BEVERLY HILLS, California, 30 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TOMI Environmental Solutions, Inc.® (“TOMI”) (OTCQX:TOMZ), syarikat global yang mengkhusus dalam keperluan disinfeksi dan dekontaminasi menggunakan platform Binary Ionization Technology® (BIT™) utamanya menerusi pengilangan, pelesenan, perkhidmatan dan penjualan jenama produk SteraMist™ , kabus dan kabut berasaskan hidrogen peroksida, telah membuat perjanjian pemasaran bersama dan bekalan global eksklusif dengan Arkema Inc.. Arkema Inc. adalah peneraju global dalam industri hidrogen peroksida. Dalam perjanjian tersebut, kedua-dua pihak akan membangunkan pasaran untuk Teknologi Pengabutan TOMI menggunakan Teknologi SteraMist TOMI untuk kegunaan keselamatan makanan. Arkema Inc. akan mengilangkan dan membekalkan hidrogen peroksida gred makanan untuk digunakan dalam penyelesaian yang berdaftar dengan EPA. Kedua-dua syarikat akan bersama-sama memenuhi keperluan untuk proses keselamatan makanan tanpa peluntur yang pantas dan berkesan dalam industri dan membawanya kepada pelanggan makanan global Arkema yang menggunakan hidrogen peroksidanya untuk produk diperakui organik pada masa ini.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11835
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hampir Setengah Juta Pengguna Manfaatkan Infrastruktur Dagangan AI Bitget, Laporan Messari Menekankan
VICTORIA, Seychelles, 4 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, menekankan penemuan utama da...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
(Di tengah) YB Cik Wong Shu Qi, Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp bersama Izzana Salleh, Pengasas Bersama dan Presiden Global Girls4Girl...
No comments:
Post a Comment