Tuesday, April 9, 2024

EXP REALTY MENAMAKAN LEO PAREJA SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF UNTUK MEMACU ERA PERTUMBUHAN DAN INOVASI SETERUSNYA

Pengasas, Glenn Sanford kekal sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif eXp World Holdings untuk Memacu Prestasi Syarikat Secara Keseluruhan

BELLINGHAM, Wash., 8 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
eXp Realty ®, “firma broker hartanah paling berpusatkan ejen di planet ini™” dan anak syarikat teras eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI), hari ini mengumumkan pelantikan Leo Pareja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya, berkuat kuasa serta-merta. Beliau menggantikan Glenn Sanford, yang kini akan menumpukan sepenuh usahanya kepada jawatan beliau sebagai Pengasas, Pengerusi dan CEO eXp World Holdings.

Dalam jawatannya sebelum ini sebagai Ketua Pegawai Strategi, Pareja memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan eXp Realty dalam pasaran hartanah yang kompetitif. Kepimpinannya yang berwawasan dan rekod prestasi yang luar biasa telah memperkayakan nilai syarikat kepada ejennya. Contohnya kejayaan pelancaran inisiatif strategik seperti eXp ExclusivesRevenos an peningkatan ketara kepada eXp Solutions eXp Solutions.

"Kepimpinan industri Leo yang inovatif dan diiktiraf telah meningkatkan proposisi nilai ejen kami dengan membentuk semula rujukan dan penjanaan utama," kata Sanford. "Pengalaman industri dan pengaruhnya yang mendalam terhadap komuniti kami sangat memberi kesan, saya percaya bahawa di bawah arahannya, eXp Realty akan mengukuhkan lagi kelebihan daya saingnya dan memberikan nilai yang tiada tandingannya kepada ejen kami, mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai peneraju ulung dalam industri hartanah."

Pengumuman itu dibuat apabila eXp Realty diiktiraf di tempat teratas dalam lima kategori dalam laporan RealTrends 500 yang menjadi rebutan: Bahagian Urus Niaga, Penggerak Terbaik 5 Tahun (Bahagian), Penggerak Terbaik 5 Tahun (Volum), Broker Terbaik dan Bebas Awam. Kedudukan syarikat itu turut naik ke No. 3 dalam dua kategori: Kelab Volum dan Jutawan. Syarikat itu terus membuktikan modelnya apabila ia memperoleh bahagian pasaran, mengalu-alukan ejen terbaik dalam industri.

"Ketika kami melangkah ke lembaran baharu ini di eXp Realty, saya berbesar hati untuk memimpin sebuah syarikat yang sentiasa meletakkan inovasi dan kejayaan ejen di barisan hadapan dalam misinya," kata Pareja. "Bersama-sama, kita bukan sahaja akan terus mentakrifkan semula landskap hartanah melalui teknologi dan sokongan ejen yang tiada tandingan tetapi juga memperkasakan setiap ahli komuniti kita untuk mencapai potensi penuh mereka."

Setelah menyertai eXp Realty pada tahun 2022, Pareja membawa lebih daripada dua dekad pengalaman hartanah, diserlahkan dengan pelbagai pengiktirafan termasuk pengiktirafan dalam laporan The Thousand RealTrends, mengungguli senarai 250 Terbaik bagi Persatuan Profesional Hartanah Hispanik Kebangsaan (NAHREP), dan dinamakan ejen 30 bawah 30 oleh Majalah Realtor®. Semangat keusahawanannya dibuktikan dengan pengasas bersama salah satu syarikat pinjaman swasta terbesar di Pantai Timur A.S. dan vendor teknologi MLS yang berkembang pesat. Beliau juga telah memainkan peranan penting dalam Persatuan Kebangsaan Profesional Hartanah Hispanik, berkhidmat sebagai presiden pengasas bahagian Metro D.C. dan kemudiannya sebagai presiden negara.

Perihal eXp World Holdings, Inc.
eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI) ialah syarikat induk untuk eXp Realty®, Virbela® dan SUCCESS® Enterprises. eXp Realty ialah syarikat hartanah bebas terbesar di dunia dengan lebih daripada 85,000 ejen di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Perancis, India, Mexico, Portugal, Afrika Selatan, Puerto Rico, Brazil, Itali, Hong Kong, Colombia, Sepanyol, Panama, Jerman, Republik Dominika, Greece, New Zealand, Chile, Poland dan Dubai serta terus berkembang pada peringkat antarabangsa. Sebagai sebuah syarikat dagangan awam, eXp World Holdings menyediakan peluang unik kepada profesional hartanah untuk memperoleh anugerah ekuiti untuk matlamat pengeluaran dan sumbangan kepada pertumbuhan syarikat secara keseluruhan. eXp World Holdings dan perniagaannya menawarkan rangkaian yang lengkap penyelesaian teknologi pembrokeran dan hartanah, termasuk model pembrokeran kediaman dan komersialnya yang inovatif, perkhidmatan profesional, alat kerjasama dan pembangunan peribadi. Pembrokeran berasaskan awan dikuasakan oleh teknologi Virbela dan Frame yang menawarkan platform 3D imersif yang sangat sosial dan kolaboratif, membolehkan ejen menjadi lebih terhubung dan produktif. SUCCESS® Enterprises, yang dinaungi oleh majalah SUCCESS® dan aset media yang berkaitan dengannya telah ditubuhkan pada tahun 1897 dan merupakan jenama dan penerbitan pembangunan peribadi dan profesional yang terkemuka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati https://expworldholdings.com.     

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18043

Thursday, April 4, 2024

​SMART MODULAR TECHNOLOGIES MEMPERKENALKAN MODUL MEMORI ZEFR ZDIMM DENGAN KEANDALAN ULTRA-TINGGI UNTUK APLIKASI KOMPUT YANG MENCABAR





NEWARK, Calif., 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
SMART Modular Technologies, Inc. (“SMART”), bahagian SGH (Nasdaq: SGH) dan peneraju global dalam penyelesaian memori, pemacu keadaan pepejal dan produk storan hibrid, memperkenalkan penyelesaian memori keandalan ultra-tinggi, modul memori Zefr™ ZDIMM™. Modul ZDIMM sangat sesuai untuk pusat data, penskala hiper, platform pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC) dan persekitaran lain yang menjalankan aplikasi memori besar, serta memerlukan ketersediaan platform komput yang maksimum. Keandalan memori ialah faktor kritikal di pusat data disebabkan kos yang tinggi sekiranya masa henti berlaku. Modul ZDIMM ditawarkan dalam kedua-dua faktor bentuk DDR4-3200 dan DDR5-5600, serta tersedia dalam kepadatan arus perdana.

Modul ZDIMM menggunakan proses penyaringan Zefr proprietari SMART yang memberikan tahap masa hidup dan keandalan paling tinggi, kebiasaannya berprestasi 90% lebih baik berbanding modul memori standard industri. Modul ZDIMM menjalani proses penyaringan yang mereplikasi keadaan dunia sebenar bagi memastikan keteguhan dan daya tahan modul ZDIMM dalam senario pengkomputeran yang paling mencabar.

”Standard industri untuk bahagian yang rosak per juta, atau DPPM, untuk modul DRAM ialah dalam julat 3,000 hingga 5,000,” jelas Tom Quinn, naib presiden kanan pembangunan perniagaan SMART. “Modul Zefr ZDIMM tipikal, DPPM mempunyai julat daripada 200 hingga 300. Keandalan ultra-tinggi ini amat berguna dalam persekitaran pemprosesan data yang kritikal, apabila masa beroperasi adalah paling penting dan kos masa henti boleh meningkat dengan pantas.”

Untuk maklumat tambahan mengenai memori SMART Zefr ZDIMM, kunjungi DDR4 ZDIMM dan DDR5 ZDIMM di smartm.com atau hubungi info@smartm.com.

Zefr, ZDIMM,“S” dan “SMART” serta “SMART Modular Technologies” yang diolah dalam gaya ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar SMART Modular Technologies, Inc. Semua tanda dagangan dan tanda dagangan berdaftar lain ialah hak milik pemilik masing-masing.

Maklumat Tentang SMART Modular Technologies

Selama lebih daripada 30 tahun, SMART Modular Technologies telah membantu pelanggan di seluruh dunia mendayakan pengkomputeran berprestasi tinggi melalui reka bentuk, pembangunan dan pembungkusan lanjutan penyelesaian memori khusus. Portfolio kami yang cukup mantap terdiri daripada teknologi termaju hari ini kepada produk storan DRAM dan Kilat standard dan legasi. Kami menyediakan penyelesaian memori dan storan standard, tahan lasak dan tersuai yang memenuhi keperluan aplikasi pelbagai dalam pasaran pertumbuhan tinggi.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53915134/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18029

MIDOCEAN ENERGY EIG MENGUMUMKAN PELABURAN STRATEGIK DARIPADA MITSUBISHI CORPORATION

Pelaburan Utama Menegaskan Kejayaan Strategi Pertumbuhan MidOcean

WASHINGTON, 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MidOcean Energy (“MidOcean”), syarikat gas asli cecair (LNG) global yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, pada hari ini mengumumkan pelaburan strategik dibuat oleh Mitsubishi Corporation (“Mitsubishi Corp”). Pelaburan Mitsubishi Corp akan mempercepat strategi MidOcean untuk mewujudkan syarikat LNG global berkualiti tinggi, terpelbagai dan bersepadu yang 'tertumpu kepada industri tertentu'.

Mitsubishi Corp telah menjadi pemain aktif dalam sektor LNG selama lebih 50 tahun, dengan pelaburan merangkumi 12 projek merentasi lapan negara. Perkongsian ini menegaskan komitmen kedua-dua syarikat terhadap LNG dan memainkan peranan sebagai pemboleh kritikal peralihan tenaga. Mitsubishi Corp berhasrat membangunkan perniagaan syarikat itu ke arah mencapai masyarakat neutral karbon, sambil memenuhi tanggungjawab sebagai pembekal tenaga yang stabil dan memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.

Pelaburan ini mendalami pangkalan pelabur mewah MidOcean dan membina momentum penting MidOcean sejak dilancarkan pada lewat tahun 2022. Baru-baru ini, MidOcean mengumumkan penyelesaian pengambilalihan portfolio projek LNG Australia daripada Tokyo Gas.

De la Rey Venter, Ketua Pegawai Eksekutif MidOcean Energy, berkata: “Kami amat teruja kerana Mitsubishi Corp menyertai sebagai pelabur utama dalam MidOcean Energy. Mitsubishi Corp telah menjadi perintis industri LNG global dan secara tekal menunjukkan kepakaran dan pandangan jauh dalam mengenal pasti peluang berharga. Pelaburan syarikat itu ialah bukti kepada asas pasaran LNG dan strategi MidOcean yang kukuh untuk mewujudkan platform pertumbuhan jangka panjang yang berdaya saing dalam LNG untuk para pelabur.”

R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG, berkata: “Mengalu-alukan syarikat yang terkemuka dalam industri seperti Mitsubishi Corp sebagai pelabur utama dan rakan kongsi strategik mempercepat kemajuan MidOcean dalam mewujudkan syarikat LNG global berskala besar dan tertumpu kepada industri tersebut. Keperluan peralihan tenaga dunia menyumbang kepada pertumbuhan pesat dalam permintaan LNG global dan kami berharap dapat terus melaksanakan peluang menarik dan penting ini bersama pelabur dan rakan kongsi kami.”

Maklumat Tentang EIG
EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $22.9 bilion di bawah pengurusan pada 31 Disember 2023. EIG mempunyai kemahiran dalam pelaburan swasta bagi sektor tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga pada peringkat global. Sepanjang tempoh beroperasi selama 41 tahun ini, EIG telah memberikan komitmen lebih daripada $47.1 bilion kepada sektor tenaga melalui lebih 405 projek atau syarikat di 42 negara di enam benua. Pelanggan EIG banyak terdiri daripada pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, endowmen, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington D.C. mempunyai pejabat lain di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul.

Maklumat Tentang MidOcean Energy
MidOcean Energy, syarikat LNG yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, berusaha membina portfolio LNG global yang terpelbagai, berdaya tahan, berdaya saing dari segi kos dan karbon. Ini mencerminkan kepercayaan EIG terhadap LNG sebagai pemboleh kritikal peralihan tenaga dan kepentingan LNG yang semakin berkembang sebagai sumber tenaga strategik geopolitik. MidOcean Energy diketuai oleh De la Rey Venter, veteran industri berpengalaman selama 26 tahun yang telah memegang pelbagai peranan eksekutif kanan, termasuk Ketua Global LNG untuk Shell Plc.

Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web EIG di www.eigpartners.com atau laman web MidOcean Energy di www.midoceanenergy.com.

Maklumat Tentang Mitsubishi Corporation

Mitsubishi Corp mengendalikan pelbagai perniagaan yang merangkumi berbilang industri dan diawasi oleh lapan kumpulan perniagaan khusus industri: Tenaga Alam Sekitar, Penyelesaian Bahan, Sumber Mineral, Pembangunan & Infrastruktur Bandar, Mobiliti, Industri Makanan, Penciptaan Kehidupan Pintar dan Penyelesaian Kuasa.

Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web Mitsubishi Corporation di www.mitsubishicorp.com/jp/en/.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18028

Wednesday, April 3, 2024

KFSH&RC ALU-ALUKAN DR. BJÖRN ZOÉGA SEBAGAI TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAHARU




RIYADH, Arab Saudi, 4 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan Raja Faisal (KFSH&RC) berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan Dr. Björn Zoéga sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkuat kuasa 01 April 2024. Langkah strategik ini ditetapkan untuk mempercepatkan aspirasi KFSH&RC menjadi sebuah institusi penjagaan kesihatan terkemuka pada peringkat global, dengan memanfaatkan reputasi yang terkenal dan rekod kepimpinan Dr. Zoéga yang terbukti dalam institusi perubatan peringkat teratas.

Sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Universiti Karolinska yang terkenal pada peringkat antarabangsa di Sweden, Dr. Zoéga memainkan peranan penting dalam menegakkan piawaian tinggi institusi dan pengiktirafan global dengan rating kedua tertinggi bagi hospital Eropah dan ketujuh terbaik di seluruh dunia mengikut rating Newsweek Hospital Terbaik Dunia 2024. Pentadbiran beliau di Karolinska ditandai dengan strategi inovatif dan kecemerlangan dalam penyampaian penjagaan kesihatan—yang beliau akan perkayakan dalam KFSH&RC.

Dr. Zoéga membawa kepakaran beberapa dekad dalam pengurusan penjagaan kesihatan dan klinikal ke KFSH&RC, berpengalaman menerajui operasi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Universiti Kebangsaan Iceland dan Pusat Tulang Belakang Stockholm. Pengalaman dan kepakarannya dalam penyelidikan dan pendidikan juga amat berharga, terutamanya mengambil kira peranan terdahulunya sebagai Presiden dan Pengerusi Lembaga Persatuan Penyelidikan Tulang Belakang Servikal EU dan Pengerusi Lembaga Penasihat Saintifik Alvotech.

Sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Zoéga akan berkhidmat sebagai ketua kumpulan penyampaian penjagaan kesihatan dan penyelidikan dan inovasi KFSH&RC, berikutan komitmen hospital untuk menyepadukan amalan terbaik global dalam penjagaan kesihatan dan meneruskan penyelidikan dan teknologi perubatan yang canggih.

KFSH&RC memanjangkan jemputannya kepada komuniti, rakan kongsi dan pihak berkepentingan untuk mengalu-alukan Dr. Björn Zoéga, ketika institusi itu memulakan lembaran baharu yang berpotensi dalam penjagaan kesihatan, komited memupuk masa depan yang lebih cerah dan sihat untuk semua.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

Encik Essam Al-Zahrani, Ketua Bahagian Hal Ehwal Media, 0555254429

Abdullah Al-Awn, Editor Media Kanan, 0556294232

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/6a2fb3b5-9219-4e72-82fd-8f093f22996e 


SUMBER : King Faisal Specialist Hospital & Research Centre

Tuesday, April 2, 2024

PENAMPILAN KEENAM PADA FORUM BOAO UNTUK ASIA: YILI MENUNJUKKAN KECERGASAN INOVATIF KEPADA DUNIA

 


BOAO, China, 1 April, 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Dari 26 Mac sehingga 29 Mac, Forum Boao untuk Asia sekali lagi telah berlangsung, dengan Kumpulan Yili dijemput buat kali keenam untuk mengambil bahagian di dalam acara besar ini, untuk mempamerkan kekuatan inovatif mereka yang diasaskan kepada kualiti.
 
Semasa forum ini, Liu Chunxi, Presiden Eksekutif bagi Kumpulan Yili, telah mengadakan perbincangan dan pertukaran yang mendalam dengan hadirin yang lain mengenai tema bagi "Meningkatkan Inovasi Korporat". Liu Chunxi berkata, "Yili menerima cabaran pasaran, terus menerus menerajui industri itu melalui inovasi, dan merebut kesempatan daripada inovasi teknologi global, dan menyokong pembangunan yang berkualiti tinggi di dalam industri tenusu. Yili juga merebut peluang di dalam era semasa, mencipta nilai melalui inovasi, membangunkan ramuan yang lebih berkhasiat dan satu rangkaian produk makanan yang pelbagai, yang membolehkan dunia untuk berkongsi kesihatan."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18022

SYARIKAT DALAM PORTFOLIO LEONARD GREEN & PARTNERS DAN BERKSHIRE PARTNERS, SRS DISTRIBUTION, TELAH MEMASUKI PERJANJIAN PENENTU UNTUK DIAMBIL ALIH OLEH THE HOME DEPOT DENGAN NILAI $18.25 BILION

LOS ANGELES & BOSTON, 29 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat dalam portfolio Leonard Green & Partners dan Berkshire Partners, SRS Distribution (“SRS”), telah memasuki perjanjian penentu dengan The Home Depot untuk diambil alih dengan nilai sebanyak $18.25 bilion. Butiran jualan ini diumumkan dalam siaran akhbar yang dikeluarkan pagi ini oleh The Home Depot dan SRS. SRS merupakan pengedar utama produk binaan kediaman dan komersial di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 760 cawangan merentasi 47 negeri. The Home Depot ialah pengedar peralatan rumah terbesar di dunia. 

"Kami berasa beruntung kerana berpeluang untuk melabur dan bekerjasama dengan SRS dan lebih daripada 11,000 pemegang saham pekerja," kata Jonathan Seiffer, Rakan Kongsi Kanan, Leonard Green & Partners. "Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada seluruh pasukan di SRS atas sejarah pertumbuhan yang luar biasa. Warisan kejayaan dan pencapaian SRS tidak akan mungkin berlaku tanpa kepimpinan yang hebat daripada  Ketua Pegawai Eksekutif Dan Tinker dan pasukannya serta Pengerusi Ron Ross, serta budaya unik dan model operasi yang mereka cipta di SRS."

"Sejak pelaburan kami dalam SRS 11 tahun lalu, kami telah menikmati perkongsian yang sangat berkesan dan kerjasama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Dan Tinker dan seluruh pasukan pengurusan SRS, dan kami sangat gembira mencapai kejayaan seperti ini dalam jualan yang diumumkan kepada The Home Depot," kata Josh Lutzker, Pengarah Urusan, Berkshire Partners. "SRS bermula sebagai penggerak serantau yang kecil dan telah berkembang menjadi platform nasional yang menyampaikan perkhidmatan kepada pelbagai pasaran akhir. Kami semua bangga dapat dikaitkan dengan pasukan yang hebat dan kisah pertumbuhan yang mengagumkan ini." 

Monday, April 1, 2024

HOTEL VILLA FONTAINE PREMIER/LAPANGAN TERBANG GRAND HANEDA MENAWARKAN BILIK-BILIK YANG MENAMPILKAN JAL, HATSUNE MIKU, LOVE LIVE! KELAB IDOLA SEKOLAH MENENGAH NIJIGASAKI, KANDUNGAN POPULAR YANG LAIN

TOKYO, 1 April, 2024 /Kyodo JBN/ --

- Berharap agar Tetamu Dapat Mengalami Nilai Baharu Ketika Perjalanan di Jepun –

Sumitomo Fudosan Villa Fontaine Co., Ltd., sebuah Kumpulan Sumitomo Realty, telah mula menawarkan bilik-bilik tamu yang menampilkan Japan Airlines, sebuah syarikat penerbangan utama Jepun, Hatsune Miku, LINE FRIENDS dan watak-watak lain yang popular di seluruh dunia di Hotel Villa Fontaine Premier/Lapangan Terbang Grand Haneda. Ia adalah hotel lapangan terbang yang terbesar di Jepun dengan 1,717 buah bilik dan bersambung terus ke Terminal 3 Lapangan Terbang Haneda (Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo).

Imej:https://kyodonewsprwire.jp/release/202403148023?p=images

Hotel itu telah menguntukkan dan mereka khas kira-kira 100 bilik tamu yang menampilkan watak-watak popular dari Jepun dan tempat lain untuk meningkatkan nilai penginapan di hotel berkenaan. Syarikat itu berharap agar tetamu akan menikmati pengalaman unik mereka berhampiran Lapangan Terbang Haneda, lapangan terbang terbesar di Jepun yang menyasarkan untuk menjadi sebuah negara yang berorientasikan pelancongan.

Laman web rasmi: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202403148023-O1-5q8131VY.pdf

Sumitomo Fudosan Villa Fontaine sedang bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan watak-watak berikut di dalam projek itu (mengikut susunan abjad):

- Hatsune Miku

Enam Watak Piapro -- Hatsune Miku, seorang penyanyi maya yang popular di seluruh dunia, Kagamine Rin, Kagamine Len, Megurine Luka, MEIKO dan KAITO -- akan berada di dalam projek itu. Ia merupakan kerjasama yang pertama bagi kesemua enam Watak Piapro dengan sebuah hotel.

- Japan Airlines

Satu rekod terdiri daripada 24 bilik tamu adalah untuk kerjasama dengan JAL, jumlah yang sama dengan destinasi bagi penerbangan antarabangsa syarikat penerbangan dari Haneda. JAL memulakan perkhidmatan antarabangsa apabila ia melancarkan penerbangan di laluan Haneda-Honolulu-San Francisco.

- Projek Seni Kanosei oleh Kumpulan TOPPAN ("kanosei" bermaksud "kemungkinan" dalam bahasa Jepun)

Ia adalah sebuah projek yang dilancarkan oleh Kumpulan TOPPAN, sebuah syarikat percetakan terkemuka Jepun, untuk mempromosikan hasil karya yang dicipta oleh artis-artis kurang upaya di bawah tema "kemungkinan dan bakat yang tidak terhingga." Sebahagian daripada caj penginapan yang dibayar oleh mereka yang menginap di bilik tamu yang diperuntukkan bagi projek ini disumbangkan kepada Pertubuhan Seni Tanpa Sempadan dan artis-artis kurang upaya untuk menyokong aktiviti mereka.

- KOKUYO

KOKUYODOORS, sebuah kedai yang dikendalikan oleh syarikat alat tulis utama Jepun, KOKUYO, menyelia reka bentuk dan susun atur bilik-bilik berkenaan. Ini adalah kali pertama sebuah hotel telah menjalin kerjasama dengan syarikat alat tulis itu dalam cara sedemikian.

- LINE FRIENDS

Bilik tamu telah diperuntukkan untuk kerjasama dengan "LINE FRIENDS." Warna lembut dan cita rasa Jepun terdapat di dalam reka bentuk unik bilik-bilik itu yang hanya boleh dilihat di hotel ini.

- Love Live! Kelab Idola Sekolah Menengah Nijigasaki

Bilik tamu bertemakan Love Live! Kelab Idola Sekolah Menengah Nijigasaki, satu daripada hasil karya di dalam sebuah siri projek multimedia Jepun "Love Live!".

- Sirotan

Bilik-bilik kerjasama adalah dengan "Sirotan," sebuah watak anjing laut yang comel, oleh Creative Yoko Co., Ltd. Para tetamu boleh menikmati budaya pop Jepun semasa menginap dengan Sirotan.

Maklumat mengenai Hotel Villa Fontaine Premier/Lapangan Terbang Grand Haneda

Hotel itu yang dihubungkan dengan Terminal 3 Lapangan Terbang Haneda adalah sesuai untuk tetamu yang menginap di sana bagi sebelum & selepas ketibaan/berlepas. Hotel itu meliputi pelbagai keperluan, bukan sahaja perniagaan tetapi untuk masa lapang. Ia menawarkan sarapan pagi awal di Grand Aile, yang dibuka dari pukul 6 pagi hingga 1 pagi.

Maklumat mengenai TAMAN LAPANGAN TERBANG HANEDA

Kompleks komersial itu menampilkan hotel lapangan terbang (*) terbesar di Jepun dengan 1,717 buah bilik, kedai & restoran, sebuah spa onsen, dewan acara dan sebuah terminal bas.

(*) Bilangan bilik tetamu di premis itu adalah yang terbesar di antara kesemua hotel lapangan terbang di Jepun, menurut satu penyelidikan oleh JTB Tourism Research & Consulting Co. pada September 2022.

Sumber: Sumitomo Fudosan Villa Fontaine Co., Ltd.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18023

KINZA SASAR PERTUMBUHAN ASIA TENGGARA SUSULAN KEJAYAAN MANTAP DI ARAB SAUDI DAN TIMUR TENGAH

Kinza, salah satu jenama minuman ringan dari Arab Saudi yang berkembang paling pesat, akan menyertai Malaysia International Halal Showcase (...