Friday, May 21, 2021

HONG KONG MERAIKAN KUASA SENI SECARA FIZIKAL DAN MAYA DENGAN PAMERAN SENI KONTEMPORARI TERUNGGUL DI DUNIA YANG KEMBALI PADA BULAN MEI




HONG KONG, 20 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Apabila lokasi acara ditutup secara global pada waktu pandemik, penggemar bidang seni dan budaya telah mencatatkan peningkatan dalam tumpuan mereka terhadap acara maya. Ketika dunia secara menantikan peneruskan perjalanan antarabangsa dan pengembalian acara-acara fizikal, bidang seni dan budaya adalah wajar sebagai salah satu daya penggerak untuk mengembalikan kami ke situasi normal.  Dengan itu, Hong Kong membuka jalan dengan harapan dapat mengadakan acara-acara berskala besar sekali lagi dengan selamat.

Pada bulan Mei, Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) telah melancarkan kempen ‘Seni di Hong Kong’(Arts in Hong Kong) untuk mempromosikan siri acara-acara seni utama secara bentuk fizikal dan digital. Acara-acara seni in dianjurkan oleh penganjur pameran dan institusi kebudayaan di sekitar bandar untuk memastikan orang ramai dapat berhubung kembali dengan seni dan kesegaran Hong Kong, sama ada di sini mahupun di luar negara.

Menganjurkan acara-acara antarabangsa dengan selamat

Setelah penghentian pameran lebih dua tahun disebabkan oleh pandemik, Art Basel secara rasmi dijadualkan akan berlangsung dari 21 hingga 23 Mei di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC). Lebih daripada 100 buah galeri dari Asia, Eropah dan Amerika telah mengesahkan penyertaan mereka. Di samping itu, Art Central akan diadakan serentak di HKCEC untuk pertama kali, dan penghandiran adalah percuma dengan pendaftaran. Acara tahunan French May juga akan terus menawarkan hiburan kebudayaan, dengan lebih 100 acara berlangsung dari 1 Mei hingga 30 Jun.

Untuk memastikan bahawa semua peserta pameran mempunyai pengalaman yang bebas daripada tekanan, protokol amalan terbaik kesihatan dan keselamatan akan diikuti. Protokol ini termasuk memakai pelitup muka, kemasukan pada masa yang ditetapkan, pengurangan kapasiti, laluan yang lebih luas dan pembersihan secara berkala.

Acara-acara seni yang mencabar batas kebiasaan

Seni telah lama memiliki kuasa untuk memecahkan perbatasan, memberi inspirasi dan menyatukan orang ramai. Dengan imaginasi dan kreativiti yang mendalam, komuniti seni Hong Kong yang dinamik menawarkan acara-acara fizikal dan maya hibrid kepada orang ramai di seluruh dunia.

Sebagain contoh, Art Basel dengan inisiatif digital baharunya, ‘Art Basel Live: Hong Kong’, yang dilancarkan selari dengan pameran fizikal, bertujuan untuk memperluaskan kesedaran dan mencapaian antarabangsa mereka. Selain itu pameran yang menggunakan format hibrid termasuk Art Central dan Festival Seni Yim Tin Tsai 2021. Program PLUS Festival Kesenian Hong Kong pula menampilkan pelbagai pengalaman dalam talian dan fizikal, dan Muzium M+ di Daerah Kebudayaan Kowloon Barat yang akan dibuka menawarkan tayangan filem dalam talian berdasarkan permintaan.

HKTB menyertai keseronokan interaktif dan kreatif

HKTB telah membina sebuah laman web kempen khusu untuk membangkitkan bidang seni dan budaya di Hong Kong.  Laman web www.discoverhongkong.com/Arts merupakan sebuah platform yang menyediakan maklumat penting mengenai ‘Seni di Hong Kong’ dan memperkenalkan pameran dalam talian, jadual seni, kalendar acara, tawaran berseni, temuramah dengan pakar bidang seni dan banyak lagi.

Melalui pameran dalam talian itu, penonton dapat mengalami pengalaman acara maya yang disediakan oleh pengajur pameran antarabangsa dan tempatan, tanpa mengira lokasi. Pameran dalam talian ini juga menampilkan sebuah mikrofilem interaktif yang dipersembahkan oleh dua selebriti tempatan seperti artis pelbagai disiplin Ivana Wong dan pengarah Kearen Pang di beberapa tarikan paling menarik di bandar itu, termasuk Tai Kwun, The Mills dan Daerah Kebudayaan Kowloon Barat.

Sambil menunggu perjalanan antarabangsa untuk disambung semula, kepelbagaian pilihan pengalaman maya yang ditawarkan sekali lagi menonjolkan Hong Kong sebagai sebuah bandar yang memiliki kepelbagaian budaya dan berkeupayaan untuk terus tangkas dalam menghadapi gangguan yang tidak terduga.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14558

KAJIAN BEBAS MENUNJUKKAN PENYELESAIAN TRAFIK LIVERAMP YANG DISAHKAN MENDORONG LEBIH DARIPADA 340% PULANGAN PELABURAN BAGI PEMASAR

 Penerapan Global bagi ATS Mengukuhkan Kedudukannya sebagai Penyelesaian Pasca Kuki Terunggul di dalam Ekosistem, Melebihi 400 Penerbit dan 70 Platform


SAN FRANCISCO, 20 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LiveRamp® (NYSE: RAMP) platform penyambungan data terkemuka, hari ini mengumumkan Penyelesaian Trafik yang Disahkan (ATS) mereka telah digunakan oleh ratusan penerbit, jenama dan platform merentasi seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Itali, Sepanyol, Jerman, Australia dan Jepun. Lebih daripada 70 platform permintaan dan penawaran dan lebih daripada 400 penerbit, termasuk 70% bagi Comscore 20 dan 65% bagi Comscore 50, telah menggunakan ATS untuk menawarkan kepada pemasar dengan satu cara yang lebih efisien untuk menjangkau pelanggan mereka dan mengukur hasil kempen tanpa kuki pihak ketiga atau pengecam peranti.

“Industri digital sedang menjalani perubahan besar dengan berakhirnya kuki pihak ketiga dan pengecam peranti mudah alih. Kami bertekad untuk mewujudkan infrastruktur yang neutral dan saling kendali untuk era baharu ini, dan penggunaan ATS yang luar biasa di seluruh dunia membuktikan bahawa kami telah melakukannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LiveRamp, Scott Howe. “Dalam bahasa mudah, ATS menempatkan penerbit dan pemasar untuk mengendalikan data mereka sendiri. Ini menjanakan hasil yang lebih baik bagi pemasar, kadar hasil yang lebih tinggi bagi penerbit dan menyediakan peluang bagi ketelusan yang lebih baik. Lebih 100 jenama menggunakan ATS, termasuk pelanggan melalui perkongsian agensi, dan kami menjangkakan jumlah ini akan hanya bertambah.”

Penerbit

Penerbit sedang memanfaatkan ATS bagi membolehkan inventori berasaskan orang dan meningkatkan pengewangan, termasuk Microsoft Advertising, penerbit kedua terbesar di dunia, yang telah menyaksikan peningkatan yang lebih besar daripada 40% di dalam CPM pada impresi yang disahkan. Kelebaran bagi penggunaan ATS di seluruh dunia menunjukkan bahawa pelbagai penerbit melihat penyelesaian LiveRamp sebagai bukan hanya berdaya maju bagi perniagaan mereka, tetapi adalah penting di dalam melayani audiens mereka yang unik dan pelbagai. Penerbit lain yang terkenal yang telah menggunakan ATS termasuk: Realtor.com, CafeMedia, Tubi, dan The McClatchy Company di Amerika Syarikat; Dennis Publishing, eBay Classifieds Group UK, dan IDG di United Kingdom; Burda Community Network di Jerman; dan Cricket Australia, penerbit dalam aplikasi pertama yang telah menandatangani, antara banyak yang lain.

  • “Penonton TV kini bersepadu dengan baiknya ke dalam persekitaran penstriman, yang berpecah-pecah merentasi pelbagai platform peranti untuk pengiklan. Ini membuat cabaran pemasar untuk menjangkau dan mengukur satu sasaran audiens pelbagai dimensi, dan mempunyai satu pengecam berdasarkan orang adalah penting untuk memastikan bahawa kempen pengiklanan kekal relevan di semua saluran dan peranti,” kata Mark Rotblat, Ketua Pegawai Hasil di Tubi. “LiveRamp membantu membolehkan pengesahan perhubungan pihak pertama dengan penonton kami agar kami dapat terus menyampaikan pengalaman yang memberikan kesan, pada skala.”
  • “Dengan menjadi pengguna awal bagi penyelesaian ATS LiveRamp di Eropah telah hanya memperkukuhkan perhubungan kami dengan rakan penerbit kami yang dihargai,” kata Mandy Schwab, Pengarah Digital Media di Burda Community Network (BCN). “Sejak mengintegrasikan penyelesaian ATS LiveRamp satu tahun yang lalu, kami telah membolehkan jenama-jenama media membuka dengan jayanya peluang untuk mengewangkan inventori media dengan lebih baik melalui identiti berdasarkan orang yang mementingkan privasi.”
  • “Bersama dengan LiveRamp, kami meletakkan kembali kuasa di tangan penerbit,” kata Paul Bannister, Ketua Pegawai Keselamatan bagi CafeMedia. “Kami membolehkan ribuan jenama media kami untuk meningkatkan pendapatan dengan mengaktifkan data pihak pertama dalam satu cara yang selamat dan berpusatkan kepada privasi, tanpa perlu bimbang tentang kebocoran data, terutama kerana teknologi kawalan data penerbit LiveRamp yang mantap. Kami sudahpun melihat audiens yang disahkan menjanakan kadar hasil yang jauh lebih tinggi daripada ketika menggunakan kuki pihak ketiga.”
Jenama

Satu kajian Impak Ekonomi Total™ (TEI) yang baharu oleh Forrester Consulting, yang ditugaskan oleh LiveRamp, mendapati pengiklan yang menggunakan ATS LiveRamp dapat mencapai ROI 343% dalam tempoh tiga tahun dengan pembayaran balik dalam tempoh hanya enam bulan daripada pelaburan awal.

Di seluruh dunia, lebih 100 jenama merentasi garis tegak telah mengiktiraf betapa mendesaknya untuk mencari satu alternatif kepada pengecaman data, menggunakan ATS sebagai satu penyelesaian yang tahan lama dan bernilai untuk pengaktifan, pengukuran dan pembahagian yang lancar merentasi paparan, dalam aplikasi mudah alih, TV bersambung dan OTT. Berbanding dengan kempen yang menggunakan kuki pihak ketiga, pemasar melihat peningkatan yang ketara dengan LiveRamp, termasuk:
  • Peningkatan 403% di dalam tempahan perjalanan bagi sebuah rantaian hotel antarabangsa terkemuka
  • 85 - 95% Kadar Penyelesaian Video (VCR) bagi sebuah syarikat kesihatan sosial terkemuka yang tidak mencari keuntungan
  • 84.3% kenaikan purata dalam ROAS terjamin daripada pelbagai jenama sepanjang tahun lalu
Dengan membolehkan beratus-ratus kempen pengiklanan jenama pada suku pertama tahun 2021 sahaja, ATS memberikan kuasa kepada satu pendekatan berasaskan orang untuk berhubung dengan audiens di semua saluran, bagi menjadikan interaksi pengguna relevan, tersambungkan dan boleh diukur. Memandangkan jenama dan agensi mereka berpangsi dengan cepat sepanjang tahun lalu, mereka telah beralih kepada LiveRamp bagi mengaktifkan segmen di dalam platform teknologi dan penerbit untuk menjangkau manusia sebenar — dan bukannya kuki atau ID peranti.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14555

Thursday, May 20, 2021

PERUBAHAN WAKTU OPERASI KAUNTER PERKHIDMATAN LHDNM SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa waktu operasi kaunter perkhidmatan LHDNM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 adalah seperti berikut:-

 
i) Kaunter Perkhidmatan Cawangan / Pejabat Satelit / Pusat Khidmat Hasil (PKH)  


Sila klik di sini: http://mrem.bernama.com/mrembm/nteprimages/Capture114553.jpg  

 

Sila klik di sini: http://mrem.bernama.com/mrembm/nteprimages/Capture214553.jpg 

ii) Kaunter Pusat Bayaran  

Sila klik di sini: 
http://mrem.bernama.com/mrembm/nteprimages/Capture314553.jpg 

Bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19, LHDNM ingin memberikan saranan agar pelanggan melakukan urusan percukaian secara dalam talian. Bagi pelanggan yang perlu hadir ke kaunter LHDNM, mereka dinasihatkan untuk mematuhi setiap Prosedur Operasi Standard (S.O.P) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Para pelanggan juga disyorkan untuk membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDNM yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Senarai tersebut boleh dicapai melalui pautan berikut:-
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.  

 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14553

 

 

ZOOM MENGUMUMKAN PLATFORM ZOOM EVENTS UNTUK PENGALAMAN MAYA

 Sebuah Platform Semua dalam Satu untuk Menghasilkan dan Mengewangkan Acara dan Persidangan Maya Interaktif



SAN JOSE, Calif., 21 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Zoom Video Communications, Inc. (NASDAQ: ZM) hari ini mengumumkan Zoom Events, sebuah platform semua dalam satu dengan kuasa untuk menghasilkan pengalaman maya yang interaktif dan menarik yang akan tersedia pada musim panas ini. Zoom Events menggabungkan kebolehpercayaan dan kebolehskalaan Zoom Meetings, Chat, dan Video Webinars dalam satu penyelesaian menyeluruh bagi penganjur acara, dengan keupayaan untuk menghasilkan acara bertiket yang langsung untuk khalayak dalaman atau luaran dalam sebarang saiz.

Zoom Events menawarkan sesuatu untuk pelbagai kes penggunaan - daripada membolehkan perniagaan besar untuk mengurus dan mengehos acara dalaman secara lancar seperti persidangan semua pihak dan persidangan jualan serta acara luaran seperti persidangan pengguna, kepada perniagaan dan usahawan kecil yang telah menggunakan OnZoom untuk menghasilkan, mengehoskan, dan mengewangkan acara termasuklah kelas kecergasan dan memasak, persembahan teater dan banyak lagi. Sebagai sebahagian daripada pelancaran Zoom Events, OnZoom yang kini dalam Beta akan dijenamakan semula dan diserap ke dalam Zoom Events, dan boleh ditetapkan sebagai peribadi, atau dicari dan diterokai secara awam.

Kajian global Zoom baru-baru ini, How Virtual Do We Want Our Future to Be?, telah meninjau orang daripada seluruh dunia tentang peranan komunikasi video dalam kehidupan seharian kita sementara kita melihat menjangkaui pandemik. Di AS, 80 peratus responden bersetuju bahawa semua orang akan terus mempunyai unsur maya pascapandemik, dengan 52 peratus responden AS yang merancang untuk menikmati acara secara bersemuka dan secara maya, mengukuhkan keperluan penyelesaian semua dalam satu yang akan mewujudkan pengalaman acara hibrid/maya yang lancar.

Manfaat Platform Zoom Events:
  • Bina hab acara untuk mengurus dan berkongsi acara dengan mudah
  • Pengeluaran tiket dan pendaftaran boleh suai
  • Kawal capaian dan pengebilan daripada satu portal
  • Hoskan pelbagai acara - percuma atau berbayar, sekali atau siri
  • Satukan hadirin dengan rangkaian bersepadu
  • Jejak statistik peristiwa seperti kehadiran, pendaftaran, hasil dan banyak lagi
  • Acara boleh ditetapkan sebagai peribadi atau disiarkan kepada direktori awam kami untuk diterokai orang ramai
  • Zoom Events boleh digunakan dengan lesen Zoom Meetings atau Video Webinar berbayar sedia ada
“Ini merupakan masa yang menarik untuk berada di Zoom, tempat rentak inovasi terus memecut,” kata Oded Gal,, ketua pegawai produk di Zoom. “Kami sedia maklum bahawa orang ramai mencari kefleksibelan dalam cara mereka menghadiri acara pada masa hadapan. Model hibrid adalah berkekalan, dan Zoom Events ialah penyelesaian yang sempurna untuk pelanggan kami yang ingin menghasilkan dan mengehos pelanggan, syarikat dan acara awam dengan penyelesaian yang mudah tetapi berkuasa. Ini merupakan cara lain kami membantu pelanggan menskala untuk memenuhi permintaan pengguna dan landskap maya dan hibrid yang semakin berkembang.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Zoom Events, sila lawati laman web Zoom Events dan baca blog terbaru kami.

Perihal Zoom
Zoom adalah untuk anda. Kami membantu anda mengekspresikan idea, berhubung dengan orang lain, dan membina ke arah masa hadapan yang hanya dihadkan oleh imaginasi anda. Platform komunikasi lancar kami merupakan satu-satunya platform yang bermula dengan video sebagai asasnya, dan kami telah menetapkan standard untuk inovasi sejak itu. Oleh sebab itu, kami adalah pilihan yang intuitif, boleh diskalakan dan selamat untuk individu, perniagaan kecil, dan perusahaan besar yang seumpamanya. Diasaskan pada tahun 2011, Zoom didagangkan secara umum (NASDAQ:ZM) dan beribu pejabat di San Jose, California. Lawati zoom.com dan ikuti @zoom. 

Perhubungan Awam Zoom
Farshad Hashmatulla
Pengurus PR Produk
press@zoom.us 

SUMBER : Zoom Video Communications, Inc.

PUTERI DAFFINA X: FASA TERAKHIR UNTUK DIMILIKI

KOTA PUTERI, 21 Mei (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melancarkan projek terbaharu di Kota Puteri secara atas talian bermula 22 Mei ini.

Menurut Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, En Faizal bin Dolah, projek yang dikenali sebagai Puteri Daffina X ini merupakan perumahan 14 unit rumah teres dua (2) tingkat dengan penawaran 8 Unit Tepi (Corner Lot) & 6 Unit Tengah berkeluasan dari 2,049 kps yang merangkumi empat bilik tidur dan tiga bilik air sesuai untuk memberikan keselesaan kepada seisi keluarga.

“Disebabkan Selangor masih di bawah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelancaran projek Puteri Daffina X akan dijalankan  secara atas talian sahaja dan bakal pembeli hanya perlu membuat panggilan ke talian PKNS X Line iaitu 03 5022 0188, melayari laman web di alamat www.pkns-property.com atau facebook PKNS Property untuk mendapatkan butiran lanjut berkaitan projek ini”, ujar beliau.

“Puteri Daffina X merupakan Fasa keempat dan terakhir bagi projek pembangunan Puteri Daffina yang secara keseluruhannya menawarkan lebih 230 unit. Fasa Pertama, Kedua dan Ketiga telah habis dijual dan telah diduduki oleh pembeli. Permintaan yang tinggi dari pembeli menjadikan Projek Puteri Daffina sebagai pilihan terbaik untuk didiami.”

PUTERI DAFFINA X: FASA TERAKHIR UNTUK DIMILIKI

Wednesday, May 19, 2021

XPOP ​​MENERAPKAN TEKNOLOGI NFT TERKINI KE DALAM BIDANG HIBURAN GLOBAL - BERMULA DENGAN KANDUNGAN K-POP


XPOP, sebuah syarikat teknologi blok rantai NFT yang membuat pengkhususan di dalam menggunakan perkhidmatan kandungan, mengumumkan pelancaran sebuah tempat pasaran NFT yang baharu di Asia Tenggara, sebuah pasaran dengan peminat tegar K-POP yang kukuh. Pembinaan Pasukan Projek XPOP tempat pasaran NFT yang baharu itu akan membawa sebuah hasil yang berinovatif kepada pasaran hiburan dan industri kandungan digital mereka. Pelbagai pemain kandungan boleh melakukan urus niaga pada kontrak pintar bagi blok rantai XPOP. Setakat ini XPOP telah mencapai satu perjanjian dengan lebih 200 pasukan artis K-POP untuk pendaftaran kandungan yang jarang ditemui di Tempat pasaran XPOP NFT. (Grafik: Business Wire)


SEOUL, Korea Selatan, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- XPOP ​​mengumumkan pelancaran sebuah tempat pasaran NFT yang baharu di Asia Tenggara, sebuah pasaran dengan peminat tegar K-POP yang kukuh, pada akhir Jun 2021.

Terdiri daripada pengajar Korea dalam teknologi blok rantai dan sektor perniagaan hiburan, XPOP adalah sebuah syarikat teknologi blok rantai NFT yang membuat pengkhususan di dalam menggunakan perkhidmatan kandungan yang baharu sahaja menjadi tumpuan utama.

Pembinaan Pasukan Projek XPOP tempat pasaran NFT yang baharu itu akan membawa sebuah hasil yang berinovatif kepada pasaran hiburan dan industri kandungan digital mereka. Pelbagai pemain kandungan boleh melakukan urus niaga pada kontrak pintar bagi blok rantai XPOP setiap kali mereka memperdagangkan kandungan mereka sendiri yang terlibat dengan mereka.

Setakat ini XPOP telah mencapai satu perjanjian dengan lebih 200 pasukan artis K-POP untuk pendaftaran kandungan yang jarang ditemui di Tempat pasaran XPOP NFT.

Tuesday, May 18, 2021

EKSPO DATA BESAR TERKEMUKA CHINA AKAN MEMULAKAN ACARA DALAM TALIAN PADA 20 MEI


 


GUIYANG, China, 17 Mei, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China (CIBDIE) 2021, ekspo data besar terkemuka di negara itu, akan diadakan di Bandar Raya Guiyang di barat daya China dari 26 hingga 28 Mei.

Acara itu menggabungkan penyertaan dalam talian dan luar talian, yang merangkumi persidangan, pameran, pelancaran produk baharu, peraduan dan aktiviti lain. Satu pameran profesional akan diadakan secara dalam talian dan luar talian, dengan acara dalam talian akan dimulakan pada 20 Mei, menurut Jawatankuasa Penganjur Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China.

Pameran dalam talian itu telah menarik banyak perusahaan data besar di dalam dan luar negara sejak ia dibuka untuk pendaftaran.

Gergasi industri di dalam dan luar negara, seperti NTT Data, Baishan Cloud, King Base dan DT Dream telah mendaftar untuk acara tersebut. Lebih daripada 260 perusahaan industri data besar telah memohon untuk menyertai di dalam pameran dalam talian itu setakat ini.

Platform pameran dalam talian itu akan memperlihatkan ciri-ciri jenama dan pameran utama bagi beratus-ratus perusahaan yang mengambil bahagian melalui video, gambar, teks, dan mengumpulkan tetamu dan profesional dari seluruh pelosok dunia untuk bertemu secara dalam talian.

Sementara itu, sistem itu boleh menawarkan maklumat berkaitan pempamer atau pameran mengikut pilihan pengunjung dalam talian, sekali gus meningkatkan ketepatan dan keberkesanan di dalam mendapatkan maklumat. Selain itu, untuk membina sebuah platform interaksi dalam talian yang mesra bagi pempamer dan pengunjung, pameran dalam talian itu akan juga menyediakan pertukaran kad e-perniagaan, perundingan dan temu janji, pengurusan jadual dan senario interaktif yang lain.

Untuk memudahkan penyertaan global, pameran dalam talian itu akan melancarkan satu versi bahasa Inggeris, yang membolehkan pempamer dan penonton di dalam dan luar negara untuk menukar versi bahasa mengikut keperluan mereka.

Bersama dengan pameran dalam talian itu, pameran luar talian akan dibuka pada 26 Mei dan berlangsung selama tiga hari.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bigdata-expo.cn/
 
SUMBER: Jawatankuasa Penganjur Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China

Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=391211
 
   Kapsyen: Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China (CIBDIE) 2021, ekspo data besar terkemuka di negara itu, akan diadakan di Bandar Raya Guiyang di barat daya China dari 26 hingga 28 Mei.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14547

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...