Friday, December 20, 2024

MRI-SIMMONS MENYERTAI TRUTHSET DATA COLLECTIVE UNTUK MENGESAHKAN KUALITI DATA SELANJUTNYA

Pemimpin wawasan pengguna menegaskan semula komitmen kepada ketepatan dan ketelusan data

NEW YORK, 19 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MRI-Simmons, penyedia utama wawasan tentang pengguna Amerika, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyertai Truthset Data Collective, sekumpulan penyedia data yang bersatu untuk membantu industri pemasaran melakukan transaksi data dengan tahap ketepatan dan kualiti yang paling tinggi boleh dicapai. Dengan menyertai Data Collection, pemimpin wawasan menegaskan semula komitmennya kepada ketelusan dan ketepatan, dua kualiti yang telah dikaitkan dengannya selama lebih 70 tahun.

Dilancarkan pada bulan Disember 2022, Truthset Data Collective dibentuk untuk memberikan perkhidmatan berbilang sumber dan tepat daripada segi objektif kepada industri untuk menyeragamkan ketepatan demografi bagi sasaran khalayak dan ukuran media. Kolektif memanfaatkan pengesahan bebas daripada Truthset pada skala untuk menyelesaikan masalah ketepatan data bernilai beberapa bilion dolar, dan pada masa yang sama memastikan pembezaan dan kebolehlaksanaan untuk penyedia data yang mengambil bahagian.

Untuk MRI-Simmons, hubungan Truthset memberikan pengesahan tambahan bahawa set datanya berkualiti paling tinggi yang boleh dicapai, yang boleh dipercayai oleh seluruh industri. Dengan empat produk MRI-Simmons yang sudah diakreditasikan oleh Majlis Penarafan Media, termasuk kajian pengguna terasnya ‘USA’, keahlihan Data Collective menambah satu lagi lapisan ketelusan kepada proses yang sememangnya sukar yang termasuk audit tahunan menyeluruh yang dilakukan oleh firma CPA bebas.

MRI-Simmons telah menunjukkan dedikasi kepada ketelusan dan kualiti data yang tiada tandingan dalam industri,” kata Lana Busignani, Ketua Media Global untuk NIQ, pemilik majoriti MRI-Simmons. “Dengan menyertai Truthset Data Collective, kami menegaskan semula bahawa komitmen dan isyarat kepada industri bahawa data berkualiti tinggi kami boleh dipercayai untuk memacu hasil pengaktifan digital dan boleh ditangani secara lebih efektif.”

MRI-Simmons mempunyai sejarah panjang dan kaya dalam memberikan data dan wawasan pasaran yang dipercayai kepada industri,” kata Scott McKinley, CEO Truthset. “Kami gembira untuk mengalu-alukan mereka ke Data Collective dan bekerja bersama untuk memajukan standard industri pemasaran untuk ketepatan data.”

Penyertaan dalam Data Collective Truthset berlaku berikutan MRI-Simmons mengembangkan penyelesaian pengayaan datanya, yang membantu pemasar meningkatkan kualiti dan utiliti data pihak pertama. Dengan pemasar yang ditugaskan untuk memacu kecekapan media dan pulangan atas pelaburan pengiklanan, ketepatan dan kebolehpercayaan set data pihak ketiga yang digunakan untuk pengayaan kini amat penting. Penyertaan dalam Data Collective memberikan lebih keyakinan kepada pemasar bahawa MRI-Simmons dan set data penggunanya layak untuk memacu hasil pemasaran yang mereka usahakan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18864

No comments:

Post a Comment

LG UPLUS KIDSTOPIA MERAIH ANUGERAH MSIT DI PERSIDANGAN PERIKATAN METAVERSE 2024

•  Diiktiraf atas kecemerlangan dalam perlindungan pengguna, interaksi dan keaslian •  Berjaya melepasi 900,000 pelanggan di seluruh dunia, ...