SHENZHEN, China, 20 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Teknologi PoC telah berkembang dengan pesat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Ia bukan sahaja memenuhi tuntutan pengguna akhir untuk perkhidmatan suara tradisional, tetapi juga memudahkan perkhidmatan data imej, teks, video dan multimedia yang lain. Penggunaan rangkaian awam telah membolehkan radio PoC untuk mencapai jangkauan yang luas, komunikasi jarak jauh tanpa rangkaian tambahan atau penggunaan alat pengulang. Oleh itu, radio PoC boleh digunakan dalam pelbagai senario yang besar, dan menjimatkan pelaburan tambahan bagi pelanggan. Hasilnya, radio PoC yang berasaskan 3G/4G telah menjadi semakin popular di seluruh dunia.
Bagi pelanggan dari beberapa sektor perniagaan tertentu di mana kebolehpercayaan dan keselamatan bagi komunikasi suara dapat dikompromikan, PoC adalah merupakan penyelesaian yang ideal untuk mereka kerana ia memberi tumpuan kepada komunikasi suara dan mempunyai aplikasi multimedia, penghantaran dan fungsi kedudukan sebagai pelengkap yang berguna. Tidak syak lagi, terdapat satu potensi pasaran yang besar bagi produk ini.
Radio PoC Hytera
Hytera, sebuah pembekal global yang terkemuka bagi penyelesaian komunikasi Radio Mudah Alih Profesional (PMR) yang berinovatif, telah memaparkan satu siri radio PoC yang dibina di atas sebuah sistem pengendalian Android yang disesuaikan secara meluas dan dilengkapi dengan platform perkakasan mewah. Radio PoC Hytera di semua peringkat menyediakan perkhidmatan suara, teks, imej, video dan multimedia yang lain ke atas 2G, 3G dan 4G dan rangkaian awam WiFi. Selain itu, mereka mempunyai antara muka yang terbuka dan serasi dan SDK untuk menyokong penyesuaian khusus pihak ketiga dan penyelesaian bahagian belakang yang pelbagai. Oleh itu, radio PoC Hytera dapat memenuhi pelbagai keperluan dari pengguna akhir di dalam industri keselamatan, logistik, pengangkutan, taman perindustrian pintar, kereta api dan lapangan terbang, pelabuhan, pasar raya besar dan banyak industri menegak yang lain.
Pada tahun 2018, Hytera telah melancarkan radio PoC mereka yang pertama, PNC370, yang menarik perhatian yang luas di dalam industri. PNC370 dapat meningkatkan komunikasi dan kolaborasi anda di mana juga, serta menawarkan kepada anda pengurusan sistem yang berasaskan peranan dan fungsian penghantaran yang fleksibel.
Minggu depan di MWC Barcelona, Hytera akan memperkenalkan buat pertama kali PNC550 mereka, sebuah radio PoC pintar dengan skrin sentuh 5 inci, yang menggabungkan kedua-dua ciri telefon pintar 4G dan radio PMR. Sila lawat tapak Hytera di Dewan 6 (6M20) untuk mengetahui tentang radio pintar yang baharu ini.
Penyelesaian PoC Lengkap Hytera
Radio PoC Hytera boleh digunakan di dalam gabungan dengan platform bahagian belakang bersepadu audio dan video, yang bermaksud Hytera mempunyai satu penyelesaian PoC yang lengkap berbanding dengan rangkaian 2G, 3G, 4G dan WiFi untuk pelanggan, yang sama ada boleh membeli perkakasan tambahan untuk membina rangkaian mereka sendiri bagi pengurusan peribadi, atau menyewa pelayan awan bagi pengurusan yang fleksibel. Platform pengurusan terminal pengguna berasaskan web itu memudahkan pengurusan berasaskan peranan layan diri. Sebagai contoh, peranan seperti peniaga, syarikat, dan pengguna mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Platform penghantaran berasaskan web membolehkan panggilan individu, panggilan kumpulan dan panggilan kumpulan sementara dilakukan, serta pemindahan multimedia (teks, imej, suara) dan panggilan video tepat masa. Di samping itu, ia boleh digunakan dalam gabungan dengan Google Mapbagi membolehkan kedudukan GPS tepat masa, main semula trek, dan DGNA berasaskan peta (tugasan nombor kumpulan dinamik). Ciri-ciri kawalan pengguna jarak jauh termasuk menghidupkan semula, pegun jarak jauh, pembatal dan perintang pengguna juga tersedia.
Radio PoC Hytera adalah serasi dengan kebanyakan penyelesaian PoC yang berada di pasaran dan disesuaikan dengan perisian yang tersuai. Hytera juga membangunkan sebuah sistem komunikasi multimedia P-PoC yang menggunakan teknologi suara melalui protokol Internet (VoIP) untuk menyokong perkhidmatan sistem radio dua hala. Untuk menikmati panggilan individu, panggilan kumpulan dan perkhidmatan radio dua hala yang amat banyak dalam satu masa yang singkat, pengguna hanya perlu memasang sebuah aplikasi pada radio PoC Hytera. Bagi pelanggan yang ingin menggunakan sistem PMR jalur sempit mereka yang sedia ada, Hytera menawarkan satu penyelesaian PoC pertumpuan yang berinovatif, yang menghubungkan kedua-dua rangkaian jalur sempit dan jalur lebar untuk memastikan satu pengalaman pengguna yang lancar dalam perkhidmatan suara, kawalan panggilan dan penghantaran.
Setakat ini, penyelesaian PoC Hytera telah berjaya diterapkan di dalam pelbagai projek termasuk Pelan Respons Kecemasan Biro Pengurusan Bandar Nanshan Shenzhen untuk Taufan Mangkhut, Pasukan Perubatan Separuh Marathon Nanshan bagi sokongan komunikasi dan projek komunikasi memadamkan kebakaran di Korea Selatan, dan mendapat pengiktirafan yang mengagumkan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11882
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment