Kini, dengan get laluan VoIP Analog Tahan Lasak SmartNode 4140E, pembekal perkhidmatan boleh melaksanakan perkhidmatan VoIP untuk analog sistem analog FXS/FXO.
VoIP SmartNode… Lebih daripada Sekadar Kata-kata!
GAITHERSBURG, Md., 11 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Patton Electronics—pengeluar kelengkapan rangkaian industri teguh yang telah lama bertapak—telah melakukannya sekali lagi dengan get laluan VoIP analog bergred industri yang baharu.
Sebagai penyelesaian terbaik dalam kelas, siri Get Laluan VoIP Perindustrian SN4140E Patton yang baharu dan tahan lasak adalah ideal dalam melaksanakan telefoni Suara-melalui-IP di luar rumah atau pada persekitaran yang terdedah kepada alam sekitar di mana pemanasan dan penyejukan tidak dapat dikawal.
Unit ini boleh dipasang pada kenderaan dan sesuai untuk aplikasi ketenteraan. Organisasi ketenteraan Eropah telah membeli SN4140E untuk pengujian operasi.
Menawarkan kombinasi fleksibel sehingga lapan antara muka FXS dan FXO analog (POTS), get laluan VoIP industri Patton membantu penghantaran suara berdasarkan IP untuk aplikasi seperti automasi perindustrian, komunikasi ketenteraan, landasan kereta api, pengangkutan awam, telefon luar awam dan persendirian—termasuklah, telefon kecemasan di tempat letak kereta, sepanjang jalan raya dan landasan kereta api serta dalam terowong bawah tanah.
Get laluan industri Patton memberikan saling sambungan dan penukaran antara rangkaian IP-berdasarkan Suara yang moden menggunakan Session Initiation Protocol (SIP) dengan telefon analog tradisional, peralatan PBX analog atau talian PSTN.
“VoIP industri adalah perbatasan baharu,” kata Burton A. Patton, Timbalan Presiden Eksekutif di PATTON. “Semua-IP bermaksud semua terminal di semua tempat perlu diadaptasi ke VoIP dan kami menerajui tanggungjawab ini.”
Dirumahkan dalam bekas logam tertutup yang teguh, peranti SN4140E direka bentuk untuk tahan renjatan (IEC 60068-2-27), getaran (IEC 60068-2-6), suhu lampau (-40 sehingga +70o C), sehingga 85% kelembapan (pilihan penyaduran sama bentuk melindungi sehingga 100%), pemeluwapan dan fros. Pemasangan rel DIN dan pemasangan rak adalah disokong. Input kuasa blok terminal 12-48 VDC adalah standard, sementara penyesuai AC-ke-DC dengan kancing plag diskru juga dibekalkan.
Perlindungan daripada rejaman dan luapan kuasa juga terbina dalam berdasarkan MIL STD 1275.
Dalam berita berkaitan, Patton baru-baru ini mengumumkan Perkhidmatan Orkestrasi Pinggir Awan Patton yang Baharu untuk get laluan VoIP dan eSBC berdasarkan pelanggan SmartNode.
Hubungan Media: Glendon Flowers | +1 301 975 1000 | press@patton.com
Sumber: Patton Electronics Co.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11866
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment