• Pendapatan operasi* suku keempat 2023 terlapor dan terlaras masing-masing meningkat 29% dan 21%
•EPS* tahun penuh 2023 terlapor dan terlaras ialah $9.60 dan $9.42, masing-masing meningkat 31% dan 26% termasuk hasil perniagaan Korea Selatan yang masing-masing menyumbang $0.47 dan $0.45• Tunai daripada operasi tahun penuh 2023 ialah $1,057 juta, meningkat daripada $152 juta pada 2022
• Syarikat menjangkakan pandangan tahun penuh 2024 bagi EPS terlapor dalam julat $10.20 hingga $11.15 dan EPS terlaras dalam julat $9.15 hingga $9.85, mencerminkan impak divestitur perniagaan Korea Selatan
WESTCHESTER, Ill., 9 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), pembekal global terkemuka bagi penyelesaian ramuan industri pembuatan makanan dan minuman hari ini melaporkan hasil untuk suku keempat 2023 dan tahun penuh 2023. Hasil dilaporkan adalah menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. bagi tahun 2023 dan 2022 serta tahun penuh 2023 dan 2022, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat.
“Perniagaan kami mencapai prestasi yang luar biasa dan kekal bertahan sepanjang 2023, menyumbang kepada lebih 20% peningkatan pendapatan operasi bagi kedua-dua suku keempat dan tahun penuh. Tindakan penetapan harga bersasar dan inisiatif penjimatan kos proaktif kami membantu mengatasi inflasi dan naik turun bahan mentah mendorong kepada perkembangan suku ke suku perkembangan margin kasar keenam berturut-turut. Tambahan lagi, wang tunai daripada operasi melebihi $1 bilion dolar dan kami memulangkan $295 juta dolar kepada pemegang saham dalam setahun,” kata Jim Zallie, presiden dan CEO Ingredion.
“Kami terus membuat kemajuan signifikan dalam memperkukuh portfolio kami yang pelbagai dan seimbang dengan ramuan dan penyelesaian. Ramuan keistimewaan berkembang dalam satu digit pertengahan, walaupun volum bertentangan memandangkan pelanggan mengurangkan stok dan menguruskan inventori lebih rendah. Dalam separuh tahun kedua 2023, kami melihat pemulihan stabil volum disebabkan permintaan pelanggan yang kukuh. Sepanjang tahun tersebut, pasukan kami mempamerkan ketangkasan dan kehebatan operasi sepanjang mereka terus mengimbangi jadual pengeluaran dan mengoptimumkan tahap inventori pada hujung tahun.”
“Memandang tahun 2024 yang akan datang, kami yakin bahawa pengaturan semula operasi perniagaan kami akan menjajarkan sumber dan kebolehan kami dengan keperluan pelanggan untuk mensasarkan peluang perkembangan yang lebih baik. Kami dalam kedudukan yang baik untuk membawa perkembangan menguntungkan dan peluasan margin serta menjana aliran tunai yang kukuh. Kami percaya Peta Hala Tuju Memacu Perkembangan kami akan terus membimbing penciptaan nilai jangka panjang untuk pemegang saham kami dalam pada kami mengukuhkan hubungan pelanggan dan memacu inovasi dan kehebatan operasi untuk mencapai kemenangan di pasaran,” Zallie mengulas.
*Perolehan sesaham tercair terlaras (“EPS terlaras”), pendapatan operasi terlaras dan kadar cukai pendapatan berkesan terlaras adalah ukuran kewangan bukan GAAP. Lihat seksyen II Maklumat Kewangan Tambahan yang bertajuk “Maklumat Bukan GAAP” berikutan Penyata Kewangan Disatukan Ringkas yang disertakan dalam siaran akhbar ini untuk penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP ini dengan ukuran GAAP yang secara langsung paling sebanding.
No comments:
Post a Comment