KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Fusionex merupakan Rakan Teknologi Utama bagi jualan dalam talian terbesar di Malaysia, FPX #MYCYBERSALE 2019 yang berlangsung selama seminggu bermula 27 Sept ini.
Penyedia penyelesaian teknologi itu akan membantu jualan tahunan keenam itu untuk memenuhi hasrat untuk mempertingkat e-dagang di peringkat serantau menerusi acara #MYCYBERSALE ASIA.
Jualan pada tahun ini akan melangkaui sempadan selain menyasarkan ekonomi Asia termasuk Taiwan, Thailand, Indonesia dan Singapura.
Dengan Taiwan sebagai Rakan Serantau utama, program #MYCYBERSALE ASIA akan berlangsung di Taiwan serentak dengan FPX #MYCYBERSALE 2019 di Malaysia.
FPX #MYCYBERSALE 2019 menawarkan pelbagai produk yang boleh diperolehi dengan tawaran eksklusif yang hanya boleh dinikmati pembeli semasa jualan ini.
Program ini dianjurkan Persatuan Industri Komputer Dan Multimedia Malaysia (PIKOM) dengan sokongan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Unjuran hasil #MYCYBERSALE pada tahun ini ialah RM500 juta, dengan hasil eksport dijangka RM80 juta.
Program ini menyasar untuk menarik penyertaan kira-kira 1,500 peserta berdaftar dengan sekurang-kurangnya 750 untuk dieksport ke 40 pasaran luar negara.
Ia merupakan inisiatif untuk memangkin pertumbuhan industri e-dagang nasional, meningkatkan hasil e-dagang peringkat domestik dan mempercepat penerimaan e-dagang dalam kalangan pedagang.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025
“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment