Tuesday, July 7, 2020

V-KEY: ELEMEN SELAMAT MAYA YANG PERTAMA DI DUNIA V-OS MEMPEROLEH KRITERIA UMUM EAL3+ PADA IOS DAN ANDROID

- V-Key, peneraju dunia di dalam keselamatan digital berasaskan perisian, mengumumkan bahawa V-OS adalah elemen selamat maya pertama yang menerima pensijilan Kriteria Umum EAL3+ pada kedua-dua telefon bimbit iOS Apple dan Google Android.
- Pensijilan EAL3+ itu mencakupi satu rangkaian meluas bagi fungsi kerana V-OS adalah asas bagi semua produk V-Key, memastikan mereka memenuhi standard antarabangsa paling tinggi bagi keselamatan untuk mana-mana penyelesaian perisian.
- Pelanggan boleh mempercayai produk V-Key untuk menyediakan tahap keselamatan siber yang paling tinggi.

SINGAPURA, 6 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- V-Key mengumumkan bahawa V-OS, teknologi teras V-Key yang dipatenkan, adalah elemen selamat maya yang pertama di dunia untuk mendapat satu penarafan Tahap Jaminan Penilaian Kriteria Umum (EAL) 3+, yang diperolehi daripada Profil Perlindungan Kerajaan Amerika Syarikat bagi Sistem Pengendalian Kegunaan Am.

Encik Er Chiang Kai, Ketua Pegawai Teknologi bagi V-Key, berkata, “Semakin rumit produk itu, semakin banyak keperluan dan langkah-langkah yang diperlukan untuk mengesahkan keselamatan mereka. Hanya beberapa penyelesaian IT yang paling atas yang berjaya mencapai Tahap 3 dengan sebuah Profil Perlindungan yang amat dikenali. Bagi V-OS untuk mencapai tahap jaminan ini adalah satu bukti kepada kekuatan dan kebolehpercayaan bagi produk kami.”


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13563

No comments:

Post a Comment

OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs Bekerjasama Membina Salah Satu Platform Pengkomputeran AI Berkuasa Tenaga Boleh Baharu Terbesar di Dunia

  OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs sedang membangunkan salah satu platform pengkomputeran AI berkuasa tenaga boleh baharu terbesar di dun...