Friday, January 18, 2019

TURBINEAERO, INC. MENGUMUMKAN PENGAMBILALIHAN PERNIAGAAN PEMBAIKAN BAHAGIAN APU DARI TRIUMPH GROUP


CHONBURI, Thailand, 16 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TurbineAero, sebuah syarikat portfolio bagi The Gores Group, hari ini mengumumkan pemerolehan ke atas barisan keluaran pembaikan bahagian (“RPL”) APU dari Triumph Aviation Services Asia, Ltd.


 

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190115005959/en/

Pengambilalihan bagi segmen perniagaan ini mengintegrasikan pembaikan bahagian APU ke dalam APU Systems MRO di kemudahan TurbineAero Asia yang meningkatkan keupayaan dalaman, memperbaiki masa giliran dan menjamin pengurangan kos tambahan.

Berkuatkuasa serta-merta, penyepaduan itu akan diadakan di kemudahan TurbineAero Asia yang baharu di Thailand yang berukuran 80,000 kaki persegi yang akan menempatkan sehingga 250 orang pekerja dan akan mengendalikan aktiviti ujian teknologi tinggi, penyelenggaraan, pembaikan dan membaik pulih untuk komponen dan sistem pesawat bagi pelanggan kami di seluruh dunia, termasuk pembaikan bahagian APU MRO, LRU dan APU.

“Kami gembira kerana dapat menambahkan teknologi pembaikan bahagian APU kepada keupayaan APU Systems MRO kami yang sedia ada. Pengambilalihan ini menekankan tumpuan kami kepada APU MRO dan membolehkan kami untuk menyediakan perkhidmatan tambah nilai yang dipertingkatkan kepada pangkalan pelanggan kami di seluruh dunia,” kata Peter Gille, Naib Presiden dan Pengurus Besar bagi TurbineAero Repair-Asia. “Pengambilalihan itu menyoroti pertumbuhan yang dilihat ke atas TurbineAero sejak dua tahun yang lalu dan mengesahkan pembangunan industri aeroangkasa di Thailand, di mana kami mendapat penghormatan untuk turut serta.”

“Kami teruja untuk mencapai persetujuan terhadap pengambilalihan barisan keluaran pembaikan bahagian APU itu dari Triumph Group. Pengambilalihan ini akan meningkatkan lagi daya saing kami dan akan membolehkan pasukan TurbineAero Thailand kami berkembang untuk menyediakan perkhidmatan MRO yang unggul kepada armada syarikat penerbangan yang semakin meningkat di rantau itu,” kata Robert Wilson, Ketua Pegawai Eksekutif TurbineAero Inc. 

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...