RENNES, Perancis dan QUEBEC CITY, 20 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE)-- LeddarTech, peneraju industri dalam membekalkan platform pembangunan LiDAR automotif yang paling versatil dan boleh diskala, mengumumkan bahawa ia telah membuat perjanjian dengan Cailabs, syarikat teknologi mendalam Perancis dan peneraju global dalam teknologi pembentukan cahaya, untuk meneroka penggabungan teknologi LiDAR bentuk pepejal LeddarTech dengan penyelesaian pembentukan alur laser Cailabs untuk industri automotif. Memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak telah ditandatangani pada 13 Disember 2018.
LeddarTech memberikan platform LiDAR auto dan mobiliti proprietari berdasarkan LeddarEngine™ (SoC + perisian) yang mendayakan penyelesaian sensor LiDAR berprestasi tinggi dan berkos rendah yang digunakan oleh pembekal besar Tingkat 1 untuk membangunkan LiDAR khusus untuk ADAS dan aplikasi pemanduan berautonomi.
Cailabs membangunkan dan menghasilkan pelbagai komponen optikal unik berdasarkan kepakarannya dan inovasi teknologinya yang dipatenkan, terutamanya Penukaran Cahaya Berbilang Satah (MPLC).
“Bagi Cailabs, teknologi LiDAR ialah pasaran strategik yang menawarkan potensi pertumbuhan luar biasa untuk tahun-tahun akan datang apabila ADAS dan kenderaan pemanduan berautonomi menjadi lebih popular,” kata Jean-François Morizur, CEO di Cailabs. “Kami teruja untuk bekerjasama dengan LeddarTech; teknologi mereka yang inovatif menjana nisbah julat ke kuasa yang lebih tinggi dan mendayakan ambang pengesanan lebih rendah untuk julat dan sensitiviti yang lebih besar berbanding kaedah LiDAR bentuk pepejal lain dan Cailabs berhasrat untuk menilai keserasian penyelesaiannya dengan teknologi LeddarTech.”
“LeddarTech komited untuk memenuhi keperluan pasaran LiDAR pada masa kini dan hadapan dan kami bersedia untuk mengesahkan bahawa penyelesaian LiDAR kami boleh digabungkan dengan teknologi penggabungan alur canggih Cailabs,” kata Charles Boulanger, CEO LeddarTech. “Jika berjaya, kami akan meneruskan dengan membangunkan prototaip untuk membawakan penyelesaian inovatif ini yang akan menambah nilai yang besar ke industri automotif sepantas yang mungkin.”
Perihal Cailabs
Diasaskan pada tahun 2013, Cailabs ialah syarikat teknologi mendalam dari Perancis yang mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan produk fotonik inovatif untuk telekomunikasi, penghantaran ruang bebas, laser industri dan LAN. Peneraju global dalam pembentukan cahaya kompleks, teknologinya kini dilindungi oleh 15 keluarga paten. Komponen optikalnya yang inovatif digunakan dalam pelbagai sektor dan telah menyumbang kepada beberapa rekod dunia (terutamanya rekod lebar jalur gentian optik yang dicapai oleh pengendali Jepun, KDDI). Cailabs yang bertapak di Rennes telah menjana EUR 8.6 juta sejak penubuhannya dan mempunyai 40 orang pekerja. Maklumat tambahan tentang Cailabs tersedia di www.Cailabs.com.
Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri yang membekalkan pembangunan platform pembangunan LiDAR automotif yang versatil dan boleh diskala berdasarkan LeddarEngine unik, yang mengandungi suite gred automotif dan SoC yang diluluskan keselamatan fungsian yang berfungsi bersama perisian LeddarSP. Syarikat tersebut juga mengeluarkan beberapa inovasi teknologi dalam aplikasi sensor jauh mobiliti yang canggih. ADAS automotif, pemanduan autonomi, pengangkutan pintar, kenderaan dalam bandar dan banyak lagi telah ditingkatkan dengan teknologi LeddarTech dipatenkan. Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh didapati di www.LeddarTech.com, dan di LinkedIn, Twitter, Facebook atau YouTube.
LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama, nama dan tanda produk yang lain ialah atau mungkin tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenalkan produk atau perkhidmatan pemiliknya.
Hubungan LeddarTech: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi
+1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@LeddarTech.com
Sumber: LeddarTech inc.
--BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment