Wednesday, November 18, 2020

BERSAMA-SAMA DENGAN SELURUH DUNIA, BERBINCANGLAH DENGAN MASA DEPAN: NANSHA DARI GUANGZHOU MENEROKA HORIZON BAHARU BAGI INOVASI TEKNOLOGI SAINS

 NANSHA, China, 19 Nov., 2020 / Xinhua-AsiaNet/--


“Kami mengatasi kesukaran dan bertemu seperti yang dijadualkan, membawa elit saintifik dan teknologi global ke Nansha sekali lagi,” kata Dong Ke, Datuk Bandar bagi Daerah Nansha di Guangzhou, di East Tech West 2020 yang diadakan di Nansha pada 17 November.
 
Dalam “era pasca wabak” itu, bagaimana untuk merebut peluang pada masa itu, hadapi kesukaran dan menggalakkan pemulihan ekonomi dunia melalui inovasi teknologi? East Tech West memberikan satu jawapan kepada persoalan itu.

Menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Daerah Nansha, East Tech West pada tahun ini telah menarik tetamu yang berpengaruh termasuk Ginni Rometty, Pengerusi Eksekutif IBM, Chen Xiaodong, Naib Presiden, Alibaba dan Ketua Pegawai Eksekutif, InTime, dan Dr. Chiang Chun Yuan, Pengasas dan Pengerusi, Jawatankuasa Teknologi, FINDA, dll. Mereka berkongsi pandangan yang melihat ke hadapan dan terkemuka mengenai topik seperti “Tinjauan Pelaburan Global”, “Strategi Pemulihan Pasca Pandemik China”, “Pembangunan Lestari bagi Ekonomi Digital”, “Industri Kesejahteraan Pasca Pandemik”, dll.

Menurut Dr. Chiang Chun Yuan, adalah satu masalah biasa bagi masyarakat antarabangsa untuk mengetahui cara bagaimana untuk menerapkan sains dan teknologi bagi menjadikan kehidupan masyarakat lebih mudah dan bermanfaat untuk pembangunan ekonomi. Dalam konteks ini, gabungan teknologi digital dengan perubatan tradisional Cina adalah sangat diharapkan.

Transformasi digital tidak hanya memberikan satu kesan jangka panjang kepada industri kehidupan dan kesihatan, tetapi juga mempengaruhi model pemikiran bagi pelbagai industri dan bidang. Mu Chen, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, BigONE Lab, berkata bahawa BigONE Lab menerapkan satu generasi baharu bagi sistem data, perundingan, dan penyelidikan, bersama dengan produk penyelidikan digital untuk menganalisis penggunaan, hiburan, pendidikan, dan perkhidmatan tempatan, dll. Dengan data objektif yang besar, ia menunjukkan bahawa ekonomi China mempunyai daya tahan yang mantap dan potensi pembangunan yang besar dalam menghadapi wabak tersebut.

“Kelenturan China bagi pembangunan ekonomi membolehkan banyak masalah untuk diselesaikan di sini,” kata CG Lai, Ketua Pegawai Eksekutif, BNP Paribas China.

Berdasarkan itu, negara itu telah dengan pantas menyesuaikan dasar-dasar di bawah wabak itu, mengoptimumkan persekitaran perniagaan dan menggalakkan pemulihan ekonomi, dengan menjadi sebuah “tempat yang selamat” bagi pelaburan rentas sempadan bagi banyak syarikat.

Zon Perdagangan Bebas Perintis (Guangdong) China, sebagai sebuah pelopor di dalam putaran reformasi dan pembukaan baharu China, sedang menjadi “satu daripada pilihan pertama” bagi modal asing untuk masuk ke pasaran China.

Dong Ke berkata di East Tech West: “Nansha telah diluluskan sebagai sebuah zon ikatan komprehensif nasional dan satu daripada zon demonstrasi untuk penggalakan kreatif bagi perdagangan import, mendorong kami untuk membina sebuah tanah tinggi baharu untuk membuka dan menyediakan peluang kepada orang ramai di dalam negeri dan luar negara untuk melabur dan memulakan perniagaan di sini.”

Industri berteknologi tinggi sedang berkembang dengan pesat di Nansha, dengan jumlah perusahaan yang berkaitan terus meningkat. Menurut Dong Ke, setakat ini, Nansha telah mengumpulkan lebih daripada 230 syarikat kecerdasan buatan, lebih 200 syarikat kehidupan dan kesihatan, dan 187 projek pelaburan dari syarikat-syarikat Fortune Global 500.

Pada masa ini manusia sedang menjalani perubahan besar yang tidak dilihat dalam tempoh satu abad. Pertukaran dan kerjasama saintifik dan teknologi sangat menyokong pemulihan ekonomi global. Dong Ke berkata lebih ramai orang dialu-alukan untuk berkongsi idea dan kebijaksanaan di East Tech West, bersama-sama membincangkan model baharu bagi kerjasama inovasi saintifik dan teknologi antarabangsa, dan menyumbangkan pemikiran baharu bagi pembangunan ekonomi global.
 
Sumber: Jawatankuasa Publisiti bagi Jawatankuasa Daerah Nansha

HILLSTONE NETWORKS DIIKTIRAF BUAT KALI KE-7 DI DALAM KUADRAN MAGIK BAGI TEMBOK API RANGKAIAN

 SANTA CLARA, Calif., 17 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian Keselamatan Rangkaian Perusahaan dan Pengurusan Risiko, mengumumkan ia telah berada pada kedudukan paling tinggi untuk melaksanakan di dalam kuadran Pemain Nic di dalam Kuadran Magik Gartner bagi Tembok Api Rangkaian.


“Mereka berkata latihan menghasilkan kesempurnaan,” kata Tim Liu, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama bagi Hillstone Networks. “Kami telah berada pada kedudukan di Kuadran Magik untuk Tembok Api Rangkaian selama 7 tahun berturut-turut (2 tahun berturut-turut untuk laporan Keupayaan Kritikal yang berkaitan). Kami berpendapat bahawa komitmen kami yang tidak goyah dan menjadi dasar bagi menyampaikan janji untuk berdiri bersama dengan klien kami di dalam mempertahankan rangkaian mereka yang membantu kami untuk turut serta.”

Portfolio Hillstone yang mantap menangani pelbagai kes penggunaan dan senario penyebaran, keselamatan rangkaian yang didasarkan kepada teknologi segmen mikro, dan satu strategi tanpa henti yang berpusat pada awan dari peringkat awal lagi.
 
Dengan lebih 18,000 perusahaan dilindungi hari ini oleh penyelesaian Hillstone, kami percaya bahawa adalah jelas mengapa pelanggan memilih, dan mengapa kami diiktiraf.

*: Gartner, Kuadran Magik bagi Tembok Api Rangkaian, Rajpreet Kaur, Adam Hils, Jeremy D’Hoinne, 9 November 2020

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan kami, dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor tertentu dengan penilaian paling tinggi atau penentuan yang lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat bagi organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh diertikan sebagai kenyataan berfakta. Gartner menafikan semua jaminan, yang tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan bagi kebolehdagangan atau kesesuaian bagi sesuatu tujuan tertentu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13986

Tuesday, November 17, 2020

Penyelidik NTHU Menemui Biopenanda Baharu Kanser Gastrik Untuk Terapi Yang Disesuaikan





HSINCHU, Taiwan, 16 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Satu pasukan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Wang Wen-ching dari Institut Biologi Molekul dan Selular, Universiti Nasional Tsing Hua (NTHU) telah memanfaatkan kuasa bagi data raya untuk mengenal pasti dua biopenanda utama yang menyumbang kepada percambahan dan metastasis bagi kanser gastrik (perut). Dengan menggunakan ubat-ubatan yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat, pasukan itu telah menjalankan terapi yang disasarkan yang dapat secara efektif menghapuskan pertumbuhan tumor dan menghalang metastasis, sekali gus membuka jalan bagi satu terapi baharu yang disesuaikan. Penyelidikan mereka telah diterbitkan di dalam terbitan terbaharu Prosiding Akademi Sains Kebangsaan bagi Amerika Syarikat.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201113005183/en/
 
Mencari cara-cara baharu untuk merawat kanser gastrik

Kanser perut adalah kanser kelima yang paling biasa di seluruh dunia, dan kadar kematian kedua paling tinggi kerana rawatannya yang melelahkan dan sukar bagi kebanyakan pesakit. Wang berkata bahawa ia sering terjadi bahawa pada saat seseorang didiagnosis, sel-sel barah sudah menjadi metastasik.

Wang berkata bahawa setakat ini, hanya ada satu ubat sasaran (terapi Her 2) yang dapat merawat kanser gastrik, dan ia hanya sesuai untuk kurang daripada 20% pesakit di seluruh dunia. Di Taiwan, jumlah ini menurun kepada 8%. Pasukan Wang telah berusaha untuk menguraikan mekanisme yang mendasari penyebaran sel-sel barah dan menemui biopenanda baharu, dengan satu matlamat untuk membangunkan satu terapi baharu yang disesuaikan.

Memperlahankan kanser perut

Wang menjelaskan bahawa sebab utama bagi penyebaran sel-sel kanser gastrik itu adalah ketidakberkesanan bagi protein fosfatase dan homolog tensin (PTEN), protein penindas tumor yang bertindak seperti sebuah brek. Apabila brek itu gagal, sel-sel barah akan berkembang biak, mengembang, dan tumbuh menjadi tumor metastatik yang berbahaya. Tugas pertama bagi pasukan itu adalah untuk menentukan asas bagi “kegagalan brek” ini.

Pasukan penyelidik itu telah mengumpulkan maklumat dari lebih 300 kes bagi kanser gastrik dan menggunakan data raya untuk mendapatkan laluan biologi yang membawa kepada perkembangan barah dari lebih 30,000 gen yang berpotensi. Mereka mendedahkan bahawa kedua-dua enzim PHF8 dan PKCα memainkan satu peranan penting di dalam enigma itu. Enzim nuklear PHF8 itu tersebar luas di dalam ~40% tisu kanser gastrik dan menyebabkan PKCα untuk melonjak, mencetuskan kehilangan PTEN, seperti “satu kegagalan brek”.

Nasib baik, aktiviti PKCα boleh disekat oleh ubat midostaurin, satu agen anti-kanser untuk rawatan bagi barah darah yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat tiga tahun lalu. Pasukan itu menggunakan model ikan zebra dan tikus untuk menyediakan bukti-bukti bahawa rawatan midostaurin dapat mengecilkan tumor dan seterusnya mengekang penyebaran kanser.

Wang berkata bahawa kejayaan di dalam mencari satu terapi kejituan adalah melalui kerjasama antara disiplin. Beliau berterima kasih kepada Dr. Tseng Linlu, yang baharu sahaja memperoleh ijazah PhD beliau dengan latihan yang mantap di dalam perubatan molekul dan biostatistik di NTHU, Dr. Yeh Ta-sen, pengarah bagi Bahagian Pembedahan Umum di Hospital Chang Gung Memorial di Linkou, Dr Yuh Chiou-hwa di Institut Penyelidikan Kesihatan Nasional dan felow Academia Sinica Kung Hsing-jien.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13982

PERTANDINGAN QUARANTUNES APRU MENGHUBUNG DAN MENINGKATKAN KEHIDUPAN KOMUNITI PELAJAR MELALUI MUZIK, MEMBANGKITKAN SEMANGAT SEMASA PANDEMIK BERTERUSAN

Pemenang dari Hong Kong, Taiwan, Mexico, Filipina, Amerika Syarikat, Colombia dan Korea Selatan bangkit dengan kesihatan mental dan kesejahteraan yang lebih baik


HONG KONG, 17 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Untuk membawa pelajar universiti antarabangsa bersama dengan memupukkan kreativiti dan berkongsi kepositifan semasa wabak itu, Persatuan bagi Universiti-universiti Lingkungan Pasifik (APRU) baru-baru ini telah melancarkan pertandingan muzik pelajar Quarantunes mereka. Dengan menarik 108 penyertaan yang mengagumkan oleh pelajar dari 13 ekonomi merentasi Asia Pasifik, pertandingan Quarantunes telah dianjurkan oleh APRU Plus, sebuah hab dalam talian yang dilancarkan khusus untuk menangani cabaran semasa COVID. Pasukan yang menang menggambarkan satu kelebaran yang luar biasa bagi bakat pelajar antarabangsa, dengan penyertaan utama muncul dari pasukan-pasukan pelajar di Hong Kong, Taiwan, Mexico, Filipina, California (Amerika Syarikat), Colombia, dan Korea Selatan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201116006114/en/ 

Dengan hampir-hampir tidak ada pergerakan di kalangan pelajar antarabangsa dan kelas-kelas secara fizikal dihentikan, pelajar menghadapi gangguan yang tidak pernah terjadi sebelum ini terhadap pengajian dan pengalaman universiti mereka. Satu kajian yang dijalankan pada musim panas lalu oleh sebuah konsortium penyelidikan pendidikan tinggi yang termasuk anggota APRU University of California, Berkeley mendapati bahawa 35% pelajar siswa positif untuk kecelaruan kemurungan utama, sementara 39% mempunyai kecelaruan keresahan umum, satu kadar yang jauh lebih tinggi berbanding tahun-tahun yang lalu. Dengan kerisauan yang berlaku di universiti-universiti di seluruh dunia, APRU Plus menyediakan peluang-peluang inovatif untuk kerjasama bagi merapatkan jurang yang diwujudkan oleh penjarakan sosial.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13996

MARKETLEND MEMPERLUASKAN BAHAGIAN ASIA DENGAN MELANTIK ANDREW ROSS

SYDNEY, 17 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Marketlend, platform kredit perdagangan tempat pasaran terkemuka di Australia, telah mengalu-alukan Andrew Ross untuk mengetuai usaha pengasalan dan insurans untuk Marketlend di seluruh Asia, dan membantu Marketlend untuk memperluaskan kehadiran mereka di dalam komoditi perdagangan, kredit perdagangan diskaun yang diinsuranskan, dan hutang bermasalah.

