LONDON, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu program perintis antarabangsa yang menyatukan syarikat permulaan dalam bidang teknologi bersama-sama pengeluar terkemuka dalam usaha untuk mencapai sifar bersih telah dilancarkan."
Cabaran Terbuka Innovandi 2024 dikendalikan oleh Persatuan Simen dan Konkrit Global (GCCA) yang merupakan satu badan antarabangsa industri terkemuka yang memberikan tumpuan dalam membantu industri simen global mengurangkan pelepasan dan mencapai konkrit bersih sifar pada akhirnya.Penyertaan adalah digalakkan dari syarikat permulaan di seluruh dunia yang berminat untuk turut terlibat dalam pembangunan penggunaan dan penyimpanan penangkapan karbon untuk simen dan konkrit berkarbon rendah. Pencarian teknologi inovatif yang merangkumi proses bersepadu di mana termasuk dengan penangkapan CO2 di hujung paip dan penggunaannya serta membantu mencegah pembebasan karbon ke atmosfera.
Ini merupakan Cabaran Terbuka Innovandi yang ke-3 dan dijalankan berdasarkan kejayaan tahun sebelumnya. Cabaran pertama pada tahun 2022, juga memberikan tumpuan kepada pembangunan teknologi tangkapan karbon dan dua syarikat permulaan telah berjaya mencapai ke peringkat percubaan. Lima belas syarikat permulaan yang telah disenarai pendek untuk menjalankan pembangunan konkrit karbon rendah dalam Cabaran Innovandi ke-2 tahun lalu, kini sedang dalam perbincangan dengan pihak pengeluar berkenaan menjalinkan perkongsian.
Claude Loréa, Pengarah Simen, Inovasi dan ESG GCCA, berkata: "Industri kami komited untuk mencapai sifar bersih dan pembangunan teknologi tangkapan karbon merupakan satu bahagian utama dalam rangka kerja itu. Program Cabaran Terbuka Innovandi kami yang terkemuka di dunia telah menunjukkan kemajuan yang luar biasa hanya dalam tempoh dua tahun, dengan kerjasama diantara syarikat permulaan dan syarikat ahli kami. Kami tidak sabar untuk melihat apa yang boleh diketengahkan oleh peserta tahun ini, untuk membina jaluran yang lebih luas yang sudah berada di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment