-- Tiga produk baharu menawarkan protokol antara muka termaju, pemindahan pendaman rendah dan pengoptimuman sistem --
TOKYO, 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah memperluaskan barisan IC perangkai Ethernet automotif mereka dengan “siri TC9562” yang baharu: TC9562AXBG, yang menawarkan lebih banyak antara muka berbanding dengan IC perangkai Toshiba yang sedia ada, siri TC9560; TC9562BXBG yang menyokong Ethernet TSN[1] dan Ethernet AVB[2]; dan TC9562XBG, yang menawarkan konfigurasi IC yang lebih mudah berbanding dengan produk semasa. Penghantaran sampel akan bermula pada Februari, dan pengeluaran secara besar-besaran akan bermula pada Oktober. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190121005177/en/ Spesifikasi Ethernet AVB itu menawarkan penghantaran data yang boleh dipercayai secara tepat masa dan semakin digunakan di dalam kenderaan. Toshiba pada masa ini menawarkan siri TC9560 bagi penyelesaian Gigabit Ethernet (10/100/1000Mbp) yang mematuhi IEEE 802.1AS[3] dan IEEE 802.1Qav[4]. Semakin banyak kenderaan di jalan raya sekarang mempunyai penyambungan di dalam kenderaan, yang melengkapkan mereka dengan akses internet dan selular, dan membolehkan maklumat untuk dikongsi di antara sistem dan peranti di dalam kenderaan dan dengan sistem dan perkhidmatan luaran. Di samping itu, komunikasi pendaman yang rendah adalah penting untuk sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) dan teknologi pemanduan autonomi. Perkembangan ini kesemuanya memerlukan sistem komunikasi automotif yang lebih kompleks yang disokong oleh standard penghantaran yang boleh dipercayai dengan penghantaran data tepat masa. Standard Ethernet TSN telah dibangunkan dengan jelas untuk memenuhi keperluan ini. Keluarga produk baharu Toshiba bertindak balas terhadap permintaan pasaran dengan sokongan untuk kedua-dua AVB semasa dan standard rangkaian TSN yang baharu. TC9562XBG menawarkan pelaksanaan lebih mudah berbanding dengan keluarga produk semasa. TC9562AXBG menyokong keupayaan antara muka yang diperluaskan dengan SGMII, ditambah antara muka RGMII, RMII dan MII[5], bagi produk-produk semasa. TC9562BXBG menyokong standard Ethernet TSN IEEE 802.1Qbv, IEEE 802.1Qbu[6] dan IEEE 802.3br[7] sebagai tambahan kepada keupayaan TC9562AXBG. Toshiba mensasarkan satu mod kuasa rendah untuk siri TC9562 bagi penggunaan kuasa 0.5mW dan masa pemulihan 100ms (tipikal)[8]. IC perangkai yang baharu itu akan mempunyai kelayakan AEC[9]-Q100 gred 3. Aplikasi Maklumat hibur di dalam kenderaan, telematik, penguat audio dan peralatan perindustrian
* Arm dan Cortex adalah tanda perniagaan berdaftar bagi Arm Limited (atau satu daripada anak syarikat mereka) di Amerika Syarikat atau di negara lain.
* PCI Express dan PCIe adalah tanda perniagaan bagi PCI-SIG. * Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang lain adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing. Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu, sila layari: https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/automotive/interface-bridge.html Pertanyaan Pelanggan: Jabatan Pemasaran Sistem LSI III Tel: +81-44-548-2422 https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD. Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190121005177/en/ Hubungi Pertanyaan Media: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation Jabatan Pemasaran Digital Chiaki Nagasawa Tel: +81-3-3457-4963 semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Thursday, January 24, 2019
TOSHIBA MEMPERLUASKAN BARISAN IC PERANGKAI ETHERNET UNTUK APLIKASI AUTOMOTIF DAN PERINDUSTRIAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE
IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
NEW YORK, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Computer Generated Solutions, Inc. (CGS), sebuah penyedia global aplikasi perisian, pembelajar...
-
Pemimpin AI UK membuat satu siri pengumuman untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan Revolusi Operasi Data dan AI di QuanCon...
No comments:
Post a Comment