Saturday, July 31, 2021

GUPSHUP MENGUMPULKAN TAMBAHAN $240 JUTA UNTUK VISI PESANAN PERBUALAN GLOBAL YANG PANTAS

Pelaburan menjadikan Gupshup sebagai peneraju di dalam Pesanan Perbualan, mempercepatkan inovasi produk bagi membolehkan perdagangan digital, aktiviti M&A & pengembangan GTM global

SAN FRANCISCO, 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gupshup, peneraju di dalam pesanan perbualan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan tambahan $240 juta dalam pendanaan susulan daripada satu kumpulan pelabur terkemuka industri termasuk Fidelity Management and Research Company LLC, Tiger Global, Think Investments, Malabar Investments, Harbor Spring Capital, akaun tertentu yang diuruskan oleh Neuberger Berman Investment Advisers LLC, White Oak, Neeraj Arora dan lain-lain. Pusingan pendanaan ini mengikuti $100 juta yang dikumpulkan daripada Tiger Global pada April, pada satu penilaian $1.4 bilion.

Gupshup akan menggunakan pelaburan ini untuk terus melaksanakan visi mereka dan bagi pembelian sekunder bagi saham daripada pekerja sekarang dan bekas pekerja serta pelabur sebelum ini. Gupshup terus melabur di dalam inovasi produk bagi membolehkan perdagangan digital serta mengembangkan inisiatif masuk ke pasaran dalam ekonomi yang mengutamakan mudah alih di seluruh dunia. Gupshup juga meneroka peluang-peluang M&A untuk mengembangkan peluang perniagaan mereka. Syarikat itu sebelum ini mengumumkan satu pengembangan di dalam pasukan eksekutif mereka dengan pengambilan kepimpinan dalam Pengembangan Korporat, Pembangunan Perniagaan Antarabangsa, Jualan, Kejayaan Pelanggan, Pemasaran, dan IT.

“Kami menyaksikan pertumbuhan yang besar di dalam ekonomi digital India,” kata Shashin Shah, Pengurus Utama di Think Investments. “Platform Gupshup adalah satu peranti penting bagi perniagaan membangunkan satu jejak digital. Kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Gupshup, memandangkan kedudukan mereka yang terkemuka di pasaran, pertumbuhan yang dipimpin oleh inovasi dan profil kewangan yang menarik.”

“Kami telah lama mengikuti kemajuan Gupshup dan percaya bahawa mereka adalah platform komunikasi pelanggan yang paling berkembang di India dan semakin meningkat di pasaran baru muncul yang lain, dengan satu kedudukan kepimpinan dalam sub-segmen pasaran yang paling menarik dan paling pantas berkembang,” kata Sumeet Nagar, Pengarah Urusan, Malabar Investments. “Kami percaya bahawa Beerud dan pasukan memiliki peluang yang unik untuk memperluaskan pasaran yang dapat diakses secara langsung di tengah-tengah penawaran baharu dan meningkatkan perniagaan dengan ketara, yang merupakan satu gabungan yang sempurna untuk penciptaan nilai yang besar. Saya telah mengenali Beerud selama lebih tiga dekad, dan kami semua di Malabar gembira kerana dapat bekerjasama dengan Gupshup pada peringkat seterusnya dalam perjalanan mereka.”

“Kami percaya pendigitalan di India kini berada pada tahap awal bagi pertumbuhan transformasi, yang dikuasakan oleh infrastruktur komunikasi kritikal,” kata Subir Jajoo, seorang Rakan Kongsi di Harbour Spring Capital. “Gupshup telah membangunkan sebuah platform terkemuka untuk meningkatkan penglibatan pengguna-perniagaan, dan kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan syarikat itu kerana ia terus meningkatkan pengalaman digital melalui inovasi, kebolehpercayaan dan perkhidmatan pelanggan.”

“Perbualan melambangkan bahagian depan kedai digital baharu untuk perniagaan - hampir setiap perniagaan akan perlu untuk membangunkannya,” kata Beerud Sheth, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Gupshup. “Kami mengubah perdagangan digital di seluruh dunia dengan pesanan perbualan. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pelabur baharu kami memandangkan rekod prestasi mereka yang luar biasa yang menyokong syarikat-syarikat mewujudkan kategori. Kami juga berpuas hati dengan peluang untuk menyediakan separa kecairan dan pulangan yang lumayan kepada pelabur awal dan pekerja yang menaruh kepercayaan kepada Gupshup.”

Membolehkan perdagangan digital dengan pesanan perbualan, membantu perniagaan di seluruh industri membawa pelanggan mereka dalam perjalanan perbualan yang dikuasakan oleh AI di aplikasi pesanan, merentasi pemasaran, perdagangan, dan menyokong aliran kerja. Pelanggan dapat menemui produk, membayarnya, mengesan penghantaran, memberikan maklumat balas dan mendapatkan sokongan, sambil berbual dengan jenama-jenama kegemaran mereka seperti yang mereka lakukan dengan rakan dan keluarga.

Pusingan pendanaan terakhir Gupshup adalah pada April 2021. Syarikat itu telah mengumpulkan $340 juta pada tahun 2021. Gupshup berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan menamatkan tahun 2020 dengan mencatatkan kadar pendapatan tahunan kira-kira $150 juta. 

KEDAH MELANCARKAN PERMIT PEMBINAAN EKSPRES : E10 MESRA PELABUR

ALOR SETAR, 30 Julai (Bernama) -- Dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi dan produktiviti negeri Kedah, inisiatif E10 telah dilancarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim secara atas talian melalui Facebook rasmi kerajaan Negeri Kedah.


Inisiatif di bawah Kedah Produktif Kedah Digital ini bakal menyaksikan Kedah bangkit dari pandemik Covid-19 dengan memudahcara permit pembinaan kepada pelabur berskala besar yang memilih untuk melabur di Kulim, Kedah.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim inisiatif E10 ini memudahkan dan mempercepatkan proses pembinaan kilang di Kedah.

“Di samping meningkatkan ekonomi serta produktiviti negeri Kedah, inisiatif mesra pelabur ini juga dapat memperkukuhkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan juga menambah peluang pekerjaan baharu di negeri ini,” kata beliau.

Inisiatif E10 adalah inisiatif baharu permit pembinaan secara ekspres dan ditawarkan oleh pihak berkuasa tempatan Majllis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK). Dalam merangka dan membangunkan inisiatif ini, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara telah membantu memberi khidmat nasihat dan mengadakan aktiviti libat urus bersama pihak Majlis Perbandaran Kulim, pemain industri dan agensi teknikal bagi memastikan apa yang dirangka ini praktikal dan boleh dilaksanakan berdasarkan peraturan sedia ada.

Beliau turut berkata inisiatif E10 ini pastinya menjadikan Negeri Kedah sebagai negeri pilihan pelabur dan peniaga yang mempunyai kelebihan serta berpotensi sebagai destinasi utama pelaburan di Malaysia. Beliau juga yakin ia akan memberi satu pengalaman baharu yang kondusif dan bakal membawa keuntungan kepada semua pihak.

Hasil pelaksanaan pada hari ini menyaksikan kejayaan  kilang milik ASPEN Glove yang dapat beroperasi dan mendapat sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) serta lesen perniagaan dalam masa 10 bulan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah, turut berkata inisiatif ini adalah sebagai galakan kepada pelabur untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh 10 bulan sahaja atau kurang dari satu tahun. Ia juga sebagai dorongan kepada penggiat industri dan pelabur antarabangsa untuk terus melabur di negeri Kedah dan juga seterusnya di seluruh negara.

MPKK juga akan membantu pelabur untuk mendapatkan CCC dan lesen dlm tempoh tersebut. Tambah beliau, MPKK menggunakan pendekatan kaedah Agile Regulation atau peraturan tangkas yang diperkenalkan oleh MPC. Pendekatan baharu ini penting terutamanya sewaktu pandemik Covid-19 yang sedikit sebanyak merencatkan pelaburan asing di negara ini.

Pendekatan MPC dalam inisiatif ini adalah untuk mengubah cara berfikir, cara bekerja serta menambahbaik penyampaian perkhidmatan peraturan yang lebih berfokuskan kepada kehendak pelanggan kata pengarahnya, Dr. Mazrina Mohd Ibramsah. Walau bagaimanapun perubahan proses kerja dalam inisiatif ini tidak akan sedikitpun melanggar peraturan yang sedia ada.

Pendekatan seperti ini bukan saja menyelesaikan segala masalah birokrasi yang dihadapi sebelum ini malah ia mempercepatkan proses dan paling penting mengutamakan ketelusan.

Dengan pembukaan kilang ASPEN Glove di Kulim Industrial Corridor ini dianggarkan sebanyak 2500 peluang pekerjaan tersedia kepada penduduk setempat. 
 
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
 
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi. 

SUMBER: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) 

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=14821

Friday, July 30, 2021

TOSHIBA MELANCARKAN MIKROPENGAWAL ARM® CORTEX®-M4 UNTUK KAWALAN MOTOR SEBAGAI PRODUK PERTAMA DI DALAM KELAS TERMAJU KELUARGA TXZ+TM




TOKYO, 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah memulakan pengeluaran besar-besaran bagi 12 peranti baharu di dalam kumpulan M4K untuk kawalan motor sebagai produk pertama bagi kelas termaju keluarga TXZ+TM , dan akan memulakan pengeluaran besar-besaran bagi 10 produk lain di dalam kumpulan M4M pada Ogos 2021. Kedua-dua kumpulan M4K dan M4M bagi mikropengawal akan dihasilkan di dalam satu proses 40nm, dan tergolong kepada siri TXZ4A+.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210728005418/en/

Produk ini menggunakan teras Arm Cortex-M4 dengan FPU, berfungsi sehingga 160MHz, dan mengintegrasikan litar kawalan motor A-PMD (pemacu motor termaju yang boleh diprogramkan), pengekod 32-bit A-ENC (pengekod termaju) dan enjin vektor A-VE+ (enjin vektor termaju plus). Peranti ini menyediakan penyelesaian yang sesuai bagi motor AC, motor DC tanpa berus dan pelbagai kawalan penyongsang dengan maksimum tiga unit bagi penukar analog/digital 12-bit berkelajuan tinggi dan beresolusi tinggi.

Peranti di dalam kumpulan M4K itu mempunyai UART, SPI dan I2C yang disatukan sebagai antara muka komunikasi umum, dan kumpulan M4M itu juga mempunyai satu antara muka komunikasi CAN. Kedua-dua kumpulan mempunyai fungsi diagnosis diri untuk ROM, RAM, ADC dan jam, yang membantu pelanggan mencapai pensijilan keselamatan fungsian IEC60730 Kelas B. Kedua-dua kumpulan mencapai penggunaan arus rendah dan kefungsian tinggi dan pada masa yang sama mengekalkan keserasian yang baik dengan kumpulan keluarga M4K(2) TXZTM yang sedia ada.

Dokumentasi, perisian sampel dengan contoh bagi penggunaan sebenar, papan penilaian dan perisian pemacu yang mengawal antara muka bagi setiap periferal disediakan bersama dengan pengiriman komponen. Sebuah persekitaran pembangunan juga disediakan untuk menyokong pelbagai keperluan dalam kerjasama dengan rakan-rakan ekosistem Arm global.

Ciri-ciri utama bagi produk baharu
  • Teras Arm Cortex-M4 berprestasi tinggi dengan FPU, maksimum 160MHz
  • Fungsi kawalan motor dan penyongsang dan antara muka komunikasi
  • Fungsi diagnosis diri untuk keselamatan fungsian IEC60730 kelas B 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14817

Thursday, July 29, 2021

ACCELERATE MENGUMUMKAN PELANCARAN PLATFORM DIGITAL

Accelerate ialah lanjutan semula jadi asal dan asas HIMSS sebagai sebuah persatuan yang dipacu oleh ahli

CHICAGO, 29 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Hari ini, Accelerate telah memasuki ekosistem kesihatan global sebagai platform digital binaan khusus yang memacu transformasi jagaan kesihatan sepanjang tahun dengan menghubungkan profesional kesihatan kepada cerapan daripada rakan sejawat dan peneraju pemikiran, alat pembangunan profesional, peluang rangkaian dan kandungan yang dipilih khas—pada bila-bila masa, di mana-mana jua.

Pembangunan awal Accelerate datang daripada HIMSS, penasihat global dan peneraju pemikiran yang menyokong transformasi ekosistem kesihatan melalui maklumat dan teknologi.

Accelerate ialah lanjutan semula jadi asal dan asas HIMSS sebagai sebuah persatuan yang dipacu oleh ahli dan merupakan penyelesaian inovatif yang bertujuan untuk menyokong ahli, rakan kongsi dan ekosistem kesihatan global sepanjang tahun.

Hal Wolf, presiden dan CEO HIMSS, menekankan: “Operasi global, pengalaman selama puluhan dekad dan ribuan ahli menyediakan HIMSS dengan skala kritikal dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas yang besar ini. Dengan perhubungan tiada tandingan dalam kalangan pembekal jagaan kesihatan, eksekutif industri dan entiti awam, Accelerate akan menjadi platform digital yang menghimpunkan pelbagai pemegang kepentingan dalam bidang kesihatan.”

Dengan Accelerate, profesional daripada semua bahagian ekosistem jagaan kesihatan mempunyai akses kepada platform yang diperibadikan dan disesuaikan dengan keperluan unik mereka. Organisasi mendapat manfaat daripada cara yang dipertingkat secara radikal untuk mengurus, menyokong dan membangunkan kakitangan dan ahli mereka. Pembekal menikmati akses yang tiada tandingan kepada cerapan pasaran dan juga cara yang inovatif untuk melibatkan diri dengan pelanggan. Selain itu, Accelerate akan bersepadu secara lancar dengan tawaran pihak ketiga yang dipilih khas—dan dengan itu memperkasakan rakan kerjasama peneraju industri untuk mengedarkan produk dan perkhidmatan digital mereka melalui platform tersebut sepanjang tahun.

"Keahlian HIMSS telah meningkat hampir dua kali ganda dalam empat tahun terakhir menjadi 110,000, dengan lebih 36,000 tinggal di luar Amerika Utara. Tahun lalu menyerlahkan komitmen kami dalam memberikan respons dan menyokong komuniti dan misi kami dengan cara yang dinamik dan kami memerlukan keupayaan untuk mencapai dan menyokong ahli kami apabila mereka memerlukannya," kata Wolf. "HIMSS telah mengetuai pelaburan dalam Accelerate dan membantu pelancarannya, dan platform ini akan menjadi aset, yang bukan sahaja untuk ahli HIMSS, tetapi juga kepada ekosistem kesihatan global dalam skala yang besar."

Mulai hari ini, Accelerate tersedia kepada semua ahli HIMSS, pengguna individu, dan juga syarikat, organisasi serta pertubuhan yang berminat untuk mendapatkan akses bagi ahli mereka.

Pihak berkepentingan dijemput untuk menyertai himpunan organisasi yang sudah komited dan menjadi sebahagian daripada pelancaran ini. Untuk maklumat lanjut, lawati www.youraccelerate.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14814

SYNCHRONOSS MENAMAKAN CHRISTINA GABRYS SEBAGAI KETUA PEGAWAI UNDANG-UNDANG

BRIDGEWATER, N.J., 29 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan penginovasi produk dan platform awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan pelantikan Christina “Chrissy” Gabrys sebagai Ketua Pegawai Undang-undang. Gabrys menggantikan Ronald Prague yang akan mengundurkan diri selepas 15 tahun bersama syarikat tersebut untuk mengejar minat lain. Dalam jawatan baharu beliau, Gabrys akan menyelia semua urusan perundangan untuk syarikat tersebut.

“Ron telah memainkan peranan penting dalam membentuk Synchronoss seperti yang anda lihat pada hari ini. Kepimpinannya dalam perundingan dan perjanjian kerjasama dengan pelanggan, melengkapkan pemerolehan dan usaha kewangan lain dalam syarikat – termasuk sumbangannya bagi permodalan semula syarikat baru-baru ini – tidak ternilai dan beliau akan dirindui,” kata Jeff Miller, Presiden dan CEO Synchronoss. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ron atas segala sumbangan beliau kepada syarikat ini. Kami akan sentiasa menganggap beliau sebahagian daripada keluarga Synchronoss dan mendoakan kejayaan beliau dalam perjalanan baharu. Ron juga telah membuat perancangan peralihan menyeluruh yang akan membolehkan Chrissy memikul tanggungjawab baharu dengan segera sementara kami menyambut kehadirannya dalam pasukan kepimpinan kanan.”

Gabrys baru-baru ini berkhidmat sebagai Pembantu Penasihat Undang-undang Synchronoss dan Ketua Pegawai Pematuhan yang memerlukan beliau berurusan dengan pelanggan dan rakan kongsi global. Sebagai Ketua Pegawai Pematuhan syarikat, beliau mengemas kini program pematuhan syarikat untuk memastikan amalan terbaik bagi dasar dan prosedur serta tadbir urus korporat di seluruh organisasi. Gabrys menyertai Synchronoss sebagai sebahagian daripada pemerolehan Openwave Messaging, tempat beliau berkhidmat sebagai penasihat undang-undang untuk Amerika dan APAC. 

FASTLY MENCAPAI SATU PERISTIWA PENTING YANG KRITIKAL DALAM MEMPERLUASKAN PERLINDUNGAN APLIKASI DAN API KEPADA RANGKAIAN PINGGIR DENGAN TEKNOLOGI ISYARAT UNGGUL

Pembina dapat mengesan dan menyekat trafik yang mencurigakan dengan lebih pantas dengan menguatkuasakan dasar-dasar keselamatan di pinggir

SAN FRANCISCO, 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fastly, Inc. (NYSE: FSLY), sebuah penyedia platform awan pinggir global, hari ini mengumumkan ketersediaan beta bagi ejen Sains Isyarat di platform awan pinggir Fastly. Ini merupakan satu peristiwa penting yang kritikal ke arah visi Fastly untuk memperkasakan pembina bagi melindungi aplikasi dan API di setiap persekitaran — awan, di premis, hibrid dan sekarang di rangkaian pinggir. Dengan perintegrasian ini, pelanggan akan dapat memanfaatkan teknologi isyarat yang kuat untuk menulis dan mengeluarkan peraturan dalam tepat masa bagi mengesan permintaan yang mencurigakan dan menyekat serangan dengan lebih pantas.

“Dengan menyatukan ketepatan bagi teknologi Sains Isyarat dengan skala bagi jaringan Fastly, organisasi akan memiliki perlindungan dan gaya diri keselamatan yang lebih besar melalui pelbagai lapisan pertahanan,” kata Christopher Rodriguez, Pengurus Penyelidikan di Keselamatan Siber di IDC. “Kedua-dua serangan aplikasi DDoS dan web sedang meningkat, dan pengurangan di pinggir adalah lebih penting pada masa ini. Dengan isyarat tepat masa, pasukan-pasukan keselamatan dapat mengesan trafik yang mencurigakan dengan tepat dan mengadakan peraturan dengan pantas untuk melindungi daripada kemungkinan serangan.”

FASTLY MENCAPAI SATU PERISTIWA PENTING YANG KRITIKAL DALAM MEMPERLUASKAN PERLINDUNGAN APLIKASI DAN API KEPADA RANGKAIAN PINGGIR DENGAN TEKNOLOGI ISYARAT UNGGUL

NEXUS PRODUKTIVITI PELANCONGAN BANTU PENGGIAT INDUSTRI DALAM PEMULIHAN PERTUMBUHAN PRODUKTIVITI INDUSTRI PELANCONGAN

 PETALING JAYA, 28 Julai (Bernama) -- Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) dengan sokongan penuh dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sedang membangunkan e-Direktori bagi produk dan perkhidmatan pelancongan di negeri Perlis. Langkah ini merupakan  persiapan untuk memulakan semula industri pelancongan dalam membantu penggiat industri menjana sumber pendapatan mereka dan memulihkan pertumbuhan produktiviti sektor pelancongan negeri itu.

Semua pemain industri pelancongan yang berpusat atau beroperasi di Perlis digesa untuk menyertai usaha ini dengan mendaftar nama syarikat atau organisasi mereka dalam e-Direktori TPN menggunakan https://tpnmatex.com/perlis. Lebih daripada 200 produk dan perkhidmatan pelancongan dijangka akan didaftarkan melalui e-Direktori ini pada akhir Oktober 2021 yang akan dimuatnaik ke platform digital B2B bagi tujuan promosi.
 
Pengerusi TPN, En. Uzaidi Udanis dalam satu kenyataan mengenai projek tersebut berkata, “Kita mesti menyelamatkan industri, mulai sekarang kita perlu bersama-sama para pemain industri pelancongan untuk menjana semula pendapatan, dan kita mengambil pendekatan satu destinasi pada satu masa. Perlis mempunyai jumlah kes COVID-19 positif terendah, dan tidak lama lagi Langkawi akan dibuka untuk pelancong di bawah pelan gelembung pelancongan. Ini adalah kelebihan untuk industri pelancongan Perlis. Ini juga satu usaha untuk sama melengkapi pelan gelembung pelancongan di Langkawi."
 
“Para pelancong yang ke Langkawi melalui Kuala Perlis boleh melancong ke Perlis satu atau dua hari, atau paling tidak setengah hari dalam perjalanan ke Langkawi atau ketika meninggalkan Langkawi. e-Direktori ini akan membantu pengusaha pelancongan dan secara langsung para pelancong untuk memilih tempat yang terbaik untuk dikunjungi, makanan yang paling enak dan aktiviti yang paling sesuai semasa di Perlis. Perlis mempunyai banyak tarikan pelancongan yang belum diterokai. Ketika Langkawi menerima para pelancong, saya berharap e-Direktori ini selesai untuk digunakan sepenuhnya untuk lebih mengenali Perlis. " tambah Uzaidi.
 
Pembangunan e-Direktori ini diharapkan dapat meningkatkan pertumbuhan produktiviti industri pelancongan di Perlis. TPN yang diterajui oleh industri ditubuhkan di bawah Malaysia Productivity Blueprint (MPB) yang tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan tahap produktiviti sektor ini. TPN bekerjasama erat dengan MPC Wilayah Utara dan Kerajaan Negeri Perlis dalam membangun direktori elektronik ini.
 
Dato’ Abdul Latif bin Haji Abu Seman, Ketua Pengarah MPC berkata, “Kita perlu melihat ke hadapan dan menyusun rancangan pemulihan untuk benar-benar meningkatkan pertumbuhan produktiviti industri pelancongan. Usaha perlu dilakukan untuk para pemain industri pelancongan boleh menjana semula pendapatan, dan MPC menyokong sepenuhnya setiap usaha yang dapat membantu para pemain industri untuk kembali produktif dalam perniagaan pelancongan mereka. "
 
“Namun, kita semua perlu ingat, usaha pemulihan harus seimbang dengan kesejahteraan masyarakat. Pematuhan SOP adalah suatu kemestian ketika merancang dan melaksanakan sesuatu program. Semua orang mesti mendapatkan vaksin. Keseimbangan ini amat penting." Kata Dato ’Abdul Latif.
 
Pemain industri pelancongan yang berpusat di Perlis boleh melayari https://tpnmatex.com/perlis untuk menghantar maklumat mengenai produk dan perkhidmatan mereka untuk dimasukkan ke dalam e-Direktori. 

Mengenai Malaysia Productivity Corporation (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menggalakkan produktiviti, kualiti dan daya saing kepada industri dan organisasi di Malaysia. Visi MPC adalah menjadi organisasi terkemuka dalam peningkatan produktiviti untuk daya saing global dan inovasi. 

Dikeluarkan oleh MALAYSIA PRODUCTIVITY CORPORATION 

Sumber: Malaysia Productivity Corporation (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Nik Haneez Nik Rosdi 
Tel: 019-718 1804
Emel: nikhaneez@mpc.gov.my

--BERNAMA

ISW HOLDINGS MENANDATANGANI PERJANJIAN PENGEHOSAN/PERLOMBONGAN YANG SIGNIFIKAN DENGAN PENERAJU GLOBAL BITMAIN UNTUK MELANCARKAN FASA SATU DI OPERASI PERLOMBONGAN KRIPTOWANG GEORGIA YANG BAHARU

 LAS VEGAS, 28 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — melalui InvestorWire — ISW Holdings, Inc. (OTC: ISWH) (“ISW Holdings” atau “Syarikat”), syarikat pemegangan pengurusan jenama global, teruja untuk mengumumkan penandatangan perjanjian pengehosan perlombongan kriptowang (“Perjanjian”) dengan Bitmain Technologies (“Bitmain”), pengeluar utama dunia bagi perkakasan perlombongan kriptowang dan firma perlombongan kriptowang global utama.

Perjanjian akan membentuk tunjang pelancaran Fasa Satu Syarikat bagi pengehosan kriptowang dan operasi perlombongan di Georgia miliknya. Butiran lanjut yang berkaitan Perjanjian ini akan dibincangkan dalam masa terdekat.

Irene Gao, Pengarah Antminer BD Rantau NCSA, Bitmain, berkata, “Kami berasa teruja untuk menandatangani projek perintis baru ini untuk memulakan kerjasama dengan ISW Holdings, sebuah pencapaian baharu bagi industri untuk mewujudkan kemudahan pengehosan di luar negara. Kemudahan sebesar 200 MW ini ialah fasa pertama kerjasama jangka panjang kami, menggunakan tenaga boleh dibaharui sebagai sumbernya. Kami menjangkakan untuk mengembangkan lagi projek ini pada masa hadapan untuk menyokong pembangunan industri ini.”

“Bitmain mungkin nama yang paling terkenal di dunia dalam ruang perlombongan, dan kami teruja bahawa mereka akan menjadi sebahagian utama daripada kejayaan kami di Georgia,” kata Alonzo Pierce, presiden dan pengerusi ISW Holdings. “Setelah kuasa sebanyak 200 MW kami digunakan sepenuhnya, kami menjangkakan hasil tahunan melebihi $200 juta, tetapi itu hanya akan menutup fasa pertama visi kami. Kami tidak sabar untuk membincangkan fasa kami yang seterusnya mengikut masa. Jika kami dapat melaksanakan mengikut visi penuh kami, kami berpotensi memacu pertumbuhan hasil yang eksponen pada masa akan datang.”

Untuk mendapatkan butiran lanjut dan pernyataan prospektif, lihat keseluruhan pengumuman: https://ibn.fm/ISWBitmainAnnouncement

Perihal Bitmain

Bitmain Technologies ialah sebuah syarikat semikonduktor multinasional dengan keupayaan reka bentuk IC yang canggih. Bitmain menawarkan produk, termasuk cip, pelayan dan penyelesaian awan untuk aplikasi blok rantai dan kecerdasan buatan (AI). Diasaskan pada tahun 2013 dan beribu pejabat di Daerah Haidian, Beijing, Bitmain mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan di Hong Kong, Singapura, dan Amerika Syarikat. Menurut Frost & Sullivan, Bitmain merupakan antara 10 pereka IC tanpa pemfabrikatan yang teratas di dunia dan kedua terbesar di China. Dalam kawasan perlombongan blok rantai, Bitmain telah menghantar berbilion ASIC, yang terdiri daripada 75% pasaran global.

Perihal ISW Holdings

ISW Holdings, Inc. (ISWH) yang berpangkalan di Nevada, ialah syarikat portfolio pelbagai yang terdiri daripada barisan perniagaan penting yang memenuhi permintaan produk kepada pengguna. Kepakaran kita terletak dalam pembangunan jenama strategik, pemudahan pertumbuhan awal, dan identiti jenama melalui proses perolehan proprietari kami. Bersama-sama, dengan rakan kongsi kami, kami ingin menyediakan struktur yang memenuhi permintaan kebolehskalaan yang besar, serta keperluan pasaran yang dijangka. Kami dapat memenuhi keperluan ini melalui pelbagai proses inovatif yang strategik. ISWH mencipta dan mengurus jenama merentasi spektrum industri yang disruptif. ISWH menggerakkan syarikat proprietari melalui tahap kritikal pembangunan pasaran, yang merangkumi pengkonsepan, strategi pasaran go-to, kejuruteraan, penyepaduan produk dan kecekapan pengedaran. Syarikat juga telah bekerjasama dengan syarikat pembangunan dan perundingan perisian yang terkenal, Bengala Technologies LLC, yang sedang membangunkan penambahbaikan ketara dalam ruang pengurusan rantai bekalan; dan, perkongsian ini mempunyai paten penting yang menunggu kelulusan sekarang.

Segmen perlombongan kriptowang Syarikat, yang diwujudkan dengan kerjasama peneraju industri, Bit5ive LLC, dipacu oleh misi untuk melombong kriptowang dengan jejak sifar-karbon.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.iswholdings.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14807

NIKKISO CRYOGENIC SERVICES MEMULIHKAN SEMULA LOJI PEMISAHAN UDARA DI INDIA UNTUK BEKALAN OKSIGEN KRITIKAL

TEMECULA, Calif., 29 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Cryogenic Industries’ Clean Energy & Industrial Gases Group (Kumpulan), sebuah anak syarikat Nikkiso Co., Ltd (Japan), dengan berbesar hati mengumumkan bahawa mereka telah selesai memulihkan semula loji Pemisahan Udara di Patancheru, Hyderabad India. Projek ini dijalankan dengan kerjasama kerajaan Telangana (TEL) dan Yayasan Greenko (GKO).

Berikutan krisis pandemik berterusan di India, kerajaan India memperkenalkan arahan untuk memulakan semula operasi dan pengeluaran LOX bagi memenuhi permintaan mendadak terhadap oksigen perubatan. GKO telah mengambil loji Oksigen yang telah lama ditutup secara sewaan daripada Air Water India Private Limited (AWI) untuk tempoh (2) dua tahun.

Pada Mei 2021, Kumpulan ini bekerjasama dengan GKO dalam memulihkan semula loji tersebut. Nikkiso Cryogenic Services menyediakan sokongan teknikal kritikal dan alat ganti, termasuk penggerak muncung dan komponen getaran, dan Nikkiso Cosmodyne India Pvt. Ltd. menyediakan sokongan perkhidmatan lapangan. Komponen kritikal yang biasanya mengambil masa 12-14 minggu disediakan dalam masa tiga hari untuk menyokong permintaan mendadak ini. Pada 22 Jun, tapak tersebut beroperasi semula sepenuhnya.

NIKKISO CRYOGENIC SERVICES MEMULIHKAN SEMULA LOJI PEMISAHAN UDARA DI INDIA UNTUK BEKALAN OKSIGEN KRITIKAL

TETRATE, YANG DIMULAKAN OLEH ISTIO CREATORS, MENGUMUMKAN PEMBUKAAN PEJABAT ASIA PASIFIK DI SINGAPURA

SAN FRANCISCO & SINGAPURA, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Tetrate, peneraju di dalam teknologi rangkaian dan perkhidmatan jaringan yang peka dengan aplikasi, mengumumkan pembukaan sebuah pejabat di Singapura untuk memperluaskan kehadiran syarikat itu di wilayah APAC. Tetrate melantik Karthik Viswanathan sebagai ketua jualan APAC dan Adrian Cole sebagai ketua kejuruteraan untuk membina pasukan mereka di Asia. Viswanathan telah mengembangkan organisasi jualan bagi Cloudhealth (diperolehi oleh VMware) dan Fortinet, dan Cole adalah pengasas bersama dan penyumbang utama untuk projek-projek sumber terbuka seperti JClouds, Spring Cloud Sleuth dan OpenZipkin. Pada awal tahun ini pada Mac, Tetrate telah mengumpulkan $40 juta dalam satu pusingan pendanaan Siri B yang diketuai oleh Sapphire Ventures. Pelabur lain termasuk Scale Venture PartnersNTTVCDell Technologies CapitalIntel Capital8VC, dan Samsung NEXT.


“Kami melihat momentum yang mantap bagi produk Tetrate di rantau APAC dan sekarang adalah masa yang tepat untuk melabur di dalam membina sebuah pasukan jualan dan kejuruteraan yang teguh di Asia,” kata Varun Talwar, Ketua Pegawai Ekskeutif bagi Tetrate. “Pemodenan aplikasi adalah satu fenomena global dan keselamatan kepercayaan sifar untuk perkhidmatan aplikasi dan API menjadi satu kebimbangan umum di kalangan perusahaan. Tetrate Service Bridge dibina khas untuk menyelesaikan masalah ini merentasi seluruh beban kerja dan persekitaran yang heterogen.”

Diamalkan oleh syarikat-syarikat kewangan, kesihatan dan keruncitan Fortune 200, dan organisasi-organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, platform penyampaian aplikasi Tetrate dan produk utama mereka, Tetrate Service Bridge, membantu mempercepatkan penggunaan awan, transformasi digital dan seni bina kepercayaan sifar. Tetrate, sebuah penyumbang utama kepada Envoy Proxy dan Istio, membantu perusahaan dengan perjalanan penggunaan jaringan perkhidmatan mereka dengan menyediakan sokongan dan kepakaran komersial.

Pengembangan ini di rantau itu mencerminkan cita-cita Tetrate untuk lebih dekat dengan pelanggan global mereka. Pasukan yang berpangkalan di Singapura itu akan termasuk kalangan profesional jualan, pemasaran, kejuruteraan dan kejayaan pelanggan. Ini akan membolehkan pelanggan tempatan dan serantau untuk menerima bimbingan dan sokongan yang lebih pantas. Tetrate akan meneruskan usaha pengembangan mereka dalam beberapa bulan akan datang untuk menambahkan lebih banyak lokasi di Asia.

Maklumat mengenai Tetrate

Dimulakan oleh pengasas Istio untuk membayangkan semula rangkaian aplikasi, Tetrate adalah syarikat jaringan perkhidmatan perusahaan yang menguruskan kerumitan bagi infrastruktur aplikasi awan hibrid moden. Produk utama mereka, Tetrate Service Bridge, menyediakan satu platform jaringan perkhidmatan yang komprehensif dan bersedia untuk perusahaan yang dibina untuk penggunaan berbilang kluster, berbilang penyewaan, dan berbilang awan. Pelanggan mendapat kebolehcerapan yang konsisten, terbina dalam, keselamatan waktu jalan dan pengurusan trafik di mana-mana persekitaran. Tetrate tetap menjadi sebuah penyumbang utama kepada projek sumber terbuka Istio dan Envoy Proxy. Dapatkan maklumat lanjut di www.tetrate.io.

Sila hubungi kami dengan pertanyaan.

Ikuti kami di Twitter, @Tetrateio

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14804

Wednesday, July 28, 2021

BLACK & VEATCH MEMBIMBING TITIK PENGGUNAAN PENGELUARAN HIDROGEN UNTUK KAJIAN BAHAN BAKAR KENDERAAN

 Daya maju bagi potensi pengeluaran hidrogen hijau teragih dalam penyahkarbonan  armada kunci kepada masa depan pengangkutan



OVERLAND PARK, Kan., 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perniagaan Kecerdasan Buatan, Empati telah menugaskan Black & Veatch untuk menyampaikan satu kajian tentang kebolehlaksanaan menggunakan pengeluaran teragih bagi hidrogen hijau untuk menjanakan armada kenderaan. Black & Veatch akan menyediakan satu penilaian ekonomi, logistik dan teknikal di tapak, potensi pengeluaran hidrogen berdasarkan permintaan sebagai sebuah bahan bakar bagi pengusaha armada yang berusaha ke arah nyahkarbon.

Hidrogen adalah sebuah bahan bakar kenderaan yang terbukti. Hidrogen hijau, yang dihasilkan dengan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui, menawarkan kepada operator armada dengan satu jalan untuk mencapai sasaran penyahkarbonan. Kaedah itu adalah untuk pengeluaran hidrogen terpusat, kemudian diangkut untuk penyimpanan di depot armada atau stesen pengisian. Kajian Black & Veatch akan berusaha untuk mengesahkan bahawa pengeluaran hidrogen teragih berskala kecil pada titik penggunaan menawarkan satu alternatif yang berdaya maju dalam mencapai titik harga yang kompetitif.

“Kami akan menetapkan keperluan teknikal dan model ekonomi bagi penjanaan boleh diperbaharui teragih untuk memberi kuasa kepada pengeluaran hidrogen berskala kecil di tapak,” kata Jonathan Cristiani, Jurutera Bahan Bakar Kuasa Termaju, Black & Veatch. “Oleh kerana daya maju komersial memerlukan satu rantaian bekalan yang mampu menyokong satu rangkaian kemudahan hidrogen hijau teragih, kajian kami menangani keseluruhan ‘ekosistem hidrogen,’ dan bukan hanya teknologi itu.”

Kajian itu, yang dijalankan oleh Kumpulan Teknologi Hidrogen Black & Veatch, akan dibina berdasarkan kepada pengalaman syarikat itu di dalam membangunkan infrastruktur bahan bakar kenderaan hidrogen dan aset kuasa hidrogen teragih, serta pengalaman projek yang menjadikan hidrogen sebagai satu bahagian berdaya maju bagi masa depan penyahkarbonan. Kajian itu akan dijalankan bersama dengan satu projek kolaboratif untuk mengintegrasikan platform AI Empati dengan platform Asset 360 Black & Veatch.

“Kami melihat hidrogen hijau sebagai satu bahan bakar digital yang sangat sesuai bagi satu persediaan ternyah pusat seperti rangkaian stesen pengisian atau depot armada. Kami ingin menggunakan teknologi kami di seluruh dunia, dengan bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang paling berinovatif merentasi rantaian bekalan hidrogen,” kata Gopal Ramchurn, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Empati. “Sebagai sebuah rakan teknologi agnostik dengan pengalaman dunia sebenar di dalam hidrogen - dan setiap titik dalam kitaran hayat bagi kuasa teragih dan infrastruktur bahan bakar kenderaan alternatif - Black & Veatch ditempatkan dengan ideal untuk membantu kami melakukannya.”

Untuk menyokong inisiatif penyahkarbonan, dan penggunaan hidrogen sebagai sebahagian daripada strategi penyahkarbonan, Black & Veatch pada tahun 2021 menyertai Majlis Hidrogen dan telah dilantik sebagai penasihat kepada Jawatankuasa Penasihat Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Tahun ini juga menyaksikan penerbitan e-buku Penyahkarbonan Armada syarikat itu dan panduan Hidrogen 2021: Satu Pelan kepada Tenaga Sifar.

Maklumat mengenai Black & Veatch

Black & Veatch adalah sebuah syarikat kejuruteraan, pemerolehan, perundingan dan pembinaan milik pekerja dengan mempunyai sebuah rekod prestasi inovasi lebih dari 100 tahun di dalam infrastruktur lestari. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan kami memperbaiki kehidupan manusia di seluruh dunia dengan menangani ketahanan dan kebolehpercayaan bagi aset infrastruktur kami yang terpenting. Pendapatan kami pada tahun 2020 melebih AS$3.0 bilion. Ikuti kami di www.bv.com dan di media sosial.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210728005001/en/

Hubungi

MALCOLM HALLSWORTH | +44 1483 319287 telefon | +44 7920 701764 telefon bimbit| HallsworthM@BV.com
TALIAN KHIDMAT MEDIA 24 JAM  | +1 866 496 9149

Sumber : Black & Veatch

Monday, July 26, 2021

AZAM MOTOR TERUS BERDAYA SAING MELALUI RANGKA KERJA KECEMERLANGAN PERNIAGAAN (MBEF)

 PETALING JAYA, 27 Julai (Bernama) -- Syarikat Azam Motor milik sepasang suami isteri yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan seratus peratus pemilikan bumiputera merupakan bengkel pembaikan kenderaan “ONE STOP CENTER” yang terus cemerlang berdaya saing menerajui perusahaan automotif. Beroperasi di Banting, Selangor sebagai ibu pejabat kini mempunyai 3 cawangan iaitu di Salak Tinggi Sepang, Bangi dan Sungai Petani setelah mereka berjaya mengruskan secara holistik melalui pendekatan Rangkakerja Kecemerlangan Perniagaan (MBEF).  

 
Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Azam Motor selepas menggunakan MBEF antaranya ialah Anugerah Syarikat Terunggul 2020 (Perkhidmatan Automotif), Anugerah Ikon Malaysia 2020 (Automotif) dan Pengerusi Persatuan Usahawan Pembangunan Automotif Wanita Malaysia (PUSPAWM). Mereka turut meraih pelbagai pengiktiran yang dianugerahi oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) lagi seperti 5S, High Productive Enterprise 2018 dan APIC 2018.
 
Kerangka Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF) adalah pendekatan holistik yang dibantu oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kepada organisasi yang bermaksud untuk meningkatkan prestasi mereka ke tahap seterusnya; memperkukuhkan penglibatan dan mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pihak berkepentingan serta lebih berdaya saing di pasaran yang kompetitif. Menurut Pn. Zulaifah Omar, Pengarah Kecemerlangan Organisasi MPC, “MBEF merangkumi tujuh kriteria iaitu Kepimpinan, Perancangan, Informasi, Pelanggan, Tenaga Kerja, Proses dan Hasil. Syarikat Azam Motor mula didedahkan dengan pendekatan MBEF yang bermatlamat untuk memantapkan pengurusan syarikat melalui Program Groom Big anjuran MPC sejak dari tahun 2016. Matlamat program Groom Big ini adalah untuk meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan yang dikendalikan oleh syarikat perusahaan kecil dan sederhana tempatan agar mereka berupaya untuk berdaya saing di peringkat global”. 
 
