Wednesday, July 15, 2020

ANALOG DEVICES MENGUMUMKAN PENGGABUNGAN DENGAN MAXIM INTEGRATED, MEMPERKUKUHKAN KEPIMPINAN SEMIKONDUKTOR ANALOG ​

· Peningkatan skala dan kepelbagaian dari portfolio pendapatan $8.2 bilion1 yang berkedudukan untuk mengambil kesempatan daripada arah aliran pertumbuhan sekular utama
· Meningkatkan kepakaran domain dan kelebaran bagi keupayaan kejuruteraan untuk membangunkan penyelesaian yang lebih lengkap bagi menyelesaikan masalah pelanggan yang paling rumit
· Dijangka dapat meningkat secara beransur-ansur kepada aliran tunai yang dijanakan pada penutupan dan EPS terlaras dalam 18 bulan selepas penutupan dengan kos sinergi $275 juta menjelang akhir tahun kedua

NORWOOD, Mass. & SAN JOSE, Calif., 14 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Analog Devices, Inc. (Nasdaq: ADI) dan Maxim Integrated Products, Inc. (Nasdaq: MXIM) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memasuki ke dalam satu perjanjian muktamad  di mana ADI akan memperolehi Maxim dalam satu urus niaga keseluruhan saham yang menilai gabungan perusahaan itu pada lebih $68 bilion2. Urus niaga itu, yang dipersetujui sebulat suara oleh Lembaga Pengarah bagi kedua-dua buah syarikat, akan mengukuhkan ADI sebagai sebuah peneraju semikonduktor analog dengan peningkatan kelebaran dan skala merentasi pelbagai pasaran akhir yang menarik.

Di bawah syarat perjanjian itu, pemegang saham Maxim akan menerima 0.630 bagi setiap saham bagi saham biasa ADI untuk setiap saham bagi saham biasa Maxim yang mereka miliki pada penutupan urus niaga itu. Setelah ditutup, pemegang saham ADI sekarang akan memiliki kira-kira 69 peratus daripada syarikat gabungan itu, sementara pemegang saham Maxim akan memiliki kira-kira 31 peratus. Urus niaga itu bertujuan untuk melayakkan sebagai satu penyusunan semula bebas cukai bagi tujuan cukai pendapatan persekutuan Amerika Syarikat.

“Pengumuman hari ini yang mengujakan itu dengan Maxim adalah langkah seterusnya di dalam visi ADI untuk merapatkan dunia fizikal dan digital. ADI dan Maxim berkongsi satu keghairahan untuk menyelesaikan masalah pelanggan kami yang paling rumit, dan dengan peningkatan kelebaran dan kedalaman bagi teknologi dan bakat gabungan kami, kami akan dapat membangunkan penyelesaian yang lebih lengkap dan canggih,” kata Vincent Roche, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ADI. “Maxim adalah sebuah francais pemprosesan isyarat dan pengurusan kuasa yang dihormati dengan satu portfolio teknologi yang terbukti dan sejarah yang mengagumkan di dalam memperkasakan inovasi reka bentuk. Bersama-sama, kita berada pada kedudukan yang baik untuk menyampaikan gelombang pertumbuhan semikonduktor yang seterusnya, dan pada masa yang sama merancang sebuah  masa depan yang lebih sihat, lebih selamat dan lebih lestari untuk semua.” 

“Selama lebih tiga dekad, kami telah mendasarkan Maxim pada satu premis yang mudah – untuk secara berterusan membuat pembaharuan dan membangunkan produk semikonduktor yang berprestasi tinggi yang memberi kuasa kepada pelanggan kami untuk mencipta. Saya teruja untuk bab seterusnya ini ketika kami terus melakukan lebih banyak perkara daripada biasa, bersama dengan ADI. Kedua-dua buah syarikat mempunyai pengetahuan kejuruteraan dan teknologi yang mantap dan budaya yang berinovatif. Bekerja bersama-sama, kami akan mewujudkan sebuah pemimpin yang lebih mantap, menyampaikan faedah yang luar biasa kepada pelanggan, pekerja dan pemegang saham kami,” kata Tunç Doluca, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Maxim Integrated. 

Setelah penutupan, dua orang pengarah Maxim akan menyertai Lembaga Pengarah ADI, termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maxim, Tunç Doluca. 

Strategi yang Menambat Hati dan Rasional Kewangan  

· Pemimpin Industri dengan Peningkatan Skala Global: Penggabungan itu mengukuhkan kedudukan kepimpinan semikonduktor analog ADI dengan jangkaan pendapatan $8.2 bilion1 dan aliran tunai yang dijanakan sebanyak $2.7 bilion1 pada satu asas pro forma. Kekuatan Maxim di pasaran automotif dan pusat data, dan digabungkan dengan kekuatan ADI merentasi pasaran perindustrian, komunikasi dan penjagaan kesihatan digital yang lebar adalah sangat melengkapi dan sejajar dengan trend pertumbuhan sekular utama. Berhubung dengan pengurusan kuasa, penawaran produk yang bertumpukan pada aplikasi Maxim melengkapkan katalog produk pasaran ADI yang luas.

· Kepakaran & Keupayaan Domain yang Dipertingkatkan: Menggabungkan teknologi yang terbaik di dalam kelasnya akan meningkatkan kedalaman ADI bagi kepakaran domain dan keupayaan kejuruteraan dari DC kepada 100 gigahertz, nanowatt kepada kilowatt dan sensor kepada awan, dengan lebih daripada 50,000 produk. Ini akan membolehkan syarikat gabungan itu untuk menawarkan penyelesaian yang lebih lengkap, memberi perkhidmatan kepada lebih 125,000 pelanggan dan memperoleh bahagian yang lebih besar daripada jumlah pasaran3 boleh alamat bernilai $60 bilion. 

·  Keghairahan yang dikongsi untuk Pertumbuhan yang diterajui oleh Inovasi: Penggabungan itu menyatukan budaya serupa yang memberi tumpuan kepada bakat, inovasi dan kecemerlangan kejuruteraan dengan lebih 10,000 orang jurutera dan kira-kira $1.5 bilion1 dalam pelaburan penyelidikan dan pembangunan tahunan. Syarikat gabungan itu akan terus menjadi sebuah destinasi untuk jurutera yang paling berbakat di dalam pelbagai domain. 

·  Pertumbuhan Pendapatan & Penjimatan Kos: Urus niaga ini diharapkan dapat menokok tambah dengan EPS terlaras dalam 18 bulan selepas penutupan dengan $275 juta bagi sinergi kos menjelang akhir tahun kedua, dengan didorong terutamanya oleh perbelanjaan operasi yang lebih rendah dan kos bagi barang yang dijual. Sinergi kos tambahan daripada pengoptimuman pembuatan dijangka dapat direalisasikan menjelang akhir tahun ketiga selepas penutupan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13588

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...