KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- SMBC Malaysia melantik Tetsuya Kainaka sebagai presiden/ketua pegawai eksekutifnya berkuat kuasa 23 Jan, 2019.
Sebelum pelantikan itu, Kainaka bertugas sebagai pengurus Jabatan Perniagaan Pelanggan Global SMBC di ibu pejabat bank berkenaan di Tokyo, dengan mengurus perniagaan pelanggan multinasional bukan Jepun di Jepun, kata SMBC dalam kenyataan hari ini.
Kainaka juga pernah berkhidmat masing-masing selama tiga tahun di Amerika Utara dan Selatan, mengurus jabatan perbankan korporat di New York sebelum berpindah ke Brazil bagi menyelia perancangan dan penggalakkan perniagaan serta perniagaan perbendaharaan di Banco Sumitomo Mitsui Brasileiro S.A., Sao Paulo Brazil (anak syarikat 100 peratus SMBC di Brazil).
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LEPAS Memperluas Kehadiran Global dengan Kemajuan di Pelbagai Pasaran
WUHU, China, 21 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tahun 2026 menandakan “Tahun Penyampaian” bagi LEPAS. Selepas penampilan sulungnya di Eropa...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
NetBox Copilot mempercepatkan operasi dan automasi, disamping menyediakan keupayaan layan diri kepada pasukan bukan IT NEW YORK, 12 Feb (B...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
No comments:
Post a Comment