Wednesday, December 11, 2024

NIQ, WORLD DATA LAB DAN SPATE MELANCARKAN LAPORAN "BEAUTY FUTURES" - SEBUAH PANDUAN UNTUK PERJALANAN GENERASI PEMBELI KECANTIKAN GLOBAL

Laporan komprehensif mendedahkan trend perbelanjaan kecantikan dan keutamaan mengikut generasi. 

·  Generasi Milenial mendorong pertumbuhan tertinggi dengan AS$193 bilion, mengatasi Generasi X menjelang 2034. 

·  Generasi X menerajui perbelanjaan kecantikan pada 2024, dengan peningkatan yang dijangka sebanyak AS$150 bilion dalam dekad akan datang. 

CHICAGO, 10 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- bekerjasama dengan World Data Lab dan SPATE untuk melancarkan laporan generasi yang komprehensif, khusus tertumpu pada pasaran kecantikan dalam dekad akan datang.

Laporan ini mendedahkan pandangan utama mengenai pilihan generasi, tabiat perbelanjaan, nilai, keutamaan, motivasi, tingkah laku membeli-belah, serta pengaruh mereka terhadap trend kecantikan global. Ia menekankan peranan penting setiap generasi dalam membentuk pilihan pengguna dan corak perbelanjaan sepanjang dekad akan datang.

Generasi Milenial akan memimpin trend ini dengan menyumbang hampir separuh daripada perbelanjaan kecantikan global sebanyak USD 193 bilion, diikuti rapat oleh Generasi Z dengan USD 158 bilion. Industri kecantikan global kini mencatat pertumbuhan luar biasa sebanyak USD 1.1 trilion, dengan pertumbuhan dijangka mencapai USD 700 bilion menjelang 2034, di mana Asia akan menyumbang USD 310 bilion.

Mengulas tentang penemuan ini, Claire Marty, Naib Presiden, NIQ Beauty, berkata, “Di NIQ, kami mengakui bahawa memahami perbezaan generasi ialah kunci untuk menavigasi industri kecantikan yang semakin berkembang. Ini ialah peluang bagi syarikat untuk bergerak melepasi pendekatan 'satu saiz untuk semua' dan menyesuaikan strategi mereka untuk setiap generasi. Data trend pengguna dan jualan kami akan membantu jenama kecantikan mengenal pasti keperluan yang belum dipenuhi, memahami nilai pengguna dan menavigasi landskap peruncitan.”

Pandangan Utama Kecantikan Merentas Generasi:

Generasi milenial dijangka mendominasi industri kecantikan dekad akan datang:

·         Generasi Milenial, yang lahir antara tahun 1977 hingga 1995, bakal menjadi pemacu utama pertumbuhan pasaran kecantikan global dalam tempoh 10 tahun akan datang. Pada tahun 2034, mereka dijangka mengatasi Gen X sebagai kumpulan pengguna terbesar, merangkumi 24% daripada perbelanjaan kecantikan di peringkat global.
·         Pertumbuhan perbelanjaan milenial untuk penjagaan kulit dan rambut pada 2024 dijangka melebihi kadar pertumbuhan keseluruhan pasaran, baik di Amerika Syarikat mahupun di peringkat global.  Lebih separuh daripada Milenial (56%) sering memikirkan tentang penampilan mereka dan cenderung menggunakan bahan semula jadi atau produk makanan sebagai alternatif dalam rutin kecantikan mereka.
·         Perbelanjaan Milenial untuk perkhidmatan kecantikan dijangka mencatatkan pertumbuhan tertinggi menjelang 2034. Di Eropah, 57% Milenial memperuntukkan bajet kecantikan mereka untuk perkhidmatan kecantikan, manakala hanya 6% dibelanjakan untuk alat solek. Sebaliknya, di Amerika Utara, alat solek menyumbang 11% daripada perbelanjaan kecantikan Milenial.
·         Pengaruh TikTok pada Milenial semakin ketara, dengan hashtag #makeupover30 menjadi yang paling popular, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 194.9% tahun ke tahun. Ini mencerminkan minat terhadap tip dan produk yang sesuai dengan keperluan usia mereka. Sebagai contoh, pencarian di TikTok menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap penggunaan lemak lembu (Beef Tallow) dalam rutin penjagaan kulit, dengan purata tontonan mingguan sebanyak 14.1 juta.

Gen x: generasi paling besar berbelanja untuk kecantikan:

·         Gen X, yang lahir antara 1965 hingga 1980, merupakan kumpulan pengguna paling bernilai dalam industri kecantikan dari 2024 hingga 2034, dengan perbelanjaan dijangka meningkat sebanyak $150 bilion dalam 10 tahun akan datang. Amerika Utara dan Asia Pasifik akan menyumbang lebih separuh daripada pertumbuhan Gen X, didorong oleh kelas pertengahan di China dan golongan berada di India.
·         Gen X sangat aktif dalam pelbagai kategori kecantikan, dengan penglibatan lebih tinggi berbanding populasi umum dalam 80% kategori kecantikan yang dianalisis. Kategori penjagaan kulit dijangka mencatatkan pertumbuhan terpantas, meningkat sebanyak 4.9% YoY ($26.8 bilion).
·         Kemudahan menjadi keutamaan Gen X dalam memilih saluran pembelian, dengan kecenderungan membeli di lokasi serba lengkap seperti Amazon dan Pasar Raya Hiper.
·         Di TikTok, tontonan Gen X untuk kandungan alat solek meningkat 53%, dengan hashtag #over40makeup menjadi semakin popular (6.9 juta tontonan pada 2024). Produk seperti Guide Beauty Wand, yang direka untuk pengguna dengan tangan yang tidak stabil, semakin mendapat perhatian di kalangan pencipta kandungan Gen X di platform ini.

“Kami menjangkakan bahawa untuk pertama kalinya, sektor kecantikan global kini melepasi nilai US$1 trilion,” kata Wolfgang Fengler, Ketua Pegawai Eksekutif World Data Lab. “Ini membuktikan keinginan pengguna dari semua peringkat usia dan negara untuk menggunakan produk kosmetik dan perkhidmatan kecantikan.”

“Memahami trend digital di platform seperti TikTok dan Google Search adalah sangat penting bagi jenama untuk kekal di hadapan,” kata Yarden Horwitz, Pengasas Bersama SPATE. “Ia mendedahkan perubahan minat dan keperluan pengguna secara masa nyata merentas generasi.”.

Dengan Milenial dan Gen Z mengutamakan kesihatan dan alam sekitar, mereka menilai aspek kelestarian yang berbeza dalam produk kecantikan. Milenial cenderung memilih produk atau perkhidmatan yang mempunyai kesan rendah atau sifar terhadap alam sekitar (+3.2 mata).  Gen Z pula lebih gemar membeli produk yang memperjuangkan keadilan sosial atau menyokong komuniti berisiko atau golongan minoriti (+1.2 mata).  .

Laporan Beauty Futures – sebuah panduan tentang perjalanan generasi pembeli kecantikan global, merupakan laporan utama oleh NIQ yang memberikan pandangan menyeluruh tentang pengguna kecantikan di seluruh dunia. Laporan ini merangkumi:

-         Ramalan untuk 10 tahun akan datang dalam industri kecantikan global.

-         Pemacu utama tingkah laku pembelian bagi semua generasi.

-         Trend kecantikan terkini berdasarkan data dari Google dan TikTok.

Jika anda ingin mendapatkan salinan laporan ini, sila klik pautan di sini.

Maklumat tentang NIQ

NielsenIQ (NIQ) ialah syarikat kecerdasan pengguna terkemuka di dunia, menyediakan pemahaman yang paling lengkap tentang tingkah laku pembelian pengguna dan mendedahkan laluan baharu untuk pertumbuhan. NIQ bergabung dengan GfK pada tahun 2023, menggabungkan dua peneraju industri dengan jangkauan global yang tiada tandingan. Hari ini, NIQ beroperasi di lebih daripada 95 negara yang merangkumi 97% KDNK global. Dengan bacaan runcit yang menyeluruh dan wawasan pengguna yang paling komprehensif—disampaikan dengan analitik canggih melalui platform terkini—NIQ menyediakan pandangan menyeluruh Full ViewTM.

Maklumat tentang World Data Lab

World Data Lab menghasilkan data eksklusif berpandangan ke hadapan untuk mengukur dan meramalkan trend pengguna, perbelanjaan pengguna, perubahan demografi, dan kemajuan ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) sehingga tahun 2034. Pendekatan sains data kami yang canggih, yang telah dikaji semula oleh rakan sebaya dan diterbitkan dalam jurnal Nature, menyediakan ketepatan, kemas kini, dan konsistensi yang tiada tandingan merentasi semua kumpulan demografi di 180 negara dan lebih daripada 6,000 bandar.

Maklumat tentang SPATE

Spate ialah platform penyelidikan pasaran berasaskan AI yang menganalisis lebih 20 bilion isyarat carian dan 60 juta video TikTok di seluruh dunia. Platform ini memberikan jenama pandangan tentang perubahan dalam trend pengguna. Melalui data Spate, jenama dapat memahami dunia kecantikan yang sentiasa berubah dengan lebih baik, termasuk peralihan ketara berkaitan usia, seperti minat yang semakin meningkat terhadap solekan kulit matang di Google Search dan TikTok.

Penafian: Semua nama produk dan syarikat ialah tanda dagangan™ atau tanda dagangan berdaftar® pemilik masing-masing. Penggunaannya tidak menunjukkan sebarang hubungan atau sokongan daripada pihak mereka.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Butiran Hubungan
Sweta Patra
sweta.patra@nielseniq.com 

Sumber: NielsenIQ 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LG UPLUS KIDSTOPIA MERAIH ANUGERAH MSIT DI PERSIDANGAN PERIKATAN METAVERSE 2024

•  Diiktiraf atas kecemerlangan dalam perlindungan pengguna, interaksi dan keaslian •  Berjaya melepasi 900,000 pelanggan di seluruh dunia, ...