Thursday, July 18, 2019

MYCREATIVE VENTURES MELABUR RM213.84 JUTA DI BAWAH PROGRAM PRIVATE DEBT DI DALAM 121 SYARIKAT DALAM SEKTOR KREATIF

MyCreative Ventures telah berjaya membantu pertumbuhan dan pembangunan syarikat dalam industri kreatif negara

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Wilayah Persekutuan - Ketua Audit Negara telah mengeluarkan Laporan Audit Negara Tahun 2018 Siri 1 berkenaan MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MyCV) pada 15 Julai 2019. Merujuk Inti Sari Laporan di mukasurat xvii perenggan 2.6(ii), penemuan utama Audit menyatakan bahawa geran Kerajaan untuk program Private Debt dan Private Equity berjumlah RM214.24 juta telah dilaburkan dalam pasaran wang tanpa mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF).

Berdasarkan perkara di atas, pihak MyCV mendapati bahawa beberapa pihak telah membuat tafsiran yang kurang tepat berkenaan penemuan utama Audit tersebut.

Isu pertama: Tiada kelulusan MOF untuk melaburkan dana dalam pasaran wang

Aktiviti utama MyCV adalah menjalankan perniagaan modal teroka dalam bentuk pinjaman dan pelaburan kepada syarikat yang terlibat dalam industri kreatif negara. Salah satu program di bawah MyCV adalah Program Private Debt yang merupakan pemberian pinjaman dalam syarikat industri kreatif yang berkelayakan (rujukan mukasurat 43, perenggan 1.2).

Majoriti pinjaman yang diberikan adalah dalam bentuk Pusingan Kredit (Revolving Credit) (rujukan mukasurat 67, perenggan akhir) dimana peminjam diberikan satu nilai siling pinjaman untuk tempoh tertentu. Di dalam tempoh ini, peminjam boleh membuat pengeluaran wang dan membayar semula pinjaman mengikut keperluan tidak melebihi nilai siling pinjaman yang ditetapkan. Dengan erti kata lain, kemudahan ini bercirikan kemudahan kad kredit, di mana syarikat boleh menggunakan kemudahan berulang kali mengikut keperluan dalam tempoh yang telah ditetapkan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12354

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...