Dengan pemerolehan Tech Data oleh dana-dana yang diurus oleh sekutu Apollo kini selesai, pelaburan akan dibuat dalam tempoh lima tahun akan datang
CLEARWATER, Fla., 1 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan pemerolehannya oleh dana-dana yang diuruskan oleh sekutu Apollo Global Management kini selesai, Tech Data (atau “Syarikat” itu) hari ini mengumumkan bahawa Syarikat itu merancang untuk melabur kira-kira $750 juta di dalam inisiatif transformasi digital sepanjang tempoh lima tahun akan datang. Pelaburan itu akan memperkukuhkan strategi Tech Data untuk mempercepatkan inovasi dalam cara yang akan menyampaikan pengalaman yang dipertingkatkan dan ketangkasan yang lebih tinggi bagi perniagaan merentasi seluruh ekosistem teknologi itu.
“Pemerolehan Tech Data oleh dana Apollo adalah satu pencapaian yang signifikan, dan sokongan mereka terhadap komitmen berbilang tahun kami bagi sumber menekankan tumpuan kolektif kami kepada penciptaan nilai jangka panjang,” kata Rich Hume, ketua pegawai eksekutif, Tech Data. “Kami terus melaksanakan strategi kami untuk mengubah syarikat kami menjadi sesuatu yang menentukan satu standard baharu bagi kecemerlangan operasi dan budaya di dalam industri kami. Kami percaya Apollo akan menjadi sebuah rakan yang sangat berharga dalam membantu kami membolehkan dengan lebih baik rakan saluran kami memasarkan produk dan penyelesaian teknologi yang diperlukan oleh dunia untuk berhubung, berkembang dan meningkat maju.”
Inisiatif transformasi digital Tech Data ditumpukan kepada menyampaikan automasi, platform dan analitik canggih yang akan membolehkan Syarikat itu untuk menjadi lebih tangkas dan responsif terhadap keperluan rakan saluran mereka yang pesat berkembang. Program itu termasuk membina sebuah platform perniagaan digital yang sangat berskala dan sebuah tempat pasaran digital yang berasaskan awan yang direka untuk menyokong rancangan pertumbuhan Tech Data yang bercita-cita tinggi dan melayan pasaran teknologi dan model penggunaan yang baru muncul.
“Apollo melihat Tech Data sebagai sebuah platform yang mantap untuk pertumbuhan yang bermakna dan kepelbagaian yang lebih jauh, dan kami komited dalam menyokong pelaburan yang didasarkan kepada visi ini,” kata Robert Kalsow-Ramos, Rakan Ekuiti Persendirian di Apollo. “Pelaburan ini dalam tempoh lima tahun akan datang membantu memastikan syarikat itu memiliki sumber yang diperlukan untuk melancarkan satu program pengupayaan dan inovasi digital yang berani yang akan mengubah cara ia melayan rakan saluran dan pekerja.”
TECH DATA MERANCANG UNTUK MELABUR KIRA-KIRA $750 JUTA BAGI MEMPERCEPATKAN TRANSFORMASI DIGITAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025
“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment