Wednesday, January 16, 2019

Saturna menang Anugerah Inisiatif Pelaburan ESG Terbaik

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan nasihat pelaburan patuh syariah berpangkalan di Malaysia, Saturna Sdn Bhd, merangkul Anugerah Inisiatif Pelaburan ESG Terbaik pada Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Asia Tenggara, baru-baru ini.
Syarikat tersebut yang ditubuhkan pada 1989 merupakan anak syarikat milik penuh Saturna Capital Corporation yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Anugerah tersebut yang mengiktiraf prestasi luar biasa serta sumbangan positif kepada perniagaan Islam global dan komuniti kewangan, merupakan penilaian berasaskan rakan menerusi undian dalam talian di www.cpifinancial.net.
Hampir 5,000 undian dilakukan dalam talian, melibatkan 28 kategori oleh bank dan pembiaya yang aktif dalam kalangan komuniti kewangan Islam di Asia Tenggara.
“Pada masa depan, kita akan terus tertumpu memberikan khidmat kepada pelanggan dan masyarakat dengan mengutamakan minat pelabur terlebih dahulu sebelum menawarkan produk pelaburan yang mampan dan inovatif,” kata Pemangku Presiden Saturna, Shahariah Shaharudin dalam satu kenyataan.
Saturna merupakan pengurus dana kepada ASEAN Equity Fund dan ICD Global Sustainable Fund. Untuk maklumat lanjut, layari www.saturna.com.my
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025

“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...