Adakah Industri Pelancongan Akan Pulih pada Tahun 2023? - Tinjauan Perjalanan Antarabangsa di Kesatuan Eropah (EU)/Amerika Utara/Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APAC). (Grafik: Business Wire) |
TOKYO, 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- GMO Research (TOKYO: 3695) menjalankan tinjauan melancong ke luar negara pada suku terakhir tahun 2022 untuk memahami perbezaan dalam corak pelancongan antara rantau Eropah, Amerika Utara dan APAC. Tinjauan ini dijalankan dalam rangkaian panel yang mempunyai 3,000 responden di enam buah negara, Amerika, Kanada, United Kingdom, Jerman, Perancis dan Australia. Sebelum ini, GMO Research telah menjalankan tinjauan yang sama¹ pada bulan Oktober 2022 menggunakan ASIA Cloud Panel² yang disasarkan kepada 3,328 pemantau di 10 buah negara dan rantau Asia.
Eropah dan AS kekal sebagai destinasi popular di kalangan responden.
Tiga negara antarabangsa teratas yang paling ingin dilawati oleh responden dari Amerika Utara pada masa hadapan ialah: Itali (10.5%), United Kingdom (9%) serta Australia dan Jepun (kedua-duanya terikat pada 6.8%).³
AS ialah destinasi popular bagi orang Eropah dan responden di rantau APAC. Orang Eropah yang menyertai tinjauan ini juga menunjukkan keutamaan mereka untuk melancong ke negara lain dalam rantau mereka, terutamanya Sepanyol (9.3%) dan Itali (7.7%). Keadaan ini serupa untuk mereka yang menyertai tinjauan di rantau APAC, menunjukkan keutamaan mereka untuk melancong ke negara serantau, melawat Jepun (20.3%) dan Korea Selatan (6.6%). (Carta 1)
Apabila melihat sebab bagi setiap negara memilih AS sebagai negara pilihan mereka untuk dilawati, sebab yang paling biasa termasuk ‘banyak tarikan pelancong (25.4%)’, ‘pengalaman budaya yang unik (13.5%)’ dan ‘landskap semula jadi yang tersendiri (9.9%).’
Sebagai perbandingan, responden ingin melawat Itali kerana negara tersebut menawarkan ‘makanan/minuman tradisional (29%)’, ‘pengalaman budaya yang unik (24.2%)’ dan ‘bangunan/tapak bersejarah (12.6%)’. Sebilangan besar responden memilih Sepanyol sebagai destinasi mereka pada masa hadapan kerana ‘tempat peranginan pantai’ (36.1%) negara tersebut. (Carta 2)
TINJAUAN PELANCONGAN GMO RESEARCH: CORAK YANG BERBEZA DALAM KEINGINAN UNTUK MELANCONG KE LUAR NEGARA ANTARA APAC, EROPAH DAN AMERIKA UTARA
No comments:
Post a Comment