KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- StarBox baru-baru ini telah mengumumkan kemunculan Perikatan Kepimpinan Aplikasi Blok Rantai Asia Pasifik dan melancarkan sebuah ekosistem perkhidmatan pengguna dan kewangan yang komprehensif yang didasarkan kepada Bitcoin (BTC) untuk menghubungkan dunia digital dengan peniaga dan pengguna fizikal.
StarBox telah menjalin kerjasama dengan beberapa pengeluar kad prabayar seperti Visa, Master, UnionPay, dan lain-lain. Pengguna boleh mewujudkan akaun kad prabayar StarBox yang membawa dua atau lebih nama jenama, dengan membelanjakan secara bebas dengan peniaga luar talian dan dalam talian di lebih daripada 200 buah negara. Mereka juga boleh menerima rebat daripada kedai-kedai dalam talian yang ditetapkan.
Subsistem StarBox BTCStarZ adalah sebuah Platform Ganjaran Bitcoin yang mempunyai kelebihan unik yang berikut:
1. Ia mengamalkan mod jualan langsung dan cadangan langsung tanpa penglibatan orang tengah, oleh itu lebih banyak keuntungan boleh dikongsi dengan peserta;
2. Ia adalah jaminan teknologi blok rantai; dengan urus niaga yang telus, penyelesaian dan pembayaran segera;
3. Orang perseorangan dan pasukan boleh mendapat manfaat pada masa yang sama. Semakin besar pasukan itu, semakin tinggi pendapatan yang diperolehi;
4. Platform itu menggalakkan jemputan, dengan ganjaran rujukan bermula dari 5% sehingga 70%;
BTCStarZ menjadikan setiap pengguna menjadi rakan kongsi dalam sistem itu yang menikmati perkongsian keuntungan. Ia menarik pengguna bagi peniaga-peniaga yang seterusnya memberi rebat kepada BTCStarZ, kemudian BTCStarZ berkongsi keuntungan dengan pengguna. Aliran ekologi bagi ganjaran yang sihat dan terjamin ini dilakukan melalui teknologi blok rantai. BTCStarZ membuka jalan bagi pengguna tradisional untuk merasai manfaat blok rantai, dengan meningkatkan pembangunannya di dalam aplikasi dunia sebenar.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51916481&lang=en
Hubungi
Alan Law
info@starbox.org
852 61890136
www.StarBox.org
Sumber : StarBox
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment