku baru-baru ini, minat ini diteruskan dengan pelanjutan praktikal dalam isu tentang sama ada imuniti heterotip (antara strain pandemik) boleh dicetuskan dalam manusia dengan strain influenza hidup dilemahkan. Kami telah membangunkan reka bentuk sendiri bagi virus hidup dilemahkan yang dipanggil S-FLU, yang bergantung pada mutasi dalam turutan isyarat hemaglutinin yang permisif terhadap jangkitan tetapi mencegah replikasi virus. Manfaat pendekatan ini ialah semua protein viral dinyatakan dalam konteks mereka yang sewajarnya di dalam paru-paru dan oleh itu boleh mencetuskan respons sel T dan B setempat yang penuh. Dr. Townsend sedang membangunkan kaedah untuk menyampaikan virus vaksin menggunakan aerosol dengan kerjasama Ronan Mac Loughlin di Aerogen. Keputusan awal dengan kerjasama Dr. Kanta Subbarao (NIH) menunjukkan bahawa virus vaksin kami mampu untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jenis influenza paling virulen dalam model jangkitan murin dan feret dan kami sedang mengkaji respons di dalam khinzir sebagai haiwan besar yang relevan (dengan kerjasama Elma Tchillian, Pirbright). Dr. Townsend kini sedang mengkaji mekanisme imuniti ini di dalam khinzir.

Albert Osterhaus, P.V.M, Ph.D. pernah menjadi Ketua Jabatan Virosains di Erasmus MC Rotterdam hingga 2014, yang kini Pengarah Pusat Perubatan Jangkitan dan Penyelidikan Zoonosis dan Profesor Undangan di University of Veterinary Medicine Hannover. Beliau sudah lama berkecimpung sebagai penyelidik saintifik dan Ketua Penyiasat bagi pelbagai projek saintifik yang utama. Di Erasmus MC, Profesor Osterhaus telah menjalankan makmal virologi diagnostik dengan lebih 40 kakitangan dan makmal virologi penyelidikan dengan lebih 150 pegawai. Program penyelidikannya mengikut konsep “virosains” bersepadu yang baharu, menghimpunkan saintis terkemuka dunia dalam virologi molekul, imunologi, epidemiologi, patogenesis dan kajian intervensi tentang jangkitan manusia dan virus haiwan. Antara pencapaian besarnya ialah penemuan lebih daripada 70 virus baharu manusia dan haiwan (cth. metapneumovirus manusia, koronavirus, virus influenza), penjelasan patogenesis bagi jangkitan manusia dan virus haiwan dan pembangunan strategi intervensi baharu.

Penghargaan antarabangsa untuk Profesor Osterhaus diserlahkan lagi dengan anugerah besar, jemputan ceramah undangan, jawatan penganjur (bersama) bagi mesyuarat antarabangsa dan penyunting bagi jurnal saintifik. Profesor Osterhaus telah menjadi mentor untuk lebih 80 pelajar PhD dan memegang beberapa paten penting. Beliau juga pengarang bagi lebih 1300 kertas kerja dalam jurnal semakan rakan kesepakaran, serta dipetik lebih daripada 70,000 kali dan dengan indeks H > 116. Buat masa ini, beliau juga merupakan Pengerusi bagi European Working Group on Influenza (ESWI). Beliau telah menganjurkan pelbagai persidangan saintifik antarabangsa tentang influenza dan jangkitan lain yang memuncul, memegang beberapa jawatan penyunting kanan dan telah menerima pelbagai anugerah berprestij. Beliau ialah ahli Akademi Sains Kebangsaan Belanda dan Jerman, ahli Belgium Academia of Medicine dan Komander bagi Order of the Dutch Lion.

Cecil Nick, Naib Presiden (Teknikal), di PAREXEL telah bekerja dalam hal ehwal kawal selia dan pembangunan klinikal selama lebih 30 tahun; lebih 25 tahun beliau telah menumpukan pada perubatan biologi. En. Nick memiliki kepakaran dalam monoklon dan bioserupa, dengan pengalaman dalam lebih 20 program sedemikian, terlibat dalam lebih 50 interaksi dan mesyuarat dengan agensi kawal selia di EU, AS, Kanada, Australia, Mexico, Brazil dan menyokong 6 penyerahan di EU dan AS. Beliau juga pernah banyak menyertai mesyuarat industri dan antarabangsa berkenaan subjek tersebut. Di samping itu, En. Nick berpengalaman luas dalam ubat yatim dan dalam pelbagai bidang terapeutik termasuk tetapi tidak terhad kepada, onkologi, jangkitan keradangan, diabetes, tumbesaran dan hematologi.

En. Nick ialah Felo TOPRA dan telah menjadi pensyarah undangan di Cardiff University MSc dalam kursus Penyelidikan Klinikal dan Greenwich University MSc dalam kursus Sains Farmaseutikal dan ketua Modul Biotek untuk kursus Msc TOPRA. Beliau juga sebahagian daripada panel suntingan bagi Penyelidikan Klinikal SCRIP dan telah mengarang pelbagai artikel tentang isu kawal selia dan pembangunan klinikal.

Dr. Joris Vandeputte, Presiden IABS (International Alliance for Biological Standardization), ialah ahli pengasas IABS-EU, sekutu Eropah bagi IABS. Sejak 1955, IABS ialah platform bebas global, yang menjadi tempat pihak berkepentingan bertemu untuk perbincangan tentang sains dan isu berkaitan vaksin, terapi sel dan gen dan Bioterapeutik manusia. IABS merangsang pembinaan sepersetujuan yang akhirnya menghasilkan rangka kerja kawal selia dan pengesyoran kepada pembuat keputusan. Pada Disember 2019, IABS dan VAC2VAC telah menganjurkan persidangan tentang pengujian Haiwan untuk vaksin - Melaksanakan Penggantian, Pengurangan dan Penghalusan: Cabaran dan Keutamaan di Bangkok, Thailand, 3-4 Disember 2019

Dr. Vandeputte memperoleh sarjana kedoktoran dalam Perubatan Veterinar pada 1976 di Gent University, Fakulti Perubatan Veterinar, Belgium. Sebagai ahli virologi di universiti ini (1976-1980), Joris menemukan flu H1N1 sebagai patogen untuk khinzir, membawakan pemahaman lebih baik tentang H1N1 sebagai zoonosis. Kemudian, di Kementerian Pertanian Belgium, beliau menumpukan pada kawalan penyakit haiwan di Belgium dan Kesatuan Eropah sebelum menyertai Institut Mérieux, Rhône Mérieux, yang menjadi Merial. Dr. Vandeputte mempunyai lebih 35 tahun pengalaman dalam sains, industri dan organisasi antarabangsa. Beliau telah terlibat dalam rantaian nilai lengkap vaksin: penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran, kawal selia dan pemasaran.

Perihal Platform Pengeluaran Protein C1

Platform pengeluaran protein C1 menyampaikan peluang signifikan untuk memanfaatkan teknologi pengeluaran protein perindustrian untuk mengatasi batasan teknologi pengeluaran protein yang lama, lalu membolehkan pengeluaran terapeutik dan vaksin berskala besar. Dalam norma vaksinasi global yang baharu, dunia ini memerlukan teknologi pengeluaran protein yang serba boleh dan boleh dipercayai yang menyediakan respons pantas dan pengeluaran yang menyeluruh dan berkesan kos. Sejak 2016, Dyadic telah sibuk menjuruterakan semula platform pengeluaran protein C1 untuk menghasilkan vaksin & terapeutik berasaskan glikoprotein rekombinan untuk kegunaan kesihatan manusia dan haiwan.

Perihal Dyadic International, Inc.

Dyadic International, Inc. ialah sebuah syarikat bioteknologi global yang membangunkan sesuatu yang dipercayai akan menjadi platform ekspresi gen biofarmaseutikal penting berasaskan fungus Thermothelomyces heterothallica (sebelum ini dikenali sebagai Myceliophthora thermophila), yang dipanggil C1. Mikroorganisma C1, yang mendayakan pembangunan dan pengeluaran berskala besar protein kos rendah, berpotensi untuk dibangunkan lebih lanjut ke dalam sistem ekspresi yang selamat dan berkesan, yang boleh membantu untuk mempercepat pembangunan, mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan prestasi vaksin biologi dan ubat pada skala komersial yang fleksibel. Dyadic menggunakan teknologi C1 dan teknologi lain untuk menjalankan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti komersial lain untuk membangunkan dan mengeluarkan vaksin dan ubat manusia dan haiwan, contohnya virus seperti partikel (VLP) dan antigen, antibodi monoklon, fragmen antibodi Fab, protein Fc-Fusion, bioserupa dan/atau biolebih baik, dan protein terapeutik lain. Sesetengah aktiviti penyelidikan lain sedang dijalankan, termasuk penerokaan yang menggunakan C1 untuk membangunkan dan menghasilkan metabolit tertentu dan produk biologi lain. Dyadic menjalankan penyelidikan dan kerjasama pembangunan, pengurusan lesen dan peluang komersial lain dengan rakan kongsi dan rakan usaha samanya untuk memanfaatkan nilai dan manfaat teknologi ini dalam pembangunan dan pengeluaran biofarmaseutikal. Memandangkan populasi menua semakin meningkat di negara maju dan tidak maju, Dyadic percaya teknologi C1 akan dapat membantu untuk memasarkan vaksin biologi, ubat dan produk biologi lain dengan lebih cepat, lebih banyak, pada kos yang lebih rendah, dan dengan ciri baharu bagi pembangun dan pengeluar ubat, dan meningkatkan akses dan kos kepada pesakit dan sistem penjagaan kesihatan, tetapi paling penting, menyelamatkan nyawa.

Sila layari laman web Dyadic di http://www.dyadic.com untuk maklumat tambahan, termasuk butiran berkenaan rancangan Dyadic untuk perniagaan biofarmaseutikalnya.

Pelabuhan Selamat Berkenaan Pernyataan Prospektif

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, termasuk penyataan berkenaan jangkaan, niat, strategi, dan kepercayaan Dyadic International berkaitan kejadian akan datang atau prestasi kewangan akan datang. Kejadian atau keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada maklumat yang terdapat dalam pernyataan prospektif kerana pelbagai faktor penting, termasuk faktor yang diterangkan dalam pemfailan paling terkini Syarikat dengan SEC. Dyadic tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini secara umum sebarang pernyataan prospektif, sama ada kerana maklumat baharu, kejadian akan datang atau sebaliknya. Untuk keterangan yang lebih lengkap tentang risiko yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada jangkaan semasa kita, sila lihat bahagian bertajuk “Faktor Risiko” dalam laporan tahunan Dyadic pada Borang 10-K dan laporan suku tahunan pada Borang 10-Q yang difailkan dengan SEC, kerana faktor tersebut mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa dalam pemfailan berkala Dyadic dengan SEC, yang boleh diakses di laman web SEC dan di http://www.dyadic.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14493

CYBER ​​INTELLIGENCE HOUSE DAN INTERPOL MENANDATANGANI PERJANJIAN SUMBANGAN YANG BERMAKSUD UNTUK MEMBANTU MENYIASAT JENAYAH SIBER

Di bawah ‘Perjanjian Sumbangan’ itu, Cyber ​​Intelligence House akan menyediakan perkhidmatan untuk melindungi data dan membantu di dalam penyiasatan jenayah siber.

LONDON, 27 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Di bawah perjanjian itu, Cyber ​​Intelligence House (CIH) akan bertanggungjawab bagi menyediakan kepada INTERPOL dengan sumber dan perkhidmatan yang membantu di dalam penyiasatan jenayah siber, jenayah Aset Maya (VA) dan memerangi serta memantau secara aktif laman web tertutup, yang dianggap penting untuk terus kekal selangkah di hadapan dengan penjenayah di seluruh dunia. Mikko Niemela, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Cyber ​​Intelligence House, sangat mempercayai bahawa ia adalah satu keadaan yang menguntungkan bagi semua pihak dengan menyatakan bahawa “perkongsian dengan INTERPOL memberikan kami satu peluang yang sangat baik untuk belajar daripada penyiasatan barisan hadapan yang membolehkan kami untuk meningkatkan penawaran perkhidmatan kami dengan lebih jauh lagi.”

Cyber ​​Intelligence House (CIH) akan bertanggungjawab untuk menyediakan teknologi dan perkhidmatan kepada INTERPOL bagi membantu mempercepatkan penyiasatan dan menjalankan analisis jenayah. Perkongsian itu bertujuan untuk meningkatkan lagi keupayaan penyiasatan jenayah siber INTERPOL. Perkongsian yang saling menguntungkan itu “akan membolehkan CIH untuk mengembangkan lagi peranti mereka, berdasarkan kepada maklumat balas dari INTERPOL.” Mikko Niemela, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Cyber ​​Intelligence House.

INTERPOL adalah organisasi polis antarabangsa terbesar di dunia, yang dibentuk oleh negara-negara di seluruh dunia untuk mencegah jenayah antarabangsa. Hari ini, 194 buah negara menjadi anggota organisasi tersebut. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, INTERPOL telah mendapati mereka mengetuai pelbagai penyiasatan jenayah siber, dari mengenal pasti kecurian sehingga kepada pencurian mata wang kripto. Pada November 2020, INTERPOL telah mewujudkan Pertukaran Pengetahuan Jenayah Siber (CKE), yang memudahkan bagi penguatkuasaan undang-undang, organisasi antarabangsa, dan pakar-pakar keselamatan siber untuk bertukar-tukar maklumat.

Cyber ​​Intelligence House adalah sebuah syarikat keselamatan siber yang berpusat di Singapura yang menyediakan teknologi canggih bagi penyiasatan Darkweb, Deepweb, dan Pelanggaran Data. Direka untuk Penguatkuasaan Undang-undang, platform itu membolehkan penyiasat jenayah siber untuk mengakses sejumlah besar bukti daripada sumber yang tidak jelas dan tersembunyi seperti Pasaran Dark Web, Platform Bocor, dan Forum-forum Perbincangan yang terus berkembang dalam tepat masa dan sering wujud sejak beberapa tahun.
 
Mikko Niemela, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Cyber ​​Intelligence House, telah dipetik sebagai berkata, “Kami bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan penyiasatan tetapi juga belajar daripada barisan hadapan.

Beliau menambah, “Kami berharap dapat menjadi satu bahagian penting bagi membantu memerangi jenayah siber dan mengembangkan sumber untuk membantu mencegahnya.”

Maklumat mengenai Cyber Intelligence House

Cyber ​​Intelligence House adalah sebuah syarikat keselamatan siber yang berpusat di Singapura yang mengkhususkan diri dalam pemantauan pendedahan siber. Syarikat itu membolehkan perniagaan untuk mengesan dan bertindak balas awal terhadap potensi ancaman dan pendedahan siber. CIH bekerjasama dengan pelbagai pelanggan, termasuk kerajaan dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang. Layari CIH di https://cyberintelligencehouse.com  untuk maklumat lanjut.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14491

Monday, April 26, 2021

EKSO MEMPERLUAS PENGGUNAAN RANGKA LUAR ROBOTIK MILIKNYA MERENTASI ASIA

 Royal Rehab merupakan pusat pertama yang disahkan untuk membawa EksoNR ke Australia


SYDNEY, Australia, 26 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ekso Bionics, sebuah peneraju industri dalam teknologi rangka luar dengan kehadirannya di Malaysia, Ekso Bionics mengumumkan kerjasama dengan Royal Rehab di Australia, untuk meluaskan penggunaan rangka robotik miliknya merentasi rantau Asia Pasifik.

Dengan pelan perluasan terkini oleh Ekso Bionics di Asia Pasifik, EksoNR kini berada Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Australia. Ekso merupakan rangka luar robotik yang paling kerap digunakan secara klinikal di seluruh dunia dan di Asia, serta telah membantu pesakit mengambil lebih daripada 130 juta langkah di seluruh dunia.

Royal Rehab, pembekal perkhidmatan sokongan pemulihan dan ketidakupayaan utama Australia, telah menandatangani perjanjian dengan Ekso Bionics untuk membawa teknologi rangka luar lanjutan ke Australia.

Pemerolehan tersebut menandakan permulaan pelan Royal Rehab untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam pemulihan yang dipacu teknologi melalui pemerolehan teknologi bantuan.

Bukti Klinikal Mencadangkan Latihan Gaya Jalan EksoNR:
  • Meningkatkan keseimbangan fungsi di luar peranti dalam kalangan pesakit yang mengalami kecederaan korda spina (SCI) dengan pergerakan yang tidak sempurna.
  • Meningkatkan jarak berjalan di luar peranti dalam kalangan pesakit dengan penyakit strok dan SCI dengan pergerakan yang tidak sempurna semasa mereka menamatkan rawatan berbanding sebelum mereka menerima rawatan.
  • Meningkatkan kelajuan gaya jalan pesakit di luar peranti semasa mereka menamatkan rawatan berbanding sebelum mereka menerima rawatan.
Matt Mackay, Ketua Pegawai Eksekutif Royal Rehab, menyatakan bahawa kemajuan teknologi sedang memacu hasil yang lebih baik dan lebih pantas untuk pesakit yang mengalami keadaan dan kecederaan yang boleh mengubah hidup, namun sehingga kini pilihan ini masih belum tersedia di Australia.

“Mereka yang dirawat untuk keadaan neurologi di luar negara akan sering kali mempunyai akses kepada teknologi bantuan yang akan mengubah kualiti kehidupan seseorang dengan ketara,'' kata Mackay.

“Robotik, realiti maya dan rangka luar merupakan sebahagian daripada program pemulihan di negara lain kerana teknologi ini boleh mempercepat pemulihan, kekuatan dan mobiliti kepada tahap yang baharu. Pesakit di Australia kini mempunyai peluang untuk mengakses teknologi yang berpotensi mengubah hidup mereka.”

“Visi kami adalah untuk mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan dalam teknologi pemulihan yang akan memperkasa orang yang mengalami ketidakupayaan dengan tahap kebebasan, pilihan dan kemandirian yang tiada tandingannya,’’kata Mackay.

EksoNR buat masa ini boleh didapati melalui perkhidmatan Royal Rehab termasuklah Hospital Swasta Royal Rehab, Perkhidmatan Pemulihan Komuniti, dan unit pakar otak dan kecederaan spina, dan akan tersedia di Hospital MetroRehab tidak lama lagi. Royal Rehab juga masih dalam perbincangan dengan Ekso Bionics untuk bertindak sebagai tapak demonstrasi EksoNR, untuk pembekal pemulihan yang lain dalam pasaran Australia pada masa hadapan.

Menurut Chwee Foon, Presiden Asia Pasifik, Ekso Bionics, “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Royal Rehab sebagai salah sebuah pusat pemulihan kami yang sah , untuk membawa EksoNR kepada warga Australia. Dengan reputasi mereka yang kukuh dalam pemulihan neurologi, otak dan kecederaan korda spina serta komitmen untuk memperkasa orang mencapai potensi mereka, organisasi ini ternyata sangat sesuai. Kerjasama ini telah mengukuhkan lagi matlamat kami untuk meningkatkan kebolehcapaian teknologi robotik kami merentasi Asia Pasifik.”

EksoNR ditetapkan untuk merevolusikan amalan pemulihan di Malaysia dan Asia dengan keupayaannya untuk membantu dalam meningkatkan pemulihan pesakit berikutan angin ahmar, kecederaan otak yang diperoleh dan kecederaan spina korda. Ekso telah diagihkan secara aktif merentasi pelbagai hospital pemulihan dan pusat pemulihan harian di komuniti merentasi negara utama Asia.

Di Malaysia, terdapat 92 kemasukan ke hospital berkaitan angin ahmar setiap hari. Angin ahmar merupakan punca utama ketidakupayaan jangka panjang dan kehilangan mobiliti, terutamanya dalam kalangan warga emas. Lebih daripada 65% pesakit strok mempunyai keupayaan yang terjejas untuk berjalan kaki dan 30% mempunyai kecacatan motor jangka panjang.

Perihal Royal Rehab
Royal Rehab ialah peneraju pembekal sokongan pemulihan dan ketidakupayaan serta organisasi bukan keuntungan yang berdaftar. Ditubuhkan pada tahun 1899, Royal Rehab dikenali secara meluas sebagai pakar pemulihan kecederaan otak dan korda spina di seluruh dunia. Perkhidmatan ini juga menggabungkan penginapan yang disokong, dua hospital persendirian (Royal Rehab Private dan Hospital MetroRehab), pusat peranginan yang dibina untuk pesakit dengan kecederaan korda spina dan perkhidmatan komuniti yang memberi klien kami penjagaan kualiti yang menyeluruh. Royal Rehab diuruskan oleh pasukan yang berpengalaman dan khusus untuk memaksimumkan kemahiran hidup, keupayaan dan kebebasan. Kami menyediakan pendekatan yang terbaik dalam kelasnya melalui komitmen kami terhadap kecemerlangan klinikal, program inovatif dan perkhidmatan berpusatkan individu.

Untuk maklumat lanjut tentang Royal Rehab, lawati www.royalrehab.com.au

Perihal Ekso Bionics®
Ekso Bionics® ialah peneraju kepada penyelesaian rangka luar yang meningkatkan potensi manusia dengan menyokong atau meningkatkan kekuatan, ketahanan dan mobiliti pada seluruh aplikasi perubatan dan industri. Ditubuhkan pada tahun 2005, Syarikat terus meningkatkan kepakaran peneraju industri untuk mereka bentuk beberapa robot canggih dan inovatif yang boleh digunakan dan tersedia di pasaran. Ekso Bionics ialah satu-satunya syarikat rangka luar yang menawarkan teknologi yang terdiri daripada membantu pesakit yang lumpuh untuk berdiri dan berjalan kepada meningkatkan keupayaan manusia di tapak kerja di seluruh dunia. Syarikat ini yang beribu pejabat di San Francisco Bay Area dan disenaraikan pada Nasdaq Capital Market di bawah simbol “EKSO.” Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati: www.eksobionics.com atau ikuti @EksoBionics pada Twitter.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14489

​SIARAN BERITA MULTIMEDIA: SIDANG KEMUNCAK DIGITAL CHINA KE-4 AKAN DIADAKAN DI FUZHOU, WILAYAH FUJIAN

Pemandangan Fuzhou dalam mengalu-alukan MV Fuzhou yang Indah, sebuah Bumi yang Diberkati


FUZHOU, China, 26 April, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Sidang Kemuncak Digital China ke-4 akan diadakan di Fuzhou, Wilayah Fujian, dari 25 hingga 26 April, 2021. Ia akan dianjurkan bersama oleh Pentadbiran Ruang Siber China, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat, Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset milik Negara bagi Majlis Negeri, dan Kerajaan Wilayah Fujian. Ia akan dianjurkan di lapangan oleh Kerajaan Perbandaran Fuzhou dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.

Untuk video berkualiti siaran dan imej beresolusi tinggi, sila layari Siaran Berita Multimedia:
http://news.medianet.com.au/xinhua-news-agency/4th-digital-china-summit-held-fuzhou

Friday, April 23, 2021

PRA HEALTH SCIENCES DIPILIH OLEH MARYLAND STATE MEDICAL SOCIETY UNTUK MEMBEKALKAN PERKHIDMATAN PEMANTAUAN PESAKIT DARI JAUH DAN TELEKESIHATAN

Doktor yang berpangkalan di Maryland boleh mengerahkan pilihan jagaan dari jauh untuk pesakit dengan teknologi kesihatan digital PRA

RALEIGH, N.C. dan BALTIMORE, 23 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) dan Maryland State Medical Society (MedChi) hari ini mengumumkan bahawa Care Innovations, sebuah syarikat PRA Health Sciences, telah dipilih oleh MedChi untuk menjadi pembekal pilihan bagi pemantauan pesakit, telekesihatan dan perkhidmatan kesihatan digital untuk rangkaiannya yang sebanyak 22,000+ doktor berlesen merentasi 50+ kepakaran perubatan. Doktor di Maryland kini mempunyai pembekal dipercayai untuk menggunakan sistem yang selamat dan mematuhi privasi dengan cepat untuk mengekalkan penjagaan pesakit dari jauh, termasuklah lawatan rutin dan pengurusan penyakit kronik.

“Inilah masa untuk menggunakan RPM bagi mengurus jagaan pesakit,” kata Gene Ransom, Ketua Pegawai Eksekutif, MedChi. “Wabak ini telah membuktikan manfaat klinikal dan ekonomi pemantauan pesakit dari jauh dan doktor sedang mencari vendor yang betul untuk menyokong model maya jangka panjang ini. MedChi berbesar hati untuk membantu doktor memilih pembekal yang menyeluruh dan mengembangkan akses pesakit kepada perkhidmatan penting ini dengan cepat.”

Pemantauan pesakit jauh ialah komponen penting jagaan kesihatan yang menyumbang kepada hasil pesakit yang lebih baik dan kepuasan pesakit yang lebih tinggi. Dengan merekodkan maklumat perubatan secara automatik dan dari jauh, RPM menawarkan jagaan yang menyeluruh dan mengutamakan pesakit, terutamanya untuk warga emas dan pesakit yang berisiko tinggi. Dalam persekitaran pandemik hari ini, RPM dapat membantu pesakit mengelakkan pendedahan kepada COVID-19 dan mengurangkan lawatan ke jabatan kecemasan dan kemasukan ke hospital dengan menilai maklumat kesihatan pesakit dari keselesaan rumah mereka.

Dengan memilih Care Innovations, doktor akan menerima teknologi doktor dan menghadap pesakit, termasuk platform pemantauan pesakit dari jauh, aplikasi mudah alih Health Harmony, pusat penyelarasan diterajui jururawat, dan peranti disambungkan kepada Internet, seperti kaf tekanan darah, oksimeter nadi, dan meter glukosa. Pesakit boleh menggunakan peranti perubatan dan aplikasi mudah alih ini untuk mengurus jagaan mereka di rumah, manakala doktor mereka memantau data dari jauh. Selain itu, doktor boleh memilih untuk pengurusan jagaan bulanan, yang membenarkan pengebilan untuk perkhidmatan yang berkaitan dengan kod RPM CPT Medicare untuk pesakit yang memenuhi keperluan.

“Pemantauan pesakit dari jauh dan telekesihatan menawarkan cara inovatif untuk doktor memantau kesihatan pesakit mereka dalam masa hampir nyata tanpa sekatan perjalanan atau masa,” kata Randy Swanson, Naib Presiden Kanan di PRA Health Sciences dan Presiden Care Innovations. “Penyelesaian kesihatan digital PRA menyediakan infrastruktur, teknologi dan pelan pembayaran balik pembayar untuk menyokong keperluan klinik doktor dan keperluan jagaan kesihatan pesakit.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mendaftar diri bagi perkhidmatan ini hari ini, doktor Maryland boleh melawati CareInnovations.com atau halaman MedChi.

Perihal PRA Health Sciences

PRA Health Sciences merupakan salah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global utama melalui pendapatan, menyediakan pembangunan klinikal yang disumber luar dan perkhidmatan penyelesaian data kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA merangkumi lebih daripada 75 pejabat merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika, Australia dan Timur Tengah dan memiliki lebih 19,000 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah mengambil bahagian dalam kira-kira 4,000 percubaan klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam percubaan penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com

PERTANYAAN MEDIA: Laurie Hurst, Pengarah Kanan, Komunikasi dan Perhubungan Awam
hurstlaurie@prahs.com | +1 (919) 786-8435

Perihal Maryland State Medical Society

MedChi, The Maryland State Medical Society, merupakan persatuan keahlian bukan keuntungan daripada doktor Maryland. MedChi merupakan organisasi doktor terbesar di Maryland. Misi MedChi adalah untuk menjadi penyokong dan sumber paling utama untuk doktor, pesakit mereka dan kesihatan awam Maryland. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.medchi.org.

Sumber: PRA Health Sciences, Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14485

SYNCHRONOSS PERSONAL CLOUD DIPILIH OLEH TELKOMSIGMA UNTUK PENYEPADUAN DALAM UNIVERSITI DI INDONESIA

Kerjasama ini akan membawa awan peribadi kepada pasaran bagi lebih daripada 25 universiti dan lapan juta pelajar dalam tiga tahun yang akan datang

BRIDGEWATER, N.J., 23 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi penyelesaian awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Telkomsigma, bahagian IT Telkom Indonesia Group, untuk menyampaikan Penyelesaian Synchronoss Personal Cloud® ke universiti di Indonesia. Telkom Community Cloud akan ditawarkan kepada pelajar di 25 universiti sebagai alat untuk menyimpan, berkongsi dan memindahkan dokumen akademik bersama-sama profesor, kumpulan sekolah dan rakan sebaya mereka dengan selamat.

Penyelesaian Synchronoss Personal Cloud label putih akan dijalankan di samping FLOU, platform berbilang awan Telkomsigma. Pelajar tahun pertama di universiti terpilih akan dapat menyertai penyelesaian awan baharu pada permulaan September, dengan ribuan pelajar tambahan akan disertakan secara berfasa dalam tempoh tiga tahun akan datang. Pada penghujung proses pendaftaran selama tiga tahun, 450,000 pelajar dijangkakan akan mempunyai akses kepada penyelesaian awan peribadi dikuasakan Synchronoss yang baharu. Pelajar juga akan mempunyai pilihan untuk terus menggunakan versi berbayar bagi penyelesaian yang sama selepas mereka menamatkan pengajian, memberikan mereka keupayaan untuk mencapai, menyimpan dan berkongsi fail akademik, foto, video dan kandungan peribadi yang lain lama selepas mereka meninggalkan institusi pendidikan mereka.

“Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Synchronoss untuk menawarkan universiti di Indonesia penyelesaian awan peribadi yang memenuhi keperluan kedua-dua pelajar dan fakulti,” kata M Hassan Salman, EVP Telkomsigma. “Sama ada mereka menghadiri kelas bersemuka atau memanfaatkan pembelajaran jarak jauh, pelajar sedang menjana dan berkongsi jumlah data yang besar dengan rakan sebaya dan profesor mereka, dan mesti yakin bahawa kandungan mereka dilindungi dan juga tersedia apabila diperlukan. Telkomsigma Community Cloud dan keupayaannya untuk memastikan fail tersebut boleh diakses dan selamat akan memberikan perkhidmatan yang bernilai kepada pelajar hari ini serta pada masa hadapan setelah mereka menamatkan pengajian.”

Selain memberi pengguna universiti akses kepada kandungan mereka di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa serta keupayaan untuk berkongsi kandungan tersebut secara mudah dengan orang lain, keupayaan sandaran automatik Telkomsigma Community Cloud juga melindungi pelajar daripada kehilangan data yang disebabkan oleh kegagalan perkakasan. Tidak seperti penyelesaian awan lain di pasaran, awan peribadi yang dikuasakan Synchronoss membenarkan data pelajar disimpan dalam negara, keperluan kritikal untuk Telkomsigma mematuhi undang-undang Indonesia.

Anthony Socci, Presiden dan GM APAC, mengatakan nilai kerjasama baharu dengan Telkomsigma ini menjangkaui kepentingan untuk menyediakan awan peribadi yang mudah diakses, disampaikan universiti kepada jutaan pelajar universiti. “Institusi akademik semakin kerap mencari jalan untuk menyediakan penyelesaian awan peribadi kepada pelajar dan kakitangan mereka tatkala magnitud kandungan digital yang dicipta dan dikongsi meningkat secara mendadak. Seperti yang Telkomsigma dapati, Penyelesaian Synchronoss Personal Cloud dapat memenuhi keperluan yang kadangkala unik bagi sektor akademik dengan sepenuhnya – sama ada keperluan tersebut berkemungkinan ialah kefleksibelan untuk menambahkan perkhidmatan baharu dengan pantas atau kapasiti untuk mematuhi peraturan privasi data tempatan. Kami teruja untuk melihat cara kerjasama kami dengan Telkomsigma akan membuka pintu untuk kerjasama tambahan dengan organisasi pendidikan lain.”

Penyelesaian awan peribadi Synchronoss telah digunakan oleh pengendali mudah alih dan syarikat lain, termasuk pembekal insurans, di seluruh dunia untuk menyampaikan tahap nilai yang tinggi kepada pelanggan mereka dan memacu pendapatan baharu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian awan Synchronoss, lawati synchronoss.com/solutions/cloud.

Perihal Synchronoss

Synchronoss mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan penyelesaian awan, pemesejan, dan digital yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai, dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14486


MILLIKEN & COMPANY MENERBITKAN LAPORAN KELESTARIAN KORPORAT TAHUNAN KETIGA


 

SPARTANBURG, S.C., 23 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengilang global Milliken & Company hari ini mengeluarkan laporan kelestarian korporat tahunan ketiga mereka, yang berjudul Bersama untuk Hari Esok. Laporan ini, yang menganalisis prestasi Milliken melalui lensa usaha kelestarian holistik mereka, menyoroti kemajuan mereka ke arah matlamat kelestarian 2025 yang ditetapkan oleh syarikat itu pada tahun 2018. Meliputi orang, produk dan planet, laporan ini mewujudkan peningkatan kebertanggungjawapan sambil mengundang perbualan dan kerjasama baharu ketika syarikat itu berusaha untuk mewujudkan satu kesan positif kepada dunia yang akan bertahan untuk sekian lama.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210422005332/en/

“Bersama-sama, kami telah menemui detik-detik kritikal dari tahun 2020,” kata Halsey Cook, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Milliken. “Kami menetapkan pada pangsi barisan pengeluaran, melancarkan inovasi baharu, dan mengumpulkan pasukan kami untuk meningkatkan metrik kelestarian kami dalam 10 dari 12 kategori strategik. Inisiatif kelestarian kami mempunyai momentum dan pada dasarnya mengubah perniagaan kami.”

Sebagai sebuah pakar sains bahan yang melayani industri kimia, kemasan lantai, tekstil dan penjagaan kesihatan, rakan bersekutu Milliken setiap tahun mengkaji dan melaporkan mengenai kemajuan syarikat itu, dan penemuan mereka membentuk laporan ini. Lengkap dengan penjajaran dengan kerangka Inisiatif Pelaporan Global, Bersama untuk Hari Esok tersedia untuk umum sebagai satu pengalaman digital dengan kandungan yang boleh dimuat turun.

Pada tahun 2020, Milliken telah membuat kemajuan yang signifikan dalam matlamat planet, produk dan manusia mereka, terutamanya:
  • Menggandakan satu komitmen berterusan untuk memajukan kepelbagaian, persamaan, dan kemasukan dalam menghadapi pergolakan sosial;
  • Memberi tumpuan kepada proses pengembangan dan pembuatan untuk membantu memerangi COVID-19 dengan menghasilkan gaun fabrik, pelindung muka dan kemasan lantai yang bergred perubatan yang membantu dengan usaha penjarakan sosial;
  • Mengutamakan keselamatan rakan bersekutu, terutamanya pekerja penting, dengan meningkatkan budaya mengutamakan keselamatan syarikat itu semasa pandemik;
  • Memperkukuhkan perbincangan yang tak masuk akal mengenai plastik dengan mengadakan pemimpin pendapat yang berpengetahuan dengan satu matlamat untuk menerangi penyelesaian ekosistem yang boleh dilaksanakan yang dihoskan oleh National Geographic Creative Works;
  • Meneruskan untuk melabur modal untuk menghapuskan arang batu sebagai satu sumber bahan bakar utama, dengan itu dapat mengurangkan pelepasan GHG dan mengurangkan sisa;
  • Memperolehi Borchers— pemerolehan terbesar Milliken setakat ini — yang akan meningkatkan platform bahan tambah penyalut syarikat itu dalam satu cara yang mengurangkan pelarut dan impak persekitaran; dan
  • Melancarkan Model Kepimpinan Milliken, yang akan melatih rakan-rakan bersekutu mengenai kepimpinan pertumbuhan dengan tujuan.
 
Untuk melawat hab interaktif dan melihat laporan lengkap itu, klik di sini.

Maklumat mengenai Milliken

Pakar sains bahan Milliken & Company tahu bahawa satu molekul tunggal mempunyai potensi untuk mengubah dunia. Dengan penyelesaian yang berinovatif merentasi industri tekstil, kemasan lantai, kimia khusus, dan penjagaan kesihatan, Milliken menjawab beberapa daripada cabaran terbesar di dunia. Dinamakan di dalam senarai Syarikat Paling Beretika di Dunia oleh Ethisphere Institute selama 15 tahun berturut-turut, syarikat itu memenuhi detik ini dengan satu komitmen yang tidak goyah bagi menyampaikan penyelesaian yang lestari untuk pelanggan mereka dan komuniti. Lapan ribu rakan bersekutu merentasi 46 lokasi di seluruh dunia bersatu di belakang satu matlamat bersama: untuk memberikan impak positif kepada dunia selama beberapa generasi akan datang. Ketahui lebih lanjut mengenai pemikiran ingin tahu Milliken dan penyelesaian yang penuh inspirasi di milliken.com  dan di FacebookInstagram, LinkedIn dan Twitter.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14484

PRA HEALTH SCIENCES MELUASKAN RESPONSNYA TERHADAP COVID-19 DENGAN PENYELESAIAN FARMAKOVIGILANS UNTUK VAKSIN DAN TERAPEUTIK YANG DIBENARKAN

 PRA menawarkan penyelesaian keselamatan pascakebenaran untuk memenuhi kepantasan keperluan farmakovigilans vaksin dan terapeutik COVID-19



RALEIGH, N.C., 23 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) hari ini mengumumkan perluasan penyelesaian farmakovigilans untuk menawarkan perkhidmatan pascapemasaran penuh bagi vaksin dan terapeutik COVID-19 dibenarkan, termasuklah kajian keselamatan pascakebenaran yang disampaikan oleh Real World Solutions. Dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun melaksanakan perkhidmatan farmakovigilans dan keselamatan pesakit yang menyeluruh dalam semua bahagian terapeutik utama termasuk penyakit berjangkit, PRA boleh bekerjasama secara rapat dengan pembangun dan pengeluar ubat dalam memastikan keselamatan dan keberkesanan jangka panjang bagi vaksin dan rawatan COVID-19.

Dengan ribuan vaksin, terapi COVID-19, dan modaliti baharu dan kompleks sedang dalam penyelidikan di seluruh dunia, pembangun ubat berada dalam persekitaran yang memerlukan kepantasan, ketepatan, dan ketelusan farmakovigilans serta pemantauan data keselamatan.

“Oleh sebab lebih banyak vaksin dan terapeutik COVID-19 telah diluluskan, Marketing Authorization Holders akan mempunyai jumlah data keselamatan untuk disemak dan dilaporkan dalam masa hampir nyata,” kata Sabine Richter, Ph.D, Naib Presiden, Farmakovigilans & Keselamatan Pesakit, PRA Health Sciences. “Penyelesaian farmakovigilans kami membolehkan klien mematuhi standard pelaporan kawal selia dan pematuhan serta menjalankan pengawasan keselamatan yang berterusan untuk memastikan tahap tertinggi bagi keselamatan pesakit.”

Dengan pasukan global yang terdiri daripada lebih 800 pakar farmakovigilans dan keselamatan pesakit, berserta Center for Vaccines and Emerging Infectious Diseases dan pasukan Real World Solutions, PRA menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk mengesan, menilai, memahami, meminimumkan, dan mencegah kesan buruk atau risiko berkaitan ubat yang lain. PRA terus melabur dalam pendekatan dan teknologi baharu, seperti kecerdasan buatan, automasi dan analisis data yang boleh mengurus jumlah data farmakovigilans yang besar dan memastikan pemantauan masa hampir nyata bagi maklumat keselamatan.

Selain itu, menggunakan Platform Kesihatan Mudah Alih PRA, peserta boleh mendaftarkan diri sendiri dalam PASS pada masa vaksinasi – memberikan cara yang mudah untuk melaporkan gejala dan memberikan akses kepada pusat koordinasi diketuai jururawat untuk melaporkan gejala yang mungkin memerlukan susulan dengan pembekal jagaan kesihatan.

“Respons vaksinasi dan terapeutik COVID-19 global merupakan salah satu program kesihatan awam terbesar bagi jangka hayat kita. Data keselamatan dan analisis masa hampir nyata adalah penting untuk mengenal pasti, menilai, dan mencegah risiko berkaitan ubat dengan cepat,” kata Greg Licholai, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Maklumat Perubatan, PRA Health Sciences. “Platform Kesihatan Mudah Alih dan penyelesaian farmakovigilans PRA merupakan contoh komitmen PRA terhadap pendekatan mengutamakan pesakit kepada penyelidikan klinikal dan penyampaian jagaan kesihatan.”

