HAIKOU, China, 4 Feb, 2019 / Xinhua-AsiaNet / --
Pada 29 Januari, Taklimat mengenai Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan yang ditaja oleh Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan bagi Wilayah Hainan telah diadakan di Phnom Penh, Kemboja. Ini adalah taklimat promosi rasmi yang pertama bagi Hainan yang diadakan di Kemboja. Ia menyaksikan kehadiran 150 rakan dari China dan Kemboja dan pertukaran mendalam mereka mengenai penambahan penerbangan rentas sempadan dan mengukuhkan kerjasama dua hala bagi pelancongan, kebudayaan, dan perdagangan.
Pada taklimat itu, Jabatan berkenaan dengan teliti telah memperkenalkan format pelancongan, produk dan sumber pelancongan yang baharu di Hainan dalam video, PPT, dan bentuk lain. Dalam proses ini, peserta dapat menikmati lagu-lagu Hainan, lagu-lagu Khmer, dan persembahan seni yang lain yang menunjukkan sepenuhnya keindahan penyatuan kebudayaan-pelancongan di antara Hainan dan Kamboja. Di samping itu, seorang pakar pelancongan Kemboja telah dijemput oleh penaja untuk berkongsi kisah dan perasaan beliau mengenai Hainan dengan sebuah VCR yang disediakan, dan mendapat sambutan yang hangat dari tetamu yang hadir.
Pada masa ini, terdapat empat laluan udara di antara Hainan dan Kemboja, termasuk laluan terus di antara Sanya dan Phnom Penh dan di antara Sanya dan Siem Reap. Pada taklimat ini, wakil dari kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa kerjasama itu di antara Hainan dan Kemboja akan mempunyai prospek yang luas dan potensi yang besar. Pada masa akan datang, dengan penambahan penerbangan udara di antara Hainan dan Kemboja disediakan, Hainan boleh mengembangkan lebih banyak produk pelancongan yang sesuai untuk pelancong Kemboja dan meningkatkan kadar jumlah penumpang bagi penerbangan itu untuk menggalakkan lebih ramai pelancong Kemboja melawat Hainan.
Menurut Zhou Anwei, ketua perancang bagi Jabatan itu, sejak penubuhan Zon Perdagangan Bebas Hainan, kerajaan pusat telah mengeluarkan banyak dasar yang menggalakkan untuk mempromosikan pembangunan pelancongan dan sukan di Hainan, dalam usaha untuk menjadikannya sebuah zon demonstrasi pelancongan sukan kebangsaan dan sebuah pusat penggunaan pelancongan antarabangsa. Pada masa akan datang, Hainan akan membuka dengan lebih luas pasaran mereka kepada pelancong antarabangsa, dan meningkatkan dasar-dasar pembukaan pelancongan dengan harapan untuk menarik lebih banyak perusahaan Kemboja ke Hainan untuk kerjasama dan pembangunan bersama.
Menurut T.Y.T So Visothy, Setiausaha Rendah Negara, Kementerian Pelancongan (MOT) Kemboja, kira-kira 1.9 juta pelancong China melawat Kemboja pada tahun 2018, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 72.6%. Taklimat ini akan membolehkan Kemboja untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai Hainan. MOT itu akan melawat Hainan dari Mac hingga April 2019 untuk meningkatkan pertukaran ini.
Sumber: Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan bagi Wilayah Hainan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment