KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia akan menyambut ulang tahunnya yang ke-19 pada 6 Julai 2020. Dalam pelaksanaan Norma Baharu, penganjuran Malam Apresiasi Ulang Tahun Radio IKIM 19 akan diadakan secara atas talian (online) dan dapat ditonton di media sosial Facebook IKIMfm dan Youtube, selain disiarkan secara langsung di Radio IKIM pada 20 Julai 2020 jam 9.00 malam.
Program yang bakal ke udara selama satu jam setengah ini merupakan satu platform istimewa bagi pihak pengurusan IKIM untuk menyampaikan ucapan penghargaan dan perkongsian yang meliputi pelbagai bidang ilmu. Sesuai dengan fungsi Radio IKIM, iaitu sebagai medium dakwah kepada pelbagai golongan masyarakat, penglibatan nama-nama hebat seperti Datuk Dr. Abdul Munir Yaakob, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Isahak Haron, Datu Hj. Misnu Hj. Taha, Prof. Taufiq Yap Abdullah dan ramai lagi, bakal berkongsi ilmu bertemakan peranan Radio IKIM dalam membantu golongan mualaf, sains dan Islam, radio sebagai medium pendidikan Islam, memupuk perkembangan aqli dan naqli, dan banyak lagi.
Ia juga akan turut dijayakan oleh penasyid dan artis yang telah menyumbangkan karya menerusi lagu-lagu yang disiarkan sejak radio IKIM ditubuhkan sehingga kini, seperti kumpulan nasyid Rabbani, Far East, Awla (gabungan kumpulan nasyid Nowseeheart dan Saujana), Fadzli Far East, Naim Mirwana, Khai Bahar dan lain-lain.
Dengan kematangan usia 19 tahun, Radio IKIM telah memantapkan terbitan program-program dengan gabungan penyampai yang berkaliber dan telah berjaya menduduki tangga ke-6 bagi stesen berbahasa Melayu dengan jumlah yang telah menjangkau 1.8 juta pendengar.
Radio IKIM sebagai medium dakwah masih kekal relevan walaupun di dalam era media digital kerana capaiannya yang begitu mudah dan boleh didengari di dalam kenderaan, menerusi telefon bimbit dan sebagainya, selari dengan kewujudan media penyiaran dan digital yang ditubuhkan oleh IKIM. Langkah ini berinspirasikan usaha untuk menyiarkan program dan hiburan yang bersifat mendidik minda disamping menyajikan pelbagai maklumat yang bermanfaat bagi menyebarkan kefahaman Islam ke seluruh negara.
Unit Perhubungan Korporat
3 Julai 2020
SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Zarita Bt Kasim
Tel: 017- 366 1496
E-mel: zarita@ikim.gov.my
Nama: Pn. Suzanahwati Sanil
Tel: 013 – 228 8992
E-mel: suzana@ikim.gov.my
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13560
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE
IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
NEW YORK, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Computer Generated Solutions, Inc. (CGS), sebuah penyedia global aplikasi perisian, pembelajar...
-
Pemimpin AI UK membuat satu siri pengumuman untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan Revolusi Operasi Data dan AI di QuanCon...
No comments:
Post a Comment