Sejak berlakunya pandemik, PRA telah melancarkan beberapa inisiatif untuk menyokong respons COVID-19. Kepimpinan PRA Health Sciences dalam kesihatan digital membolehkan kita mengurus kajian dan program COVID-19 dengan cepat dan proaktif, termasuklah:
  • Mengembangkan Platform Kesihatan Mudah Alih, platform percubaan klinikal terpencar PRA, untuk memenuhi keperluan penaja bagi kajian COVID-19 maya.
  • Mengurus garis masa permulaan kajian yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang dilakukan dalam masa berhari-hari dan bukannya berbulan-bulan. Pada tahun 2020, PRA membawa satu kajian daripada protokol akhir hingga pesakit pertama yang diberikan dos untuk terapeutik COVID-19 dalam masa hanya lima hari – garis masa yang tidak pernah didengari dalam industri sebelum ini. Dalam tempoh 15 hari, skop percubaan berkembang di luar AS dan berakhir dengan 2,000 orang pesakit merentasi 280 tapak di 35 buah negara.
  • Melancarkan Program Pemantauan COVID-19, iaitu penyelesaian komersial hujung ke hujung yang menyokong pesakit dan pentadbir dalam mengurangkan kesan COVID-19, daripada pendidikan, pendedahan, pengujian, pemantauan dan sehingga pemulihan. Baru-baru ini, program itu dipertingkat dengan kemampuan pengujian COVID-19 di rumah dan perkhidmatan bot berasaskan AI untuk menjawab soalan berkaitan COVID-19 daripada pesakit.
  • Menjalankan analisis data dalam dunia sebenar yang berterusan bagi lebih daripada 26 juta pesakit yang telah terdedah, diuji, didiagnosis dengan COVID-19, atau telah menerima vaksinasi COVID-19. Dengan menggunakan data tuntutan perubatan dan preskripsi yang dinyahkenal pasti, PRA menjejak pesakit secara longitudinal dan menggunakan cerapan ini untuk meningkatkan reka bentuk kajian, seperti mengesahkan kriteria keterangkuman/pengecualian terhadap corak jagaan dunia sebenar dan mengenal pasti doktor yang mengurus jumlah pesakit COVID-19 yang tinggi untuk tapak penyelidik yang berpotensi.
Sila lawati PRAHS.com untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian farmakovigilans PRApenyelesaian keselamatan pesakit yang khusus untuk COVID-19, dan cara PRA membantu klien menavigasi COVID-19.

Perihal PRA Health Sciences

PRA Health Sciences merupakan salah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global utama melalui pendapatan, menyediakan pembangunan klinikal yang disumber luar dan perkhidmatan penyelesaian data kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA merangkumi lebih daripada 75 pejabat merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika, Australia dan Timur Tengah dan memiliki lebih 17,500 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah mengambil bahagian dalam kira-kira 4,000 percubaan klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam percubaan penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com 

PERTANYAAN MEDIA: Laurie Hurst, Pengarah Kanan, Komunikasi dan Perhubungan Awam
hurstlaurie@prahs.com | +1 (919) 786-8435  

SUMBER : PRA Health Sciences, Inc.

Thursday, April 22, 2021

PEKERJA DAN MAJIKAN DI ASIA PASIFIK BERTEMBUNG DENGAN PENGALAMAN TEMPAT KERJA HIBRID YANG IDEAL - TINJAUAN UNISYS

SINGAPURA, 21 April, 2021/Medianet International-AsiaNet/--
 
Kertas putih baharu: Pemimpin dan pekerja bersetuju bahawa kerja hibrid adalah lebih produktif, tetapi tidak sejajar dengan apa yang diperlukan untuk mencapainya

Data baharu mendedahkan bahawa 64% bagi organisasi Asia Pasifik merancang untuk mengubah model operasi mereka menjelang tahun 2022, dengan didorong oleh keinginan untuk meningkatkan pengalaman pekerja mereka, demikian menurut satu tinjauan baharu dari Unisys Corporation (https://www.unisys.com/) (NYSE: UIS). Walau bagaimanapun, pemimpin dan pekerja mempunyai pandangan yang berbeza mengenai teknologi dan dasar yang diperlukan untuk mencapai produktiviti yang lebih tinggi dan satu pengalaman pekerja yang ideal. Penemuan itu dimasukkan di dalam satu kertas putih IDC baharu, yang ditaja oleh Unisys, yang bertajuk “Pandangan Tempat Kerja Digital(TM): Mencari Kesamaan Digital dan Pengalaman untuk Menyokong Tenaga Kerja Hybrid.”

Penyelidikan yang ditaja oleh Unisys itu meninjau lebih daripada 1,100 responden, termasuk pemimpin perniagaan dan pekerja, merentasi 15 buah negara: Australia, Belgium, Brazil, Kanada, Chile, Colombia, Perancis, Jerman, Malaysia, Mexico, Belanda, New Zealand, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat, untuk meneliti cara bagaimana organisasi mengubah model operasi mereka untuk bertindak balas terhadap gangguan perniagaan. Ia mendapati bahawa untuk melakukan ini, pemimpin perniagaan memberi tumpuan kepada pengalaman pekerja untuk membentuk teknologi, prosedur dan dasar-dasar mereka. Walau bagaimanapun, sejajar dengan objektif bersama ini untuk menyediakan kesamaan pengalaman pekerja, terdapat beberapa jurang di antara apa yang pekerja mahukan, dan apa yang majikan mereka difikirkan yang mereka ingin untuk mencapainya. Hasilnya diperincikan di dalam Kertas Putih IDC itu (https://digitalworkplaceinsights.unisys.com/home/).

Kerja hibrid dan tempat kerja digital kini menjadi sebahagian daripada amalan harian

Tinjauan itu mendapati bahawa sebelum pandemik itu, 5.2% daripada tenaga kerja merentasi Australia, Malaysia, New Zealand dan Singapura bekerja secara jarak jauh - yang paling tinggi dari empat wilayah yang ditinjau. COVID-19 telah memaksa satu tindakan pantas untuk bekerja secara jarak jauh pada tahun 2020 dengan lebih satu pertiga (36%) tenaga kerja ini bekerja secara jarak jauh dari November 2020. Berdasarkan pengalaman ini, majoriti majikan (74%) dan pekerja (70%) bersetuju bahawa bekerja secara jarak  jauh adalah sama, atau lebih, produktif daripada bekerja di pejabat. Walaupun beberapa peranan akan kembali ke pejabat menjelang tahun 2022, pemimpin perniagaan menganggarkan 24% daripada tenaga kerja mereka akan bekerja secara jarak jauh - lebih dari tujuh kali lebih tinggi daripada sebelum pandemik itu.

Empat puluh peratus pekerja di Asia Pasifik lebih suka bekerja secara jarak jauh, lebih tinggi berbanding dari Amerika Utara (34%), Eropah (35%) dan Amerika Latin (39%). Di peringkat global, pilihan tertinggi adalah di kalangan generasi Milenium, yang lahir antara 1981-1996 (47%) berbanding dengan hanya 18% bagi Baby Boomers, satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang dilahirkan antara tahun 1946-64.

“Peralihan ini kepada sebilangan besar pekerja yang bekerja secara jarak jauh, serta merentasi  satu hibrid pejabat, kemudahan lain dan di lapangan, menuntut kesamaan digital - di mana semua pekerja mempunyai akses yang selamat kepada sumber yang diperlukan untuk melakukan pekerjaan mereka, tanpa mengira peranti atau lokasi pilihan mereka. Walau bagaimanapun, organisasi yang paling berjaya adalah mereka yang menawarkan kesamaan pengalaman - ini memerlukan pemikiran di luar bidang teknologi dan mempertimbangkan struktur, dasar, prosedur dan budaya organisasi yang diperlukan untuk memastikan satu pengalaman pekerja yang sangat baik di mana orang ramai dapat terlibat secara efektif di antara satu sama lain, bekerjasama dan bekerja secara produktif dalam satu persekitaran kerja yang tangkas,” kata Leon Sayers Pengarah Penasihat di Unisys Asia Pasifik.

Putuskan hubungan dengan apa yang mendorong satu pengalaman pekerja yang positif dan kesamaan pengalaman

Tiga sebab utama yang diberikan oleh pemimpin perniagaan Asia Pasifik untuk mengubah model operasi mereka menjelang tahun 2022 adalah pengalaman pekerja yang lebih baik (71%), produktiviti pekerja (56%) dan keselamatan pekerja (56%). Walau bagaimanapun, tinjauan itu menunjukkan hubungan yang terputus di antara pemimpin dan pekerja Asia Pasifik tentang apa teknologi dan dasar yang dapat meningkatkan pengalaman bekerja secara jarak jauh:

- Ketika ditanya tentang apa teknologi yang akan menjadikan bekerja secara jarak jauh lebih produktif pemimpin mahu peranti kerjasama (35%), akses jarak jauh yang selamat (33%), memindahkan aplikasi ke awan (33%) dan infrastruktur atas meja maya (32%). Manakala pekerja mahu komputer riba yang dipertingkatkan (31%), penyelesaian sambungan (27%) dan pencetak atau pengimbas untuk kegunaan di rumah (26%).

- Pemimpin berkata bahawa cabaran terbesar untuk bekerja dari rumah adalah penyambungan yang tidak boleh dipercayai (51%) dan kesukaran untuk mengakses data atau sistem (48%). Walau bagaimanapun, majoriti pekerja berkata bahawa tidak ada cabaran (30%), walaupun satu dari lima menyatakan gangguan bukan kerja dan penyambungan yang tidak boleh dipercayai sebagai masalah.

- Ketika melihat kepada perubahan dasar yang dapat menyediakan pengalaman yang lebih baik bagi seseorang pekerja Pemimpin tertumpu kepada keselamatan pekerja yang menginginkan faedah komuter untuk mengurangkan risiko pendedahan ke dan dari tempat kerja (33%), prosedur untuk mengenal pasti pekerja yang mempunyai gejala (30%), dasar keselamatan tambahan untuk memasuki kemudahan (31%) dan kuarantin diri bagi pekerja yang terdedah kepada COVID-19 (29%). Manakala pekerja mahukan kerja jarak jauh yang lebih liberal dari dasar-dasar rumah (28%), pilihan cuti yang dikemas kini disebabkan oleh COVID-19 (25%) dan cara-cara untuk mengenal pasti jika pekerja mempunyai gejala COVID-19 (24%)

- Pemimpin dan pekerja bersetuju bahawa memastikan pekerja diiktiraf kerana pencapaian mereka adalah kriteria bukan gaji atau bukan faedah yang utama untuk membuat pengalaman pekerja yang ideal. Namun, mempunyai sebuah lokasi kerja dan jadual yang kondusif kepada kehidupan bekeluarga adalah lebih penting bagi pekerja berbanding pemimpin.

- Terdapat juga perbezaan generasi: untuk menjadi lebih produktif generasi Milenium mahu komputer riba yang dipertingkatkan sementara Baby Boomers mahu penyambungan yang lebih baik. Teknologi yang digunakan di tempat kerja adalah dua kali ganda lebih mungkin untuk membuat generasi Milenium merasa positif terhadap kerja mereka atau bangga untuk bekerja bagi majikan mereka (65% di seluruh dunia) berbanding Baby Boomers (34%). Ia juga adalah penting bagi hampir separuh daripada Generasi X (49%), yang lahir antara tahun 1965-1980.

- Empat puluh tujuh peratus bagi pekerja di Asia Pasifik, dan hampir separuh daripada responden di seluruh dunia (49%), berkata bahawa sokongan teknologi yang mereka terima membuat mereka merasa gembira dengan pekerjaan mereka atau bangga untuk bekerja bagi majikan mereka. Tetapi sekali lagi, ia adalah dua kali ganda lebih penting bagi generasi Milenium (66% di seluruh dunia) berbanding Baby Boomers (32%). Dan adalah penting bagi separuh (50%) bagi Generasi X.

“Untuk mewujudkan satu pengalaman pekerja yang hebat, majikan perlu memahami apa jenis teknologi, proses dan dasar yang diperlukan oleh pekerja mereka untuk melakukan pekerjaan mereka dengan berkesan. Ini memerlukan perbualan dua hala dengan pasukan mereka dan kesediaan untuk mengubah prosedur yang sedia ada. Peranti yang betul dan sambungan yang mencukupi adalah asas bagi pekerja jarak jauh untuk mewujudkan kesamaan digital. Walau bagaimanapun, kesamaan pengalaman didorong oleh perkara seperti akses yang sama rata kepada sokongan IT serta pengiktirafan pekerja untuk pencapaian mereka tanpa mengira di mana atau ketika mereka bekerja - mereka tidak mahu ditinggalkan dalam satu vakum. Mereka juga ingin memanfaatkan fleksibiliti bagi persekitaran kerja hibrid untuk mencapai keseimbangan kerja-kehidupan yang lebih baik. Tetapi mereka tidak mahu dibebani dengan kos tambahan untuk bekerja dari rumah. Elemen-elemen ini membantu mewujudkan kesamaan pengalaman pekerja dan harus diperhitungkan ke dalam satu pendekatan pengurusan perubahan organisasi secara keseluruhan untuk berjaya pindah kepada satu persekitaran kerja hibrid,” jelas Encik Sayers.

“Di samping itu, sementara organisasi perlu menyokong keluasan generasi yang mereka gunakan sekarang, generasi Milenium kini berusia 25-40 tahun, yang menyumbang bagi sebahagian besar daripada tenaga kerja, dan peranan kepimpinan, oleh itu pilihan mereka tentang apa yang membuat pengalaman pekerja yang sangat baik harus diberikan pertimbangan dalam satu strategi tempat kerja digital. Ini termasuk kualiti peranti yang mereka gunakan, sokongan IT yang dapat mereka akses dan kebolehan untuk bekerja dari rumah,” kata beliau.

Maklumat mengenai Unisys
 
Unisys adalah sebuah syarikat perkhidmatan IT global yang menyampaikan hasil yang berjaya bagi perniagaan dan kerajaan yang paling mendesak. Penawaran Unisys termasuk perkhidmatan tempat kerja digital, perkhidmatan awan dan infrastruktur dan persekitaran operasi perisian bagi pengkomputeran perusahaan yang berintensiti tinggi. Unisys menggabungkan keselamatan ke dalam semua penyelesaian mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai cara bagaimana Unisys menyampaikan kepada pelanggan mereka merentasi kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial, sila layari www.unisys.com.au. Ikuti Unisys di Twitter (https://twitter.com/UnisysAPAC) dan LinkedIn (https://www.linkedin.com/company/unisys).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14477

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...