Dengan pengalaman pengunderaitan kredit perdagangan antarabangsa yang menjangkau tiga dekad, Ross memulakan kerjaya beliau di dalam menjaga pasaran eksport Eropah untuk Trade Indemnity sebelum seterusnya bekerja untuk QBE di Australia dan Hong Kong, pada peringkat awalnya di dalam pengunderaitan domestik, dan kemudian sebagai ketua bagi bahagian Asia Utara. Pada tahun 2015 Ross mengetuai bahagian pelanggan Global di Coface, sebelum menyertai Bond & Credit pada tahun 2017 untuk memulakan perniagaan antarabangsa mereka.

Leo Tyndall, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Marketlend berkata, “Rekod perkhidmatan Andy yang luar biasa menjadikan beliau sebagai satu bahagian penting di dalam pengembangan kami di Asia dan saya teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Andy ketika kami terus maju dari setingkat ke setingkat. Oleh kerana permintaan yang tinggi bagi penawaran pinjaman belum terima perdagangan yang diinsuranskan oleh Marketlend di seluruh Asia, Andy akan menjadi faktor utama untuk membantu di dalam pelan pengasalan dan pembangunan insurans di seluruh Asia.”

Ross menambah, “Saya amat teruja kerana dapat menyertai Marketlend pada detik yang sangat penting dan berharap dapat meneruskan rundingan semasa dengan pelbagai pembiaya untuk membantu mereka di dalam mengurangkan pendedahan kredit perdagangan di Asia, Timur Tengah dan Oceana.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.marketlend.com.au dan https://unlockb2b.com/.

– TAMAT –

Maklumat mengenai Marketlend:

Marketlend adalah platform kredit perdagangan tempat pasaran terkemuka di Australia, yang menawarkan penyelesaian modal kerja untuk PKS. Syarikat itu menyediakan pembiayaan rantaian bekalan, pembiayaan penghutang dan barisan kredit bagi produk kepada peminjam, dengan pusing balik yang pantas dan kadar yang kompetitif. Marketlend membiayai setiap kemudahan kredit perdagangan sejak penubuhan dan memberikan pelaburan yang disertai dengan peningkatan perlindungan risiko kredit perdagangan secara individu. Ditubuhkan pada tahun 2014, Marketlend komited untuk mewujudkan sebuah dunia perniagaan di mana halangan kepada ketelusan kewangan, kesaksamaan, pulangan tinggi dan kecekapan dihapuskan.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201116005356/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan media atau temuramah dengan Leo Tyndall, Ketua Pegawai Eksekutif, Marketlend: Tim Harwood | Marketlend | timothy1@marketlend.com.au | 02 8006 6798

Sumber : Marketlend

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

MARKETLEND MEMPERLUASKAN BAHAGIAN ASIA DENGAN MELANTIK ANDREW ROSS

II-VI INCORPORATED MELAPORKAN KEPUTUSAN SUKU TAHUN PERTAMA FISKAL 2021

· Hasil Suku Tahun sebanyak $728.1 juta
· Pendapatan Operasi GAAP Suku Tahun sebanyak $101.1 juta
· Pendapatan Operasi Bukan GAAP Suku Tahun sebanyak $138.9 juta
· EPS GAAP Suku Tahun sebanyak $0.38
· EPS Bukan GAAP Suku Tahun sebanyak $0.84
· Nisbah leveraj hutang bersih pada 30 September 2020 ialah 1.3x, berkurangan daripada 3.8x pada 30 Jun 2020¹

PITTSBURGH, 17 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, II-VI Incorporated (Nasdaq:IIVI) (“II-VI,” “Kami” atau “Syarikat”) telah melaporkan hasilnya untuk suku tahun pertama fiskal 2021 yang berakhir pada 30 September 2020.

II-VI INCORPORATED MELAPORKAN KEPUTUSAN SUKU TAHUN PERTAMA FISKAL 2021

Saturday, November 14, 2020

HANYA PERUSAHAAN BOLEH MENJADI PENGADIL BAGI PERSEKITARAN PERNIAGAAN

 


NANNING, China, 13 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional memainkan kad terbaik mereka untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaan

“Mengembalikan kuasa kepada perusahaan”, “Setiap orang adalah seorang pesuruhjaya perniagaan dan seorang duta” ... Baru-baru ini, Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional telah memainkan kad terbaik mereka dengan menghasilkan Pelan Tindakan Khas Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional untuk ‘Meningkatkan Persekitaran Perniagaan’ dan Pelan Penilaian Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional untuk ‘Mengembalikan Kuasa kepada Perusahaan’ dengan harapan secara komprehensif meningkatkan persekitaran perniagaan, merangsangkan sepenuhnya daya tenaga pasaran dan kreativiti sosial, melaksanakan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan keperluan Nanning untuk memperdalamkan pembaharuan bagi fungsi kerajaan dan pergerakan kerja dengan mengambil tindakan 100 hari untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaan, dan merangkumkan resolusi dan kekuatan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional untuk memperhaluskan persekitaran perniagaan mereka.

Membiarkan Perusahaan untuk Menjadi Pengadil

Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional telah mengeluarkan Pelan Tindakan Khas Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional untuk ‘Meningkatkan Persekitaran Perniagaan’ dan Pelan Penilaian Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional untuk ‘mengembalikan kuasa kepada perusahaan’ pada 2 September. Pada hari yang sama, seminar khas yang pertama itu mengenai “Peningkatan persekitaran perniagaan” telah diadakan untuk menyatukan pemikiran dan mencapai kata sepakat, di mana beberapa “sorotan” daripada kedua-dua dokumen tersebut menjadi tumpuan perbincangan. Khususnya, inisiatif untuk “mengembalikan kuasa kepada perusahaan” telah menimbulkan tindak balas yang meluas.

“Hanya perusahaan boleh menjadi pengadil bagi persekitaran perniagaan itu. Kita harus meninggalkan mod ‘penilaian sendiri’ dan membiarkan perusahaan untuk menjadi pengadil. Komen mereka akan menjadi satu dorongan untuk mendesak pemimpin dan pekerja untuk terus meningkatkan perkhidmatan dan kecekapan kerja,” kata He Shanghan, Setiausaha bagi Jawatankuasa Kerja Parti dan Pengarah bagi Jawatankuasa Pengurusan bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional.

Bagaimana untuk “mengembalikan kuasa kepada perusahaan”? Penilaian suku tahun akan diatur bagi perusahaan untuk menilai jabatan-jabatan yang berkaitan pada skala yang berbeza – “berpuas hati”, “agak berpuas hati” dan “tidak berpuas hati”, merangkumi sikap, kecekapan dan kualiti perkhidmatan.

Keputusan penilaian itu mempengaruhi tidak hanya “reputasi”, tetapi juga “kedudukan”. “Kami akan mengeluarkan notis kritikan kepada anggota yang terlibat untuk kali pertama di bawah standard yang diperlukan, mengadakan perbincangan dan teguran dengan mereka untuk kali kedua, dan memberhenti atau memindahkan mereka dari tugas mereka setelah disahkan oleh Jabatan Sumber Manusia buat kali ketiga. Melalui peralihan di dalam mekanisme, kami mencuba untuk menggesa pemimpin-pemimpin untuk melipatgandakan usaha bagi melayani perusahaan dengan lebih baik,” kata He Shanghan.

“Penambahbaikan” bagi Persekitaran Perniagaan yang Berterusan

Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Nasional telah menonjolkan masalah utama bagi pembangunan perniagaan dan terus memperdalamkan pembaharuan bagi fungsi kerajaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, daripada penubuhan biro kelulusan pentadbiran yang pertama bagi Guangxi dan ketiga untuk negara kepada mewujudkan jenama perkhidmatan keibuan, berusaha untuk menawarkan kepada pelabur dan perusahaan dengan perkhidmatan optimum, sokongan terbaik dan keadaan terbaik.

Kelulusan pentadbiran yang pantas dan cekap: kami menawarkan 6 jenis perkhidmatan kelulusan yang disesuaikan, termasuk latihan dasar, kelulusan bersepadu, kelulusan satu rantaian, satu kunjungan lebih awal, perundingan permit utama dan perkhidmatan “seakan pekerja rencam”; peningkatan jendela “dasar sokongan kerajaan” kepada jendela “perkhidmatan pemenuhan dasar” untuk secara kolektif menangani perkara yang berkaitan dengan dasar dan memastikan pelaksanaan dasar-dasar keutamaan secara efektif bagi perusahaan; dan memajukan pelaksanaan bagi projek-projek dengan membolehkan “pembinaan secepat mungkin setelah memperoleh permit tanah”.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13979

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...