VICTORIA, Seychelles, 9 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Smart Pharmaceutical, anak syarikat milik Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM), amat teruja untuk mengumumkan bahawa Token Smart Pharma (“token SMPT”), akan tersedia untuk diperdagangkan di IDAX (https://www.idax.pro/) dan LATOKEN (https://latoken.com/). IDAX dan LATOKEN adalah dua platform pertukaran mata wang kripto global yang terkemuka. Token SMPT akan memulakan perdagangan di IDAX pada atau sekitar 10 Julai 2019, dan tidak lama kemudian di LATOKEN.
Token SMPT itu adalah satu token yang mematuhi keselamatan ERC-1404 dengan pematuhan ERC-20 dan ERC233 pada blok rantai Ethereum. SMPT memberi hak token kepada sebahagian daripada pendapatan royalti yang diperolehi akhirnya daripada pengkomersialan hak harta intelektual bagi calon-calon ubat-ubatan yang akan ditemui di bawah platform Smart-ACTTM kami. Platform Smart-ACTTM adalah satu platform tujuan semula dan penemuan ubat-ubatan baharu yang dilancarkan oleh Kumpulan Smart Pharma yang berhasrat untuk merevolusikan, menuju semula dan memposisi semula penemuan ubat-ubatan. Dalam perkembangan yang akan datang, Kumpulan Smart Pharma akan memasukkan penggabungan teknologi blok rantai ke dalam pembangunan ubat-ubatan dan proses penemuan, pada mulanya melalui penggunaan token SMPT sebagai langkah pertama. Kami percaya bahawa teknologi blok rantai akan secara signifikan meningkatkan ketelusan data dan membawa kuasa teragih dari peserta di seluruh dunia untuk bersama membangun dan mengembangkan teknologi platform Smart-ACTTM kami yang seterusnya. Kumpulan Smart Pharma mengiktiraf bahawa teknologi berasaskan blok rantai akan terus memainkan satu peranan penting di dalam pembangunan farmaseutikal dan juga mempunyai keupayaan untuk memupuk ekosistem berasaskan komuniti bagi orang yang bersemangat dan yang sealiran di dalam merevolusikan industri penemuan ubat-ubatan yang ingin menjadi satu daripada bahagian penting di dalam proses di sekitar projek. Komuniti Smart Pharma diuruskan bersama dengan kerjasama Aenco Solutions Limited. Untuk maklumat lanjut, sila sertai perbincangan pada platform media sosial kami yang boleh diakses seperti berikut. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12328 |
Wednesday, July 10, 2019
SMART PHARMA ANAK SYARIKAT KUMPULAN APTORUM MENGUMUMKAN TOKEN SMART PHARMA (SMPT) AKAN DISENARAIKAN DI IDAX DAN LATOKEN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025
“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment