Thursday, January 19, 2023

AGENSI PROMOSI INDUSTRI IT BUSAN BERJAYA MENAMATKAN PROGRAM LATIHAN ASEAN-ROK XR 2022

 ·   Program latihan 5 hari ASEAN-ROK XR yang bermula dari 28 November hingga 2 Disember itu berjaya disempurnakan.

·   19 individu termasuk pegawai dari negara ASEAN seperti Kemboja, Indonesia, Malaysia dan Vietnam, serta Nepal menyertai program tersebut.
·    Promosi Projek Bersama ASEAN-KOREA melalui pertukaran maklumat Realiti Lanjutan (XR) dan Metasemesta antara negara.
 
BUSAN, Korea Selatan, 18 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Agensi Promosi Industri IT Busan (Presiden Jeong Mun-Seob) mengumumkan tamat Program Latihan ASEAN-ROK XR dengan 19 individu dari organisasi berkaitan pelancongan kebudayaan serta pegawai kerajaan tempatan di Perkampungan Penumpuan ICT ASEAN-ROK di Busan.

Sepanjang tempoh lima hari dari 28 November hingga 2 Disember, pasukan tersebut membangunkan langkah kerjasama khusus antara Korea dan ASEAN dalam bidang teknologi XR dan metasemesta.

Program latihan itu dianjurkan bersama oleh Agensi Promosi Industri IT Busan, Pusat Maklumat dan Rangkaian Antarabangsa untuk Warisan Kebudayaan Tidak Ketara di Rantau Asia-Pasifik di bawah naungan UNESCO (Ketua Pengarah Kim Ji-Sung) dan Pertubuhan Promosi Pelancongan bagi Bandar Asia Pasifik (Setiausaha Agung Woo Kyoung-Ha).

Program latihan itu dianjurkan untuk menambah baik kerjasama dalam bidang pelancongan dan warisan kebudayaan XR antara Korea dan negara ASEAN. Program tersebut terdiri daripada latihan teori XR/Metasemesta, Pengenalan kajian kes penumpuan pelancongan dan warisan kebudayaan, serta industri teknologi XR/Metasemesta Korea, Lawatan kemudahan dan syarikat utama di Korea dan Menulis cadangan projek bersama oleh pementoran pasukan dan pakar. 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...