Saturday, June 4, 2022

KONSORTIUM YANG DIKETUAI OLEH TODD BOEHLY DAN CLEARLAKE CAPITAL MELENGKAPKAN PENGAMBILALIHAN KELAB BOLA SEPAK CHELSEA

Pemilik baharu kawalan bersama itu komited kepada pertumbuhan dan membina di atas tradisi kecemerlangan bola sepak yang tiada tandingannya 

LONDON, 31 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Konsortium itu yang diketuai oleh Todd Boehly, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Eldridge, dan Clearlake Capital Group, L.P. (bersama dengan sekutu mereka, “Clearlake”), hari ini mengumumkan penyempurnaan pemindahan pemilikan bagi Kelab Bola Sepak Chelsea (“Chelsea FC” atau “Kelab itu”). Konsortium itu juga termasuk Hansjörg Wyss, pengasas bagi Yayasan Wyss, dan Mark Walter, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Guggenheim Capital. Walter dan Boehly adalah pemilik Los Angeles Dodgers, Los Angeles Lakers, dan Los Angeles Sparks. Urus niaga itu telah mendapat kesemua kelulusan yang diperlukan daripada Kerajaan United Kingdom, Liga Perdana dan pihak berkuasa yang lain.

Di bawah terma perjanjian itu, Boehly dan Clearlake akan berkongsi kawalan bersama dan tadbir urus yang sama rata bagi Kelab itu. Boehly akan berkhidmat sebagai Pengerusi bagi syarikat induk itu.

Boehly dan Clearlake adalah komited untuk melabur di dalam bidang-bidang utama yang akan meluaskan dan meningkatkan daya saingan Chelsea, termasuk pembangunan semula Stamford Bridge, pelaburan selanjutnya di dalam Akademi itu, Pasukan Wanita dan stadium Kingsmeadow. Pemilik itu juga akan meneruskan usaha penting Yayasan Chelsea.

“Kami amat berbesar hati untuk menjadi penjaga baharu bagi Kelab Bola Sepak Chelsea,” kata Boehly. “Kami semua terlibat – 100% – setiap minit bagi setiap perlawanan. Visi kami sebagai pemilik adalah jelas: kami mahu menjadikan peminat bangga. Seiring dengan komitmen kami untuk membangunkan skuad remaja dan memperoleh bakat terbaik, rancangan tindakan kami adalah untuk melabur di dalam Kelab itu untuk tempoh jangka panjang dan membina di atas sejarah kejayaan luar biasa Chelsea. Saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada menteri dan pegawai di dalam kerajaan Britain, dan Liga Perdana, di atas semua usaha mereka dalam menjayakan perkara ini.”

Behdad Eghbali dan José E. Feliciano, pengasas bersama dan rakan pengurusan Clearlake, berkata, “Kami teruja untuk memberikan komitmen sumber untuk meneruskan peranan utama Chelsea dalam bola sepak Inggeris dan global, dan sebagai sebuah enjin untuk pembangunan bakat bola sepak. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa di atas semua usaha mereka sepanjang proses itu. Sebagai perintis di dalam pelaburan sukan dan media, kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Todd dan seluruh konsortium itu untuk mengembangkan Kelab berkenaan secara bermakna sebagai sebuah platform global. Bersama-sama, kami akan mengembangkan pelaburan Kelab itu merentasi infrastruktur, teknologi dan sains sukan bagi menyokong pasukan bola sepak dan pasukan komersil Chelsea yang luar biasa – kesemuanya dengan matlamat untuk memanfaatkan pertumbuhan ini bagi menjanakan lebih banyak kejayaan di atas padang.” 

Friday, June 3, 2022

PEMIMPIN PEMASARAN PALING BERBAKAT MENYERTAI SUMO LOGIC

 Sumo Logic mengalu-alukan pemimpin jualan, saluran dan operasi untuk membantu merebut peluang pasaran yang besar dan mencapai pertumbuhan dan perkembangan selanjutnya


REDWOOD CITY, Calif., 2 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
Sumo Logic (NASDAQ: SUMO), platform analisis Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) untuk membolehkan aplikasi natif awan (cloud-native) yang boleh dipercayai dan selamat, pada hari ini telah mengumumkan pelantikan empat pemimpin kanan baharu. Pasukan ini bersedia untuk membantu mendorong tumpuan dan memastikan pertumbuhan global yang cekap ketika Sumo Logic membantu syarikat pelbagai saiz dengan inisiatif transformasi digital, penghijrahan awan dan pemodenan keselamatan.


Sumo Logic mengalu-alukan:

  • Zakir Ahmed, Pengarah Urusan Asia Pasifik dan Strategi Pasaran Antarabangsa
  • Steve Doyle, Timbalan Presiden Kanan Strategi Jualan dan Operasi Global
  • Timm Hoyt, Timbalan Presiden Kanan Saluran dan Perikatan Global
  • Russell Rosa, Timbalan Presiden Kanan Jualan Amerika
Lynne Doherty, Presiden Operasi Luar Seluruh Dunia, Sumo Logic: “Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan empat pemimpin yang berbakat tinggi ini ke pasukan Sumo Logic. Setiap orang daripada mereka membawa rekod prestasi terbukti dan kejayaan fungsian dalam mengembangkan organisasi yang besar dan bergerak maju, yang akan membantu mempercepat fasa pertumbuhan kami seterusnya. Sumo Logic merupakan komponen yang kritikal dalam susunan perisian pelanggan, dan tugas kami adalah untuk mengasaskan kejayaan platform awal kami untuk menjadi peneraju yang jelas dalam memenuhi keperluan organisasi dari segi keselamatan dan juga kebolehcerapan (observability). Pasukan pucuk pimpinan ini, bersama dengan bakat dan semangat yang mendalam keseluruhan Sumo Logic, memberi saya keyakinan besar bahawa kami dapat membantu pelanggan kami mencapai kejayaan.”

Perihal Pasukan
Bertempat di Singapura, Zakir Ahmed menyertai Sumo Logic sebagai Pengarah Urusan Asia Pasifik dan Strategi Pasaran Antarabangsa. Ahmed akan memimpin rantau Asia Pasifik dan memberikan sokongan nasihat untuk kawasan antarabangsa lain.

Ahmed berpengalaman dalam membina perniagaan dalam pasaran SaaS yang berkembang dengan amat pesat. Beliau membawa pengalaman penting yang terkini di Kofax, tempat beliau berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Kanan dan Pengurus Besar bagi Asia Pasifik. Semasa di sana, Ahmed bertanggungjawab untuk mendorong hala tuju strategik baharu dan menjadi pelopor transformasi semasa memimpin rantau itu melalui pertumbuhan yang pesat dan pengembangan ke dalam pasaran baharu. Beliau membawa pengalaman yang luas dalam pengurusan, pemerolehan pelanggan, pengekalan dan pimpinan jualan daripada pelbagai syarikat, termasuk Unit Perniagaan NetSuite di Oracle, Salesforce.com, TechnologyOne Corp dan Microcell.

Steve Doyle telah dinamakan sebagai Timbalan Presiden Kanan Strategi Jualan dan Operasi Global, dan memimpin pasukan global yang menjangkau Amerika Utara ke United Kingdom, Australia dan India. Pasukan Doyle berusaha untuk melaksanakan struktur, piawaian, ketekalan dan proses bagi membantu mempercepat pertumbuhan ketika perniagaan berkembang.

Sebelum menyertai Sumo Logic, Doyle telah memimpin inisiatif strategik global di Cisco. Beliau telah memegang pelbagai peranan dalam jangka masa 16 tahun, termasuk memimpin Operasi Pembaharuan Global, tempat beliau membentuk pasukan global seramai lebih daripada 50 ahli profesional untuk menyokong perniagaan yang sedang berkembang. Doyle juga memimpin strategi dan perancangan untuk Cisco Amerika, tempat beliau memimpin semua fungsi operasi jualan termasuk penggajian, perancangan dan peramalan.

Timm Hoyt memegang teraju pimpinan dalam peranan baharunya sebagai Timbalan Presiden Kanan Saluran dan Perikatan Global. Seorang veteran industri teknologi dengan rekod prestasi penyampaian penyepaduan produk dan strategi rakan pemasaran yang kukuh, Hoyt akan menumpukan perhatiannya untuk mendorong kepimpinan pasaran dengan memajukan perkongsian global untuk Sumo Logic. Hoyt membawa pengalaman operasi antarabangsa dan kepimpinan yang mendalam kepada pasukan, dengan pengalaman yang melebihi 20 tahun daripada jawatan di PagerDuty, Druva, Atlantis Computing, Skyera dan Brocade.

Di PagerDuty, Hoyt mewakili organisasi Rakan dan Perikatan Global, mewujudkan lima bidang amalan yang penting: Penyedia Awan, Saluran, Perikatan Ekosistem, Pemberi Perkhidmatan Terurus dan Penyepadu Sistem. Begitu juga di Druva, Hoyt mengurus organisasi Rakan dan Perikatan Global, semasa di bawah pimpinan beliau, hasil berulang tahunan telah dipercepat dengan mentransformasikan cara ke pasaran kepada gerakan jualan rakan dahulu (partner-first sales motion) yang mendorong pertumbuhan, kebolehramalan dan ketahanan.

Russell Rosa ialah Timbalan Presiden Kanan Jualan Amerika. Rosa akan memastikan perkembangan di seluruh Amerika Utara dan mendorong strategi dalam pasaran baru muncul seperti Kanada dan Amerika Latin. Rosa menyertai Sumo Logic daripada Cisco, tempat beliau telah memegang sebilangan peranan kepimpinan jualan kanan dan berjaya membentuk, membangunkan dan mengurus pasukan berprestasi tinggi. Selama tempoh lima tahun yang lalu, Rosa telah mengurus U.S. Commercial East, sebuah unit perniagaan yang terdiri daripada pelanggan kecil, bersaiz sederhana dan Fortune 500. ​​

Rosa juga meluangkan masa untuk memimpin organisasi saluran di Actifio dan VCE, tempat beliau membantu membentuk strategi saluran dan model pemasaran bagi pasukan masing-masing. Ini termasuk fungsi seperti pengedaran, pembentukan pasukan jualan rakan, dan usaha memperkenalkan penyelesaian baharu dalam portfolio.

Sumber Tambahan:Perihal Sumo Logic
Sumo Logic, Inc. (NASDAQ: SUMO) memberi kuasa kepada mereka yang memperkasakan perniagaan digital moden. Melalui platform analisis SaaS, Sumo Logic membolehkan pelanggan menyampaikan aplikasi natif awan yang boleh dipercayai dan selamat, Continuous Intelligence Platform™ Sumo Logic membantu pengamal dan pembangun memastikan kebolehpercayaan aplikasi, menjamin dan melindungi daripada ancaman keselamatan moden, dan memperoleh pemahaman mengenai infrastruktur awan mereka. Pelanggan di seluruh dunia bergantung pada Sumo Logic untuk mendapatkan analisis masa nyata yang berkeupayaan tinggi dan pemahaman dari segi kebolehcerapan dan penyelesaian keselamatan untuk aplikasi natif awan mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.sumologic.com.

Sumo Logic ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Sumo Logic di Amerika Syarikat dan di negara-negara asing. Semua nama syarikat dan nama produk lain mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemiliknya masing-masing.

Hubungan Media
Carmen Harris
Sumo Logic
charris@sumologic.com
(650) 414-1584

Jenna Shikoff
RH Strategic
SumoLogicPR@RHStrategic.com

SUMBER: Sumo Logic, Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15943

HYTERA MENYERLAHKAN "PENUMPUAN NATIF" PENYELESAIAN KOMUNIKASI MISI KRITIKAL GENERASI AKAN DATANG




SHENZHEN, China, 2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Hytera, penyedia terkemuka dunia bagi teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional, telah mengadakan satu acara pelancaran dalam talian pada 26 Mei, dengan menyampaikan penyiasatan dan pandangan mereka tentang komunikasi misi kritikal generasi akan datang dengan satu pelancaran kertas putih Penumpuan Natif Rangkaian Misi Kritikal Generasi Akan Datang dan pelbagai portfolio produk, bertumpu untuk mewujudkan satu Era “Hibrid” baharu bagi industri misi kritikal.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220601005761/en/

Komunikasi Misi Kritikal Semakin Berkembang

Pemacu utama bagi sistem komunikasi kritikal adalah untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan keseluruhan bagi pengurusan kecemasan, contohnya, situasi penting yang melibatkan risiko tinggi kepada nyawa dan harta benda, dan operasi dalam keadaan yang paling ekstrem atau khusus. Semasa bergerak ke arah jalur lebar MC, PMR dengan rekod prestasi yang terbukti dalam ketersediaan dan keselamatan yang tinggi, masih memegang satu tempat penting untuk operasi kecemasan dan menjamin komunikasi suara MC, pada bila-bila masa, di mana sahaja. Oleh itu, PMR terus menjadi “sangat diperlukan,” terutamanya dalam komunikasi kecemasan, manakala MC LTE melengkapkan PMR melalui komunikasi yang lebih mantap dalam liputan yang sedia ada, menambahkan lebih banyak kawasan geografi, meningkatkan kelajuan data dan kapasiti yang dipertingkatkan.

Seperti yang diramalkan oleh OMDIA, 80% daripada radio MCC  yang aktif di seluruh dunia akan menjadi digital menjelang tahun 2025. Jalur lebar LTE misi kritikal dan meningkatkan rangkaian misi kritikal akan membuka satu ruang bagi kewujudan bersama. Permulaan bagi satu Era “hibrid” baharu adalah untuk mengekalkan teknologi PMR yang dipercayai seperti TETRA, DMR dan PDT untuk komunikasi suara yang sangat diperlukan, sambil memperkasakan perkhidmatan dan ciri-ciri tambahan dengan penyelesaian jalur lebar LTE bersepadu.

Penumpuan Natif, Satu Penyelesaian Kental yang Optimum ke Arah Penumpuan

Kertas putih Hytera Penumpuan Natif Seni Bina MCC Generasi akan Datang memperkenalkan bahawa, sifat teknologi komunikasi misi kritikal adalah tetap dalam evolusi dan pengoptimuman yang berterusan untuk kekal di hadapan dan menjamin prestasi mereka yang berjaya terhadap potensi ancaman dalam keadaan yang paling sukar.

Selain suara yang boleh dipercayai, berdaya tahan dan dijamin selamat, teknologi MCC perlu menangani permintaan untuk ciri-ciri yang diperkasakan dan perkhidmatan multimedia. Teknologi misi kritikal akan berpangsi pada data & multimedia untuk memperkasakan peningkatan teknologi yang diperlukan yang menjamin kebolehpercayaan bagi pertukaran maklumat dan analisis data yang cekap untuk membantu di dalam proses membuat keputusan bagi responder kecemasan di lapangan dan kelancaran perjalanan bagi operasi yang kritikal perniagaan.

Dalam kertas putih itu, Hytera menyasarkan bagi memudahkan untuk memahami laluan evolusi bagi komunikasi misi kritikal yang memanfaatkan penyelidikan MCC daripada arah aliran asas yang memacukan pasaran dan kewujudan bersama bagi teknologi PMR dengan misi kritikal LTE/5G. Selain itu, ia bertujuan untuk menyerlahkan kesan rangkaian hibrid penumpuan natif pada komuniksi misi kritikal bagi masa hadapan, bersama-sama dengan satu senarai terperinci bagi keperluan strategik untuk penyelesaian, pelaksanaan dan operasi masa depan bagi rangkaian misi kritikal generasi akan datang.

Inovasi Produk Bersama dengan Kerangka Kerja Penumpuan-Natif

Hytera turut melancarkan produk baharu mereka, termasuk Peranti Tahan Lasak Xsecure 5G PNC560, PTToC Radio Mudah Alih MNC360 dan Radio Tahan Lasak dua mod PDC680.

PNC560 menawarkan misi kritikal tekan untuk cakap (MCPTT) melalui rangkaian 5G/LTE dengan kelajuan yang sangat pantas dan kependaman rendah, menyokong komunikasi dan kerjasama pasukan dengan hanya menekan satu kekunci. Ia juga menggunakan sebuah mekanisme keselamatan berbilang lapisan yang disepadukan di dalam kedua-dua reka bentuk perkakasan dan perisian untuk menyediakan perlindungan data yang komprehensif dan mencukupi pada peranti itu.

MNC360 itu ialah sebuah radio mudah alih Tekan untuk Cakap di atas Selular (PTToC) yang direka untuk komunikasi dalam kenderaan, menyediakan perkhidmatan suara yang boleh dipercayai, kuat & jelas bagi pelbagai senario komunikasi lapangan.

PDC680 berasaskan Android 10 itu menggabungkan sebuah radio DMR yang misi kritikal dengan sebuah telefon pintar dalam sebuah peranti tunggal. Ia menggunakan kuasa teknologi jalur sempit dan jalur lebar untuk menyediakan panggilan suara, penghantaran video dan tataatur yang misi kritikal.

Untuk memuat turun kertas putih itu, sila layari: https://bit.ly/3NAOgQI 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15945

FOURKITES DINAMAKAN SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® MAGIC QUADRANT™ TAHUN 2022 BAGI PENYELESAIAN KETERLIHATAN PENGANGKUTAN MASA NYATA

FourKites memperoleh mata tertinggi dalam 3 daripada 5 Kes Penggunaan dalam laporan Kemampuan Kritikal bagi Platform Keterlihatan Pengangkutan Masa Nyata Companion 2022 Gartner®

CHICAGO, 3 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- FourKites®, platform keterlihatan rantaian bekalan masa nyata yang terkemuka di dunia, telah mengumumkan pada hari ini bahawa, untuk tahun kedua berturut-turut, syarikat itu telah dinamakan sebagai Peneraju dalam Gartner Magic Quadrant tahun 2022 bagi Platform Keterlihatan Pengangkutan Masa Nyata* (RTTVP). Daripada 11 vendor yang dinilai dalam laporan ini, FourKites merupakan satu-satunya syarikat yang mendapat kedudukan dalam sukuan Peneraju dengan Kesempurnaan Penglihatan yang paling jauh.

Tambahan lagi, FourKites memperoleh mata tertinggi bagi perniagaan Fortune 500 dengan keperluan yang rumit. Mengikut laporan Kemampuan Kritikal bagi Platform Keterlihatan Pengangkutan Masa Nyata Gartner® tahun 2022, yang “memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang tawaran produk dan perkhidmatan pemberi dengan melanjutkan analisis Magic Quadrant”, FourKites mendapat kedudukan #1 dalam tiga daripada lima Kes Penggunaan yang paling maju.**

FourKites, penyelesaian keterlihatan global yang terbesar, menjejaki 2.5 juta kiriman sehari melalui semua mod dan menyambungkan rantaian bekalan global sebanyak 50% daripada perniagaan Fortune 500, termasuk pelanggan seperti Cardinal Health, Bayer, Henkel, Dow, Cargill, Coca-Cola, 3M, RHI Magnesita dan Eastman. Sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu, FourKites telah mencapai pertumbuhan tahun ke tahun yang melebihi 40% bagi pelanggan global, pertumbuhan dalam kiriman global sebanyak hampir 80% dan pertumbuhan dalam kemudahan tersambung sebanyak 78%, yang kini berjumlah lebih daripada 2.3 juta kemudahan yang berasingan di seluruh dunia.

“Laporan Gartner baharu adalah jelas: Keterlihatan masa nyata merupakan suatu teknologi kemestian untuk mana-mana rantaian bekalan,” kata Mathew Elenjickal, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FourKites. “FourKites tetap gigih dalam memberikan tumpuan pada pembangunan penyelesaian yang menyasarkan secara khusus masalah pelanggan yang paling besar dan menambah nilai perniagaan sebenar. Kami berasa bangga kerana diakui oleh Gartner sebagai syarikat yang berwawasan dalam industri ini dan penyelesaian terpilih bagi perusahaan besar dengan keperluan yang rumit.”

FOURKITES DINAMAKAN SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® MAGIC QUADRANT™ TAHUN 2022 BAGI PENYELESAIAN KETERLIHATAN PENGANGKUTAN MASA NYATA

Thursday, June 2, 2022

LIMINAL MENGUMPULKAN $4.7 JUTA PUSINGAN DANA YANG DIKETUAI OLEH ELEVATION CAPITAL

 SINGAPURA, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Liminal, sebuah infrastruktur operasi dompet yang menjamin aset digital dalam satu cara yang mudah dan cekap, telah mengumpulkan $4.7 juta di dalam pusingan pembiayaan dana mereka yang diketuai oleh Elevation Capital. Pusingan itu juga menyaksikan penyertaan daripada pelabur terkemuka seperti LD Capital, Woodstock, Nexus Ventures dan usaha niaga kripto seperti CoinDCX, Hashed, Cadenza Ventures, Vauld, Better Capital dan Sparrow Capital. Terdapat juga pelabur tersohor seperti Andreas Antonopoulos, Balaji Srinivasan, Sandeep Nailwal, Jaynti Kanani, Ajeet Khurana, antara lain.

Liminal adalah seni bina dompet pertama yang menyediakan MPC dan MultiSig untuk menjamin aset digital merentasi blok rantai yang berbeza. Platform pasang dan pakai ini menyediakan sokongan yang tiada tandingan kepada bursa dengan menghapuskan operasi manual sebanyak 90% dan menjimatkan masa pengisian semula secara manual. Penjagaan selamat bagi aset digital ialah satu cabaran utama yang dihadapi oleh pelabur perniagaan dan pelabur institusi, dan penjaga seperti Liminal akan memainkan satu peranan besar dalam memudahkan penggunaan besar-besaran bagi aset digital dan Web3.

Syarikat itu telah diasaskan pada tahun 2021 oleh Mahin Gupta. Seorang usahawan bersiri, Gupta membina syarikat blok rantai pertama India BuySellBitco.in. Sebelum ini, beliau mengasaskan bersama ZebPay, satu daripada bursa kripto terbesar di India. Melalui Liminal, beliau telah memulakan satu perjalanan untuk memudahkan dan mengautomasikan operasi dompet, dan penjagaan kendiri bagi aset digital untuk pelabur perniagaan dan pelabur institusi.

Liminal telah, dalam satu tahun operasi, memproses urus niaga melebihi $2.5 bilion, urus niaga automatik bernilai $400 juta, dan mempunyai kira-kira $50 juta dalam aset di bawah perlindungan. Pada terasnya, Liminal menyediakan keselamatan aset dan kemudahan untuk berurus niaga. Penyelesaian dompet automatik Liminal memudahkan perniagaan natif kripto, PKS dan syarikat permulaan Web3 untuk menguruskan aliran kerja mereka merentasi protokol blok rantai yang berbeza, menjimatkan mereka dengan kos overhed pembangunan yang ketara. Ia menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan seperti bursa, penjagaan, bank, meja perdagangan dan dana lindung nilai untuk membantu mereka meningkatkan operasi aset digital mereka dengan selamat.

Kebimbangan utama berhubung keselamatan aset digital ialah untuk mengekalkan keselamatan bagi kunci itu sambil berpegang teguh kepada pematuhan. Jika kunci ini tersalah letak atau hilang, ini boleh bermakna kerugian besar bagi pemilik, sama ada individu atau perniagaan. Inilah sebabnya mengapa penjagaan aset digital mempunyai nilai yang tinggi. Apabila pelabur yakin tentang keselamatan kunci mereka, ini akan bermakna lebih ramai orang mendapat kepercayaan terhadap mata wang kripto dan aplikasi yang berkaitan seperti perdagangan Web3, DeFi, dll. Liminal Key diinsuranskan oleh satu daripada penanggung insurans global yang paling dipercayai dan bereputasi, menjadikannya sebuah syarikat yang bersedia untuk masa hadapan.

Syarikat itu menganggap ZebPay, DIFX dan Flitpay sebagai pelanggan, dan pada masa ini memberi tumpuan kepada pengembangan di rantau APAC dan MENA, mengintai penguasaan di dalam ruang operasi infrastruktur dompet automatik. Pasukan itu di Liminal datang dengan mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam menjalankan bursa mata wang kripto, dan ia memahami kesukaran yang dihadapi oleh perniagaan dengan menggunakan infrastruktur dompet.

“Kami akan menggunakan dana itu untuk melabur di dalam pengambilan pekerja dan pembangunan produk,” kata Gupta. “Dengan Liminal, kami menyelesaikan masalah sebenar untuk menjamin dan menskalakan aset digital di mana pengguna perlu menggunakan dompet dan infrastruktur yang berbeza bagi protokol yang berbeza. Tiga lapisan kami menyediakan pengurusan utama, automasi operasi dan pematuhan untuk perusahaan,” kata beliau. Gupta dibimbing oleh pemimpin pemikiran terkemuka Andreas Antonopoulos, yang nasihat strategik beliau telah membantu membentuk perniagaan untuk Liminal. “Pasukan itu di Liminal mempunyai rekod yang mengagumkan dan pengalaman dunia sebenar yang luas di dalam penjagaan, pengurusan utama dan keselamatan. Di atas segalanya, mereka mengambil berat tentang melakukan sesuatu dengan cara yang betul,” kata Antonopoulos.

Vaas Bhaskar, Prinsipal di Elevation Capital, berkata, “Penggunaan pantas bagi aset digital akan didorong oleh pelbagai perniagaan dan institusi kripto zaman baharu. Perniagaan ini semakin menuntut penyelesaian penjagaan pasang dan pakai yang dibina dengan mengambil kira keperluan unik mereka, termasuk keselamatan, kesediaan kawal selia dan kecekapan operasi. Kami sangat kagum dengan Mahin dan obsesi dan pengetahuan pelanggan pasukan beliau tentang ruang ini. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Liminal di dalam perjalanan ini.”

“Dengan sebuah pasukan terdiri daripada veteran yang telah membuat gelombang di dalam landskap Web3 pada masa lampau, Liminal membawa keselamatan dan keselesaan kepada penjagaan diri individu dan institusi dengan penyelesaian penjagaan aset digital mereka. Kami berbesar hati untuk menyokong mereka dalam perjalanan mereka ke satu daripada nama yang paling menonjol di dalam sektor keselamatan dan penjagaan,” kata Himanshu Yadav, Rakan Pengasas di Woodstock.

Balaji Srinivas berkata, “Seperti yang mereka perkatakan, 'bukan kunci anda, bukan kripto anda.' Liminal muncul sebagai satu pilihan yang berdaya maju untuk memegang kripto anda.”

Maklumat mengenai Liminal

Liminal adalah sebuah platform gred perusahaan yang menawarkan sebuah infrastruktur yang teguh untuk menjamin aset digital. Liminal membolehkan syarikat-syarikat natif kripto untuk menskalakan operasi aset digital mereka dengan selamat melalui infrastruktur dompet automatik, pasang dan pakai. Pendekatan mengutamakan keselamatan oleh Liminal, membolehkan projek-projek untuk mentakrifkan dasar-dasar tersuai dan memberikan peranan kepada pengguna berdasarkan kepada tanggungjawab mereka. Rangka kerja kecemerlangan operasi Liminal menyediakan pengurusan yuran yang cekap, jaminan pengesahan urus niaga, suai tugas yang lancar dan operasi dompet lain. Antara muka kami yang disatukan memastikan pengalaman pengurusan dompet yang sama bagi berbilang blok rantai.

Maklumat mengenai Elevation Capital

Elevation Capital ialah sebuah firma modal teroka terkemuka yang menyediakan modal dana dan peringkat awal bagi syarikat baru muncul di India. Elevation Capital telah melabur di India sejak tahun 2002 dengan menggerakkan model hampir $2 bilion di lebih 150 buah syarikat. Firma itu mengumumkan kumpulan modal kelapan mereka sebanyak $670 juta pada April 2022. Firma itu diketuai oleh Rakan Pengurusan Bersama Ravi Adusumalli dan Mukul Arora, bersama dengan tiga Pengarah Urusan Mridul Arora, Deepak Gaur dan Mayank Khanduja. Firma itu telah melabur dalam lebih 150 buah syarikat merentasi Internet Pengguna, SaaS, Fintech, Jenama Pengguna, Teknologi Pendidikan, Teknologi Kesihatan dan Web3/Kripto, serta mempunyai pejabat di Bengaluru, Gurgaon dan Salt Lake City.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220531006014/en/

Hubungi

Olivia Troisi
Wachsman
E-mel: liminal@wachsman.com

Sumber : Liminal

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15940

Wednesday, June 1, 2022

FPT SOFTWARE MEMBENTUK PAKATAN PERNIAGAAN BAHARU DENGAN LANDING AI, MEMPROMOSIKAN TEKNOLOGI PEMERIKSAAN VISUAL


FPT Software mengumumkan perkongsian dengan Landing AI (Grafik: Business Wire)


 HANOI, Vietnam, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Firma IT terkemuka Vietnam, FPT Software, baru-baru ini menjalin satu perkongsian strategik dengan AI Lembah Silikon dan peneraju visi mesin Landing AI. Kedua-dua buah syarikat akan memanfaatkan kepakaran Kecerdasan Buatan (AI) mereka, menggunakan penyelesaian pemeriksaan visual hujung ke hujung, dan menggalakkan penggunaan visi komputer merentasi industri.


Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220529005093/en/

FPT Software akan mempromosikan produk utama Landing AI, LandingLens™, sebuah platform Pengurusan Pengoperasian Model Pembelajaran Mesin (MLOps) perusahaan yang membina, mengulangi dan mengoperasikan penyelesaian pemeriksaan visual yang dikuasakan oleh AI. Dengan memanfaatkan teknologi pembelajaran mendalam, platform ini membolehkan perusahaan untuk menganalisis prosedur pemeriksaan, menilai keadaan produk, mengalih keluar produk yang rosak dan banyak lagi. Pengguna kemudian memperoleh ketepatan yang dipertingkatkan dan proses yang dipermudahkan untuk menskalakan dengan pantas sambil mengoptimumkan kos operasi.

Menurut Encik Pham Minh Tuan, Ketua Pegawai Eksekutif FPT Software, pakatan strategik ini memperluaskan keupayaan AI syarikat itu dan memanfaatkan asas pelanggan mereka yang besar di peringkat global. “Kami teruja untuk berganding bahu dengan Landing AI bagi menyampaikan penyelesaian pemeriksaan visual yang bertaraf dunia kepada pelanggan kami di seluruh dunia,” kata Tuan. “Sama ada pembuatan, automotif, farmaseutikal atau makanan dan minuman, semua sektor memerlukan ketekalan di dalam kualiti produk mereka. Saya yakin bahawa perkongsian kami dapat membantu syarikat-syarikat di dalam industri tersebut meningkatkan kawalan kualiti mereka dengan data yang lebih baik.”

“AI semakin tersebar luas di seluruh industri, dengan menawarkan banyak faedah yang tidak dapat dipertikaikan kepada perusahaan,” kata Encik Nguyen Xuan Phong, Ketua Pegawai Kecerdasan Buatan FPT Software. “Pusat AI kami menyelesaikan masalah dunia sebenar dengan mengubah penyelidikan AI yang canggih kepada produk dan perkhidmatan yang memberi impak. Perkongsian ini dengan Landing AI adalah satu daripada langkah pertama di antara banyak inisiatif untuk membantu kami mencapai matlamat itu,” kata Phong.

Mengulas mengenai acara itu pada majlis menandatangani secara maya, Pengarah Kanan bagi Perkongsian dan Kejayaan Pelanggan Landing AI, Encik Carl Lewis, berkata, “Ketika kami melancarkan LandingLens™ secara global, kami menjangkakan rakan kongsi kami menjadi peneraju pasaran dengan kepakaran sokongan teknikal di tahap tinggi. Pasukan FPT memenuhi kriteria ini dengan sangat baik kerana mereka memahami nilai yang boleh dibawa oleh LandingLens™ kepada pengilang dalam pemeriksaan kualiti.”

Menetapkan matlamat mereka untuk menjadi di antara 50 penyedia perkhidmatan transformasi digital yang utama menjelang tahun 2030, FPT Software telah aktif dalam meningkatkan teknologi teras mereka seperti AI, Awan, Hiper automasi, Blok rantai dan sebagainya. Khususnya di dalam AI, syarikat itu mempunyai beberapa siri usaha, termasuk perkongsian mereka yang dibentuk dengan institut pembelajaran mendalam yang terbesar di dunia, Mila, untuk meningkatkan kepakaran AI mereka, dan menubuhkan sebuah Pusat AI di Binh Dinh, Vietnam. FPT Software menyasarkan untuk membangunkan kawasan strategik ini menjadi lembah AI yang pertama di negara itu pada tahun-tahun akan datang.

FPT SOFTWARE MEMBENTUK PAKATAN PERNIAGAAN BAHARU DENGAN LANDING AI, MEMPROMOSIKAN TEKNOLOGI PEMERIKSAAN VISUAL

CHUNGHWA TELECOM CO., LTD. DAN HOSPITAL THONBURI BEKERJASAMA UNTUK MEWUJUDKAN BAB BAHARU DI DALAM PERKHIDMATAN "HOSPITAL PINTAR" THAILAND

Hsueh-Lan Wu, Presiden bagi Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Chunghwa Telecom dan Pengerusi bagi Chunghwa Telecom (Thailand) Co., Ltd, dan Dr. Siripong Luengvarinkul, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Hospital Thonburi. (Foto: Business Wire)

TAIPEI, Taiwan, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 31 Mei, 2022 Chunghwa Telecom Co., Ltd. (CHT) dan Hospital Thonburi (TH) telah menandatangani MOU “Hospital Pintar”. Berikutan dengan strategi “Hab Perubatan Asia” oleh kerajaan Thailand pada tahun 2004, dan matlamat mereka untuk menjadi negara Asia Tenggara yang terkemuka di dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan antarabangsa, kedua-dua pihak, CHT dan TH, meneruskan kerjasama POC wad pintar mereka, dan memperoleh satu pencapaian baharu bagi aplikasi hospital pintar di Thailand.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220531005438/en/

Di antara rangkaian hospital Kumpulan Penjagaan Kesihatan Thonburi di Thailand, Hospital Thonburi terus-menerus menaikkan taraf dan berkembang untuk memenuhi komitmen mereka dengan kecemerlangan di dalam setiap aspek, dengan pasukan mereka yang didorong oleh kualiti dan terdiri daripada lebih 350 pakar perubatan yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman, penggunaan teknologi perubatan yang paling canggih, dan budaya prihatin dan belas kasihan yang telah berakar umbi.

Bersekutu dengan rakan-rakan yang cemerlang di dalam industri penjagaan kesihatan, termasuk imedtac dari Taiwan dan MD Healthcare dari Thailand, Chunghwa Telecom memperkenalkan kepada Hospital Thonburi dengan penyelesaian wad pintar, termasuk stesen jururawat pintar, kiosk tanda vital semua-dalam-satu, kabinet pendispensan automatik, Paparan Maklumat Sisi Katil Ekertas dan Sistem Pengurusan ToF Fall. Penyelesaian ini membantu mengurangkan beban kerja bagi kakitangan perubatan, meningkatkan kualiti bagi perkhidmatan perubatan dan meningkatkan prestasi operasi. Chunghwa Telecom terus-menerus berusaha meningkatkan daya saing dengan menggunakan teknologi dan aplikasi ICT.

Dr. Siripong, Ketua Pegawai Eksekutif di Hospital Thonburi menekankan “Kami percaya bahawa pengumpulan maklumat, organisasi dan pengedaran yang lebih baik adalah penting kepada ketepatan perubatan, yang akhirnya membolehkan doktor dan paramedik untuk menyampaikan penjagaan kesihatan yang lebih baik di dalam dan di luar kawasan hospital. Kami menghargai kesederhanaan, kemesraan dan ketersambungan yang komprehensif di dalam teknologi maklumat kami berbanding dengan sistem yang rumit dan baharu yang mengalihkan perhatian daripada penjagaan kesihatan yang kami bawa kepada pesakit kami.”

CHUNGHWA TELECOM CO., LTD. DAN HOSPITAL THONBURI BEKERJASAMA UNTUK MEWUJUDKAN BAB BAHARU DI DALAM PERKHIDMATAN

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...