Menurut Pengarah Urusan Azam Motor, Pn. Mastinah Mohd Sani, “Organisasi cemerlang harus mempunyai tujuh ciri utama iaitu mempunyai matlamat dan hala tuju jelas, sistem komunikasi berkesan, jelas, telus dan proaktif, membudayakan memberi dan menerima maklum balas, menerima dan menghormati perbezaan dalam kalangan pekerja, semangat berpasukan tinggi, mementingkan keterlibatan dan kesetiaan pekerja dan mengutamakan kerjaya serta pembangunan kemahiran pekerja. Kriteria tersebut yang dipelajari dari MBEF digunakan untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan seterusnya memacukan prestasi syarikat ke tahap yang ada sekarang”.
 
Beliau turut menyeru syarikat diluar sana untuk menggunakan MBEF untuk menilai kekuatan dan peluang penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat. Fokus MBEF ialah melestarikan organisasi, baik awam atau swasta dengan melahirkan organisasi cemerlang bukan sahaja merujuk kepada keuntungan bagi organisasi perniagaan tetapi mampu kekal relevan dalam mendepani cabaran semasa.
 
 
Mengenai Malaysia Productivity Corporation (MPC)


Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menggalakkan produktiviti, kualiti dan daya saing kepada industri dan organisasi di Malaysia. Visi MPC adalah menjadi organisasi terkemuka dalam peningkatan produktiviti untuk daya saing global dan inovasi.

Dikeluarkan oleh MALAYSIA PRODUCTIVITY CORPORATION 


SUMBER : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) 

STEP & REPEAT - PERTANDINGAN REALITI FESYEN TIKTOK OLEH GLAMHIVE DAN MARY KAY GLOBAL DESIGN STUDIO - SEDANG MENARIK PERHATIAN DI LANDASAN MAYA

 


SEATTLE & LOS ANGELES, 23 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lampu. Kamera. Fesyen. Step & Repeat, satu pertandingan realiti fesyen yang pertama seumpamanya yang diadakan di TikTok, sedang menarik perhatian di landasan maya di seluruh dunia. Dicipta oleh Glamhive dan pemikir fesyen ke hadapan di Mary Kay Global Design Studio, pertandingan itu mengangkat profesional dalam busana, persolekan, dan penggaya rambut di setiap peringkat kerjaya di dalam satu pertandingan gaya dan program bimbingan yang mesra, menyokong, dan memberi inspirasi selama lima minggu pada platform media sosial TikTok yang semakin meningkat. 
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210722005314/en/ 

Sejak ia dilancarkan pada 22 Jun, Step & Repeat telah mencapai peranti bagi berjuta-juta pengguna TikTok di seluruh dunia, yang menghasilkan di dalam penyertaan di lebih 30 buah negara. Setiap minggu, hos Step & Repeat Johnny Wujek (pelanggan selebriti termasuk Katy Perry dan Mariah Carey) mengumumkan satu cabaran berdasarkan tema, yang memberi isyarat kepada penggaya amatur dan berpengalaman, di seluruh dunia bahawa masanya sudah tiba untuk menjadi kreatif — dan berfikir dalam cara yang kreatif.

“Saya suka bahawa kita dapat mempamerkan satu platform dan pergerakan global yang kreatif,” kata Wujek.

“Ia adalah sangat menyeronokkan untuk melihat orang mentafsirkan setiap tema dan cabaran dalam cara mereka yang tersendiri. Fesyen adalah mengenai menyatukan semua orang untuk meraikan segala-gala yang membentuk glamour: daripada pakaian sehingga kepada solekan dan rambut.”

Setiap pusingan, hakim selebriti Nicole Chavez (pelanggan selebriti termasuk Scarlett Johansson dan Kristen Bell), Claire Sulmers (pengasas bagi Fashion Bomb Daily), dan Andrew Fitzsimmons (pelanggan selebriti termasuk keluarga Kardashian) berduet dengan beberapa daripada penyertaan dan akhirnya menentukan pemenang. Masing-masing menerima hadiah wang tunai dan satu sesi bimbingan selama satu jam dengan seorang daripada sembilan belas pemimpin industri.

“Ini merupakan satu cara baharu yang menyeronokkan untuk berhubungan dan berkomunikasi dengan kreativiti yang telah bertapak dan bakat terbaik yang muncul,” kata Chavez. “Saya suka berkongsi pengalaman saya dan menggalakkan generasi seterusnya untuk mencapai sehingga ke puncak.”

Semasa sesi bimbingan, pemenang mendapat bimbingan khusus 1:1 dalam mewujudkan satu perniagaan mengenai solekan, rambut, atau gaya — atau mungkin ketiga-tiganya sekali.

“Saya suka membimbing satu daripada pemenang yang luar biasa itu daripada cabaran TikTok Step & Repeat,” kata Brian Underwood, Pengarah Kecantikan & Kesejahteraan bagi Oprah Daily. “Mendengar mengenai perjalanan kreatif beliau, mengenai cabaran yang beliau hadapi sejak setahun yang lalu, dan rancangan beliau yang mencetuskan inspirasi untuk masa depan adalah satu pengalaman yang memberikan tenaga. Dan saya sangat kagum dengan kandungan yang beliau hasilkan. Ini adalah minda kreatif untuk hari esok.”

Peserta bukan hanya sekadar penonton — mereka membina perniagaan peribadi mereka dan belajar melalui pakar-pakar Step & Repeat. Stephanie Sprangers, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Glamhive, berkata ia adalah melalui mereka bentuk.

“Visi kami bagi pertandingan ini adalah untuk memanfaatkan kuasa bagi kandungan hiburan dan menggabungkannya dengan bakat-bakar besar dan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna,” kata Spranger. “Ia adalah mengenai keterangkuman dan peluang. Pemenang mempunyai peluang pada satu perbualan yang benar-benar boleh mengubah kehidupan. Inilah apa yang mengujakan semua orang.”

Kreativiti itu berterusan pada minggu akhir bagi pertandingan itu ketika mahkota bagi kreativiti akan berakhir dengan cabaran yang paling menarik: tema Met Gala yang ditolak.

“Adalah sungguh luar biasa untuk melihat tahap bakat pada sepanjang proses ini,” kata Fitzsimmons. “Media sosial adalah penyama yang hebat oleh kerana ia membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai bakat dan impian untuk berkongsi hasil karya mereka pada satu skala global. Adalah sangat merangsangkan untuk melihat pengaruh global terpantul pada sepanjang pertandingan ini.”

Step & Repeat sudah mula mendapat perhatian pengguna TikTok, melebihi 1.5 juta tontonan dan telah dipaparkan di UK Daily Mail, The Daily Front Row, dan Vogue Business.

“Menjadi sebahagian daripada pertandingan ini adalah sangat mengujakan, dan menawarkan satu pandangan yang berinovatif mengenai penggaya, artis solekan, dan penggaya rambut besar yang seterusnya,” kata Sulmers. “Saya seronok melihat kepelbagaian dalam peserta, dan kemahiran mereka yang tidak dapat ditandingi.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.glamhive.com/tiktok

Friday, July 23, 2021

ZOOM BAKAL MEMPEROLEH FIVE9

 



Gabungan platform komunikasi Zoom yang teguh dengan pusat hubungan awan pintar Five9 akan membolehkan organisasi membayangkan semula cara mereka berinteraksi dengan pelanggan mereka

SAN JOSE, Calif. dan SAN RAMON, Calif., 22 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Zoom Video Communications, Inc. (NASDAQ: ZM) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian muktamad untuk memperoleh Five9, Inc. (NASDAQ: FIVN), pembekal terkemuka bagi pusat hubungan awan, dalam urus niaga saham penuh yang dianggarkan bernilai $14.7 bilion. Gabungan penyelesaian Pusat Hubungan sebagai Perkhidmatan (“CCaaS”) oleh Five9 dengan platform komunikasi luas Zoom akan mengubah cara perniagaan berhubung dengan pelanggan mereka, lalu membina platform interaksi pelanggan untuk masa hadapan.

Perolehan itu dijangka membantu Zoom meningkatkan kehadiran dengan pelanggan perusahaan dan membolehkannya untuk memecut peluang pertumbuhan jangka panjang dengan menambahkan pasaran pusat hubungan bernilai $24 bilion. Five9 ialah peneraju dalam perisian pusat hubungan berasaskan awan. Pusat hubungan awan boleh skala yang tinggi dan selamat itu menyediakan aplikasi mudah digunakan serta menyeluruh yang membolehkan pengurusan dan pengoptimuman interaksi pelanggan merentasi pelbagai saluran berbeza.

“Kita sentiasa mencari cara untuk meningkatkan platform kita dan penambahan Five9 sememangnya sesuai kerana akan menyampaikan kebahagiaan dan nilai lebih banyak kepada pelanggan kita,” kata Eric S. Yuan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Zoom. “Zoom dibina atas teras kepercayaan bahawa teknologi komunikasi yang teguh dan boleh dipercayai membolehkan interaksi yang memupuk empati dan kepercayaan yang lebih besar dan kami percaya perkara itu sangat benar dalam interaksi pelanggan. Pengusaha berkomunikasi dengan pelanggan biasanya menerusi pusat hubungan dan kami percaya perolehan ini mewujudkan platform interaksi pelanggan peneraju yang akan membantu untuk mengubah cara syarikat pelbagai saiz berhubung dengan pelanggan mereka. Kami teruja untuk bergabung tenaga dengan pasukan Five9 dan saya menanti-nantikan untuk menyambut mereka dalam keluarga Zoom.”

“Perniagaan menghabiskan sumber yang banyak setiap tahun untuk pusat hubungan mereka tetapi masih mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengalaman yang lancar untuk pelanggan mereka,” kata Rowan Trollope, Ketua Pegawai Eksekutif Five9. “Sememangnya telah menjadi misi Five9 untuk memudahkan perniagaan menyelesaikan masalah itu dan berinteraksi dengan pelanggan mereka dengan cara yang lebih bermakna dan cekap. Bergabung tenaga dengan Zoom akan memberi pelanggan perniagaan Five9 akses kepada penyelesaian terbaik, terutamanya Zoom Phone, yang akan membolehkan mereka untuk merealisasikan nilai yang lebih tinggi dan menyampaikan hasil sebenar untuk perniagaan mereka. Perkara ini, berserta falsafah ‘mudah digunakan’ dan portfolio komunikasi Zoom yang luas, pasti akan membolehkan pelanggan berinteraksi melalui saluran pilihan mereka.”

Perolehan Five9 oleh Zoom melengkapi populariti penawaran Zoom Phone yang semakin meningkat. Zoom Phone ialah sistem telefon awan moden yang menawarkan alternatif digital kepada penawaran telefon yang biasa, membolehkan organisasi berhubung dan berinteraksi dengan cara baharu dan mudah untuk menjalankan perniagaan.

Gabungan ini juga menawarkan kedua-dua syarikat peluang jualan rentas yang ketara kepada pangkalan pelanggan masing-masing. Hasil perolehan itu, Zoom akan memainkan peranan lebih besar dalam memacu masa hadapan digital dan merapatkan jurang antara syarikat dengan pelanggan mereka.

Berikutan urus niaga itu, Five9 akan menjadi unit operasi di Zoom dan Rowan Trollope akan menjadi Presiden Zoom dan terus menjadi CEO Five9, bawah penyeliaan Eric Yuan.

Butiran Urus Niaga yang Dicadangkan
Sebagaimana dalam sebahagian perjanjian itu, pemegang saham Five9 akan menerima 0.5533 saham daripada saham biasa Kelas A daripada Zoom Video Communications, Inc. bagi setiap saham Five9, Inc. Berdasarkan harga saham akhir bagi saham biasa Zoom Kelas A setakat 16 Julai 2021, ini mewakili harga sesaham untuk saham biasa Five9 sebanyak $200.28 dan nilai urus niaga tersirat dianggarkan sebanyak $14.7 bilion.

Lembaga Pengarah Zoom dan Five9 telah meluluskan urus niaga tersebut. Lembaga Pengarah Five9 mengesyorkan agar pemegang saham Five9 meluluskan urus niaga itu dan melaksanakan perjanjian penggabungan tersebut. Urus niaga itu, yang dijangka selesai pada separuh pertama tahun 2022, tertakluk pada kelulusan pemegang saham Five9, penerimaan kelulusan kawal selia yang diperlukan dan syarat penyelesaian yang lazim.

Butiran dan maklumat tambahan tentang terma dan syarat perolehan ini akan tersedia dalam laporan semasa pada Borang 8-K yang akan difailkan oleh Zoom dan Five9 dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Penasihat
Goldman Sachs & Co. LLC berkhidmat sebagai penasihat kewangan eksklusif dan Cooley LLP berkhidmat sebagai peguam Zoom. Qatalyst Partners berkhidmat sebagai penasihat kewangan eksklusif dan Latham and Watkins LLP berkhidmat sebagai peguam Five9.

Maklumat bagi Panggilan Persidangan Urus Niaga
Zoom dan Five9 akan mengadakan Webinar Video Zoom untuk pelabur pada Isnin, 19 Julai 2021 pada 5:30 pagi Waktu Pasifik / 8:30 pagi Waktu Timur. Pelabur dijemput untuk menyertai Webinar Video Zoom dengan melayari: https://investors.zoom.us/. Ulang tayang akan tersedia selepas panggilan itu tamat.

Perihal Zoom
Zoom adalah untuk anda. Kami membantu anda mengekspresikan idea, berhubung dengan orang lain, dan membina ke arah masa hadapan yang hanya dihadkan oleh imaginasi anda. Platform komunikasi lancar kami merupakan satu-satunya platform yang bermula dengan video sebagai asasnya, dan kami telah menetapkan standard untuk inovasi sejak itu. Oleh sebab itu, kami adalah pilihan yang intuitif, boleh diskalakan dan selamat untuk individu, perniagaan kecil, dan perusahaan besar yang seumpamanya. Diasaskan pada tahun 2011, Zoom didagangkan secara awam (NASDAQ: ZM) dan beribu pejabat di San Jose, California. Lawati zoom.com dan ikuti @zoom.

Perihal Five9
Five9 merupakan penyedia penyelesaian pusat hubungan awan yang terkemuka dalam industri, membawakan kuasa inovasi awan kepada lebih 2,000 pelanggan seluruh dunia dan memudahkan berbilion interaksi pelanggan setiap tahun. Pusat Hubungan Awan Pintar Five9 menyediakan interaksi digital, analitis, pengautomatan aliran kerja, pengoptimuman daya kerja dan AI yang praktikal untuk membantu pelanggan mengubah pengalaman pelanggan mereka. Direka bentuk untuk menjadi kukuh, selamat, patuh dan boleh skala, platform Five9 membantu untuk meningkatkan produktiviti ejen dan penyelia, menghubungkan pusat hubungan kepada perniagaan dan akhirnya menyampaikan hasil perniagaan yang ketara termasuk hasil yang meningkat dan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan yang semakin teguh.

Pernyataan Prospektif
Komunikasi ini mengandungi maklumat prospektif berkaitan Zoom, Five9 dan perolehan Five9 oleh Zoom yang melibatkan risiko, ketidaktentuan dan anggapan yang besar yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza daripada yang dinyatakan atau dibayangkan oleh pernyataan tersebut. Pernyataan prospektif dalam komunikasi ini termasuk, antara perkara lainnya, pernyataan tentang manfaat berpotensi bagi urus niaga yang dicadangkan untuk Zoom, Five9 dan pelanggan mereka, rancangan, objektif, jangkaan dan niat Zoom berhubung syarikat yang digabungkan itu, saiz peluang untuk Zoom di pusat hubungan, keadaan kewangan, hasil operasi dan perniagaan Zoom atau Five9 dan jangkaan bagi masa selesainya urus niaga yang dicadangkan ini.

Risiko dan ketidaktentuan termasuk, antara perkara lainnya, risiko berkaitan keupayaan Zoom untuk memenuhi urus niaga yang dicadangkan itu tepat pada waktunya atau langsung; keupayaan Zoom untuk menyepadukan operasi dan pegawai Five9 dengan jayanya; keupayaan Zoom untuk melaksanakan rancangan, ramalan dan jangkaannya yang lain berhubung perniagaan Five9 selepas selesainya urus niaga dan merealisasikan sinergi yang dijangkakan; kepuasan keadaan sebelum penyempurnaan urus niaga yang dicadangkan itu; keupayaan Zoom untuk mendapatkan kelulusan kawal selia pada terma yang dijangkakan tepat pada waktunya atau langsung, terutamanya dengan perkembangan kawal selia terbaru di Amerika Syarikat dan negara lain; keupayaan untuk merealisasikan manfaat yang dinantikan bagi urus niaga yang dicadangkan itu, termasuk kemungkinan bahawa manfaat yang dijangka daripada urus niaga yang dicadangkan itu tidak terealisasi atau tidak akan direalisasikan dalam tempoh masa yang dijangkakan; gangguan daripada urus niaga menjadikan hubungan perniagaan dan operasi lebih sukar untuk dikekalkan; sebarang kesan negatif daripada pengumuman atau penyempurnaan urus niaga yang dicadangkan pada harga pasaran bagi saham biasa Zoom Kelas A atau pada hasil operasi Zoom; impak kos urus niaga dan liabiliti tidak diketahui yang signifikan pada hasil operasi Zoom; risiko litigasi dan/atau tindakan kawal selia yang berkaitan urus niaga yang dicadangkan; penggunaan masa pengurusan dan sumber Zoom dan perbelanjaan lain yang berlaku berkaitan sebarang persetujuan atau kelulusan kawal selia atau kerajaan untuk urus niaga tersebut; kemungkinan bahawa tawaran saingan akan dibuat untuk memperoleh Five9; kesan pengumuman atau masa yang diambil bagi urus niaga terhadap hubungan perniagaan, hasil operasi dan perniagaan Zoom dan Five9 secara umumnya; impak pandemik COVID-19 dan langkah kesihatan awam pada perniagaan Zoom dan Five9 dan keadaan ekonomi secara umumnya; impak kejadian geopolitik; prestasi dan keselamatan perkhidmatan Zoom, termasuk sumber dan kos yang diperlukan untuk mengelakkan masa henti yang tidak dijangka dan mencegah, mengesan dan memulihkan kemungkinan pelanggaran keselamatan; serangan siber dan kerentanan keselamatan yang boleh membawa kepada hasil yang berkurangan, kos yang meningkat, tuntutan liabiliti atau bahaya kepada reputasi atau kedudukan saingan Zoom; kerosakan dan gangguan kepada perkhidmatan Zoom yang berlebihan jika Zoom gagal mengekalkan infrastruktur operasi yang mencukupi; faktor persaingan, termasuk peserta baharu dalam pasaran dan perubahan dalam persekitaran saingan dan persaingan yang meningkat; permintaan pelanggan untuk produk dan perkhidmatan Zoom; keupayaan Zoom dan Five9 untuk menarik, menyepadukan dan mengekalkan kakitangan yang layak; keupayaan Zoom untuk melindungi hak harta inteleknya dan membangunkan jenamanya; keupayaan Zoom untuk membangunkan ciri perkhidmatan dan produk baharu; hasil operasi dan aliran tunai Zoom; impak urus niaga terhadap strategi Zoom dalam memperoleh atau membuat pelaburan dalam perniagaan pelengkap, usaha sama, perkhidmatan, teknologi dan hak harta intelek; perubahan dalam cukai dan undang-undang, peraturan, kadar dan dasar lain; dan impak pengumuman perakaunan baharu.

Risiko ini, serta risiko lain berkaitan urus niaga yang dicadangkan, akan diterangkan dalam pernyataan pendaftaran pada Borang S-4 dan pernyataan/prospektus proksi yang akan difailkan dengan SEC berhubung urus niaga yang dicadangkan ini. Walaupun senarai faktor yang dinyatakan di sini dan senarai faktor yang akan dinyatakan dalam pernyataan pendaftaran pada Borang S-4 adalah, dianggap benar, tiada senarai yang harus dianggap sebagai pernyataan yang lengkap bagi semua kemungkinan risiko dan ketidaktentuan. Untuk maklumat tambahan tentang faktor lain yang boleh menyebabkan hasil sebenar banyak berbeza daripada yang diterangkan dalam pernyataan prospektif, sila rujuk laporan berkala dan pemfailan lain dengan SEC oleh Zoom dan Five9, termasuk faktor risiko yang dikenal pasti dalam Laporan Suku Tahunan terbaru Zoom dan Five9 pada Borang 10-Q dan Laporan Tahunan pada Borang 10-K.

Pernyataan prospektif yang disertakan dalam komunikasi ini dibuat hanya pada tarikh yang dinyatakan di sini. Zoom tidak bertanggungjawab dan tidak berniat untuk mengemas kini pernyataan prospektif ini, kecuali atas keperluan undang-undang.

Maklumat Tambahan dan Cara Mendapatkannya

Berhubung penggabungan yang dicadangkan ini, Zoom berniat untuk memfailkan pernyataan pendaftaran dengan SEC pada Borang S-4, yang akan menyertakan dokumen yang berperanan sebagai prospektus Zoom dan pernyataan proksi Five9 (“pernyataan/prospektus proksi”). Selepas pernyataan pendaftaran diisytiharkan berkuat kuasa oleh SEC, pernyataan/prospektus proksi akan dihantar kepada pemegang saham Five9. SEBELUM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN PENGUNDIAN ATAU PELABURAN, PEMEGANG SEKURITI ZOOM DAN FIVE9 DIGESA UNTUK MEMBACA PERNYATAAN/PROSPEKTUS PROKSI (TERMASUK SEMUA PINDAAN DAN TAMBAHAN PADANYA) DAN DOKUMEN LAIN BERKAITAN PENGGABUNGAN ITU YANG AKAN DIFAILKAN DENGAN SEC APABILA TERSEDIA KERANA DOKUMEN ITU AKAN MENGANDUNGI MAKLUMAT PENTING TENTANG PENGGABUNGAN YANG DICADANGKAN. Pelabur dan pemegang sekuriti boleh mendapatkan salinan pernyataan/prospektus proksi (apabila tersedia) dan dokumen lain yang difailkan oleh Zoom dan Five9 dengan SEC, secara percuma, melalui laman web yang diurus oleh SEC iaitu http://www.sec.gov. Salinan dokumen yang difailkan dengan SEC oleh Zoom akan tersedia secara percuma di bawah tajuk SEC Filings dalam bahagian Investor Relations di laman web Zoom di https://investors.Zoom.us/. Salinan dokumen yang difailkan dengan SEC oleh Five9 akan tersedia secara percuma di bawah tajuk Financials & Filings dalam bahagian Investor Relations di laman web Five9 di https://investors.five9.com/.

Peserta dalam Pengumpanan

Zoom dan Five9 dan pengarah dan pegawai eksekutif masing-masing boleh dianggap sebagai peserta dalam pengumpanan proksi berhubung urus niaga yang dicadangkan. Maklumat tentang pengarah dan pegawai eksekutif Zoom dinyatakan dalam Borang 10-K Zoom bagi tahun yang tamat pada 31 Januari 2021 dan pernyataan proksi untuk Mesyuarat Agung Pemegang Saham Zoom 2021, yang difailkan dengan SEC pada 18 Mac 2021 dan 5 Mei 2021. Maklumat tentang pengarah dan pegawai eksekutif Five9 dinyatakan dalam Borang 10-K Five9 bagi tahun yang tamat pada 31 Disember 2020 dan pernyataan proksi untuk Mesyuarat Agung Pemegang Saham Five9 2021, yang difailkan dengan SEC pada 1 Mac 2021 dan 29 Mac 2021. Pemegang saham boleh mendapatkan maklumat tambahan berhubung kepentingan peserta berikut dengan membaca pernyataan pendaftaran dan pernyataan/prospektus proksi dan bahan berkaitan lain untuk difailkan dengan SEC berhubung penggabungan yang dicadangkan apabila maklumat tersebut tersedia. Pelabur harus membaca pernyataan/prospektus proksi dengan teliti apabila tersedia sebelum membuat sebarang keputusan pengundian atau pelaburan.

Tiada Tawaran atau Pengumpanan

Komunikasi ini bukan penawaran untuk menjual atau pengumpanan penawaran untuk membeli sebarang sekuriti atau umpanan bagi sebarang undi atau kelulusan, atau jualan sekuriti tidak dilakukan di mana-mana bidang kuasa, kerana penawaran, jualan atau umpanan sedemikian adalah menyalahi undang-undang, berikutan pendaftaran atau kelayakan bawah undang-undang sekuriti di mana-mana bidang kuasa tersebut. Tiada penawaran sekuriti boleh dibuat kecuali dengan prospektus yang memenuhi keperluan Seksyen 10 dalam Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda.

Perhubungan Akhbar Zoom
Colleen Rodriguez
Ketua Hubungan Media Global
press@zoom.us

Perhubungan Pelabur Zoom
Tom McCallum
Ketua Perhubungan Pelabur
investors@zoom.us

Perhubungan Akhbar Five9
Allison Wilson
352-502-9539
allison.wilson@five9.com

Perhubungan Pelabur Five9
Barry Zwarenstein
Ketua Pegawai Kewangan
925-201-2000 samb. 5959
ir@five9.com

The Blueshirt Group untuk Five9, Inc.
Lisa Laukkanen
415-217-4967
lisa@blueshirtgroup.com 

Sumber: Zoom Video Communications, Inc. 

--BERNAMA

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...