Friday, July 17, 2020

ZYNGA LANTIK NOEL WATSON SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH


Table

Zynga Lantik Noel Watson sebagai ahli Lembaga Pengarah (Foto: Business Wire)


SAN FRANCISCO, 17 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq:ZNGA), sebuah pemimpin global di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan bahawa Noel Watson, Ketua Pegawai Kewangan di TrueCar Inc., telah menyertai Lembaga syarikat itu sebagai seorang pengarah bebas. Seorang eksekutif yang mahir dengan banyak pengalaman di dalam membina pasukan perkhidmatan digital dan pasukan terkemuka, Noel Watson menjadi ahli kesembilan dalam Lembaga Pengarah Zynga.

“Noel membawa kepada Zynga lebih 20 tahun kepemimpinan kewangan dan operasi yang berjaya,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif di Zynga. “Pengalaman beliau yang luas dengan perkhidmatan digital pertumbuhan tinggi dan rekod prestasi yang mantap dengan penggabungan dan pengambilalihan akan menjadi penambahan yang kukuh kepada syarikat kami. Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Noel ke Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Audit Zynga.”

Encik Watson menyertai TrueCar Inc., sebuah tempat pasaran digital automotif terkemuka yang memberi tumpuan kepada mewujudkan pengalaman paling berinovatif dan cekap bagi pembeli kereta, pada tahun 2019 sebagai Ketua Pegawai Kewangan syarikat itu, dengan memimpin operasi kewangan termasuk perakaunan dan hubungan pelabur. Sebelum ke TrueCar, Encik Watson telah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Perakaunan di TripAdvisor Inc., platform perjalanan terbesar di dunia dengan lebih 400 juta pelawat laman web unik setiap bulan. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang akauntan awam bertauliah di Arthur Andersen LLP dan kemudian memegang jawatan pengurusan di firma teknologi yang berpangkalan di Boston, ArrAy Inc. dan Way Systems sebelum menyertai TripAdvisor pada tahun 2006. Encik Watson memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan dari Bryant University.

“Saya teruja kerana dapat menyertai Lembaga Pengarah Zynga semasa tempoh pertumbuhan yang dinamik ini untuk syarikat itu yang dalam misi mereka untuk menghubungkan dunia melalui permainan,” kata Noel Watson. “Dengan penerobosan dan penggunaan telefon bimbit yang semakin meningkat, dan lebih 2.5 bilion orang di seluruh dunia bermain permainan pada akhir tahun 2020, Zynga berada dalam kedudukan yang sangat baik untuk menjadi satu kuasa di dalam hiburan digital, yang dibangunkan berdasarkan jenama ikonik dan pengalaman yang disukai orang.”

“Setelah berbincang selama beberapa bulan, saya amat gembira bahawa Noel Watson akan menyertai Lembaga Pengarah Zynga,” kata Ellen Siminoff, Pengarah dan pengerusi bagi Jawatankuasa Pencalonan dan Tadbir Urus di Zynga. “Dengan lebih banyak pertumbuhan di masa hadapan untuk Zynga, pengalaman dan perspektif Noel akan menjadi penting di dalam kejayaan kami yang berterusan. Noel membawa bersama beliau satu keupayaan yang terbukti untuk memimpin dan melaksanakan, dan sudut pandangan beliau akan menjadi sangat berharga bagi syarikat kami.”

Ahli Lembaga Pengarah Zynga yang unggul termasuk Frank Gibeau, Regina Dugan, William "Bing" Gordon, Louis Lavigne Jr., Carol Mills, Mark Pincus, Janice Roberts, dan Ellen Siminoff. Di Lembaga Zynga, Encik Watson akan bertugas di Jawatankuasa Audit bersama dengan anggota Louis Lavigne, Jr., Carol Mills, dan Ellen Siminoff.

Nota Editor:
 
Aset seni dan fotografi penting tersedia untuk digunakan = https://bit.ly/ZyngaBODAnnouncement
 
Maklumat mengenai Zynga Inc.
 
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Setakat ini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR RacingTM, Empires & PuzzlesTM, Merge Dragons!TM, Merge Magic!TM, Toon Blast™, Toy Blast™, dan Words With FriendsTM.  Permainan Zynga boleh didapati di lebih 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.

Kenyataan yang Berpandangan ke hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan berhubung jangkaan kami yang berkaitan dengan pertumbuhan di dalam perniagaan Zynga dan industri permainan mudah alih. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi perkataan seperti “berikutnya,” “bermaksud,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “ke hadapan,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang umumnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara-perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan tanggapan yang signifikan. Kebergantungan berlebihan tidak seharusnya diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan kepada maklumat yang tersedia kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut tentang risiko, ketidaktentuan, dan tanggapan ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (“SEC” itu), dan salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di  http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52248602/en 

Hubungi

Perhubungan Pelabur Zynga:
Rebecca Lau
Investors@zynga.com

Media Zynga:
Sarah Ross
Sarah@zynga.com

Sumber : Zynga Inc.

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...