Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190701005203/en/
“Dr. Li menyertai Terns dengan mempunyai lebih 10 tahun pengalaman di dalam perbankan pelaburan, pembangunan perniagaan, penasihat undang-undang, dan penyelidikan bioperubatan,” kata Weidong Zhong, Ph.D., Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Terns. “Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan Dr. Li ke Terns. Beliau mempunyai rekod pertumbuhan yang kukuh bagi memacukan pertumbuhan di dalam industri biopharma.”
Di Terns, Dr. Li akan bertanggungjawab untuk pembiayaan korporat, pelaporan kewangan, perakaunan, pengurusan risiko, pembangunan perniagaan, dan hubungan pelabur.
Sebelum menyertai Terns, Dr. Li adalah merupakan Pengarah Eksekutif bagi Perbankan Pelaburan Penjagaan Kesihatan di Goldman Sachs, di mana beliau bertanggungjawab untuk perbankan pelaburan bagi Asia kecuali Jepun dan mengetuai banyak IPO berprofil tinggi untuk bioteknologi dan pelanggan penjagaan kesihatan yang lain. Sebelum itu, Dr. Li adalah merupakan seorang Pengarah di Hab Inovasi Asia Pasifik di Merck (dikenali sebagai MSD di luar Amerika Syarikat dan Kanada), dengan menyelia pembangunan perniagaan dan urus niaga pelesenan di rantau itu. Dr. Li juga bekerja di kedua-dua Davis Polk dan Ropes & Gray, dengan memberi nasihat kepada pelanggan mengenai pasaran modal dan urus niaga M&A. Pada awal karier beliau, Dr. Li menjalankan penyelidikan bioperubatan di Institut Salk.
Ankang Li menerima ijazah Doktor Juris dari The University of Chicago Law School, Ph.D. dalam bidang Sains Bioperubatan dari Baylor College of Medicine, ijazah Sarjana Sains dalam Sains Biologi dari National University of Singapore, dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biokimia dari Fudan University. Beliau adalah pemegang CFA berkanun.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12304
No comments:
Post a Comment