Thursday, August 5, 2021

JANGAN KETINGGALAN ACARA SENI VISUAL ORANG ABORIGIN DAN ORANG KEPULAUAN SELAT TORRES YANG TERBESAR DI AUSTRALIA

DARWIN, Australia, 4 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Darwin Aboriginal Art Fair (DAAF) akan dibuka pada Jumaat 6 Ogos melalui platform digital canggihnya, menghubungkan khalayak di seluruh dunia dengan Orang Aborigin dan Orang Kepulauan Selat Torres yang kreatif.

Dipersembahkan oleh Darwin Aboriginal Art Fair Foundation (DAAFF), kini dalam tahun yang ke-15, program DAAF akan berlangsung dari 6-11 Ogos. Program ini menampilkan pameran seni digital yang amat dinanti-nantikan dan Program Awam dalam talian yang merangkumi kelas pakar artis dan bicara artis.

DAAFF juga akan menampilkan dua acara fesyen First Nations termasuk National Indigenous Fashion Awards (NIFA) tahunan dan pengumuman pemenang akan distrim secara langsung merentasi saluran media sosial di NITV pada 3 Ogos, terus dari Darwin Convention Centre, Australia. Acara fesyen Country to Couture juga akan diadakan pada 4 Ogos.

DAAF diraikan sebagai program bertaraf dunia di peringkat antarabangsa dan memberikan penghormatan kepada budaya hidup yang tertua di dunia. Inilah satu-satunya acara yang menghubungkan artis, penghibur dan Pusat Seni dari rantau paling jauh di Australia dengan khalayak domestik dan antarabangsa yang tidak sabar untuk mendapatkan karya seni yang menarik dan asli.

Pengarah Eksekutif DAAFF, Claire Summers mengatakan program tersebut menjana manfaat aliran terus yang ketara untuk komuniti Pribumi Australia, iaitu 100 peratus jualan daripada setiap karya seni dikembalikan ke Pusat Seni, artis dan komuniti mereka.

“Kami berbesar hati kerana dapat memprofilkan lebih daripada 70 Pusat Seni yang dimiliki masyrakat Pribumi dan membuka kisah, budaya dan sejarah yang kaya di sebalik kerja-kerja seni ini,” kata Pn. Summers.

Memberikan komen tentang keputusan untuk beralih daripada acara fizikal kepada strategi dalam talian, Summers menambah, “Kami telah menerima minat yang amat menggalakkan terhadap Program Awam kami, dengan banyak bengkel yang diadakan telah penuh. Tahun lalu, kami telah mengalu-alukan khalayak global terbesar yang pernah kami terima disebabkan tawaran digital kami.”

DAAF menghubungkan khalayak seni dan budaya Pribumi dan bukan Pribumi melalui acara uniknya untuk meraikan warisan First Nations Peoples Australia yang meriah, menyediakan tempat perjumpaan yang penting untuk artis dan pereka bentuk bagi berkongsi cerita dan tradisi melalui medium pilihan mereka. 

OMERS INFRASTRUCTURE BERSETUJU UNTUK MEMBELI 19.4% SAHAM DALAM AZURE POWER

Urus niaga mengembangkan pemegangan pelaburan langsung pelan pencen Kanada di India, sambil meningkatkan pendedahan global bagi sektor boleh dibaharui

SINGAPURA, 3 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- OMERS Infrastructure hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah menandatangani Perjanjian Pembelian Saham untuk memperoleh kira-kira 19.4% saham dalam Azure Power Global Limited (NYSE: AZRE) daripada International Finance Corporation dan IFC GIF Investment Company I, yang bernilai hampir AS$219j. Diasaskan pada tahun 2008, Azure Power ialah pengeluar bebas yang terkemuka bagi kuasa boleh dibaharui di India, dengan asas ~2 GW bagi kapasiti operasi dan ~5 GW bagi kapasiti dalam pembinaan atau diberikan.

“Perjanjian untuk melabur dalam Azure Power menunjukkan minat global OMERS yang kuat terhadap aset peralihan tenaga dan kuasa boleh dibaharui yang berkualiti tinggi, serta minat kami terhadap India sebagai destinasi pelaburan dan di Asia Pasifik dengan lebih luas,” kata Annesley Wallace, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Global OMERS Infrastructure. “Urus niaga ini menyokong misi kami secara langsung untuk membina portfolio aset jangka panjang yang kukuh yang akan membantu pembayaran pencen ahli kami untuk tempoh yang lama,” tambahnya.

“Visi Azure Power adalah untuk menyediakan tenaga mampu milik dan bersih dengan cara yang cekap, mampan dan bertanggungjawab secara sosial. OMERS bangga bekerjasama dengan pihak pengurusan dan rakan pelabur untuk membantu Azure Power mencapai matlamatnya,” kata Prateek Maheshwari, Pengarah Urusan, Asia, OMERS Infrastructure. “Penyelesaian urus niaga ini menjadi tanda pelaburan infrastruktur langsung kedua kami di India, selepas pelaburan kami pada tahun 2019 dalam platform jalan tol IndInfravit. Untuk menyokong matlamat kami bagi mempelbagaikan pelaburan OMERS merentas pasaran global, kami akan terus meneroka peluang tambahan yang berpotensi di India dan serata Asia Pasifik,” tambahnya.

Pemegangan tenaga boleh dibaharui dalam peringkat global oleh OMERS Infrastructure merangkumi Leeward Renewable Energy, sebuah syarikat tenaga boleh dibaharui berorientasikan pertumbuhan yang memiliki dan mengendalikan portfolio 22 kemudahan tenaga boleh dibaharui merentasi sembilan negeri AS, dengan jumlah lebih 2 GW kapasiti dipasang. Leeward beribu pejabat di Dallas, Texas.

Urus niaga dijangka akan diselesaikan pada awal bulan Ogos. Ambit Private Limited bertindak sebagai penasihat kewangan kepada OMERS Infrastructure.

Maklumat Hubungan:
Neil Hrab
Pengurus, Hubungan Media
416-369-2418
nhrab@omers.com

Perihal OMERS dan OMERS Infrastructure:
 
OMERS Infrastructure mengurus pelaburan secara global dalam infrastruktur bagi pihak OMERS, pelan pencen manfaat yang ditakrifkan untuk pekerja perbandaran di Wilayah Ontario, Kanada. Pelaburan dijangka memberikan pulangan yang stabil untuk mewujudkan pencen yang mampan, mampu milik dan bermakna kepada ahli OMERS.

Portfolio OMERS dalam pelbagai aset infrastruktur berskala besar menunjukkan kestabilan dan aliran tunai yang kukuh, dalam sektor termasuk tenaga, perkhidmatan digital, pengangkutan dan perkhidmatan yang dikawal selia kerajaan. Pasukan OMERS bekerja di Toronto, London, New York, Amsterdam, Luxembourg, Singapura, Sydney dan bandar utama lain di seluruh Amerika Utara dan Eropah – berkhidmat untuk ahli dan majikan serta membentuk dan mengurus pelbagai portfolio pelaburan berkualiti tinggi dalam pasaran awam, ekuiti persendirian, infrastruktur dan hartanah. OMERS ialah salah satu dana pencen manfaat yang terbesar di Kanada, dengan aset bersih bernilai C$105 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.omersinfrastructure.com

SUMBER: Ontario Municipal Employees Retirement System

--BERNAMA

Wednesday, August 4, 2021

PENINGKATAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (STI) DALAM PEMBUATAN ADALAH KUNCI KEPADA INDONESIA UNTUK MEMAKSIMUMKAN SEPENUHNYA MANFAAT DARIPADA PENGEMBANGAN GVC, MENURUT KAJIAN OLEH PUSAT ASEAN-JEPUN

 



Table
 
“Rantaian Nilai Global di ASEAN” di Indonesia tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC (Grafik: Business Wire)
 

“Rantaian Nilai Global di ASEAN” di Indonesia tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC

TOKYO, 4 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah menerbitkan Kertas Kerja 4 bagi siri “Rantaian Nilai Global di ASEAN” yang memberi tumpuan kepada Indonesia pada Jun 2021. Menurut kertas kerja itu, Indonesia memperlihatkan sebilangan besar nilai tambah domestik dalam eksport (DVA) pada 88 peratus pada tahun 2019; namun, bahagian DVA yang tinggi ini adalah tertumpu kepada aktiviti pembuatan di peringkat pengeluaran yang lebih rendah, yang memerlukan tahap minimum bagi input yang diimport dan teknologi asing.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210803006201/en/

Indonesia adalah merupakan ekonomi kesepuluh terbesar di dunia dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak $1.1 trilion. Walaupun begitu, sektor pembuatan menyumbang hanya satu perlima daripada jumlah keseluruhan nilai tambah yang dihasilkan. Ini menunjukkan bahawa sektor pembuatan mewujudkan nilai kecil walaupun saiznya yang besar, iaitu dua kali ganda saiz bagi sektor utama dari segi hasil pengeluaran. Berbanding dengan negara-negara berpendapatan pertengahan tinggi yang lain seperti Malaysia dan Thailand, Indonesia telah mengekalkan tahap berpendapatan rendah dan mempunyai kadar pertumbuhan yang paling perlahan dalam nilai tambah pembuatan. Pengembangan bagi rantaian nilai global (GVC) adalah satu peluang yang baik untuk meningkatkan keupayaan teknologi bagi firma pembuatan asli, yang dianggap sebagai satu daripada kunci untuk keluar daripada perangkap berpendapatan pertengahan.

Penyertaan GVC yang lebih tinggi boleh mendorong pertumbuhan melalui jumlah perdagangan yang lebih tinggi dan pelaburan langsung asing (FDI) yang lebih besar. Kertas kerja itu mengesyorkan Indonesia supaya mempertimbangkan untuk menerapkan model pertumbuhan ini sebagai satu pilihan kerangka kerja dasar. Perangkaan FDI menunjukkan bahawa pembuatan menyumbang lebih dari 40 peratus semasa tahun 2014-2019, dan kebanyakannya tertumpu dalam pembuatan teknologi sederhana seperti makanan, logam dan pembuatan jentera. Negara itu harus mengukuhkan industri dan pasaran tempatan mereka dan menggalakkan FDI secara strategik. Dasar-dasar yang menggalakkan peningkatan industri dan teknologi bagi ekonomi tempatan dan meningkatkan pembangunan sumber manusia, seperti kejuruteraan, reka bentuk, dan keupayaan R&D termaju adalah diperlukan untuk memacukan negara itu ke arah sebuah ekonomi yang lebih berintensifkan pengetahuan dan dipacu oleh inovasi.

Memaksimumkan potensi ekonomi nasional tidak secara automatik disusuli dengan integrasi yang lebih mendalam ke dalam GVC. Pelaku tempatan mungkin tidak memiliki keupayaan untuk memanfaatkan pendedahan kepada rangkaian pengeluaran global kerana keperluan seperti pematuhan dengan piawaian antarabangsa, sumber pengurusan dan kewangan yang lebih besar, dan perlindungan harta intelektual boleh menghalang perusahaan kecil dan sederhana daripada turut serta. Di peringkat nasional, proses penciptaan nilai tambah menjadi kunci. Di sinilah peranan sistem inovasi nasional (NIS) melalui dasar sains, teknologi dan inovasi (STI) yang berkesan adalah penting di dalam memaksimumkan kesan limpahan.

NIS yang dirancang dengan sangat teliti boleh menjadi jambatan yang dapat mengubah teknologi asing menjadi teknologi asli di sektor pembuatan. Kerajaan perlu mengutamakan peningkatan syarikat pembuatan asli di dalam GVC, terutamanya pada tahap teknologi pertengahan rendah dan teknologi pertengahan tinggi, memandangkan kebanyakan syarikat pembuatan asli kekal di dalam sektor teknologi rendah. Kerajaan Indonesia perlu untuk mewujudkan sebuah NIS yang dirancang dengan sangat teliti dan cekap yang memberi tumpuan kepada pencepat dan penyelarasan perindustrian dengan kementerian-kementerian utama yang terlibat dengan industri, R&D dan pendidikan tinggi untuk menyokong peningkatan bagi syarikat pembuatan asli di dalam GVC. Sejajar dengan ini, ejen dasar STI perlu memberi tumpuan kepada mewujudkan sebuah rangkaian untuk mengubah teknologi asing kepada keupayaan teknologi asli dan bukannya mencipta sesuatu yang “semata-mata tempatan”.

“Rantaian Nilai Global di ASEAN: Indonesia” tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC seperti di bawah.
https://www.asean.or.jp/en/centre-wide-info/gvc_database_paper4/

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210803006201/en/

Hubungi

Unit Perhubungan Awam Pusat ASEAN-Jepun (AJC)
Tomoko Miyauchi (CIK)
URL: https://www.asean.or.jp/en/
TEL: +81-(0)3-5402-8118
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun (AJC) 

PENYELESAIAN SYNCHRONOSS PERSONAL CLOUD DIPILIH UNTUK PENYEPADUAN DENGAN SALURAN RUNCIT DAN DALAM TALIAN KITAMURA DI JEPUN

Kerjasama baharu akan membolehkan peruncit di Jepun menawarkan storan kandungan sementara mereka bercadang mendigitalkan lagi perkhidmatan mereka

BRIDGEWATER, N.J., 4 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan penginovasi penyelesaian awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan Kitamura, sebuah peruncit multimedia di Jepun, telah memilih penyelesaian Synchronoss Personal Cloud untuk disepadukan dengan saluran runcit dan dalam talian miliknya. Tambahan awan peribadi akan membolehkan pelanggan runcit dan dalam talian Kitamura menyandarkan dan mengurus kandungan digital mereka yang tak ternilai, termasuk foto dan video, dari mana-mana peranti.

Kitamura merupakan peruncit terkemuka di Jepun yang menawarkan perkhidmatan dan produk berkaitan imej, termasuk kamera, pencetakan foto, alih suara video, studio foto, buku foto dan sebagainya. Peruncit ini mempunyai lebih 1,000 lokasi runcit di seluruh negara dengan lebih 20 juta pengunjung berbayar setiap tahun dan kira-kira 10 juta pengguna yang berdaftar dalam perkhidmatan dalam talian. Melalui penyepaduan ini, Kitamura akan dapat menyediakan pengalaman runcit dan dalam talian dan runcit yang lancar dengan tawaran awan peribadi label putih baharu.

“Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Synchronoss bagi menyepadukan penyelesaian awan peribadi mereka di segenap saluran runcit dan dalam talian kami,” kata Hajime Yanagisawa, Pegawai Urusan Eksekutif, Kitamura. “Kami sentiasa komited dalam menghidupkan kenangan pelanggan melalui medium fotografi, dan penawaran awan ini adalah langkah seterusnya untuk bukan sahaja membolehkan pelanggan kami menikmati kenangan mereka tetapi juga menyimpan, menyusun dan mengurus kenangan mereka dengan selamat dan terjamin. Kami amat menanti-nantikan untuk membawakan perkhidmatan baharu ini buat pelanggan kami sementara kami meneruskan perjalanan untuk mendigitalkan tawaran kami.”

PENYELESAIAN SYNCHRONOSS PERSONAL CLOUD DIPILIH UNTUK PENYEPADUAN DENGAN SALURAN RUNCIT DAN DALAM TALIAN KITAMURA DI JEPUN

Tuesday, August 3, 2021

ABRA BEKERJASAMA DENGAN LEONIE HILL CAPITAL UNTUK MENINGKATKAN AKSES KEPADA PINJAMAN KRIPTO DAN PASARAN KADAR HASIL TINGGI

Abra membolehkan institusi dan pengguna Asia untuk memanfaatkan kripto sebagai satu kelas aset arus perdana yang cair, menyediakan jagaan yang selamat, pinjaman kripto, pembelian, perdagangan, peminjaman dan keupayaan untuk memperoleh faedah

MOUNTAIN VIEW, Calif. & SINGAPURA, 3 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Abra (https://www.abra.com/), sebuah platform pengurusan kekayaan terkemuka dengan kefungsian untuk membeli, menjual, berdagang dan memperoleh faedah terhadap mata wang kripto, hari ini mengumumkan satu perkongsian baharu dengan Leonie Hill Capital, sebuah firma pelaburan yang dikendalikan secara persendirian yang dikhususkan untuk mengambil pendekatan dinamik di pasaran yang sangat kompetitif. Perkongsian itu akan memperluaskan kehadiran aplikasi pengurusan kekayaan Abra yang berkembang pesat kepada pengguna di pasaran kripto Asia – terutamanya pelabur institusi, pelabur nilai bersih tinggi, dan pejabat-pejabat keluarga – yang akan menerima jagaan yang selamat, pinjaman kripto, pembelian, perdagangan, peminjaman dan keupayaan untuk memperoleh sehingga 8% peratus faedah ke atas deposit fiat.

ABRA BEKERJASAMA DENGAN LEONIE HILL CAPITAL UNTUK MENINGKATKAN AKSES KEPADA PINJAMAN KRIPTO DAN PASARAN KADAR HASIL TINGGI

Monday, August 2, 2021

I'MBESIDEYOU INC. MELANCARKAN PERKHIDMATAN "UNION OF EMOTIONS" DENGAN MENGGUNAKAN AI UNTUK MENGGAMBARKAN SORAKAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN MERENTASI SEMPADAN NEGARA

 


Table

Satu gambaran mengenai sorakan emosi sorakan yang berterbangan di seluruh dunia: Klik pada setiap sorakan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai negara berkenaan. (Foto: Business Wire)
 

TOKYO, 2 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- I’mbesideyou Inc. (Setagaya-ku, Ketua Pegawai Eksekutif Tokyo: Shozo Kamiya, kemudian dari ini dirujuk sebagai I’mbesideyou) telah melancarkan perkhidmatan “UNION OF EMOTIONS” pada 23 Julai, 2021, hari pembukaan bagi satu acara sukan antarabangsa. Ini adalah kali pertama kita dapat menggambarkan orang bersorak di antara satu sama lain dengan analisis emosi AI.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210730005404/en/

Lebih daripada 20,000 sorakan telah dihantar dari lebih 79 bandar raya merentasi lebih 14 buah negara di seluruh dunia, dan pemandangan sorakan yang berterbangan di seluruh pelusuk dunia telah menyentuh hati ramai orang di media sosial.

UNION OF EMOTIONS, adalah contoh pertama di dunia mengenai emosi manusia yang dihubungkan secara tepat masa merentasi negara dengan bantuan AI. Ia dijadualkan tersedia sehingga 8 Ogos, ketika upacara penutupan bagi acara sukan antarabangsa itu akan diadakan.

Bersorakan dari seluruh dunia:
Sorakan yang dihantar dari seluruh dunia akan dapat dilihat di seluruh dunia dengan menggunakan teknologi analisis emosi I'mbesideyou. I’mbesideyou telah memulakan perjalanan ini dengan harapan agar orang ramai dari seluruh dunia akan dapat merasakan hubungan dengan dunia dan dengan diri mereka sendiri dengan menghantar inspirasi kepada satu sama lain bagi usaha atlet dan melampaui sempadan negara.

https://world-emotions.imbesideyou.com/index.html

Respons pengguna:
Pemberitahuan dari seluruh dunia termasuk bukan sahaja mereka yang bersorak untuk negara mereka sendiri, tetapi juga banyak yang menghantar galakan kepada negara lain.
Lebih 20,000 hantaran telah dibuat dari lebih 79 bandar raya di lebih 14 buah negara.

https://world-emotions.imbesideyou.com/index.html

Dan foto-foto mengenai projek KIMONO itu, yang dijangka dapat ditunjukkan pada upacara pembukaan itu, di mana negara-negara di seluruh dunia diwakili oleh 213 jenis kimono dan obi yang berlainan, telah dipaparkan dengan nama-nama negara berkenaan.

Maklumat mengenai “UNION OF EMOTIONS”
UNION OF EMOTIONS adalah satu perkhidmatan yang menggunakan teknologi pengecaman emosi I'mbesideyou untuk membantu orang ramai di seluruh dunia berhubungan di antara satu sama lain melalui emosi dengan merakam dan menyiarkan video dan gambar mengenai orang yang bersorak terhadap atlet.
 
Perkhidmatan itu diberikan secara percuma dan tidak disertakan dengan sebarang iklan.

Ini adalah satu usaha semata-mata untuk menggalakkan atlet untuk bersaing tanpa penonton.

Bagi mereka yang tidak berasa selesa untuk menyiarkan foto atau video, satu butang baharu telah ditambahkan sejak ia dilancarkan yang membolehkan pengguna untuk bersorak terhadap atlet dengan hanya satu klik.
I'mbesideyou berharap agar orang ramai di seluruh dunia akan berasa selesa untuk turut serta dan berhubungan di antara satu sama lain melalui sambutan sukan.

Pendapat kami:
I’mbesideyou benar-benar terkejut bahawa acara olahraga yang paling terkenal di dunia itu, yang diadakan di negara kita sendiri, akan diadakan tanpa penonton. Apa yang boleh I’mbesideyou lakukan bagi atlet yang akan bertanding dalam keadaan yang luar biasa ini? Apa yang dapat I’mbesideyou lakukan untuk orang ramai di seluruh dunia yang tidak sabar untuk menonton acara sukan itu di tempat tersebut? Hasil daripada pemikiran kami sendiri adalah “UNION OF EMOTIONS”.
 
I’mbesideyou sedang berusaha untuk menggunakan perkhidmatan ini bagi mengubah penderitaan yang disebabkan oleh COVID-19 bertukar menjadi harapan bagi satu era baharu. Sekiranya anda berkongsi visi kami, sila mendaftarkan sokongan anda dan berkongsi URL bagi laman perkhidmatan itu dan hashtag “#UNIONOFEMOTIONS”.

https://world-emotions.imbesideyou.com/index.html
#UNIONOFEMOTIONS

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210730005404/en/


Hubungi

Pertanyaan:
I’mbesideyou Inc.
Shozo Kamiya
info@imbesideyou.com
+817043684330

Sumber : I’mbesideyou Inc.

CIRCUS SOCIAL MENUKAR NAMA SEBAGAI RADARR UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN MENGEMUDIKAN LANDSKAP DIGITAL ASIA

  • Ekosistem media sosial Asia yang luas memerlukan sistem kecerdasan baharu
  • Permintaan bagi wawasan ramalan memacukan evolusi syarikat
  • Percambahan bagi platform dan bahasa media sosial di rantau itu menyediakan rangka tindakan untuk seluruh dunia
SINGAPURA, 2 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat kecerdasan media sosial Circus Social telah menukar nama sebagai Radarr ketika ia berkembang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi wawasan digital ramalan di Asia. Syarikat itu, yang dilancarkan pada tahun 2012, akan melancarkan nama, identiti visual, produk, dan laman web baharu mereka pada bulan ini.

Penjenamaan semula itu mencerminkan inovasi dan transformasi teknologi terkini syarikat itu dengan menggunakan AI, kecerdasan ramalan, dan algoritma ramalan berasaskan linguistik yang mengimbas alam semesta digital bagi berbilion perbualan. Dengan 2,300 bahasa, 4.5 bilion orang, 48 buah negara, dan berbilion perbualan sosial berlaku setiap hari, Asia adalah pusat baharu bagi media sosial, bagaimanapun, belum ada peranti khusus yang diwujudkan untuk menguasai dan mengesan rantau itu sehingga sekarang. Sistem kecerdasan generasi seterusnya diperlukan untuk mengikuti perkembangan landskap yang sentiasa berubah dan menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya.

Penawaran baharu itu direka untuk melayani jenama-jenama dalam satu era percambahan kandungan yang belum pernah terjadi sebelum ini — terutamanya ketika platform di Asia terus berkembang, dan masa yang dihabiskan di media sosial terus meningkat. Ekosistem media sosial yang berinovatif dan bergerak pantas di Asia menjadikannya sebagai satu daripada rantau yang paling kompleks dan mencabar untuk dikemudikan bagi perniagaan — terutamanya daripada pengesanan sudut pandangan bahasa dan sentimen, tetapi juga yang paling bernilai daripada perspektif pandangan. Ketika landskap digital yang berpecah-pecah di rantau itu berkembang, syarikat-syarikat semakin mencari cara yang lebih baik untuk menganalisis dan memanfaatkan kekayaan data yang tersedia dalam talian untuk strategi, kecerdasan perniagaan, dan pandangan audiens.

Prerna Pant, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi bagi Radarr, berkata: “Kami sedang bergerak melampaui analisis tepat masa. Pelanggan kini jauh lebih canggih dan mahukan rakan dengan tindanan teknologi yang sepadan. Pelanggan kami tidak hanya ingin mengetahui tentang apa yang sedang berlaku di dalam ruang digital dalam tepat masa, mereka juga mahu Radarr untuk melihat apa yang akan berlaku agar mereka dapat menjangkakan peluang dan cabaran yang dapat memaju atau menjejaskan perniagaan mereka.”

Ram Bhamidi, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Radarr, menjelaskan bahawa “Teras bagi penawaran baharu Radarr adalah sebuah platform kecerdasan yang menyelidiki ke dalam berbilion perbualan yang berlaku dalam talian untuk menyampaikan pemantauan digital dan analisis ramalan. Papan pemuka yang ditempah menyediakan kecerdasan yang disasarkan pada bidang tertentu seperti pemantauan krisis atau pengurusan pempengaruh, sementara papan pemuka yang berpusatkan industri pada topik seperti Kripto dan Permainan memberikan pandangan umum mengenai arah aliran yang muncul merentasi sektor tertentu. Kecerdasan ini memberi maklumat mengenai saranan yang boleh dilaksanakan, yang dipacu oleh data untuk jenama-jenama, yang membolehkan mereka untuk menjangkakan masa depan dengan lebih berkesan dan bertindak pantas.”

Pant berkata: “Pelanggan antarabangsa kami kini melihat Asia sebagai pusat bagi pengembangan dan inovasi media sosial. Untuk membina satu strategi global yang mantap,  kami melihat semakin banyak jenama menumpukan perhatian mereka kepada memahami apa yang berlaku di rantau itu dan kemudian membangunkannya, berbanding dengan cara lama dalam melaksanakan strategi Amerika Utara atau Eropah di Asia. Keupayaan untuk mengambil tindakan agar dapat menghalang perkembangan dan meramalkan arah aliran di dalam dunia media sosial semakin menjadi kritikal bagi perniagaan, dan Asia berada di barisan hadapan di mana perubahan itu sedang berlaku dengan paling pantas.”

Yang terbaharu, syarikat yang berpangkalan di Singapura dan Bengaluru itu telah mengumumkan pembiayaan Pra-Siri A mereka yang diketuai oleh Inflection Point Ventures dan beberapa pelabur berprofil tinggi dari Amerika Syarikat, Singapura, dan India.

Maklumat mengenai Radarr
Dahulu dikenali sebagai Circus Social, Radarr adalah sebuah syarikat kecerdasan sosial dan digital yang dikuasakan oleh AI dan analisis data. Mengkhususkan diri di Asia Pasifik dan permutasi algoritma linguistik di media sosial, Radarr memberikan pandangan yang dapat dilaksanakan, melalui pemantauan dan analisis ramalan kepada perniagaan yang perlu membuat keputusan perniagaan yang berkepentingan tinggi dalam tepat masa. Jenama-jenama terkemuka dan syarikat Fortune 500 bekerjasama dengan Radarr, dengan menggunakan peranti proprietari mereka seperti 20/Twenty dan Pusat Arahan Radarr, untuk mengemudikan bahasa kompleks Asia Pasifik dan landskap digital yang bergerak pantas. Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.radarr.com
 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14824

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...